Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, April 29, 2013

KhaiRizal : A Love Story 13

Rizal mengeluh sendiri sambil menurunkan Beretta 92 nya. Dia benar-benar tidak ada mood untuk latihan menembak hari ini. Sudah 3 hari Khai tidak mahu bercakap dengannya dan dia sendiri tidak tahu mahu memujuk bagaimana. Kalau setakat tak bercakap tak apa, ini boikot tak nak masak pulak. Terpaksalah dia bawa Adik dan Khairizal makan kedai mamak.

            Along memang tak terlibat sebab dia makan kat luar, lagipun dia tampak makin ceria sejak akhir-akhir ini kerana katanya, Ray sudah tidak menunjukkan mukanya lagi. Rizal pun malas hendak membebankan Along dengan menceritakan masalah rumah tangganya disebabkan cemburu Khai yang tidak berasas.

            “Rizal.”
            “Yup?”

            “Kenapa awak nampak muram je sejak akhir-akhir ni?” Teguran Fida hanya hanya disambut dengan senyuman yang hambar.

            Rizal membuang penutup telinga. Pistol di tangan dipandang tanpa perasaan walaupun setiap tembakannya di padang sasar mengena. Tak rasa bangga langsung.

            “Awak marah pasal mesej tu ke?” soal Fida lagi.

            Rizal menggeleng. Kemudian duduk di sebuah bangku sambil meneguk air mineral. Yalah takkan nak angguk pulak, Fida bukannya sengaja menghantar mesej itu kepadanya.

            “Kalau bukan awak yang marah, mesti isteri awak yang marah kan?” Fida sudah mula mengambil tempat duduk di tempat Rizal. Dia baru mendapat tahu Rizal tertukar telefon dengan isterinya pada hari dia tersilap menghantar mesej kepada Rizal. Itupun melalui Azman kerana Rizal selalu menceritakan setiap masalah kepada temannya yang sewel itu.

            Rizal memalingkan kepala 90 darjah ke kiri. Memandang wajah Fida. Tapi pandangannya taklah lama sangat sebab dia bukannya duduk sebelah Pamela Anderson.

            “Kalau isteri awak marah sebab tu, jangan risau. Saya boleh pergi jumpa dia untuk terangkan semuanya!”

            Rizal tergelak halus. “Tak, tak payah. Saya rasa ini masalah rumah tangga, orang luar tak perlu tahu.”

            Fida menunduk. Dari air mukanya jelas dia merasa bersalah. Kalaulah dia memeriksa dulu nombor telefon siapa sebelum menekan butang send tentu semuanya tidak akan jadi seperti ini. Raut wajahnya yang redup memandang Rizal. Macam manalah agaknya dia nak jemur kain kalau redup memanjang?

            “Sudahlah, jangan fikir apa-apa sekarang. Apa yang penting misi yang Tuan Rashdan arahkan. Tak lama lagi kita akan adakan serbuan untuk menumpaskan Sharks, jadi kita perlu fokus,” ujar Rizal dengan muka yang dibuat-buat ceria.

            Fida menggigit bibir sebaik Rizal angkat punggung pergi dari situ. Rizal, aku tak dapat nafikan aku ada hati pada kau tapi tak pernah terlintas difikiran aku untuk jadi penyebab kau dan isteri kau bergaduh. Maafkan aku...
*************
“Woi mangkuk tingkat, apahal monyok semacam ni?”

            Rizal yang sedang tenang melayan blues di kedai mamak berdekatan balai polis tersentak seketika. Dia pandang kiri, nampak seorang nenek melintas jalan. Dia pandang kanan, nampak mamak tengah tebar roti canai. Dia pandang belakang, tak nampak apa-apa sebab ada longkang. Dia pandang depan, nampak satu makhluk separa manusia separa gorilla. Kenapa dia fikir macam tu? Sebab gorilla tak pandai bagi salam.

            “Ini mesti kes kau dengan bini kau,kan? Dah berhari-hari tak selesai lagi?” Azman tergelak. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Rizal. Baru dia ingin menyedut milo ais Rizal, Rizal merampas kembali gelasnya.

            “Nak minum beli sendiri. Ingat aku ni jabatan kebajikan?” Rizal yang sememangnya tengah bengang bertambah bengang dengan kehadiran Azman.

            “Ala bro, yang kau berangin sangat ni apahal? Chill lah, rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Seperti kata pantun,cinta di padang pasir sangatlah panas, cinta di dalam peti sejuk juga sangatlah sejuk, tapi cinta di hati ini siapa yang tahu? Tuan Rashdan pun tak tahu.”

            Rizal tergelak kecil. Nak marah terus tak jadi. Memang elok sangatlah dia berkawan dengan Azman. Sama-sama kepala bocor. Mampus Azman kalau Tuan Rashdan tahu mamat ni mempermainkan nama dia.

            “Kau tau, Azman?”

            “Tak tahu…”

            “Wei, samdol! Jangan menyampuk boleh tak?” Kening Rizal sudah berkerut.

            “Yalah, dah kau tanya tadi aku jawab jelah.” Azman tersengih-sengih.

            “Malaslah aku nak cerita!”

            “Yelah, yelah, Inspektor Rizal. Aku gurau jelah, kau ni sikit-sikit nak touching, sikit-sikit nak emo. Datang bulan ke apa?” Azman membidas.

            Rizal terdiam. Ya tak ya, apahal dia sensitif sangat? Time dia pedajal kawan-kawan dengan lawak tak kelakar tak apa pulak. Bila dia sendiri terkena, nak naik angin.

            “Hmm…aku dah tak tahu nak buat apa, Man. Sampai sekarang Khai tak nak cakap dengan aku. Kalau tak biasanya aku balik makan tengah hari, kan? Ini dah hari ke berapa aku makan kat kedai mamak, tahu tak?”

            Azman tersenyum mendengar luahan sahabatnya.

            “Hai… semua orang yang berumah tangga ada masalah. Bagi aku, pergaduhan tu yang akan mengeratkan lagi hubungan korang. Sedangkan orang yang baru bercinta pun boleh bergaduh, inikan pulak suami isteri. Apa pun, perasaan cinta aje yang boleh membuatkan sesuatu hubungan tu bertahan. Nampak, bahasa aku dah macam karangan Bahasa Melayu tingkatan 4. Hahaha…”

            Kening Rizal terangkat sebelah. Sebiji macam Ziana Zain dalam cerita Maria Mariana. Nasib baik tak bawa kertas dan pen nak minta tandatangan.

            “Okey, sorry sebab lawak yang tak menjadi.” Azman berdehem. “Walaupun aku tak ada awek apatah lagi bini, aku rasa yang paling penting dalam sesuatu hubungan tu adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur. Kalau kedua-duanya tak ada, maka hancurlah hubungan itu. Tengok, sekali lagi ayat aku skema macam dalam Google Search.”

            Kali ini Rizal tergeleng-geleng. Patutlah kau ni tak ada awek, Azman…

            “Okey, aku tak tahu secara menyeluruh apa masalah korang suami isteri dan aku pun tak ada hak untuk tahu. Tapi kau jagalah isteri kau tu sebaik mungkin. Jangan biarkan dia menangis di bucu-bucu koridor. Sebab bila dia nangis, itu tandanya dia bersedih, takkan mengantuk pulak ye tak?” ujar Azman sambil menggaru-garu dagunya yang sedikit berjambang.

            Rizal cuma buat muka biri-biri sambil menghabiskan saki-baki milo aisnya. Selalunya kalau dia malas nak dengar, dia selalu pura-pura menonton TV dokumentari biawak aje.

            “Wei, Rizal.”
            “Hmm…”

            “Esok jangan lupa masuk balai awal sikit. Tuan Rashdan nak pasukan kita berkumpul sebelum bertolak,”pesan Azman dengan serius.

“No need to remind me. Aku tahulah.” Rizal cuma menyahut malas.

Azman mencebik. “Okey then, aku blah dululah. Jangan fikir apa-apa buat masa ni. Fokus pada serbuan kita je nanti.”

Dan akhirnya Azman meninggalkan Rizal dengan masalah yang masih tiada penyelesaian.

Rizal mengeluh. Esok dia dan pasukannya dihantar bertugas di luar untuk mengadakan latihan menembak dan memeriksa senjata sebelum mengadakan serbuan untuk menangkap ahli-ahli Sharks. Dari hasil siasatan, Sharks akan berada di Pelabuhan Klang tidak lama lagi untuk satu urus niaga dengan mafia dari China.

            Dia akan pergi mungkin seminggu, dan seminggu jugalah dia tidak akan pulang ke rumah. Bagaimana pula tentang masalahnya dengan Khai? Hmmm…
***************
“Keri, Adik, meh sayang abah sikit.”
            Rizal melutut sambil menyuakan pipinya kepada Khairizal dan Adik. Terus kedua-duanya memeluk Rizal dan mencium pipi abah mereka.

            “Abah balik cepat, okey? Abah belum bagi hadiah Adik,” bisik Adik di telinga Rizal.

            Rizal tersengih. “Ops, abah lupalah. Sorry, okey? Insya-Allah abah akan beli bila abah balik nanti.”

            “Keri tak nak hadiah. Keri nak abah cepat balik je, kita main polis-polis nanti.” Khairizal memeluk erat leher abahnya. Seolah-olah mereka tidak akan bertemu lagi.

            Rizal tersenyum dan mengangguk. Pelukan dileraikan. Dia beralih kepada Along pula. Along tersenyum dan terus mencium tangan Rizal.

            “Jaga diri baik-baik, okey. Kalau boleh jangan jalan sorang-sorang, takut balang biskut tu datang pulak,” gurau Rizal sambil mengusap-usap kepala Along. Dia pasti Along tahu siapa balang biskut yang dimaksudkannya.

            Along tertawa kecil. “Tak apa, sepanjang abah tak ada Along akan pastikan Angah selalu teman Along. Biar laki dia yang jalan sorang-sorang.”

            Rizal tersengih lalu mencium dahi Along. Walaupun Along sudah dewasa tapi entah kenapa Rizal masih melayan anak saudaranya itu seperti budak kecil.

            Kemudian dia memandang isterinya yang berdiri tercegat sambil berpeluk tubuh di muka pintu. Dia tahu mereka belum menyelesaikan konflik antara mereka secara adil, telus dan saksama. Ikutkan hati dia ingin mengajak isterinya duduk berbincang dan bertanya apa yang tidak kena dengan hubungan antaranya dengan Fida. Padahal mereka  bertemu di balai sahaja, bukannya pernah berdating di Sunway Lagoon mahupun Pulau Tioman.

            Tapi masa membataskannya. Belum tiba masanya untuk mereka berbincang kerana Rizal ada misi yang lebih penting untuk diselesaikan. Beberapa hari sebelum serbuan dia dan pasukannya wajib menjalani latihan dan persiapan terakhir. Harus bersiap sedia mental dan fizikal.

            Tangan Khai digenggam kemas walaupun Khai cuma buat muka jenglot.

            “Jangan macam ni, Rina. Tak baik buat abang macam ni. Abang janji bila abang balik je kita bincang sama-sama,”ucap Rizal lembut, menyejukkan sedikit hati Khai yang sememangnya memerlukan pili bomba itu.

            Huluran tangan Rizal disambut dan dicium hormat. Salam dihulur tanda perpisahan. Semoga beliau berbahagia di samping anak tercinta. Biarkan aku pergi membawa diri…okey, aku memang suka merapu, terima kasih. Dalam tengah-tengah serius sempat lagi Rizal mensewelkan diri sendiri. Entahlah kenapa kuat sangat mengarut.

            Rizal menatap lama wajah isterinya. Entah kenapa berat sungguh dia hendak pergi, padahal ini bukan kali pertama dia menyertai misi menyerbu markas penjahat tapi perasaannya kali ini sungguh berbeza. Gerak hatinya melarangnya pergi tapi otaknya menegaskan misi ini penting demi negara.

            Dia sempat melambai untuk kali terakhir dan terus masuk ke dalam kereta.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Wednesday, April 24, 2013

KhaiRizal : A Love Story 12

Khai tersenyum seorang diri sambil menyeka peluh di dahi. Dia baru selesai memasak makanan tengah hari. Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah hari. Sebentar lagi Rizal akan pulang untuk makan. Dia ke garaj untuk memanaskan enjin kereta kerana perlu mengambil Khairizal dan Adik di sekolah.

            Sementara menunggu enjin panas, Khai duduk di dalam kereta sambil mendengar lagu rock kapak yang diputarkan di corong radio. Ketika itu telefon telefon bimbit di dalam poket seluarnya tiba-tiba bergegar. Segera dia membuka telefon ; 1 message from Fida.

            Khai kerutkan dahi. Fida? Sejak bila pulak Fida tahu nombor telefonnya? Sama ada Fida benar-benar mengirimkan sms kepadanya atau dia yang tertukar telefon dengan Rizal ketika Rizal bergegas hendak ke balai pagi tadi. Maklumlah, sejak 5 tahun lepas dia dan Rizal memakai telefon jenama, warna dan bentuk yang sama. Pasangan ideallah konon.

            Ikutkan hati dia tidak mahu membuka mesej tersebut kerana itu barang peribadi Rizal tapi memandangkan nama pengirimnya seorang perempuan membuatkan jiwa Khai tidak keruan kalau dia tidak tahu apa isi kandungan mesej tersebut. Cepat-cepat ruangan inbox ditekan.

            ‘Biey, ayang takde kredit. Sorry lambat reply. Btw, malam ni kita shopping nak? Ayang teringin nak pegi shopping complex semalam la biey. Biey reply kat nombor ayang okey. Muahh...’

Cilakak. Kurang ajar punya minah. Kau main biey-ayang dengan laki aku, ya? Stereng kereta ditumbuk kasar. Tiba-tiba satu lagi mesej masuk.

‘Eh sorry, salah send...’

            Khai tersenyum mengejek. Salah send konon. Mesti kau takut aku marah kan sebab kau dah kantoi selalu kacau laki aku kan? Kau dah tahu hari ni aku tertukar handphone dengan laki aku, sebab tu kau kata pura-pura salah send, kan? Dasar perempuan gatal!

            Rizal Ibrahim, jagalah kau nanti. Akanku cetus perang dunia ke-3, ke-4 dan seterusnya!
***********

            “Rizal!”

            Pantas Rizal menoleh apabila terdengar satu suara memanggil namanya. Dia baru ingin keluar makan tengah hari di rumah. Memang dia jarang makan di luar, maklumlah masakan isteri sendiri lebih sedap dari kedai mamak.

            “Err... awak ada terima mesej saya tak?” soal Fida kelihatan agak resah.

            Rizal segera menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbit. Tak ada sebarang mesej masuk.

            “Tak ada pun, kenapa?”

            “Tadi saya hantar mesej untuk tunang saya tapi saya tertekan send kat nombor awak. Takut awak salah faham kalau baca mesej tu.”

            “Oh okey, tak apa. Saya tak terima pun, tapi kalau saya terima mestilah saya akan tanya awak, kan? Saya kena pergi dulu, jumpa petang ni.”

            Fida tersenyum sebelum berlalu. Benarkah mesejnya tidak masuk ke inbox telefon Rizal? Rasa bagai hendak dihantuk kepalanya ke dinding. Dia mengirimkan mesej untuk tunangnya, ingin mengajak tunangnya keluar tapi di fikirannya terbayangkan Rizal. Aduh, sampai bila dia hendak memikirkan suami orang?

            Ketika Rizal sampai di parking lot, dia kembali memeriksa telefon bimbitnya kerana dia rasa telefonnya agak lain hari ini berbanding hari-hari sebelumnya. Dia dan Khai memakai model telefon yang sama, mungkinkah dia tertukar dengan Khai?

            Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu. Dia ada menggantung keychain berukir huruf KR pemberian Khai di telefonnya tapi hari ini keychain itu tidak ada. Sahlah, dia sudah tertukar dengan Khai.

            “Tadi saya hantar mesej untuk tunang saya tapi saya tertekan send kat nombor awak. Takut awak salah faham kalau baca mesej tu.” Kata-kata Fida tadi bermain di benaknya.

            Ah, sudah...
*********************
Adik dan Khairizal duduk di meja makan sambil menarik muncung sedepa. Rizal tak terkejut. Dah agak dah pun. Tengok atas meja, kosong! Tak ada apa-apa makanan terhidang.

            “Abah, apa cerita ni? Makanan pun tak de,” rungut Adik.

            “Ibu cakap nak makan ambil sendiri. Kalau tak suka suruh mak baru buat,” beritahu Khairizal pula.

            Rizal menghela nafas. Mak baru? Bila pulak aku nak carikan mak baru untuk anak aku? Selama ni tak pernah terniat aku nak cari perempuan lain. Aku tak ada hati nak buat hubungan sulit sebab tak suka cari masalah. Lagipun aku tak suka tengok bini aku ambil kelas karate semata-mata untuk karate aku.

            “Ibu mana?”

            “Tadi tumbuk punch bag, sekarang tumbuk bantal dalam bilik kot.”

            Erk... dengan penuh keselambaan jawapan itu keluar dari mulut Khairizal. Dia tak heran sebab itu memang aktiviti kegemaran ibunya dikala kegeraman melanda.

            Perut Rizal tiba-tiba memainkan irama Bollywood 70-an. Dia cuba nak dekatkan telinga pada bunyi tersebut tapi tak sampai. Maklumlah, dia cuma polis, bukannya ahli gimnas negara yang boleh melipat-lipat badan. Maka dia mengambil keputusan untuk mendengar bunyi itu dari jauh. Makin lama berbunyi, makin pedih perutnya. Oh lapar ke? Cakaplah awal-awal!

            Sampai hati Rina, abang balik tak hidang makanan. Sadis betul.

            “Tak apalah, biar abah hidang. Duduk diam-diam.”

            Nasi di dalam periuk terus disenduk untuk Khairizal dan Adik. Nasib baik Khai masak jugak, kalau tidak singgah kedai mamaklah hari ni. Sebaik pinggan nasi terhidang dihadapan mereka, dah tak pandang kiri kanan terus nasi dibedal dengan kelajuan sama tahap dengan pelari pecut berpalang 4X100 meter.

            Melihat anak-anaknya berselera menyuap nasi, selera Rizal mati tiba-tiba. I say man... baru 2 hari lepas berbaik, nak perang balik. Si Fida ni pun satu, sama sangat ke nama aku dengan tunang dia sampai boleh tersend mesej kat aku? Ni kalau Fida ada depan mata Khai, memang dah lama lubang hidung Fida dikorek pakai senduk.

            Rizal terus melangkah ke bilik. Mintak-mintaklah aku tak kena karate hari ni. Fuh! Fuh!

            “Rina...” Pintu bilik dikuak sedikit. Belum sempat Rizal melangkah masuk, sebiji bantal melayang ke arahnya. Pantas Rizal sambut. Fuh, nasib baik sempat. Kalau tidak lenyek mukanya dibaling bantal.

            Khai mendengus kuat lalu duduk mencangkung di atas katil membelakangi suaminya yang berdiri di muka pintu.

            “Rina...”

            “Leave me alone or I will smack you down!” Gulp! Khai dah keluarkan ugutan.

            “Rina ada terima mesej dari Fida?” tanya Rizal tanpa mempedulikan amaran isterinya.

            Khai menoleh dan pura-pura tersenyum. “Ada, bakal bini abang tu ajak abang pergi shopping. Mesti nak pergi beli hantaran kahwin kan? Oh ya, untuk kenduri nanti dah ada orang tolong potongkan daging? Kalau takde, Rina boleh tolong. Rina boleh buat sup tulang, gulai daging, daging cincang, tapi bukan daging lembulah... daging manusia.”

            Rizal senyum senget. Serius waktu ini segala bulunya berdiri tegak macam orang orang patriotik menyanyi lagu Negaraku. Macam pembunuh upahan pulak Khai ni.

            “Hehe... lawak pulak Rina ni. Abang rasa bertuah berkahwin dengan Rina, penuh dengan lawak kepala bocor. Hahaha...”

            Khai melirik tajam. Dia ni puji ke sindir? Buat lawak tak bertempat. Okey, siapa cakap berkahwin dengan orang kelakar menceriakan hidup, aku akan tempeleng beliau  dengan kelajuan lapan ratus tamparan dalam masa sesaat.

            Tanpa mempedulikan suaminya, Khai terus bangkit dari katil dan ingin melangkah keluar dari bilik itu tapi pantas Rizal menangkap lengannya.

            “Okey, abang minta maaf. Abang bukannya nak buat lawak pun. Ayat tu keluar spontan,” ujar Rizal agak serius. “Abang tahu Rina marah sebab mesej Fida, kan? Fida dah bagitahu abang tadi, dia tersilap send ke nombor abang. Dia sebenarnya nak send kat fiancĂ© dia. Abang tak tahu menahu, okey?”

            “Sudahlah, abang. Rina tak tahu nak percaya siapa sekarang. Tapi kalau betul abang ada hubungan dengan dia pun, Rina tak terkejut. Dia cantik, muka minah saleh. Rina belum pernah jumpa polis secantik dia. Suka hati abanglah, abang buatlah apa abang suka.”

            Perlahan-lahan tangan Rizal yang memegang lengan Khai jatuh. Dia benar-benar lemah mendengar kata-kata Khai. Selama hidup berumah tangga, ini kali pertama mereka bergaduh hingga ke tahap ini. Sejak kemunculan Fida semuanya kacau.

            “Okey, Rina tak percaya abang sekarang. Rina nak abang bawa Fida jumpa Rina ke baru Rina nak percaya?”

            “Tak payahlah, Rina tak setanding dengan kecantikan dia. Malu pulak Rina nak berhadapan dengan dia.” Khai pura-pura ketawa.

            Rizal terdiam.

            “Abang tak payahlah pujuk Rina sekarang, ek. Rina perlu masa untuk berfikir.”

            Selesai menghabiskan kata-katanya, Khai terus melangkah keluar dari bilik. Dan Rizal tidak mampu untuk menghalang.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Sunday, April 21, 2013

KhaiRizal : A Love Story 11

Hari ini Rizal rasa best. Lebih best dari kamus elektronik Besta. Berkerut-kerut dahi Azman melihat perubahan Rizal hari ini. Hari-hari lain pun Rizal sewel tapi hari ini lebih sewel dari biasa. Baca surat khabar pun boleh tersenyum sorang-sorang.

            Azman mengintai sedikit untuk melihat apa yang dibaca oleh Rizal. Ingatkan ada cerita lawak ke, cerita kambing bercinta dengan unta ke, rupa-rupanya cerita rumah teres terbakar, 48 orang kehilangan tempat tinggal.

            Betul-betul dah sewel si Rizal ni. Bukan nak simpati, tolong gelakkan lagi ada.

            “Riz, sawan buih ke kau ni? Berita rumah terbakar pun kau gelak?”

            Rizal tersengih. “Bukanlah, aku tak baca pun. Paper ni saja je aku buat frame depan aku. Aku happy pasal benda lain.”

            “Apa? Gaji polis naik lagi ke?”
            “Bukanlah, mana boleh bagitahu kau. Uwek!”

            Azman tersenyum sumbing. Macam budak-budak membernya yang seorang ni. Agak-agak kalau aku pun berperangai macam tu Khai akan suka aku tak? Haish, jiwa kacau betul. Buat apa pulak aku nak peduli Khai suka aku ke tak?

            “Err... Rizal, kau perasan tak perubahan Fida sejak akhir-akhir ni?” bisik Azman. Walaupun Fida tidak ada disitu tapi dia tetap perlu berhati-hati, takut ada telinga gajah curi-curi dengar.

            Rizal angkat bahu. “Entah.” Hanya itu jawapannya.

            “Hish kau ni, bukannya nak perhati. Tapi bagus jugak kau tak perhati, kang tak pasal-pasal kau kena cekik dengan bini kau pulak, ye tak?” sambut Azman tertawa berekor-ekor. “Gini, aku perasan si Fida tu tak tenung kau sangat dah. Nampaknya dia dah tak suka kat kaulah.”

            Rizal berpaling memandang Azman. Tidak lama kemudian bibirnya mengukir senyuman.

            “Baguslah, maknanya dia betul-betul dah terima aku cuma sebagai rakan sepasukan. Lagipun dia cakap dia dah bertunang, kan? Apa kesnya nak tenung aku? Tenunglah tunang dia tu.”

            Azman terangguk-angguk. Kagum sekejap. Susah nak cari lelaki setia macam ni zaman sekarang. Tapi kalau aku jadi laki Khai pun, memang aku takkan cari lain dah, detik hatinya nakal. Mintak-mintaklah Rizal tak tahu.
*************
“Saya dah buat keputusan!” ujar Fida ketika tunangnya datang ke balai untuk menemuinya. Itupun kerana disuruh oleh ibu Fida kerana Fida tertinggal bekal makanan. Amir... Amir... patutlah dia jadi pilihan ibu bapa untuk dibuat menantu. Arahan tak masuk akal pun dia turutkan sedangkan tugas menghantar bekal makanan bukan kerjaya utamanya.

            “Keputusan apa?” soal Amir sambil membetulkan kaca matanya.

            Fida tersenyum. Kalau diperhatikan betul-betul, Amir pun tidak kurang kacaknya. Cuma bendul sikit je. Huhu...

            “Saya akan cuba terima awak sebagai tunang saya.”

            Amir memandang Fida tidak berkelip. Biar betul, seorang gadis secantik Fida ingin menerimanya, seorang lelaki yang hanya tahu menurut + jenis lembu dicucuk hidung = tak ada ciri-ciri seorang ketua keluarga langsung.

            “Mungkin susah sikit sebab kita bertunang atas pilihan keluarga tapi saya yakin ibu bapa saya dah pilih yang terbaik. Kalau tak, takkanlah diorang nak tunangkan saya dengan awak, kan?”

            Amir tersenyum malu.

            “Sebagai permulaan, boleh awak panggil saya ayang?” Hampir nose bleeding Amir mendengar permintaan Fida itu. Oh, rasanya macam dalam mimpi.

            “Dan saya akan panggil awak biey, boleh kan?”

            “Err... saya tak...tak kesah. Sa... saya ikut aja.” Entah kenapa datang pula penyakit gagap Amir. Tak sangka betul.

            “Okeylah, terima kasih tolong hantarkan bekal ayang. Biey pergilah kerja, ayang pun ada kerja sekarang.”

            Amir terasa mukanya lebih tebal dari konkrit sekarang. Biey? Ayang? Katakan ini mimpi. Yahoo!! Kalau orang lain yang dengar, mesti sudah rasa meluat, rasa macam nak tampar je tapi tidak bagi Amir. Alangkah bagusnya. kalaulah dari dulu Fida membahasakan diri seperti ini.

            Sebelum Amir berlalu, Fida sempat melambai kepada tunangnya itu. Mungkin sudah tiba masanya dia menerima Amir dalam hidupnya. Kenapa pula dia perlu menunggu Rizal? Rizal pun sudah jadi suami orang dan dia bukan jenis yang suka merebut hak milik wanita lain. Jangan haraplah dia akan jadi perempuan gila macam dalam drama, tergila-gilakan laki orang hingga akhirnya betul-betul jadi gila.
********************
“Aku tak peduli. Pergi mamposlah dengan perasaan kesian kau. Kalau kau nak hidup lama, kau duduk diam-diam. Selagi kau jadi budak baik, kau akan selamat. Faham?” Ray menjerkah di corong telefon, membuatkan lelaki dihujung sana terkulat-kulat menelan air liur.

            “Ta… tapi… saya takut… Rizal tu…”

            “Ah, sudah! Sudah! Aku tahu kau sayang dia, tapi aku rasa lebih baik kau sayang nyawa kau dulu okey? Kang aku bom rumah mak kau kat kampung baru kau tahu!”

            Lelaki dihujung sana menggigit bibir bawah, menahan rasa hati. Rasa bersalah semakin menebal dikala ini. Dia ingin membuka mulut, cuma memujuk untuk kali terakhir namun Ray sudah memutuskan talian.

            “Dasar bebal, suruh buat kerja senang pun tak boleh!” dengusnya. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

            Ray mengalih perhatian pada kuncu-kuncunya pula. Mereka semua setia menanti arahan daripadanya. Gambar Rizal terus dikeluarkan dari jaket dan ditunjukkan kepada mereka.

            “Tengok gambar ni baik-baik! Ini namanya Inspektor Rizal Syafiqin, musuh aku. Aku dapat maklumat dari orang yang boleh dipercayai, minggu depan polis akan adakan serbuan di gudang ni. Dan polis ni, aku nak korang ingat muka dia baik-baik. Bawa dia kepada aku hidup-hidup!” arah Ray tegas. Pandangan matanya kini penuh dengan kebencian dan dendam.

            “Bawa hidup-hidup? Macam mana tu bos?” soal Tan bingung.

            Ray mengetap bibir. Bam!!! Mejanya dihentak kuat. Masing-masing kecut melihat Ray tiba-tiba naik angin.

            “Bodoh! Macam mana aku boleh terima kau jadi kuli aku kalau kerja mudah macam tu pun kau tak tahu?”

            “Sorry bos.” Burn menunduk.

            Ray merengus geram. Sebetulnya dia hanya memikirkan tentang dendamnya terhadap Rizal. Akibat tekanan terlalu memikirkan dendamnya yang tidak berkesudahan, dia melempiaskan kemarahannya kepada semua orang. Sampaikan daun pokok jatuh depan dia pun dia marah. Gila betul!

            “Dengar sini baik-baik. Aku dapat sumber yang musuh lama aku ni handle kes kita. Dia nak tumpaskan Sharks.” Ray diam seketika. Satu senyuman sinis terbit di wajahnya.

            “Boleh bayangkan? Dia cuba nak buat lawak evergreen ke dengan aku? Ini Ray, okey? Dia takkan boleh tumpaskan Sharks sampai bila-bila pun dan aku akan pastikan suatu hari nanti dia akan melutut di kaki aku, meminta maaf atas pengaiban yang dah aku terima selama ni.”

            Ray terus ketawa berdekah-dekah. Anak-anak buahnya turut ketawa, malah lebih kuat dari Ray. Ray terdiam. Melihat Ray diam, anak-anak buahnya terus menutup mulut.

            “Yang korang gelak jugak apahal? Lawak ke cerita aku tu? Mangkuk jamban betullah korang ni,” ujar Ray kembali serius.

            Masing-masing saling berpandangan.

            “Aku tak nak tahu macam mana caranya, tapi aku nak korang bawa Rizal Syafiqin hidup-hidup, faham? Burn, aku serahkan pada kau.”

            Burn mengangguk mendengar arahan Ray.

            Ray menzahirkan senyuman selebar mungkin. Tidak lama lagi kemenangan akan menjadi miliknya. Rizal bukan polis sebarangan. Dia tahu Rizal sudah mengesyakinya. Kalau dia terus membiarkan, Rizal mungkin akan tahu bahawa dialah sebenarnya ketua Sharks.

            Rencananya, dia akan menculik Rizal dan menamatkan riwayat hidup lelaki itu dengan tangannya sendiri! 

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Thursday, April 11, 2013

KhaiRizal : A Love Story 10

Fida hanya berlagak selamba walaupun menyedari ada beberapa pasang mata menjeling nakal ke arahnya. Budak-budak lorong biasalah, pantang nampak perempuan cantik. Walaupun baru sehari berehat di rumah, dia sudah kembali untuk melakukan tugasnya. Kecederaan kakinya tidak serius. Dia masih boleh berjalan, cuma tidak boleh berlari untuk sementara waktu.

            Hari ini dia sudah tidak gatal lagi hendak memakai kasut tumit tinggi. Erin sudah membelikan sepasang sandal untuknya. Tak sangka begitu susah hendak melakukan penyamaran sebagai perempuan liar.

            “Fida, macam mana? Ada apa-apa yang mencurigakan?” Suara Rizal menembusi lubang telinga Fida.

            “Setakat ni belum ada,” beritahu Fida perlahan sambil menundukkan sedikit wajahnya. Badannya sekarang dicemari dengan wayar-wayar yang membolehkannya berkomunikasi dengan Rizal, Azman dan Erin tanpa diketahui sesiapa.

            Fida memandang Rizal yang berdiri tidak jauh dari tempatnya. Rizal memakai topi yang menutupi sebahagian wajahnya sambil berpura-pura membaca surat khabar.

Azman dan Erin pula mengawasi lorong-lorong lain yang dikatakan menjadi sasaran pusher menjual dadah kepada orang awam.

            “Hai, cantik.” Fida sedikit kaget apabila seorang lelaki berkumis nipis menyapanya.

            “Oh, hai.” Fida tersenyum, cuba menjayakan lakonannya.

            “Orang baru? I tak pernah nampak you kat sini. By the way, nama I Jeff,” ujar lelaki itu, tidak berkelip memandang wajah jelita Fida.

            “Ya, sebelum ni I lepak dekat kelab tapi susahlah nak dapat barang. Supplier dah jarang jual kat sana, takut-takut polis buat serbuan. So I datanglah sini, kot-kot I boleh dapat barang yang I nak,” jawab Fida tersenyum menggoda.

            Jeff tersenyum. Kemudian dia mendekatkan bibirnya di telinga Fida.

            “I ada macam-macam jenis barang. Syabu, ice, pil kuda, you cakap je semua I ada.”

            Fida turut tersenyum dalam keadaan terpaksa. Rupa-rupanya tak adalah susah sangat. Tak perlu susah-susah mencari. Cuma perlu diumpan dengan perempuan cantik, pusher sendiri datang menyerah diri.

            “Sekarang!” bisik Fida memandang Rizal yang memerhatinya dari jauh.

            “You cakap apa tadi?” Jeff angkat kening.

            Fida menggeleng. Rizal yang memahami isyarat Fida terus membuang surat khabar di tangannya dan melangkah mendekati Fida.

            “Riz, lelaki ni cakap dia ada barang yang kita nak.” Fida masih meneruskan lakonannya.

            Rizal tersenyum. Dia menepuk bahu Jeff dan berbisik, “Polis, sila ikut kami ke balai.”

            Wajah Jeff memucat tiba-tiba. Pantas dia menepis tangan Rizal dan berlari sekuat hati. Dalam hati dia menyumpah diri sendiri. Macam mana pihak polis boleh tahu tentang lokasi penjualan dadahnya? Habislah, Ray pasti akan marah kepadanya!

            Larian Jeff tidak sepantas Rizal. Rizal berjaya menangkap bajunya dari belakang. Sekali lagi dia cuba menepis tangan Rizal tapi tidak berjaya. Terus dia berpaling dan cuba menyepak muka Rizal, namun Rizal lebih pantas mengelak dan memberi satu tendangan kuat ke dadanya.

            Tendangan Rizal membuatkan Jeff jatuh terlentang di atas tanah. Kesempatan itu diambil oleh Rizal, kedua-dua belah tangan Jeff dikilas ke belakang dan digari. Misi selesai!

            “Lepas ni kau duduk dalam lokap, ek. Pandai-pandai jual dadah, lain kali jual je kuih. Aku pun tak buang masa kejar kau!”

            Rizal menarik tangan Jeff dan memaksanya berdiri. Beberapa orang lelaki yang turut melepak di lorong itu sebentar tadi sudah lesap entah ke mana. Mungkin melarikan diri, takut dicekup polis agaknya. Perasan pulak orang nak tangkap dia, kalau setakat jadi kutu rayau tu tak ada maknanya polis nak tangkap, buang masa je.

            Beg yang tergantung di pinggang Jeff direntap oleh Rizal dengan menggunakan satu tangan sahaja. Zip beg dibuka, beberapa paket pil dan serbuk jatuh ke atas tanah.

            “Well done, Riz!” puji Fida melangkah mendekati Rizal. Dalam hati dia agak ralat kerana tidak dapat membantu Rizal mengejar pusher itu disebabkan kecederaan kakinya. Mujur Rizal berjaya melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

            Rizal tersenyum. “So sekarang awak tolong bagitahu Erin dan Azman, kita dah berjaya tangkap seorang mangkuk tingkat hari ni beserta bukti sekali. And then kita bawak dia balik balai.”

            Fida mengangguk, seolah-olah mendengar arahan dari orang atasannya walaupun Rizal sebenarnya hanyalah rakan sepasukannya.

************

            “Dia tak nak bukak mulut,” luah Rizal sambil menghempas perlahan fail ke meja. Matanya dipejam sambil tubuhnya bersandar di kerusi empuk.

            “Ish, kalau macam tu lagi susahlah kita nak tahu siapa yang supply dadah untuk dia,” rungut Fida pula.

            “Memang tensionlah sesiapa yang soal dia. Amanah betul pegang rahsia. Langsung tak nak bagitahu siapa bos dia,” sampuk Azman pula.

            Rizal mengeluh. Rupanya semua ini tidak semudah yang disangka. Pusher yang berjaya ditangkap pagi tadi langsung tidak mahu membuka mulut tentang siapa lagi yang terlibat dengan kegiatan itu dan siapa dalang yang membekalkan dadah kepadanya.

            “So macam mana? Kita perlu buat penyamaran sekali lagi untuk tangkap pusher lain pulak?” tanya Erin.

            “Mmm... buat masa ni kita tunggu je arahan dari Tuan Rashdan tapi rasanya tak perlu kot. Lepas tertangkapnya pusher yang sorang ni, aku yakin bos dia akan lebih berhati-hati. Tentu dia sangat bebal kalau dia masih jual dadah di tempat yang sama. Kita akan soal siasat mangkuk tingkat kat dalam tu lain kali. Buat masa ni sumbat dalam lokap dulu. Apa yang penting sekarang kita dah tahu dia salah seorang ahli Sharks.”

            Fida, Erin dan Azman hanya mengangguk mendengar kata-kata Rizal. Walaupun berlagak sama seperti hari-hari lain tapi tiada siapa tahu apa yang bermain di fikiran Rizal saat ini. Masalahnya dengan Khai belum selesai. Entah apa yang dah merasuk Khai, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak lancarkan perang.
***************
Rizal duduk sambil ternganga tanpa mempedulikan sebarang jenis serangga masuk ke mulutnya. Filem Superman di TV ditonton dengan kepala berasap. Dah tak ada pilihan, ini je satu-satunya siaran TV yang memaparkan cerita ada aksi, lain-lain semua kisah cinta.

            “Abah, kenapa dia pakai spender kat luar?” Khairizal menyoal dengan muka confuse yang tak dapat dibendung lagi.

            Rizal terdiam. Terselit sedikit perasaan bangga disanubarinya. Rupa-rupanya anaknya juga turut merasakan apa yang dirasainya. Hidungnya sudah membesar ke tahap yang membimbangkan. Bimbang ianya akan membesar sebesar lubang hidung ikan flowerhorn.

            Tanpa menjawab soalan Khairizal, TV terus ditutup. Menyampah tengok orang tak reti pakai spender ni. Disebabkan kebosanan dia melayan anaknya main polis-polis. Kebiasaannya dia akan jadi penjenayah dan anaknya menjadi polis.

            “Keri, pergi buat kerja sekolah!” jerit Khai dari dapur tiba-tiba. Sesungguhnya hanya dia yang mempunyai peti suara dengan kekuatan gema sejauh 20 batu nautika bila menjerit.

            Khairizal yang sememangnya lebih gerun dengan Khai berbanding Rizal, terus masuk ke bilik untuk membuat kerja sekolah. Sekali lagi Rizal kebosanan. Tapi tidak mungkin dia akan membuka TV semula untuk melihat manusia memakai spender merah di luar.

            Rizal curi-curi pandang ke dapur. Jam menunjukkan pukul 9.45 malam tapi Khai belum selesai mengemas dapur. Dia nampak Khai sedang basuh pinggan dengan muka serius mengalahkan Daniel Craig ketika menskodeng penjenayah dalam filem James Bond.

            Sememangnya Rizal tidak tahu kenapa Khai tiba-tiba tidak mahu bercakap dengannya dari semalam. Adakah dia tidak handsome lagi berbanding hari-hari sebelumnya? Tengok dalam cermin, mukanya masih sama. Tak bertukar jadi Bruno Mars pun.

            Dia melangkah ke dapur, pura-pura hendak meneguk air. Ketika dia mengambil air sejuk di dalam peti ais, Khai masih belum berpaling memandangnya.

            “Rina, buatkan abang air. Hauslah,” pintanya sengaja hendak menguji.

            Tanpa banyak soal Khai mengambil cerek yang masih berisi air panas dan terus membancuh kopi untuk suaminya. Kemudian cawan berisi kopi panas itu diletakkan sahaja di sebelah sinki, tanda menyuruh Rizal mengambilnya sendiri. Kemudian kembali membereskan pinggan mangkuk.

            Riza teguk liur. Aii...betul-betul nak lancarkan perang ke ni? Tiba-tiba nak naik angin. Lain kali naiklah basikal. Eh, lawak pulak aku. Hahaha...

            “Ermm...abang tak nak kopi, abang nak Ribena sejuk.” Huhu...hentam ajelah. Bedal air favourite Keri sekali-sekala apa salahnya.

            Khai terdiam seketika. Dia mengebas-ngebas tangan dan mengambil cawan kopi tadi lalu cawan serta airnya dicurah kasar ke dalam sinki. Rizal kehilangan kata-kata. Rupa Khai ketika mengamuk sungguh menggerunkan.

            “Rina, abang ada buat salah ke?” Rizal memberanikan diri untuk bertanya.

            “Sendiri buat salah sendiri tahulah!” bidas Khai.

            “Salah apa?”

            Khai berpaling 180 darjah memandang suaminya. Muka serius yang merah menyala memberi sedikit efek suspen. Tidak sesuai ditonton kanak-kanak 13 tahun ke bawah.

            “Siapa perempuan tu?”

            “Perempuan?”

            “Oh, buat-buat tak faham, ek? Yalah kan, orang berak tengah jalan mana nak mengaku!”

            Rizal mengangkat kening. “Bila masa pulak abang pernah berak tengah jalan? Berak bawah pokok jambu arwah atuk abang dulu pernahlah masa abang umur 10 tahun. Abang tak bagitahu sesiapa tapi abang bagitahu Rina sekarang!”

            Khai mengurut-urut dahi. Ya Allah, sabar jelah aku dapat laki lambat pick up macam ni. Tak faham bahasa kiasan. Agaknya SPM dulu BM dapat gred berapa?

            “Siapa perempuan depan balai dengan abang tengah hari semalam?” Khai bertanya sepatah-patah. Ni kalau tak faham jugak tak tahulah. Menangis Shah Rukh Khan kalau tahu.

            “Perempuan? Perempuan...perempuan...” Rizal cuba flashback memorinya. Seingatnya dia ada berjalan keluar dari balai dengan Fida tengah hari semalam.

            “Oh, Inspektor Fida. Satu jabatan dengan abang, kenapa?”

            “Dia cantik, kan? Pipinya bak pauh bakal dilempang, bibirnya merah bakal ditenyeh...”

            “Eh, Rina cakap apa ni? Sihat ke tak? Kalau rasa nak sawan meh kita pegi klinik,” sampuk Rizal yang mula curiga dengan tahap kenormalan mental isterinya malam itu.

            Khai mengetap bibir. Ikutkan hati nak saja dismack down lakinya itu tapi takut jadi isteri derhaka pulak. Dia menumbuk pintu peti sejuk dengan kuat. Rizal mula kecut.

            “Rina peduli apa dia inspektor satu jabatan dengan abang sekalipun? Yang abang dok gatal pegang-pegang dia tu kenapa? Dah gatal nak tambah lagi satu?!” Dengan kelajuan sepantas kereta Nissan Skyline ketika drift, Khai menghamburkan segala ketidakpuasan hatinya.

            Rizal tersengih. Khai cemburukan Fida rupanya. Ini kes biasa. Isteri cemburu dengan suami, ibu cemburu dengan ayah, nenek cemburu dengan atuk, awek cemburu dengan balak, tokei balak cemburu orang lain dapat tender balak, jiran sebelah cemburu jiran sebelahnya dipinang janda beranak tujuh.

            “Kaki dia terseliuhlah, sayang. Dia pakai kasut tumit tinggi. Abang cuma nak tolong je.”

            Khai tertawa penuh sarkastik. “Banyaklah, alasan lapuk bila nak menggatal dengan perempuan lain, kan? Alasan macam tu siapa percaya? Pergi tipu labi-labilah bang oi!”

            Khai kembali mengadap sinki dan pura-pura meneruskan kerja dengan hati yang berapi gila-gila. Rizal tersenyum. Dia tidak tahu macam mana isterinya tahu tentang Fida tapi perkara itu tidak penting untuk dibahaskan. Walaupun dia menganggap cara Khai cemburu agak keanak-anakan tapi dia menghargai perasaan Khai. Itu bererti Khai masih sayangkan dia seperti dulu.

            Rizal melangkah mendekati isterinya. Pinggang Khai dipeluk dari belakang, tapi Khai tidak pula menepis. Kaku tanpa perasaan.

            “Rina sayang abang kan?” soal Rizal lembut.
            Khai diam.

            “Kalau Rina sayang abang, cubalah percayakan abang macam abang percayakan Rina. Fida tu cuma rakan sekerja, kami kena selesaikan satu kes sama-sama dalam satu pasukan. Tengah hari semalam abang pergi dulu dengan dia kat parking lot tapi bukan berdua je. Kitorang tunggu Azman dengan Erin sekali. Abang cuma papah dia sebab dia tak boleh berjalan, kaki dia terseliuh. Rina boleh tanya Azman kalau tak percaya.”

            Khai terdiam mendengar penjelasan suaminya. Ada logiknya juga kerana seingatnya tengah hari semalam dia ternampak Rizal memapah Fida dan gadis itu kelihatan berjalan terhencot-hencot. Susah dapat suami kacak serba serbi ni, entah-entah kalau suaminya menegur Mak Piah Ketupat pun dia cemburu. Mungkin betul, dia perlu belajar untuk mempercayai suaminya. Lagipun sebelum ini mana pernah Rizal menggatal dengan orang lain.

            “Senyum sorang-sorang ni kenapa pulak?” tegur Rizal hampir ketawa.

            Khai cepat mengawal perasaan. Dia tidak sedar sejak bila dia tersenyum. Dia jadi malu apabila dirinya ditenung begitu. Sekeras-keras hatinya, akhirnya lembut juga kerana pujukan sang suami.

            “Jangan marah lagi, okey? Lain kali kalau tak faham apa-apa tanya abang dulu, jangan terus buat andaian. Kadang-kadang andaian boleh jadi fitnah, faham?”

            Khai mengangguk malu. Segala kekusutan telah diselesaikan. Nasib baik suaminya jenis tidak cepat melatah. Kalau jenis suami yang panas baran tentu bila isteri buat perangai ditengkingnya balik atau silap-silap si isteri makan pelempang. Rizal, such a cool husband. Ahaks...

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)