Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuesday, October 21, 2014

Pertandingan menulis ulasan untuk novel Zikir Cinta


Assalamualaikum & hai... okeylah, kembali mengupdate selepas berminggu-minggu dibiarkan sunyi sepi. Aku sebenarnya nak update cerita baru tapi masih belum berkesempatan sebab baru start kerja. Aku kerja apa? hehehe... rahsia *ceh, bajet mcm ada org nak tahu je

Okey, dan disebabkan takde modal nak update apa, so aku dapat idea. Haa... ideanya, aku nak buat pertandingan menulis ulasan untuk novel terbaru aku iaitu Zikir Cinta.

baby aku yang ke-4 :')

Syarat-syaratnya:-

1) Korang bebas nak menulis ayat macam mana pun, yang penting TAK KURANG dari 30 patah perkataan.

2) Semua yang masuk contest ni akan dapat gift (yang menulis lebih dari 30 patah perkataan sahaja), tapi akan ada hadiah special untuk tempat PERTAMA, KEDUAKETIGA. Penilaian akan dibuat berdasarkan panjang ulasan dan isi ulasan. Tapi kalau korang kipas novel ni panjang-panjang pun takde guna jugak, sebab aku menilai berdasarkan isi dan kritikan membina yang diterima.

3) Korang boleh tulis ulasan tu kat mana-mana je. Boleh PM aku kat Facebook, tulis dekat ruangan komen kat blog ni, tulis kat blog korang lepas tu bagi link supaya senang aku nak cek, jadikan status kat korang punya Facebook dan tag nama aku. Nak e-mail aku kat nuraqilahsyuhaidah@gmail.com pun boleh.Yang penting boleh memudahkan aku untuk cek.

4) Tarikh tutupnya adalah 30 November 2014

Pemenangnya aku akan umumkan dekat blog ni selepas aku buat penilaian
So kalau ada yang berminat untuk join contest ni, boleh join ;D 
Tak tahu kat mana nak beli novel ni? Boleh PM publisher October Love dekat Facebook

Harganya RM30 (harga online) SM, RM33 (harga online) untuk SS
Kalau dekat kedai buku harganya RM32 (SM), RM35 (SS)

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, October 9, 2014

Zikir Cinta (bab 1 hingga bab 30)


Assalamualaikum... macam yang korang tahu, novel Zikir Cinta dah keluar dan dah boleh start order dengan pihak publisher. Jadi sesiapa yang berminat, boleh PM publisher October Love dekat SINI.

Nak baca sinopsis boleh klik dekat SINI

Dan kalau korang masih belum berpuas hati, tak pe... boleh baca bab-bab awal Zikir Cinta dekat blog ni jugak. Tapi kat sini versi sebelum penyuntinganlah ye, maaf kalau ada kesalahan typo, susunan ayat dan sebagainya :)

Klik untuk baca bab 1 - 30


Beli cepat-cepat tau. Pasni aku ada projek novel lain pulak. Hohoho... novel lepas ni adalah novel kesinambungan untuk novel Kutemui Cinta & Zikir Cinta. Aku akan gabung jadi satu. Aku ada mention kat side bar blog sebelum ni ;)

Novel Kutemui Cinta boleh beli dengan Karangkraf Mall. PM diorang dekat SINI. Boleh dapat diskaun tau. Hehehe...

Saturday, October 4, 2014

Sinopsis & cara pembelian novel Zikir Cinta

Assalamualaikum and hye… ok, hari ni aku nak umum yang Zikir Cinta dah boleh di order secara online. Dan tak lama lagi korang bolehlah pergi survey dekat mana-mana kedai buku, MPH, Popular dan sebagainya pulak. Hehe…

Dan kalau tak jumpa kat kedai, boleh order dekat SINI. Ataupun korang boleh PM publisher October Love kat Facebook diorang kat SINI atau kat SINI

Jadual tak berjalan mengikut perancangan aku. Aku ingat KhaiRizal Love Story yang akan publish dulu, rupa2nya Zikir Cinta. KhaiRizal Love Story masih dalam waiting list. Apa patut aku buat? Hmm… adakah aku patut tarik balik manuskrip tu dan hantar pada publisher lain?

Pape Zikir Cinta dah keluar, aku tetap happy. Berbulan-bulan aku tak dapat tidur secara normal menatap benda alah ni. Hahaha…

Cover novel

Sinopsis:

“Kan aku dah cakap, aku cuma mahu lelaki kacak dan kaya. Budak kampung tu bukan taste aku.”

Daniel, dia hanya lelaki biasa. Anak seorang penjual kuih. Penghijrahannya selama tiga tahun ke kota Canberra telah mempertemukan dirinya dengan Cinta Aulia. Namun angkuhnya gadis itu dengan kekayaan yang dimiliki menjadikan dia tahu mencermin diri sendiri.
“Aku mengaku aku sukakan dia, tapi aku tak pernah berangan nak bersama dengan dia. Aku sedar yang status keluarga aku dan dia ibarat langit dengan bawah tanah.”

Cinta Aulia, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang pedih luka hidupnya ketika zaman kanak-kanak. Peristiwa silam yang menjadikan dirinya seorang pendendam dan membenci lelaki. Tujuannya hanya satu; mahu lelaki tunduk dan patuh di kakinya!

Tiba-tiba Cinta Aulia meluahkan perasaan membuatkan Daniel begitu bahagia, menyangka gadis itu benar-benar ikhlas mengasihi dirinya. Namun tanpa sedar, perasaannya hanya dijadikan bahan gurauan dan dipijak-pijak bagai tidak berharga.

Namun lelaki yang dipermainkan dan dihina itulah yang akhirnya menjadi penyelamat maruahnya. Lelaki itulah yang membimbing dan menyedarkan dirinya daripada terus leka dengan permainan dunia. Saat Cinta Aulia mulai sedar dia telah menemui cintanya di dalam diri Daniel, Daniel sudah tidak sudi untuk menoleh kepadanya untuk kali yang kedua.

Tetapi takdir seakan-akan mempermainkan dirinya kerana sekali lagi takdir menemukan mereka di Malaysia. Dan Cinta Aulia yang kini dijumpainya bukan lagi Cinta Aulia yang dikenalinya sewaktu di Canberra dulu. Lalu... tekad Daniel akhirnya tewas dengan hatinya sendiri.

Siapa menyangka, pertemuan mereka kali ini menemukan mereka kepada kebenaran. Kebenaran yang menyebabkan perasaan antara dua insan itu tidak mendapat restu sekaligus membatalkan niat suci Daniel. Dan kini... setelah mereka mengetahui yang mereka tidak boleh bersatu, adakah masih ada ruang untuk Cinta Aulia mengecap kebahagiaan bersama lelaki bernama Daniel?

“Saya cintakan awak dan saya perlukan sokongan awak. As long as you’re with me, come what may... I know that I will be able to face it…”


Kalau korang berminat untuk beli, boleh klik link yang aku bagi kat atas. Maaf, aku tak ambil order sebab kekangan masa dan takut tak dapat nak uruskan order. Tapi sesiapa 300 orang terawal yang order dengan October Love, memang akan dapat autograf + free gift dari aku. Hehe... so order dengan diorang ok ;)

p/s: Kalau korang mencari novel Islamik (like 100% Islamik) dengan ayat berpuitis macam Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Tahajud Cinta, Ketika Cinta Bertasbih or something like that, aku TAK recommend korang untuk beli Zikir Cinta sebab novel ni bukan 100% Islamik. Hanya terselit hadis, ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan pengajaran dan bagaimana cara untuk apply dalam kehidupan seharian. Ada pengajaran yang boleh diambil, cuma ianya bukan dalam kategori Islamik kerana ianya masih sebuah novel yang lebih bertumpu kepada kisah cinta.

Friday, October 3, 2014

Pelakon-pelakon Zikir Cinta

Hai… tajuk macam apa. Haha… ok ni saja aku tulis supaya senang korang yang baca Zikir Cinta untuk imagine macam mana rupa watak dalam novel tu.



Ok, empat orang kat atas ni ialah main characters yang ada dalam ZC. When I started typing ZC, I imagine them being Daniel, Cinta, Jessica & Adrian. Playing with my imagination with all this characters makes me feel enthusiastic to type it until the end of the story :)

Hero:-
Innocent Muhammad Daniel
Kalau kebanyakan watak hero yang ada dalam novel adalah anak orang kaya, ada kereta mahal 10 biji, playboy, bla3X… kali ni aku buat kelainan sikit. Hero Zikir Cinta hanyalah orang biasa yang berusaha dari titik kosong untuk berjaya. Walaupun klimaks cerita ni ada plot twist sikit. Haha.

Heroin:- 
Gorgeous Cinta Aulia
Ni karya first yang aku beranikan diri untuk tulis yang watak heroinnya tak berapa baik pada awal-awal bab. Dan ianya menimbulkan kebencian dalam diri pembaca. Haha. 

Second heroin:-
Lovely Jessica Lidya Arfan
Second heroin yang aku beranikan diri untuk mewujudkan dirinya sebagai watak gadis Indonesia. Sebab student Indonesia kat Australia memang ramai. Huhu…

Dia kawan yang baik dan penyayang. Dan… selebihnya korang baca sendiri dalam novel. Ngee~

Second hero:-
Caring Muhammad Hafiz Adrian
Second hero yang sangat mengambil berat tentang kawan-kawannya. Karakter seorang sahabat yang sangat jarang ditemui pada zaman kini. Huhu…

Dia panas baran dan garang dalam hal yang melibatkan kawan-kawan dia, tapi dalam masa yang sama has a really warm heart. Haha… hasil survey yang aku jalankan pada kawan-kawan aku, diorang lagi suka watak Adrian daripada Daniel. Errk…adakah kerana karakter Daniel lebih kepada realiti dan karakter Adrian lebih kepada fantasi? Huhu… aku tak tahu.


Last ni aku tempek jugak. Jason Lee. Aku tak nak ceritalah macam mana karakter dia sebab dia watak tempelan je. Haha… kejam aku. Tapi masa korang baca ZC, korang imagine la muka dia macam ni. Haha.


Ok, tu je. Sesiapa yang belum dapatkan ZC, cepat-cepat dapatkan okeng. Boleh order dengan pihak publisher October Love. Ada autograf + free gift untuk 300 pembaca terawal yang order :D

Wednesday, September 24, 2014

Zikir Cinta 30

“AWAK perlukan apa-apa? Kopi? Teh?” tanya Jasmine ketika bertembung dengan Daniel di pantry.

            Daniel menggeleng-geleng.

            “Tak apalah, saya tak nak minum air manis. Nak air kosong aja.”

            “Oh, macam tu biar saya ambilkan!”

            “Eh, tak apa! Tak apa! Saya boleh ambil sendiri.”

            Daniel cepat-cepat menegah apabila Jasmine melangkah mendahuluinya ke rak bersusun mug.

            Dia agak serba-salah. Sejak bekerja di Brilliant Sdn. Bhd. sebulan yang lalu, gadis itu kelihatan sangat mengambil berat tentang dirinya. Kadang-kala kalau tidak bertembung pun, Jasmine sengaja datang ke biliknya dan bertanya sekiranya dia memerlukan apa-apa.

            Jujur, Daniel terasa janggal. Jasmine dah berlagak macam setiausaha tak bergaji pulak!

            “Eh, tak apalah. Biarlah saya tolong. Tolong-menolong kan amalan mulia.” Jasmine tersengih-sengih, lalu menuang air masak ke dalam mug dan memberikannya kepada Daniel.

            Daniel serba-salah. Lambat-lambat mug itu disambutnya.

            “Thanks…” Air masak itu diteguknya sedikit.

            “Kejap lagi kita lunch sama-sama nak tak?” Jasmine mempelawa membuatkan Daniel tersedak seketika.

            “Eh, awak tak apa-apa?” Jasmine kelihatan risau melihat Daniel yang sudah terbatuk-batuk. Tangannya ingin mengusap belakang badan Daniel, namun Daniel cepat-cepat mengelak.

            “Saya tak apa-apa,” ujarnya. “Err… maaf, saya rasa tak boleh. Sekejap lagi saya akan lunch diluar dengan client.”

            Jasmine hanya tersenyum.

            “Kalau macam tu tak apalah. Lain kali je, bila awak dah free.”

Daniel mengerutkan kening. Dia benar-benar skeptikal dengan niat Jasmine saat ini. Adakah Jasmine sedang cuba untuk memikat dirinya?

            Huh, tak mahu. Ibu, Daniel nak balik! Dia menjerit dalam hati.

            “Saya pergi sambung kerja dulu ya.” Daniel menunduk dan segera meminggir dari situ.

            Dia cepat-cepat keluar dari pantry dan berjalan pantas menuju ke ruang pejabatnya.

            Jujur, dia tidak senang dengan cara Jasmine. Dia akui, Jasmine seorang gadis yang cantik. Rambutnya bersanggul kemas. Skirt paras lututnya, dipadankan dengan stokin hitam dan kasut tumit tinggi menjadikan dirinya kelihatan begitu elegan walaupun dia sebenarnya cuma kerani. Kalah orang-orang korporat.

            Tapi Daniel tidak mahu. Dia tidak berkenan kerana setakat ini hatinya tidak terpaut pada mana-mana gadis pun kecuali Cinta.

            Kepalanya menggeleng-geleng, enggan memikirkan hal tersebut dan terus duduk di meja meneruskan kerjanya. Siap sahaja satu lampiran dokumen, dia terus meletakkannya didalam fail dan melangkah ke bilik Adrian.

             Pintu berwarna coklat oak itu dikuak apabila mendapat kebenaran daripada Adrian. Walau apa pun, dia tetap harus menghormati Adrian sebagai ketua. Diluar pejabat, Adrian adalah rakannya tapi dihadapan semua staf, Adrian adalah majikannya.

            “Ya, ya, okey. Tentang ZA Holdings tu jangan risau. Tengah hari ni saya akan berjumpa dengan CEO nya untuk perbincangan…” Adrian sedang bercakap di telefon ketika Daniel melangkah masuk.

            Adrian memberi isyarat, mempersilakan Daniel duduk.

            “Okey, Dato’. The contract has been prepared by our marketing executive. Tunggu nak sign je. Ya, Dato’… apa-apa nanti saya inform later. Okey… assalamualaikum…”

            Adrian terus meletakkan ganggang telefon.

            “Ya, Danny?”

            Daniel meletakkan fail di atas meja Adrian. Adrian terus mengambil dan membelek-beleknya.

            “Tahu kan kita ada meeting dengan CEO ZA Holdings sekejap lagi?” soal Adrian dengan mata yang masih memandang fail.

            Daniel mengangguk.

            “Syarikat yang nak lantik Brilliant Sdn. Bhd. sebagai pembekal utama bahan binaan tu, kan?” soal Daniel dan disambut dengan anggukan oleh Adrian.

            Daniel turut mengangguk. Sejak bekerja disini, sudah banyak perkara yang dipelajarinya. Dia sudah tahu bagaimana cara untuk deal dengan pelanggan, cara close a deal, bagaimana cara offer service pada client dan macam-macam lagi. Semuanya atas tunjuk ajar Adrian dan Jessica.

            “Aku harap kau bersedia untuk berjumpa dengan CEO ZA Holdings…” ujar Adrian perlahan.

            Daniel tergelak halus.

            “Janganlah risau. Aku tahulah macam mana nak deal dengan client!” Dia turut membahasakan ‘aku-kau’ jika tiada staf lain bersama mereka.

            Adrian mengulum senyuman. Memandang tepat ke wajah Daniel.

            “Kau akan tahu apa yang aku maksudkan nanti. Bersedia je dari sekarang.”

            Daniel menaikkan kening. Kenapa pula Adrian ni? Marketing memang tugasnya. Kalau tidak buat apa dia belajar hingga ke seberang laut? Alah, dia akan buktikan pada Adrian dia boleh!

            Namun senyumannya tidak lama tatkala tiba di sebuah restoran ekslusif. Seorang gadis berpakaian korporat, namun sopan bertudung setia menanti mereka.

            “Maaf, Cik Cinta. Tadi jalan jam sikit. Harap tak lama menunggu.” Adrian menyapa dengan bahasa formal.

            “Tak apa, En. Adrian. Saya pun baru sampai lima minit yang lalu,” ujar Cinta pula dan terus mempersilakan kedua-duanya duduk.

            Cinta berlagak biasa, seolah-olah tidak mengenali Daniel. Tangannya sibuk menyusun fail di atas meja.

            Daniel jadi kelu. Fikirannya kosong. Hampir pitam dia melihat gadis itu. Kalau boleh dia memang tidak mahu lagi berjumpa dengan Cinta. Namun apa yang ditakutinya sedang berlaku pada hari ini. Selepas lebih lima bulan tidak bertemu, takdir menemukan mereka kembali.

            Oh, jadi Cinta adalah CEO ZA Holdings. Patutlah Adrian suruh aku bersedia, getus Daniel dalam hati.

            Perbincangan dengan Cinta berlangsung selama dua jam setengah. Akhirnya Brilliant Sdn. Bhd. bersetuju dengan tawaran ZA Holdings.

            Adrian dan Cinta menandatangi kontrak, tanda termeterainya perjanjian antara kedua-dua syarikat itu.

            Daniel jadi blur. Dia yang selalunya outspoken apabila bertemu dengan client tiba-tiba jadi agak pendiam hari ini.

            Jaga kau, Adrian. Aku cekik kau balik nanti! Daniel menggerutu sendiri.

            “En. Daniel adalah eksekutif pemasaran di Brilliant, kan? Dah lama kerja dekat sana?” Soal Cinta tiba-tiba apabila perbincangan sudah selesai.

            Daniel sedikit tersentak.

            “Tak lama pun. Baru sebulan.”

            “Oh, pendiam juga En. Daniel ni, ya? Tak banyak bercakap!” ujar Cinta sambil ketawa.

            Daniel cuba untuk tersenyum. Alah Cinta ni, berlagak macam tak kenal pula. Padahal mereka bertiga satu universiti dulu, malahan satu kelas. Tapi sekarang bila masing-masing sudah bekerjaya, masing-masing mula berlagak formal. Memanggil dengan panggilan ‘cik’ dan ‘encik’.

            Daniel mengeluh. Berharap agar hari ini segera berakhir!
*************

“KAU tak puas hati apa dengan aku ni?” soal Adrian sambil tergelak-gelak melihat wajah Daniel. Daniel tak buat muka, tapi Adrian tahu bila masanya Daniel gembira, sedih, marah dan pelbagai lagi emosi Daniel walaupun sahabatnya itu hanya tahu buat muka stone.

            Yalah, sejak pulang dari lunch meeting bersama Cinta; CEO ZA Holdings itu, Daniel tidak bercakap langsung dengannya. Dah sampai rumah pun tak bercakap lagi.

            “Apa benda lagi yang kau rahsiakan dari aku ni?” Daniel memulangkan pertanyaan.

            “Umm… jap, biar aku fikir.” Adrian mengerutkan kening, berlagak seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia menjawab, “Hah, ada. Jessica tinggal dekat rumah Cinta sekarang. Cinta yang ajak sebab dia kata bosan tinggal berdua dengan papa dia je.”

            Daniel agak kaget mendengarnya. Dia menghela nafas.

            “Korang ni memang banyak rahsia, kan? Kau memang dah rancang nak adakan kerjasama dengan ZA Holdings sebab tu syarikat Cinta, kan?” Dia serkap jarang.

            “Hish, kau ni. Tapi itu salah satu sebablah. Lagipun ZA Holdings tu dah establish. Beroperasi sejak berpuluh tahun lalu. Aku naklah deal dengan syarikat yang dah banyak pengalaman. Aku letakkan kepercayaan aku 100% sebab yang mengetuainya adalah Cinta!” Adrian menyatakan pendiriannya.

            Daniel terus kehilangan kata-kata. Hmm… apa boleh buat. Dah deal pun. Lagipun dia bukannya ada hak untuk menentukan dengan siapa Adrian mahu bekerjasama. Akhirnya dia mengalihkan perhatian kepada skrin komputer riba.

Memang sejak bekerja, hampir setiap malam Daniel menghadap komputer. Kata Daniel, dia mahu bekerja sungguh-sungguh demi ibunya. Adrian juga memuji tahap prestasi kerja Daniel yang sangat baik.

Ketika dia ralit menaip di papan kekunci komputernya, wajah Cinta pula bagai menari-nari diruang mata.

Sumpah, Cinta nampak lebih comel sekarang berbanding dulu. Gadis itu bijak bergaya walaupun kini sudah bertudung litup. Siang hari tadi dia banyak berdiam diri pun kerana mata dan tubuhnya kaku merenung paras Cinta. Gadis yang sudah sedia comel itu tampak ayu dengan kulitnya yang putih gebu kemerah-merahan, mata hitam yang bulat bersinar dan alis mata yang lentik semulajadi.

Daniel menelan air liur. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Terasa berdosa kerana terbayangkan anak dara orang. Pertemuannya dengan Cinta siang tadi benar-benar sudah mengganggu konsentrasinya saat ini.

Tapi kalau benar dia sudah tidak menyimpan perasaan pada Cinta, kenapa dia memikirkan gadis itu?
************************

CINTA tersenyum sendiri mengimbas kembali pertemuannya dengan Daniel semasa makan tengah hari siang tadi. Dia sebenarnya sudah dimaklumkan oleh Adrian bahawa Daniel akan turut serta, tetapi apabila Daniel benar-benar ada didepan mata, tubuhnya terasa bagai diawang-awangan. Lebih lima bulan tidak bersua, Allah sahaja tahu betapa dia merindui lelaki itu.

            “Kamu kenapa? Kok senyum-senyum gitu.” Jessica menegur. Pelik dia melihat Cinta tersenyum sorang-sorang di ruang tamu sambil menghadap TV yang tidak dibuka.

            Cinta menggeleng sahaja. Dia menguak sedikit rambutnya yang terjuntai di dahi.

            “Gembira ya, bisa ketemu sama sang jejaka idaman?” usik Jessica.

            Wajah Cinta merona kemerahan.

            “Daniel ada memuji tentang tudung kamu? Atau ngobrol sama kamu?”

            “Tak ada…” Perlahan sahaja jawapan Cinta.

            Jessica menjungkitkan bahu. “Nggak apa-apalah. Mungkin dia masih malu. Kalian kan udah lama nggak ketemu.”

            Cinta hanya berjeda. Tidak respons dengan telahan Jessica.

            Malu? Mungkin juga. Daniel kelihatan sentiasa mengelak untuk membuat eye contact dengannya. Itu kategori malu atau tak sudi? Cinta tak pasti. Lelaki-lelaki yang dikenalinya sebelum ini bukan seperti Daniel, jadi dia tidak tahu apa maksudnya apabila Daniel sering mengelak daripada memandang dan berkomunikasi dengannya.

            “Cinta, nanti hujung minggu kita ke KLCC yuk? Aku mau beli tudung baru nih,” ujar Jessica, menyedarkan Cinta dari lamunan pendeknya.

            Cinta mengangguk sahaja.

            “Okey, kalau macam tu aku pun nak beli tudung barulah.”

            Jessica tersenyum melebar. Tidak lama kemudian mereka berdua membuat kerja masing-masing. Cinta membelek-belek majalah sementara Jessica pula sibuk menaip di telefon bimbitnya.

            “Cinta.” Jessica kembali bersuara.

            “Hmm…”

            “Bagaimana perasaan kamu sekarang setelah memakai jilbab? Apa kamu senang dengan perubahan kamu sekarang?”

            Cinta buat kening double-jerk.

            “Aik, aku dah dua bulan pakai tudung baru nak tanya?”

            “Alah… sebelum ini aku nggak nanya karena aku pikir kamu kan masih baru. Makanya sekarang aku nanya. Aku pingin tahu juga.”

            Cinta tersenyum sambil jari-jemarinya terus membelek helaian majalah.

            “Rasa tenang, dilindungi dan dihormati.” Pendek sahaja jawapannya.

            Jessica turut mengukir senyuman dan kembali menatap skrin telefon kerana tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.

            Bagi Cinta pula, dia tidak mahu menceritakan secara terperinci tentang hijabnya kerana tidak mahu timbul perasaan riak. Biarlah hanya Allah yang tahu.

            Namun apa yang pasti kini, dia merasakan hidupnya lebih bermakna berbanding dulu. Dia bersyukur meninggalkan zaman kegelapannya. Kalau dulu dia tidak tahu apa tujuannya dihidupkan di atas muka bumi ini. Setiap hari yang dilaluinya sama sahaja; bangun tengah hari, lepak dengan kawan-kawan, bertukar ganti teman lelaki setiap hari dan ke kelab malam. Benar-benar seperti tidak ada tujuan hidup. Tapi kini segalanya sudah berubah. Dia sudah meninggalkan semua itu. Dia sudah berazam untuk menjadi Cinta yang baru.

            Lima bulan kembali tinggal di Malaysia setelah tamat pengajian. Itu bukan satu jangka masa yang singkat. Dalam tempoh itu, dia sendiri tidak pernah cuba mencari Daniel. Dia sibuk menguruskan perniagaan papanya. Dan dalam masa yang sama mendalami ilmu agama. Terima kasih kepada Jessica yang senantiasa sudi membantunya. Melihat perubahan Cinta, Dato’ Razak terlalu bersyukur dan gembira. Kerana itu Dato’ Razak tidak kisah sekiranya Jessica tinggal di rumahnya. Sekurang-kurangnya Cinta ada guru di rumah yang boleh mengajarnya ilmu fardu ain.

            Hanya tiga bulan selepas itu, akhirnya dia membuat keputusan berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Jessica terharu. Dato’ Razak apatah lagi. Semua staf di pejabatnya juga turut terkejut dan hampir setiap hari memuji penampilan barunya.

            Namun Cinta tersenyum sahaja. Bukan pujian yang diinginkannya, tapi ketenangan yang diperolehinya. Tiada lagi mata-mata nakal lelaki yang cuba menjamah tubuhnya. Dan dia juga sudah tidak berminat lagi untuk menarik perhatian mana-mana lelaki.


ANNOUNCEMENT!!
Novel Zikir Cinta ditamatkan sampai bab 30 sahaja kerana akan diterbitkan.

Nak tahu apa yang akan terjadi selepas ni?
Apa akan jadi pada hubungan Daniel dan Cinta?
Macam mana hubungan Cinta dengan ayah kandung dia yang buat dia benci pada lelaki?
Apa rahsia Puan Aisha? Siapa ayah Daniel yang sebenarnya?
Jasmine yang cuba nak mengorat Daniel?
Dan lepas ni akan ada yang cuba memikat hati Cinta. Apa reaksi Daniel? Hehe…
And last but not least, macam mana agaknya Adrian nak confess perasaan dia pada Jessica? Berjaya ke hubungan diorang nanti?

Ahax… semua tu akan terjawab dalam novel Zikir Cinta. So belilah ya... ^_^ HAHA. Sudah berada di pasaran. Malas nak cari kat kedai, boleh beli dengan publisher October Love

p/s: Novel ni agak tebal sebenarnya dan jalan cerita ni jauh lagi. Semua sekali ada 70 bab (889 muka surat). Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua yang mengikuti siri novel ni dari awal hingga sekarang. Suka baca komeng2 dari korang kerana ia adalah pembakar semangat dan rangsangan untuk aku terus berkarya :) Tanpa korang, siapalah aku. Cewah… tata

Tuesday, September 23, 2014

Tutorial cara cantum 2 imej ke dalam satu gambar (for beginner)


Peringatan : Dalam tutorial ni akan ada BANYAK gambar sebab aku tunjuk step by step. Kalau line internet korang slow, mungkin tak sesuai tengok buat masa sekarang. Hehe...

Assalamualaikum dan hai... okey, tutorial ni aku pos atas permintaan beberapa orang rakan di Facebook. Dan hari ni aku akan tunjukkan cara-caranya. Baca dengan TELITI okey? Kalau baca sepintas lalu memang takkan faham. 

Dan kalau gambar kecik sangat, boleh klik gambar tu sebab ruang kat blog ni tak cukup besar untuk gambar-gambar yang aku upload ni. Huhu...

Okey, mula-mula sekali pilih dua keping gambar yang korang nak. Kalau dua-dua gambar orang, make sure angle diorang sama. Kalau sorang posing menghadap ke depan, yang sorang lagi pun sama. Tak boleh angle lain, nampak tak kena. Sebagai contoh, dua keping gambar yang aku pilih kat bawah ni:-
Daniel
Cinta
Hero dan heroin kesayangan aku. Haha. Okey, ni bukan entry Zikir Cinta. =,=

Lepas dah pilih gambar, bukalah software Adobe Photoshop korang. Aku pakai CS3 je. Kalau advance sangat aku pulak yang pening nanti :P

Okey... korang dah bukak? Rupa dia macam gambar kat bawah ni:-
klik kalau tak nampak

Orite... nak upload gambar, klik File > Open
Pastu select dua gambar korang tu. Ikut kat folder mana korang simpan.


Bila dah select, dua-dua gambar akan appear dalam Adobe Photoshop macam gambar atas ni.

Next, fokuskan pada gambar Daniel dulu. Cinta ketepikan buat sementara.
Select gambar Daniel, then pilih Lasso Tool (ikut anak panah)


Hold mouse dan crop gambar Daniel secara cincai ikut gambar bawah:-
Nampak tak kat sekeliling Daniel ada garis putus-putus? Tu maknanya kita dah select area mana yang kita nak.


Seterusnya, pergi ke Edit > Copy (ikut anak panah)



Then pergi ke File > New (ikut anak panah)



Bila dah select New, kotak macam kat atas ni akan muncul. Kat anak panah yang aku tunjuk tu adalah perkara yang korang kena arrange.

Aku pilih keluasan 1000 X 1000
Tapi sebenarnya saiz tu boleh ikut suka hati korang. Hak masing-masing.
Pastu Background Contents pastikan korang pilih Transparent
Lepas tu klik OK


Kotak bersaiz 1000 X 1000 muncul dekat skrin (ikut saiz yang dipilih tadi)
Kotak bercorak gingham checks putih + kelabu macam ni ya (sebab pilih transparent)

Pastu pergi ke Edit > Paste
Gambar Daniel yang di crop tadi muncul dalam kotak transparent tu.

Buat benda yang sama untuk gambar Cinta. Crop guna Lasso Tool, pastu Edit > Copy
Select kotak transparent yang dah ada Daniel kat dalam tu.
Klik Edit > Paste


klik kalau tak nampak
So gambar akan jadi macam kat atas ni. Gambar Daniel dan Cinta ada dalam kotak transparent tu.
Guna Move Tool (tengok anak panah belah kiri) untuk gerakkan dua-dua image

Ada Layer 1 dan Layer 2 (tengok anak panah belah kanan)
Klik Layer 1 kalau nak gerakkan gambar Daniel, 
dan klik Layer 2 kalau nak gerakkan gambar Cinta

Select Layer 1 (fokus pada Daniel dulu)


klik kalau tak nampak
Pilih Magic Wand Tool (tengok anak panah)
then klik kat tepi-tepi gambar Daniel untuk buang lebihan yang tak diinginkan (tengok gambar bawah)

Magic Wand Tool ni selalunya sekali klik aja dia dah select semua warna yang lebih kurang sama. So maybe tool ni sesuai guna kalau background belakang tu kontra dengan warna baju. 

Jadi Magic Wand Tool 'kureng' sesuai sebab jaket Daniel lebih kurang sama je dengan background belakang. Tool ni select dengan baju-baju sekali.

Jadi boleh cuba option lain. Pilih Eraser Tool (tengok anak panah gambar atas)



Saiz gambar tu kita boleh zoom in dan zoom out ikut keselesaan kita. So boleh resize dekat anak panah yang aku tunjuk.



klik kalau tak nampak
Okey, cuba tengok gambar atas ni. Aku zoom in. Anak panah sebelah kanan (yang tunjuk kotak merah) dia tunjuk area mana kita tengah zoom.

Select Eraser Tool tadi (anak panah sebelah kiri) then delete area tepi-tepi gambar yang kita tak nak.
Buat hati-hati. Zoom in kalau rasa tak nampak (macam gambar atas)



Area tepi-tepi yang tak diingini (gambar atas) untuk gambar Daniel dah dibuang guna Eraser Tool


Beralih ke Cinta pulak. Select Layer 2


Select Eraser Tool dan delete tepi-tepi gambar macam yang dibuat tadi. Saiz pemadam tu kita boleh kecilkan dan besarkan ikut keselesaan.



Area yang tak diingini dekat gambar Cinta dah dibuang 
dengan Eraser Tool


Walaupun nampak macam dah okey, tapi sebenarnya masih ada yang tertinggal.
Select Blur Tool (ikut anak panah) untuk blur kan garis-garis kasar disekeliling gambar supaya nampak real. Takdelah nampak macam gambar crop sangat.



Gambar atas (tengok anak panah) blur kan area-area tepi gambar supaya tak nampak kasar.
Buat untuk dua-dua gambar (Daniel dan Cinta)



Dah selesai, select Edit > Free Transform (anak panah)



Akan ada kotak macam ni. Resize gambar tu ikut suka hati kita.

Kalau macam yang aku buat, aku resize supaya saiz gambar Cinta jadi lebih kurang sama dengan Daniel. So tak nampaklah kepala besar. Pandai-pandai adjust supaya diorang nampak real macam tengah bergambar bersama.

Dah puas hati, klik Move Tool or mana-mana button, akan keluar kotak macam kat bawah ni:-
Klik Apply, so saiz gambar dah kekal macam yang kita nak.



Pastu save la gambar tu. Klik File > Save As


Aku save kat Desktop je, senang nak cari. Huhu.
Pilih format JPEG



Gambar dah save, tapi banyak ruang kosong. So crop balik. Pakailah Paint ke, Microsoft Office Picture Manager ke, asalkan boleh crop.



Bila dah crop, save. Jadi macam kat atas, takde lebihan kawasan.
Tapi yang jadi masalahnya, tona kulit tak sekata. Nampak sangat edit. Haha.
So kita edit warna diorang pulak.

Buka balik Adobe Photoshop
Select File > Open
Pilih gambar yang kita dah edit tadi.

Gambar dah edit tadi keluar dekat Photoshop


Pilih Filter > Artistic > Colored Pencil


Kotak macam kat atas akan keluar. So ada banyak option kat sini, kita nak edit gambar kita macam mana. Nak jadi kartun ke, minyak ke, hitam putih ke, terserah anda.


Kat bawah ni salah satu contoh yang aku edit:-
Tulisan tu hiasan jelah. Saja-saja. 


Dan kalau korang dah edit, tapi tona kulit masih nampak tak sekata, edit je keseluruhan gambar tu jadi hitam putih ke, vintage ke, so semua warna jadi sama. Macam gambar bawah ni:-
Hehehe... option yang paling selamat kalau warna antara kedua-duanya berbeza.


Kalau pasal warna ni, tak nak edit dekat Photoshop pun boleh. Editlah pakai Photoscape ke, PaintToolSAI ke, ikut suka korang.

Walaupun ni antara tutorial Photoshop yang paling simple, tapi biasanya jarang orang akan terus berjaya pada percubaan kali pertama.

So apa yang korang perlu buat: PRACTICE! PRACTICE! PRACTICE!
Practice makes perfect, right? Hoho ^_^

Pasni kalau korang dah mahir tutorial ni, korang boleh cuba dengan background gambar pemandangan pulak. Takdelah nampak kosong je kat belakang.


P/S: Maaf kalau korang tak faham tutorial ni, sebab ni first time aku tulis tutorial. Haha.
Kalau tak faham, jangan pening jangan stress. Boleh inbox aku kat Facebook untuk bertanya.
Insya-Allah aku akan jawab.

Selamat mencuba ^^