Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, April 25, 2011

Amar Farish 4

“Walaupun kecik, tapi cantik rumah kau ni, Jue.”Ayat pertama yang keluar dari mulut Zahra sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Jue.

            “Ala, rumah sewa biasala. Nak harapkan aku beli sendiri tak adanya. Haa… kau kena tidur dengan akulah nampaknya. Kat rumah ni ada satu bilik je,” balas Jue sambil menolong Zahra mengangkat beg-beg pakaiannya.

            Selesai semua barang disumbatkan ke dalam bilik, Zahra ke dapur. Nak tolong Jue memanaskan lauk. Semasa Jue datang mengambilnya di McD petang tadi, terus mereka singgah warung beli lauk untuk makan malam.

            “Ara, kau interview bila?”tanya Jue sambil menuang lauk dalam mangkuk.

            “Khamis ni, kenapa?”

            “Tak ada apa, makin cepat makin bagus. Dah prepare ke?”

            Zahra tersengih. “Rasanya dah kot. Aku ada search sikit-sikit kat internet soalan apa yang lazim ditanya masa interview.”

            Jue tersengih sama. Ketika Zahra sedang mencedok nasi daripada periuk, dia terdengar suara kucing mengiau.

            “Eh, Arshavin dah balik? Mari sini anak mama.” Senyuman di bibir Jue melebar bila seekor kucing Parsi masuk ke dapur. Zahra angkat kening. Mama? Arshavin?

            “Wei Jue, kau ni tak betul ke apa? Tu kucing bukan manusia,”ujar Zahra. Sarkastik.

            “Ala biarlah…dia nilah satu-satunya peneman aku kat rumah ni sejak housemate aku tuh takde. Eh kau tolong ambilkan Whiskes dalam kabinet atas tu. Kasi anak aku tu makan, dah penat agaknya bertenggek dengan kucing jiran sebelah,”arah Jue macam seorang ibu bebelkan anaknya. Anak tu merujuk pada kucingla.

            Zahra terus buat apa yang disuruh. Okla…takdela bosan sangat rumah ni. Bosan-bosan ke boleh aku lastik punggung dia, tak pon jadikan dia teman aku tengok bola. Aku suka gak kucing. Tak kira berkurap mahupun black metal. Semua kucing sama je. Semua kucing ambik SPM. Semua kucing pernah bercinta dikala sunyi. Haa…indah tak ayat aku? Hahaha… Zahra tergelak dalam hati dengan lawak tak kelakarnya

            “Ara.”

            “Hmm…”Zahra menyahut perlahan sambil tangan cuba mencapai makanan kucing yang diletakkan dalam kabinet.

            “Apasal baju kau tu kotor semacam je? Kau jatuh dalam lumpur ke?”

            Zahra terdiam. Kemudian mengalihkan pandangan ke bajunya. Masih ada kesan air kopi yang tertumpah kat McD petang tadi. Mana mungkin dia akan lupa. Kerek nak mampos mamat tu. Aku dah minta maaf pon bleh lagi dia dok jerkah-jerkah aku. Apa ingat aku pompuan kampong tak ada harga diri ke? Harga diri aku ni memang tak boleh dijual beli walaupun ditawarkan diskaun di pasaran gelap, tau tak?

            “Ada eksiden kecil-kecilan sikit petang tadi. Aku minum kopi, tengah aku bawak cawan kopi tu aku terlanggar sorang mamat ni. So cawan kopi aku jatuhla. Bukan aku sorang kena, jaket mamat tu pon kena jugak. Cuma aku tak bernasib baik sebab terlanggar mamat kerek macam tu.”Zahra bercerita non-stop.

            “Nape pulak?”

            “Ada ke patut dia jerkah aku depan orang ramai? Aku dah mintak maaf tapi dia siap kutuk aku perempuan kampung lagi. Memang bengang giler ar aku. Takkan nak biar je. Bergaduh la sekejap pastu member mamat tu tarik dia keluar. So settle cam tu je.”

            Zahra mengeluh. Akhirnya berjaya jugak dia mencapai makanan kucing. Apasal tinggi sangat Jue letak? Bukannya kucing tu boleh panjat curi-curi makan pon.

            “Ara.” Panggil Jue lagi.

            “Yup?”

            “Kalau aku tanya kau jangan kecik hati,ek?”

            “Tanya jela, aku bukannya hati tisu nk merajuk-rajuk.”

            “Mmm…kau tak rasa segan ke keluar pakai macam ni? Maksud aku, pakai seluar track dengan selipar jepun…bukan ke nampak agak…”

            “Kekampungan?”Cepat Zahra potong ayat Jue. Tangannya yang sedang menuang makanan dalam mangkuk kucing bernama Arshavin itu terhenti.

            Jue nampak serba salah selepas dia meluahkan isi hatinya..

            “Tak pun, aku rasa kau tahu imej aku memang macam ni dari dulu.” Zahra membalas.

            Dia tak nampak apa yang salah dari segi agama dari cara berpakaiannya sekarang. Dulu masa study kat Shah Alam, member-member bergaya sakan tapi dia setiap kali pergi kuliah pakai baju kurung je. Habis selekeh tak nak bersiap pun, pakai jeans dengan T-shirt. Dia pun sebenarnya ada keinginan nak bergaya sama macam orang lain tapi dia merasa kebajikan ibu bapanya lebih penting. Mereka lebih perlukan duit daripadanya. Daripada beli baju-baju baiklah dia kirim duit ke kampung

            “Yelah, aku fahamlah kalau ini memang imej kau tapi aku rasa kau patut ubah jugak. Insya-Allah kalau kau diterima untuk jadi wartawan sama macam aku, kau kena jaga penampilan. Sayanglah Ara, kau cantik tapi tak nak bergaya.”

            Zahra cuma diam dengar kata-kata Jue. Cantik? Entahlah, walaupun ramai orang puji tapi dia tak ambik port sangat. Semua ciptaan Allah kan memang cantik.

            “Macam nilah, apa kata esok aku temankan kau shopping? Kerja aku pun tak banyak sangat. Kita beli baju yang sesuai untuk kau. Kau kena jaga penampilan waktu pertama kali mengadap bos, ok?”

            Zahra tak tahu nak cakap apa lagi. Angguk je la…

********************
Farish sempat lagi bersiul walaupun muka Dato’ Sharif tegang sejak dia balik petang tadi. Datin Aliah menendang perlahan kaki Farish di bawah meja makan. Bukannya Farish tak tahu Dato’ Sharif bengang dengannya hari ini kerana melarikan diri pagi tadi. Takut bertembung dengan Syazreen kononnya.

            “Kenapa tiba-tiba balik pulak? Kenapa tak duduk je terus kat rumah si Rudy tu?” sindir Dato’ Sharif.

            Farish tersengih sumbing. Apa boleh buat? Terpaksalah dia tadah telinga malam ini.

            “Sorrylah, pa…”

            “Apa guna mintak maaf kalau lepas tu buat lagi?”

            Farish mengeluh. “Okey, fine. Lepas ni Rich janji Rich tak buat lagi. Rich akan jumpa Syazreen nanti.”

            “Hmm…kesian budak tu, tau tak? Sepanjang hari dia duduk sini tunggu Rich balik. Kenapa Farish buat dia macam tu, nak?”soal Datin Aliah lembut.

            Farish meneguk liur. Kenapa pulak mesti kesiankan minah tu? Bukannya aku yang paksa dia tunggu aku. Yang dia sibuk nak tergedik-gedik kat aku tu apahal? Mama dengan papa ni pun satulah, takkan tak faham-faham lagi hint yang aku bagi ni. Aku tak suka Syazreen!

            “Kamu tak boleh terlepas macam tu je, Farish. Kamu mesti dihukum,”putus Dato’ Sharif.

            Erkk…! Farish tak jadi telan nasi di dalam mulutnya. Kena hukum?

            “Esok kamu ikut papa pegi ofis. Esok jugak kamu akan mulakan tugas kamu. Tak perlu berehat lama-lama. Dengan cara ni kamu boleh lebih berdisiplin dalam hidup kamu. Jangan tahu nak main je.” Dato’ Sharif mengeluarkan arahan. Kedengaran jelas di telinga Farish tanpa gangguan road block yang sungguh goblok itu.

            “What? Pa…Farish…” Apa ni? Ini penderaan namanya!

            “Jangan bantah cakap papa kalau kamu tak nak segala kemudahan kamu ditarik balik.” Seperti biasa itulah ugutan Dato’ Sharif jika Farish menunjukkan tanda-tanda ingin membangkangnya.

            Farish ketap bibir. Okey fine, bukan semua benda best jadi anak orang kaya ni!

***********************

            “Menurut hasil siasatan yang dijalankan, Kumpulan Eagle yang membekalkan dadah secara haram dah beroperasi lebih kurang 30 tahun yang lalu di Malaysia,”ujar Tuan Rahim serius sambil memandang anak-anak buahnya.

            “Tapi sayangnya, sampai sekarang kita belum dapat mengesan siapa ketua mereka dan ahli-ahlinya. Mereka terlalu bijak dan licik bersembunyi. Mereka boleh berada di mana-mana sahaja bahkan disekeliling kita. 25 tahun lalu, salah seorang anggota Kumpulan Eagle, seorang wanita telah mati akibat ditembak pihak polis tapi tiada dokumen tentang pengenalan dirinya. Ketika mayatnya diperiksa, ternyata dia hanya membawa kad pengenalan palsu.”

            Sebentar kemudian, Tuan Rahim membuka laptopnya. Screen slide dinyalakan. Beberapa keping gambar tertera di skrin tersebut.

            “Ini merupakan antara suspek yang disyaki. Tengku Kamal, lelaki kacukan Melayu-Inggeris, pemilik ZIMAL Medic Sdn. Bhd. Dia sekarang berada di bawah pengawasan pihak polis tapi kita tak ada bukti untuk menahan dia sebab syarikatnya ada lesen membekalkan ubat-ubatan secara sah ke luar negara. Menurut hasil siasatan, dia pernah berkahwin tapi kehilangan isterinya 25 tahun lalu dan mempunyai seorang anak tapi anaknya tak tinggal bersamanya. Tak tahu sama ada meninggal dunia atau disembunyikan di mana-mana tempat,”jelas Tuan Rahim, jelas dan tenang.

            “Saya ada satu soalan, tuan.” Setelah sekian lama, salah seorang anak buah Tuan Rahim bersuara.

            “Ya, silakan.”Tuan Rahim memberi kebenaran.

            Inspektor Rita terdiam sebentar. Dia cuba menyusun ayat dan kemudian bersuara, “Daripada apa yang saya dengar tadi, Tengku Kamal pernah berkahwin tapi kehilangan isterinya. Apa maksudnya? Bercerai atau mati?”

            Tuan Rahim mengangguk. “Terima kasih atas soalan tu, Inspektor Rita. Sebenarnya itu yang masih menjadi misteri sampai sekarang. Tengku Kamal beritahu dia bercerai dengan isterinya dan bekas isterinya sekarang berada di luar negara. Tapi yang peliknya, dia bercerai 25 tahun lalu. Sama dengan ketika salah seorang ahli wanita Kumpulan Eagle terbunuh. Itu yang masih disiasat hingga sekarang. Kenapa pada hari dia bercerai dengan isterinya, pada hari itu juga ahli wanita Kumpulan Eagle terbunuh?”

            Inspektor Rita mengangguk-angguk, tanda sudah berpuas hati dengan jawapan Tuan Rahim. Perbincangan diteruskan. Ketika itu giliran seorang pegawai inspektor bernama Fara mengemukakan cadangannya.

            “Saya ada satu idea tapi ini cuma cadangan. Tuan Rahim boleh pertimbangkan. Untuk mengetahui sama ada Tengku Kamal terlibat atau tak dalam aktiviti penyeludupan secara haram ni, apa kata kita lakukan perisikan? Kita masuk ke syarikatnya dan sedikit demi sedikit kita boleh tahu tentang kegiatan dalam syarikat tu.”

            Bilik mesyuarat sunyi seketika. Semua mata tertumpu kepada Fara.

            “Maknanya, kita kerah pegawai perisik untuk mengawasi Tengku Kamal? Tapi macam mana kita nak masuk ke syarikat dia? Semasa temuduga, mesti dia akan tanya apa kelayakan kita yang melayakkan kita untuk bekerja di syarikat dia, kan?”soal Tuan Rahim kemudiannya.

            Fara tersenyum. “Kalau kita tak boleh bekerja di bawah syarikat dia, kita boleh adakan kerjasama dengan syarikat yang berdekatan dengan ZIMAL Medic. Dengan cara ni, pegawai kita tetap boleh terus mengawasi Tengku Kamal.”

            “Boleh cadangkan syarikat apa yang paling hampir dengan bangunan ZIMAL Medic?” Giliran Pegawai Tinggi bahagian perisikan pula bertanya.

            Fara terdiam seketika. Dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian memandang Tuan Rahim, berharap Tuan Rahim boleh membantunya. Yalah, dia pun bukannya tahu banyak tentang ZIMAL Medic.

            Tuan Rahim menghulurkan peta lokasi ZIMAL Medic kepada Fara. Fara menelitinya untuk seketika dan kemudian tersenyum.

            “Ada, sebuah syarikat penerbitan dan pengiklanan yang terletak hanya berhampiran dengan bangunan ZIMAL Medic, Media Art & Craft Sdn. Bhd!”

*************

 “Perkenalkan, ini anak saya yang baru balik oversea beberapa hari lepas, Amar Farish. Mulai hari ni, dia adalah ketua kamu semua selaku pemangku Pengarah Urusan Media Art & Craft Sdn. Bhd.”

            Farish tersenyum lebar apabila Dato’ Sharif memperkenalkan dirinya. Menurut papanya, mulai hari ini dia akan menguruskan serba sedikit hal ehwal Media Art & Craft Sdn. Bhd. tetapi masih di bawah pengawasan Dato’ Sharif yang masih memegang jawatan Pengarah Urusan. Tapi Farish tak kisah. Hukuman ni tak adalah berat mana pun. Best apa, ramai awek cun kat sini. Farish tersenyum nakal.

            Farish perasan ada pekerja wanita yang berbisik-bisik sesama sendiri, kemudian memandangnya. Ketika itulah dia mengambil kesempatan mengenyit mata kepada mereka, membuatkan wajah mereka merona merah. Kalau dah buaya tu buaya jugak…

            Ketika Farish bersendirian di dalam bilik ofisnya, dia bersandar di kerusi empuk yang disediakan khas untuk jawatan pemangku itu. Kini dia rasa dia benar-benar berkuasa. Bererti dia boleh mengarahkan sesiapa sahaja melakukan kerja untuknya.

            “Seronok?” Suara Dato’ Sharif mengganggu angan Farish.

            Farish tersenyum dan mengangguk. “I don’t know what to say, pa. Terima kasih sebab beri peluang pada Rich untuk pegang jawatan sebesar ni walaupun usia Rich masih muda.”

            Dato’ Sharif turut tersenyum. “Memang dah sepatutnya kamu dapat jawatan ni, Rich. Tak lama lagi, kamu akan gantikan papa sebagai Pengarah Urusan pulak. Cuma satu pesan papa, sentiasa ingat pada tanggungjawab kamu. Jatuh bangun syarikat ni, papa percaya kamu boleh mengawalnya.”

            “Farish janji akan jaga company ni baik-baik. Thank you, pa.”

            Farish…Farish…sedar tak sedar, kamu sekarang rupanya dah membesar sebagai seorang lelaki dewasa. Walaupun kamu bukan anak kandung papa, tapi papa sayangkan kamu lebih dari nyawa papa sendiri. Papa tak terkilan serahkan syarikat ni pada kamu suatu hari nanti. Kamu adalah anak papa dan kenyataan tu selamanya takkan berubah sampai bila-bila pun, getus Dato’ Sharif walaupun kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hatinya.

**********************

            Tepat pukul 8.00 pagi, Zahra sudah tercongak di Media Art & Craft Bhd. dengan segala resume di tangan. Mintak-mintalah dia dapat jawatan ini. Harap boleh jadi rakan setugas Jue. Dia tidak mahu balik kampung tanpa membawa apa-apa, kasihan mak yang sekarang sedang menjaga ayah. Ayahnya kerap sakit-sakit sejak akhir-akhir ini kerana terlalu sering masuk hutan mencari akar kayu.

            Tengah-tengah isi borang, Zahra sempat juga pandang ke setiap ceruk ofis. Mmm…boleh tahan besar syarikat pengiklanan dan percetakan ini. Jue pernah beritahu, selain menerbitkan majalah dan buku, syarikat ini ada juga membuat program untuk TV kadang-kadang. Kebiasaannya program dokumentari, walaupun tak sehebat National Geographic.

            “Apahal you ni? I just nak jumpa buah hati I, salah ke?” Zahra terdengar suara tu dari jauh.

            Dia nampak seorang perempuan berambut perang jagung berpakaian seksi sedang marah-marah pada receptionist. Dia angkat kening. Larh…Melayu rupanya minah ni. Ku ingatkan Minah Salleh sesat manalah tadi.

            “Tapi bos tengah busy sekarang ni, cik duduklah dulu,”balas si receptionist.

            Perempuan itu mendengus. Dengan gaya berlagaknya dia melangkah ke sofa dan membelek majalah. Dia menyilangkan kaki hingga menampakkan pangkal peha. Aiyaa… nasib baiklah aku ni perempuan. Zahra tergeleng-geleng.

            Beberapa minit berlalu, perempuan itu Zahra tengok dah macam lembu nak terkencing. Sekejap-sekejap dia ke bilik berpapan tanda Bilik Mesyuarat seperti ingin merempuh pintu bilik itu. Kemudian berpatah balik ke kerusi. Tak reti duduk setempat minah ni. Naik juling mata Zahra tengok.

            Zahra rasa mesti perempuan itu girlfriend bakal bosnya. Jue ada bercerita kepadanya semalam dia dapat bos baru. Baru balik oversea dan memegang jawatan pemangku Pengarah Urusan. Ala…apa nak hairan? Dah adatlah lelaki kaya dapat minah hot. Tp hot ke minah ni? Naik bernanah pulak mata aku ni tengok skirt tak cukup kain dia tu.

            Haishh…susah kalau dah gila bayang ni. Lebih baik jadi cam aku, single but not available. Kapel-kapel ni buat kita sakit kepala je. Last-last merana. Bercinta dengan mi hun sup lagi best, tak pun tekel jejaka penjual burger. Hikhik…

            “Zahratul Jannah binti Yusuf.”

            Belum sempat Zahra menghabiskan tawa gediknya, namanya sudah dipanggil. Cepat dia bangun dan menggosok-gosok sedikit bahagian belakang baju kurung yang mungkin berkedut semasa dia duduk tadi.

            Seorang perempuan Melayu mengiringinya masuk ke bilik mesyuarat. Harap-haraplah aku dapat keje ni. Aku kena tunjukkan segala kebolehan aku. Yes, Zahratul Jannah. You can do it. Ganbatte. Tepuklah sikit.

            Ada 3 orang dalam bilik mesyuarat itu, yang bersiap sedia untuk menemuduganya. Ada seorang lelaki pertengahan umur tapi masih kelihatan segak, Zahra rasa inilah Dato’ Sharif yang selalu Jue ceritakan dan dua orang lagi lelaki yang baru dalam lingkungan 20-an. Zahra tak nampak muka salah seorangnya kerana lelaki itu tunduk memandang kertas di tangannya. Ish, bajet nak tunjuk matanglah tuh. Yang sorang lagi ni pula, Zahra rasa macam pernah nampak tapi lupa kat mana.

            Kata Jue, ikutkan Dato’ Sharif tak perlu turut serta menemuduga untuk orang yang hadir untuk jawatan wartawan majalah ini tapi dia hadir cuma untuk menjadi pemerhati untuk anaknya. Maklumlah, anaknya baru beberapa hari masuk bekerja dan kali pertama menemuduga orang.

            “First of all, biar saya perkenalkan diri kami dulu. Saya Eirfan Rudy, Ketua Pengarang. You can call me Encik Rudy. Ini Encik Amar Farish but you can call him Encik Farish, pemangku Pengarah Urusan dan yang hujung sekali Dato’ Sharif, Pengarah Urusan Media Art & Craft Sdn. Bhd.,”beritahu lelaki yang macam pernah Zahra lihat itu. Oh, jadi nama dia Rudy.

            “Please introduce yourself,” arah lelaki yang dari tadi asyik tunduk pandang kertas tu. Kenapa dia ni? Lawa sangat ke kertas tersebut?

            Belum sempat Zahra memulakan mukadimah, lelaki itu mengangkat muka. Terbeliak mata Zahra. Katakan tidak!! Tidak!!!!!

            “Excuse me, what are you doing here?” Soal lelaki itu. Dia pun nampak terkejut melihat Zahra.

            “Woi pompuan, kalau aku jumpa kau sekali lagi siaplah kau!” Kata-kata lelaki itu tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga Zahra. Waktu itu Zahra harap itulah kali pertama dan kali terakhir mereka berjumpa tapi sekarang…sekarang…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Wednesday, April 20, 2011

Amar Farish 3

“Bila sampai?”Itu soalan pertama yang keluar dari bibir Dato’ Sharif ketika Farish baru pulang selepas keluar bersama Rudy.Langkah Farish yang melintasi Dato’ Sharif di ruang tamu itu terhenti.

            “Err…pagi tadi,”jawab Farish perlahan.

            “Pagi tadi?”Nada suara Dato’ Sharif menekan. “Baru balik dari oversea pagi tadi dan terus keluar jumpa Rudy sampai sekarang pukul 9.30 malam baru balik?”

            Farish mengeluh.Pantas dia duduk di sofa empuk bertentangan dengan Dato’ Sharif. Datin Aliah yang duduk di sebelah suaminya hanya memerhati dengan ekor mata tanpa sebarang reaksi.

            “Sorrylah,pa. Farish seronok sangat jumpa Rudy tadi. Banyak yang kitorang borakkan. Yalah,dah dekat 4 tahun tak jumpa dia. Farish bukan sengaja. Farish minta maaf,ek? Lain kali Farish tak buat lagi?”

            Dato’ Sharif terdiam seketika. Dia memandang Datin Aliah. Inilah salah satu kelemahannya yang mudah dieksploitasi oleh si anak. Sebaik mendengar permohonan maaf daripada Farish, hatinya mudah lembut dan sejuk. Farish anak tunggalnya, pencair hati kerasnya.

            “Hmm…yalah. Papa maafkan. Papa sebenarnya nak bincang sesuatu dengan Farish. Tapi memandangkan Farish baru balik, lebih baik kita bincang esok aja,” ujar Dato’ Sharif.

            “Bincang? Bincang pasal apa,pa?” soal Farish tidak sabar-sabar.

            “Rasanya kamu pun,kan?Tentang pertunangan kamu dengan Syazreen.”Kata-kata Dato’ Sharif membuatkan jantung Farish terhenti berdenyut tiba-tiba.Bertunang?No way!

            “Err…Farish letihlah,pa. Farish masuk bilik dulu. Nak tidur,goodnight!”

            Tanpa menunggu lebih lama terus Farish mengangkat punggung dan berlari ke tingkat atas menuju ke biliknya. Gila! Sampai bila-bila pun aku takkan kahwin dengan si gedik tu!

            Dato’ Sharif dan Datin Aliah membatu seketika. Sangka mereka Farish masih malu untuk membicarakan hal itu tanpa mengetahui hal sebenar kenapa Farish mengelak dari mereka. Bibir mereka mula mengukir senyuman.Semakin lama semakin lebar.

*****************************

            Ketukan yang kuat di muka pintu membangkitkan Rudy daripada tidur. Dia baru saja berniat untuk melelapkan mata selepas solat Subuh tadi. Tapi belumpun sampai 15 minit matanya terpejam, ketenteramannya sekali lagi diganggu.

            Nak apalah ni. Tak reti nak tidur ke? Baru pukul 6.30, buat apa datang rumah orang pagi-pagi buta camnih? Rudy membebel seorang diri di dalam hati.

            “Hish,siapalah nih. Dahla tak bagi salam. Ketuk pintu macam…”Kata-katanya terhenti di situ. Bulat matanya memandang seseorang yang tercegat berdiri di muka pintu rumahnya itu.

            “Farish?”Rudy kaget.

            “Er…sorry aku kejutkan kau pagi-pagi buta ni. Boleh tak pagi ni aku tumpang mandi dengan breakfast kat rumah kau?” tanya Farish mendatar. Di tangannya sudah ada sehelai T-shirt dan seluar jeans.Dari gayanya macam baru bangun tidur.

            “Err…okey.”Jawapan Rudy benar-benar menggembirakan hati Farish. Dengan selambanya dia terus meluru masuk ke dalam rumah.

****************************
Farish cuba menahan geram yang bersarang di dada. Dia tengah serius si Rudy ni boleh gelak macam sawan hippopotamus. Memang nak kena mamat poyo nih!

            Dia cerita pada Rudy yang dia terpaksa keluar rumah selepas sembahyang Subuh untuk mengelak daripada bersarapan dengan ibu bapanya kerana malam semalam papa memberitahunya ingin membincangkan tentang pertunangannya dengan si Syazreen gedik itu. Tolonglah,setakat minah tu, kasi free pun aku tak nak tau? Farish meneguk liur.

            “Wei,apala lu! Cuma sebab tu kau sanggup datang sini? Hahahaha!!!”Tawa Rudy masih belum surut.

            “Yeah,very funny. Hahaha…stop it,Rudy! This is not a joke!” Bam!!Farish mengetuk meja makan. Automatik tawa Rudy terhenti. Farish buat muka serius sambil mengunyah roti bakar.

            “Hehe…okey, okey, pada aku semua ni tak masuk akal tau tak? Farish,parents kau cuma nak ajak berbincang, bukannya terus nak tunangkan kau dengan minah tu!”selar Rudy cuba menahan tawa.

            “Itu aku tahulah tapi macam mana kalau diorang terus nak tetapkan tarikh pertunangan. Gila! Kalau macam nilah gayanya, aku tak balik Malaysia pun takpe!”

            “Okeylah, mungkin papa dengan mama kau cuma nakkan yang terbaik untuk kau. Diorang pun risau gak kau ni dah handsome tapi still takde girlfriend.Maybe diorang ingat kau ni...” Rudy naikkan kening. Dari gayanya,Farish tahu dia sedang fikirkan apa.

            “Kau kepala hotak mereng! Aku normal tau tak?” Roti bakar di tangan dicubit sedikit dan dilempar ke muka Rudy. Rudy ketawa terkekeh-kekeh. Macamla aku ada buat lawak. Kurang cell body tol mamat keding nih! Farish ketap bibir.

            “Itulah kau, buat perangai player kau tu lagi. Asyik nak main-main dengan perempuan. Aku rasa dah tiba masanya kau fikir tentang calon isteri.” Cadangan Rudy membuatkan mata Farish macam nak tersembul keluar. Calon isteri? Tolonglah!!

            “Hello kawan,cakap tu biar masuk akal. Aku baru lepas study,baru balik oversea. Kepala aku ni tengah berasap lagi dok pikir segala macam teori sepanjang aku belajar kat sana dan sekarang tiba-tiba nak suruh aku tambah satu lagi beban? Tolonglah, aku malas nak pikir benda-benda tu semua!”jawab Farish sambil menunjal-nunjal kepala sendiri.

            Memang Farish tahu bukan Rudy seorang saja yang menganggapnya playboy. Tapi baginya, dia bukannya main-mainkan perasaan perempuan. Rasanya sikap peramahnya yang terlebih itu yang boleh buat perempuan perasan.

Dan rasanya tak salah kalau aku berseronok dulu.Masa muda hanya sekali, kan? Sekurang-kurangnya aku takdelah nakal giler-giler sampai bawak perempuan ke bilik tidur.Aku masih ada pegangan agama,tau tak? Hehe...tetiba nak tukar jadi ustaz pulak! Farish senyum senget.

            “Okeylah, maybe pagi ni kau boleh lepas. Tapi macam mana dengan hari-hari berikutnya? Takkan tiap-tiap hari kau nak datang mandi dengan breakfast kat rumah aku? Kalau hari-hari camnih, tokeh balak pun kering tau tak?”

            “So maknanya kau tak sukalah aku datang sini? Okey takpe,aku blah!” Farish buat-buat merajuk. Baru nak angkat punggung...

            “Weh,nanti!Nanti!Takkan baru cakap cam tu sikit dah nak merajuk?Hati tisu tolla kau nih!”

            Farish tersengih. “Cis,tahu takut.Kau belum tengok lagi aku merajuk camner...”

            “Tak payahla…buruk bebenor aku tengok.Haha…”

            “Buruk pun sekurang-kurangnya hensem dari kau!”

            “Hmm…yalah tu.Kau hensem,aku buruk.Saperla aku ni…”Ambik kau,drama sebabak baru je bermula.

            “Kau tak yah buat dramala kat sini.Sikit pun aku tak kesian. Haha…weh,kau sekarang kerja kat mana?” Farish cuba alih topik.

            “Biasa ar,tanam anggur. Haha…biasa kalau aku takde duit,aku minta je dengan parents aku tapi kadang-kadang tu segan gak.Aku pandai berjimat,” ujar Rudy sambil kunyah roti bakar.

            “Kau ni memangla,kikis duit mak bapak je yang kau tau.Suruh kerja dengan bapak aku tak nak.Dah tau takde duit,sibuk menggatal nak duduk sorang-sorang.”Ambik kau Farish dah start membebel pulak.

            Farish memang kenal benar si Rudy ni, nak hidup berdikari kononnya. Sebab tu dia tak tinggal dengan parents dia, konon nak menyewa rumah tapi last-last kalau takde duit, duit Farish jugak kadang-kadang yang jadi mangsa. Tapi tak kisahla kan, susah jugak kalau tak tolong cousin sendiri.

            “Ala…aku dah terima pun tawaran kerja dengan bapak kau tu. Esok lusa aku kerjala. Kau pulak camner? Tak kerja?”Giliran Rudy pula menemuramah Farish.

            “Aku baru balik oversea semalam kau dah sibuk tanya pasal kerja. Apala… tunggula dalam seminggu dua lagi. Aku nak enjoy dulu. Hehe…so apa kerja part time kau sekarang selain tanam anggur?”

            “Tak ada apa, keje yang memboringkan bagi kau tapi best bagi aku, tulis puisi.” Jawapan Rudy meledakkan tawa Farish.

            “Mak aih, aku ingat lepas dah lama tak jumpa kau, kau dah lupa tabiat pelik kau tu. Kau ni tak habis-habis nak buat aku gelak la.”

            “So what? Setiap orang ada hobi masing-masing. Kalau hobi kau melayan perempuan, aku pulak tulis puisi. Apa bezanya?” Rudy mempertahankan diri.

            Farish tersenyum penuh sinikal. “Yalah, yalah, engkau kalau bercakap tak pernah nak kalah. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman. Wakakaka!!”

            Rudy menjelir lidah. Peduli apa aku. Dalam hati ada taman ke, sarang lebah ke, memang dah ini minat aku dari dulu. Memang agak pelik, seorang lelaki muda yang berkelulusan tinggi minat tulis puisi tapi selagi aku rasa hobi aku ni tak menyakitkan pandangan sesiapa, lantaklah.

**************
Kamal merenung jauh ke luar tingkap sambil menghisap cerut. Pemandangan dari tingkat 14 bangunan ZIMAL Medic Sdn. Bhd. kelihatan begitu tenang dan persekitaran yang tidak terlalu sesak membuatnya selesa melayan perasaan.

            Dia mencapai bingkai gambar di atas meja. 25 tahun. Sudah 25 tahun berlalu. Namun peristiwa itu seakan baru kelmarin terjadi. Sampai bila-bila pun dia tidak akan melupakan arwah isterinya yang sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan suami dan anak mereka.

            Kamal bernasib baik kerana walaupun sudah berpuluh-puluh tahun menjalankan urus niaga dadah secara haram, dia masih terlepas dan tiada polis yang berjaya mengecam wajahnya hingga ke hari ini. Oleh kerana dia mempunyai syarikat membekalkan ubat-ubatan ke luar negara secara sah, itu sedikit sebanyak mengaburi mata pihak luar bahawa dia tidak terlibat dalam sebarang dunia jenayah. Apa yang pihak polis tahu, kumpulan Eagle adalah salah satu pengedar dadah yang digeruni di Malaysia, cuma mereka sampai sekarang tidak dapat mencari siapa ahli kumpulan Eagle.

            Bunyi ketukan di muka pintu mematikan lamunan Kamal. Selepas dibenarkan masuk, Key terus membuka pintu dan melangkah mendekati bosnya itu. Sudah bertahun-tahun Key berkhidmat dengan Kamal, tanpa ada rasa untuk keluar dari kumpulan Eagle. Kerana itu Kamal sangat mempercayai Key dalam apa jua hal sekalipun.

            “Dapat apa yang aku nak?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Kamal.

            Key mengangguk. Dia mengeluarkan sekeping sampul surat dari jaket kulitnya. Pantas Kamal mencapai sampul surat itu. Beberapa keping gambar dikeluarkan. Segaris senyuman terbit diwajahnya saat meneliti gambar-gambar di tangannya.

            “Dari pemerhatian saya, Amar sekarang sejak balik dari oversea makin putih dan kacak. Rupanya sebiji macam bos masa muda-muda dulu,”kata Key sambil tersenyum.

            Kamal turut tersenyum. Matanya dari tadi tidak lepas-lepas merenung gambar-gambar di tangannya. Sejak Key memberitahunya bahawa anaknya sudah tamat pengajian di luar negara dan baru pulang semalam, dia menyuruh Key ke vila tempat dia meletakkan Amar 25 tahun yang lalu. Dia menyuruh Key mengawasi segala gerak geri Amar dan mengambil gambar dari jauh. Kalaupun dia tidak dapat mendekati Amar, sekurang-kurangnya dia tahu anaknya itu kini membesar menjadi seorang lelaki yang kacak dan gagah.

            “Key, anak aku dah besar sekarang. Umurnya pun dah hampir 25 tahun. Rasanya ini masa yang tepat untuk bawa dia balik. Dia patut dah gantikan tempat aku sebagai pengarah ZIMAL Medic!”ujar Kamal teruja.

            Key mengeluh. Dia menggeleng-geleng. “Rasanya itu bukan idea yang bijak, bos.”

            “Kenapa pulak?”

            “Amar tak pernah kenal siapa kita, bos. Kalau bos tiba-tiba mengaku ada hubungan dengan dia, mesti dia akan terkejut dan tension. Saya yakin keluarga angkat yang jaga dia selama ni tak pernah bagitahu dia hal sebenar yang dia bukan anak kandung mereka. Setahu saya, orang panggil dia dengan nama Farish, bukan Amar,”jelas Key tenang.
           
            Kamal meneguk liurnya yang kering. “Jadi,apa yang patut aku buat? Takkan nak duduk macam ni je? Aku tetap perlukan anak aku semula!”

            “Bos, dalam hal ni kita tak boleh terburu-buru. Lagipun, Amar masih muda. Kita ada banyak masa. Dia perlu tahu tentang asal usulnya sedikit demi sedikit, bukan secara mendadak macam ni. Bos jangan risau, tinggal beberapa bulan lagi Amar akan genap berusia 25 tahun. Dan pada waktu itu,saya sendiri yang akan bawa dia balik. Saya janji!”

            Terdiam Kamal mendengar kata-kata penuh keyakinan daripada Key. Kalaulah isterinya masih ada sekarang, pasti segalanya lebih baik. Kerana kehilangan isteri, dia juga hilang semangat untuk memelihara anak kandungnya sendiri. Bodohnya...

****************

            “Wei, kau ni tak nak balik lagi ke? Cam kekura air je aku tengok kau ni, asyik bertempek kat aku.” Rudy merungut semasa dia sedang beratur di kaunter McDonald untuk membeli makanan. Petang-petang begini dia lebih suka lepak di McDonald untuk makan makanan ringan. Sebenarnya dia lebih suka lepak berseorangan. Tapi kali ini terpaksalah dia bawa Farish sekali. Farish mati-mati tak nak balik, takut Syazreen datang mencarinya di rumah.

            Rudy hairan tahap petala ke lapan. Dengan Syazreen pun nak takut. Bukan nenek sihir Rika Sumanto pun. Cun pe minah tu walaupun otak kureng sikit.

            “Ala Rudy, kau ni kedekut taik hidung masinlah. Petang ni je. Aku bukannya ajak kau gusti lengan, apatah lagi beradu dalam acara merentas desa. Aku nak teman kau makan je.” Farish tayang muka lima sen setengah.

            Rudy mengecilkan mata. “Yelah!Yelah! Papejela kau ni, petang ni je. Esok kau datang rumah aku, aku tendang kau dalam tong sampah!”

            Farish buat thumbs-up. Eleh, pandailah kau ugut aku Rudy oii...nak tendang aku dalam tong sampah konon. Body aku ni 2 kali ganda body kau, tak tak? Kau tu keding je, takkan boleh challenge body aku yang tough ni. Silap hari bulan kau tu yang akan aku humban dalam tong sampah.

*****************
“Hello mak, Zahra dah selamat sampai KL ni.” Sebaik saja turun dari bas yang membawanya dari Melaka ke Kuala Lumpur, Zahra terus menelefon ibunya di kampung menggunakan public phone berdekatan.

            “Alhamdulillah, dah telefon Jue? Kata nak menumpang rumah dia,kan?”tanya Mak Cik Nurul.

            “Tak tahu lagi mak, bukannya boleh menumpang lama pun sebab Jue pun tinggal kat rumah yang company tempat dia kerja kasi. Kalau Zahra dapat kerja satu company dengan Jue bolehla Zahra tinggal dengan dia.”Zahra menjelaskan panjang lebar.

            “Hmm...yalah, kalau dah dapat kerja tu bagitahu mak ye. Mak nak tutup telefon ni, takut jugak pinjam telefon Mak Esah kau lama-lama, dia mengamuk pulak. Hahaha... kirim salam kat Jue ye.” Mak Cik Nurul mengakhiri bicara.

            “Insya-Allah, mak. Zahra letak telefon dulu. Assalamualaikum.” Dan ganggang telefon terus diletakkan.

            Zahra pandang ke sekeliling. Mana aku nak pergi, hah? Jue cuma boleh keluar ambik aku waktu makan tengah hari dengan balik kerja je. Sekarang pukul 4 petang. Apa boleh buat? Aku bukannya kenal area KL ni. Baik aku dok je sini sampai Jue datang, bisiknya sendiri.

            Jue. Nama sebenarnya Juliana. Bekerja sebagai wartawan di syarikat majalah. Zahra dapat tawaran temuduga sebagai wartawan di syarikat yang sama kerana rakan setugas Jue berhenti kerja sebab nak kahwin. Zahra dan Jue sekampung dan membesar bersama. Jue pernah berak dalam kasut arwah opah Zahra pada usia 5 tahun.

            Beberapa minit memerhati kawasan sekeliling, dari jauh dia ternampak restoran McDonald. Perutnya pun dah berirama elektronika. Dia dah malas serabut nak boikot itu ini. Dah lapar semua pun boleh dibedal. Mata dah tak nampak makanan yang nasi-nasi. Apatah lagi yang ada nama cucur dengan kuih.

            Dah sampai McDonald, Zahra parking meja belakang, dok relax-relax dulu. Orang tengah ramai. Dia bet 84.5% orang dalam McD tu tak mandi. Termasuklah dia. Macam mana nak mandi? Dalam bas tak ada paip yang keluar air hujan tu.

            Sampai giliran dia kat kaunter tu, jejaka kaunter bertanya penuh yakin, “Hai selamat petang, makan sini atau bawa balik?” Zahra rasa mesti tiap-tiap malam dia berlatih cakap macam tu. Silap-silap masa dia nak makan pun dia cakap macam tu jugak. Tapi tak ada pulak dia tanya nombor telefon aku, Zahra tergelak dalam hati.

            Dia minta kentang goreng dengan kopi. Mulanya dia minta Coke tapi jejaka kaunter tu cakap, “Maaf dik, Coke dah habis...” Eleh kedekut.

            Masa tengah makan, dia perhati lagi sekeliling. Kolumpo ni weh, mesti ramai artis punya. Kalau ternampak Fahrin Ahmad ka, Fizow Sarip Dol Kampung Dusun ka, boleh jugak bergambar sepam dua. Balik nanti boleh kerek dengan orang kampung. Tapi kalau ternampak Fasha Sandha tu, tak payahla bergambar. Dia orang perempuan. Dalam erti kata lainnya, dia nak bergambar dengan artis lelaki je. Hahaha...
            Masa teguk kopi tu, Zahra rasa lain macam. Pahit. Macam hempedu. Tapi dia tak pernah makan hempedu. Pahit la kot. Brader iklan kopi cap kapal pon tak sampai ke bulan kalau macam ni punya gaya rasa. Jadi dia berhenti minum secara profesional. Buat-buat kopi panas. Lepas tu dia minum lagi. Rasa kopi jugak. Pahit. Tak tukar jadi Coke pun. Apa cerita pahit ni? Orang kencing manis pon tak reti minum kalau macam ni.

Zahra pun susun ayat, nak lancar serangan molotov cocktail berpenjuru ke arah kaunter. Dia mengangkat cawan kopi sambil melangkah ke kaunter dengan penuh dedikasi dan ketatasusilaan. Tengah susun ayat, ada sorang brader lalu dengan awek dia. Steady je dia angkat paket kecil-kecil warna krim tulis 'sugar/gula'. Dan barulah Zahra perasan, ilmu makan mekdi tak cukup lagi rupanya.

Hai… tak reti nak cover langsung gaya kampung aku ni. Macam mana aku boleh tak terfikir gula dengan kopi dia letakkan berasingan, Zahra mengutuk diri sendiri. Dengan muka setebal konkrit, dia nak berpaling balik semula ke meja tapi tiba-tiba…

Bukk!! Dia terlanggar tubuh seorang lelaki yang agak sasa dihadapannya. Cawan kopi yang dipegang jatuh. Tapi nasib baik cawan plastik je. Zahra teguk liur. Jaket kulit yang dipakai lelaki itu terkena air kopinya. Baju Zahra pun kena jugak tapi takdelah banyak macam baju mamat tu. Habisla…

*******************

            Wajah Farish bertukar merah. Bagai nak meletup lagaknya. Rudy disebelahnya membulatkan biji mata. Bukannya dia tidak tahu Farish memang sayang giler-giler dengan jaket yang dibelinya di Sweden itu, tapi sekarang jaket itu sudah terpalit dengan air kopi.

            “Woi minah, mata letak mana hah?!”jerkah Farish tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhatikan gelagatnya.

            “Sorrylah brader, saya tak sengaja,”balas Zahra dengan nada suara yang masih terkawal. Dia tahu memang dia pun yang salah.

            “Apa Sorry Sorry? Kau ingat ni lagu Super Junior ke? Dasar perempuan kampung! Kau ingat baju aku ni murah? Aku beli kat oversea tau tak? Gaji kau sebulan pun belum tentu boleh ganti balik baju aku ni!”

            Wajah Zahra bertukar merah. Ikutkan hati dia mahu menyelesaikan pertelingkahan ini tanpa sebarang pertumpahan darah tapi nampaknya mulut mamat ni macam tiub bocor pulak.

            Farish mengibas-ngibas jaketnya yang kotor. Dia tak tahu betul ke tak minah ni perempuan kampung. Betullah kut...pakai tudung dengan T-shirt lengan panjang, seluar track dan berselipar jepun. Gila selekeh!

            “Brader, saya dah mintak maaf, brader tak puas hati apa lagi? Betullah, memang saya tak mampu pon nak ganti jaket brader ni. So ada apa-apa masalah lagi?”balas Zahra tersenyum sinis.

            Farish membulatkan matanya. “Kurang asam punya perempuan kampung! Harap muka cantik mulut macam longkang!”

            “Kalau mulut saya macam longkang, mulut brader pulak macam loji kumbahan najis ke?”

            Kali ini Rudy turut terlopong. Beraninya perempuan kampung ni melawan Farish. Serius, perempuan ni memang cantik tapi mulut boleh tahan jugak.

            “Rich, dahlah. Benda kecik je. Janganlah buat kecoh kat sini, orang semua pandang kau, tau tak?”bisik Rudy perlahan. Mukanya terasa dah setebal bedak opera cina.

            Farish pandang ke sekeliling. Dia baru menyedari yang dia sekarang berada di tempat awam. Pantas Rudy menarik tangannya pergi dari situ. Sebelum melangkah keluar dari restoran McDonald itu, Farish masih sempat menjerit, “Woi pompuan, kalau aku jumpa kau sekali lagi siaplah kau!”

            Zahra mencebik. Ingat aku takut ke? Kalau aku jumpa kau sekali lagi, kau makanlah selipar jepun aku ni!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Amar Farish 2

“Hei,jalan tu tengok depan.Orang jalan pakai mata,bukan kepala lutut!”jerkah Farish kuat, membuatkan Mak Mah,orang gaji yang hampir sebaya dengan umur mamanya menangis teresak-esak.

            “Nangis!Nangis!Nangis!Itu jelah yang kau tahu.Tak boleh diharap!”marah Farish lagi.

            “Farish.”Tersentak dia mendengar suara seseorang dari belakang. Terus dia berpaling memandang Datin Aliah yang baru menuruni anak tangga villa mewah mereka.

            “Farish, why you are so rude to Mak Mah. Dia lebih tua dari kamu,kamu kena hormat dia,”tegur Datin Aliah tegas.

            “Tapi ma,dia ni cuai sangat. Jalan tak tengok depan! Farish baru nak keluar jumpa Rudy tapi dia langgar Farish. Tengok habis kotor baju Farish ni!”adu Farish sambil mengibas-ngibas jaket mahal yang dibelinya dari luar negara.Kurang asam gelugur tol!

            Farish lihat Datin Aliah tergeleng-geleng. Mesti mama fikir aku ni anak manja, baru kotor sikit aku dah tergamak tengking Mak Mah yang sepatutnya dihormati. Bla...bla... bla...whatever! Dah memang dari kecik perangai aku camnih nak buat camna lagi? gerutu Farish sendiri.

            “Mak Mah,maafkanlah Farish,ya?Dia tak sengaja.”Datin Aliah berkata tenang. What? Maafkan aku??? Farish ternganga.

            “Apa?Maafkan Farish?Ma,dia yang...”

            “Sudahlah,Mak Mah.Pergi ke dapur,”arah Datin Aliah memotong kata-kata Farish.

            Mak Mah mengesat air matanya dan mengangguk lalu melangkah sopan melintasi Farish dan Datin Aliah.

            Farish mencebik sinis. “Buat muka kesian.Menyampah aku tengok!”

            “Farish,how could you say like that?”soal Datin Aliah tapi macam biasa, Farish tetap buat muka selamba.

            “Ma,orang gaji ni kita tak boleh manjakan sangat.Nanti lama-lama dia naik kepala,”balas Farish seraya ingin melangkah pergi. Datin Aliah mengekori langkahnya.

            “Kamu nak pergi mana?”

            “Keluar jumpa Rudy.”
           
            “Farish,kamu baru sampai dah nak keluar?Rehatlah kat rumah dulu,jumpa papa. Petang ni papa balik dari ofis,”kata Datin Aliah.

            “Tak bolehlah,ma. Farish memang dah janji dengan Rudy. Lagipun dah lebih empat tahun tak jumpa dia,rindu jugak.” Farish tersengih nakal sambil memandang jam tangannya.

            Datin Aliah tersenyum. “Hmm…ada-ada je.Tapi balik awal,tau?”

            “Okey,roger!” Farish angkat tangan gaya tabik seorang askar.

*******************************


“Wow,orang Sweden dah sampai.Makin handsome nampak!”usik Rudy sebaik memandang kelibat sepupunya, Farish mendekatinya di kafe itu.

            Farish tersengih lantas berpelukan erat dengan Rudy. Memang sudah cukup lama mereka tidak bertemu sejak Farish melanjutkan pelajarannya ke Sweden,University of Stockholm. Baru hari ini Farish pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya dan terus bergegas keluar menemui Rudy.

            “Kau macam mana sekarang?”soal Rudy sebaik Farish mengambil tempat duduk di hadapannya.

            Belum sempat Farish menjawab pertanyaan itu,seorang pelayan wanita datang membawa buku menu dan dihulurkan kepada Farish.

            “Milo ais satu,makan tak nak,”ujar Farish.Pelayan tersebut menulis sesuatu di buku catatannya dan berlalu pergi.

            “Biasa je,aku tetap dengan kehenseman aku.Huhu…”Farish mengembang-nguncupkan hidungnya dengan bangga.

            “Cis,dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.Suka puji diri sendiri!”Rudy tersenyum sinis.

            “Well,kalau kita tak puji diri kita,siapa lagi nak puji?”

            “Hmm…yalah tu.So apa perancangan kau lepas dah habis belajar ni?”Rudy mengalih topik.

            “Biasalah,ikut perancangan aku nak berehat dulu dalam seminggu dua lepas tu baru masuk company papa aku,”beritahu Farish.

            “Seminggu dua je?Tak nak berehat lebih lama?”

            “Berehat lama-lama aku nak buat apa?Bosan jugak duduk rumah asyik mengadap muka tembam orang gaji rumah aku tu,”rengus Farish.

            Rudy terdiam.Sebentar kemudian air yang dipesan Farish telah pun sampai.Farish meneguk minumannya dengan wajah masam.
           
            “Wei,apasal tiba-tiba nak marah ni?”soal Rudy hairan melihat wajah sepupunya yang tiba-tiba bertukar kelat itu.

            “Hmm…takde,aku geram je kat orang gaji rumah aku tu.Tadi masa aku nak keluar jumpa kau,dia tiba-tiba langgar aku.Tangan dia dahla tengah basah,maybe lepas basuh pinggan kot.Habis basah jaket aku ni.Bukan murah tau tak?Aku beli kat Stockholm ni!”luah Farish sambil menunjuk jaket hitam yang dipakainya itu.

            “Apa?Baru langgar macam tu sikit dah nak naik angin?”Rudy kaget. “Farish, takkanlah kau tak boleh maafkan dia?Bukan ada calar pun,tak ada kesan.Basah sikit je. Lagipun dia tu orang tua,kau patut hormat dia.”

            Farish memuncung bibir. “Hormat?Okey,maybe dia dah lama kerja dengan mama dan papa aku,sejak aku kecil lagi tapi dia tu setaraf ke dengan aku?Hello,orang gaji beb!”

            “Orang gaji pun manusia,Farish.Diorang pun ada hati dan perasaan.Itulah susahnya anak orang kaya macam kau.Anak manja dari kecik!”tempelak Rudy sambil tergeleng-geleng.

            Rudy akui,walaupun mereka sepupu tapi taraf keluarga mereka agak berbeza. Dia datang dari keluarga yang sederhana.Berlainan dengan Farish,nak apa semua ada depan mata.Kehidupannya terlalu mewah hinggakan begitu mengambil kira tentang perbezaan taraf.Dulu ketika mereka masih di zaman persekolahan,Farish hanya ingin bergaul dengan anak-anak orang kaya sahaja.Dan sikapnya itu masih kekal hingga sekarang.

            “Whateverlah…aku malas nak ambik kisah tentang hal-hal remeh macam tu. So,kau pulak macam mana lepas tamat belajar kat UM?”soal Farish pula.

            “Biasa je,tak bertukar jadi Ultraman pun.Papa kau pelawa aku kerja dengan dia. Esok lusa aku startlah.”

            “Oh ya?Baguslah macam tu,kita akan kerja sama-sama nanti,”respons Farish mengukir senyuman yang luas.

            Rudy tersenyum dan mengangguk. “Dan lepas ni jugak kau akan kahwin dengan Syazreen!”

            Kata-kata Rudy membuatkan Farish tersedak.Dia terbatuk-batuk untuk seketika. Kemudian merenung Rudy dengan mata bulatnya.

            “No way,I’m not going to marry her!”ujar Farish agak kuat sehingga beberapa orang di meja berdekatan merenung ke arahnya.

            “Woi,jangan cakap kuat-kuat boleh tak?Buat malu je!”Rudy menyepak kaki Farish di bawah meja.

            “Hehe…sorrylah,aku terkejut je.Giler kau cakap aku nak kahwin dengan si Syazreen gedik tu.Ish,geli gelaman badan aku nih!”Farish mencebirkan bibir.

            Sebut tentang Syazreen,Farish teringat semula tentang peristiwa sebelum dia belajar di Sweden 4 tahun yang lalu.Panas hatinya apabila papanya memberitahu selepas tamat pengajian nanti dia akan dijodohkan dengan anak Dato’ Rosli yang bernama Syazreen.Farish cuba menolak dengan baik tapi Dato’ Sharif memberitahunya bahawa perkahwinan itu penting bagi mengembangkan lagi bisnes mereka.Jika syarikatnya dengan Dato’ Rosli bergabung,pasti mereka boleh membentuk satu empayar syarikat yang maju di Malaysia.Tapi masalahnya,Farish tidak mahu semua itu. Farish tidak mahukan Syazreen!

            “Alah,aku tahulah kau tak suka kat minah tu tapi nak buat macam mana,kan? Semalam pun papa kau ada cakap yang dia nak bincang dengan kau pasal Syazreen lepas kau balik sini!”ujar Rudy serius.

            “No way,aku tak nak kahwin dengan dia!Dahlah gedik…ish,tak sukalah aku!”

            “Ya,aku tahu.Tapi sebaiknya kau bincang dulu dengan papa kau.Mana tahu kali ni hati dia boleh lembut?Atau senang-senang kau cakap kau dah ada calon isteri sendiri,itu lebih baik,” cadang Rudy dengan sengihan yang nakal.

            Farish mengacau-ngacau minumannya dengan straw lantas bersuara, “Calon isteri sendiri?Huh,yalah tu.Aku ni awek pun tak ada,macam mana nak cari bini?”

            “Betul ke ni?Bukan ke sejak zaman sekolah lagi kau ramai peminat?Takkan takde sorang pun yang tersangkut?”soal Rudy curiga.

            Memang dia kenal benar Farish. Mereka membesar bersama.Sejak dulu Farish ramai peminat.Ramai yang ingin berkenalan dengannya yang memiliki sepasang anak mata coklat, rambut ikal yang disisir kemas, senyuman yang menawan, bibir yang merah menyala kerana tidak merokok, tinggi lampai bak model dan seraut wajah kacak yang putih bersih. Setiap kali Rudy keluar lepak bersama Farish, ramai gadis yang curi-curi pandang ke arah mereka. Tapi Rudy tahu gadis-gadis itu hanya berminat untuk melihat Farish,bukan dia.

            “Betullah,buat apa aku nak tipu? In fact,aku ni peminat je ramai tapi kalau hati tak berkenan,nak buat macam mana? Lagipun,aku mencari gadis yang betul-betul sempurna. Yang boleh buat aku tak tidur malam.Gadis yang…” Kata-kata Farish terhenti di situ apabila matanya menangkap tubuh seorang gadis memakai gaun paras peha yang seksi lalu di hadapannya.

            “Sorry,Rudyku sayang. Aku ada tanggungjawab nak dibuat.Excuse me…”Tanpa mempedulikan Rudy, Farish terus mengangkat punggung mendekati gadis yang lalu dihadapannya tadi.Gadis tersebut sedang duduk seorang diri di sebuah meja yang terdapat di restoran itu.

            “Hai,saya mengganggu ke?”soal Farish sambil menghadiahkan satu senyuman yang cukup menawan,salah satu aset yang ada padanya.

            “Tak,duduklah.” Gadis seksi itu turut tersenyum.Farish terus mengambil tempat berhadapan dengan gadis tersebut.

            Rudy yang melihatnya dari jauh tergeleng-geleng.Satu lagi fakta yang tertinggal. Rasanya Farish memang tak berminat pun untuk mencari calon isteri buat masa sekarang. Patutlah awek tak pernah lekat,pantang nampak yang berdahi licin terus mahu disambarnya.Farish...Farish...bilalah kau nak berubah...

********************************
Zahra duduk di pangkin luar rumah sambil mengibas-ngibas tubuh dengan surat khabar. Gila panas cuaca sejak akhir-akhir ni. Dia yang duduk kat kampung pun terasa macam tengah mandi sauna, inikan pulak orang yang duduk kat bandar. Jadi ikan keringlah gamaknya.

            Ini semua global warming punya pasallah ni. Orang lain buat hal masyarat kampung yang tak bersalah pulak terima akibat. Cakap macam tau je binatang apakah global tu padahal global pun dia tak tahu maksudnya apa.

            Dia teringat beberapa bulan lepas sebelum tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam (sekarang dia berada di kampungnya dekat Melaka), nak pergi kelas jalan kaki 5 minit pun dah berpeluh ketiak. Suasana kelas haru-biru. Kipas romantik gila dengan angin tak terasa langsung. Cam sotong goreng dok dalam kelas tu.

            “Weh, mu tau dop suhu sekarang ni 40 darjah selsiyes?”Zahra teringat kawannya budak Terengganu yang sama study kat UiTM mengadu beberapa bulan lepas.

            “Hah?! Biar betul kau ni? Patutla rasa gini. Haishh...”Zahra saja buat-buat terkejut. Padahal suhu normal pun dia tak tahu.

            “Zahratul Jannah!”

            “Opocot mak kau pakai spender pink!”Spontan Zahra melatah. Binawe punya member! Sesedap rasa je main sergah dari belakang. Nasib baik tak mencarut.

            Siti tergelak besar. “Oi, mana kau tahu mak aku pakai spender pink? Kau skodeng ek? Wakakaka!”

            “Woi, kau ni datang tak tau bagi salam ke? Buatnya aku jalan, aku ni belum kahwin lagi tau.”Zahra tumbuk perlahan bahu Siti. Nasib baik orang lain tak dengar. Kang tak pasal-pasal dapat gelaran baru pulak, kaki skodeng. Huhuhu...

            Siti tersengih-sengih dan ambil tempat duduk sebelah Zahra.

            “Apalah kau ni, Ara. Baru kena sergah sikit dah kecut. Penakut betulla kau ni.”

            Zahra cebik bibir. Tak tahu nak komen apa. Betulla kut, dia jenis cepat terkejut.

            “Ara, aku dah jumpa mak kau tadi. Mak kau kata kau dapat tawaran kerja kat KL, betul ke?”

            Zahra mengangguk. “Ha’ah, surat sampai pagi tadi. Aku sebenarnya sayang nak tinggal mak aku tu. Yela, aku ni kan satu-satunya anak dia. Ayah aku pulak tengah sakit, tak boleh kerja. Tapi nak buat macam mana lagi? Kalau aku tak keluar dari kampung ni, alamatnya sampai bila-bilalah aku tanam anggur. Kalau kerja kat luar ni, dapat jugak kirim duit untuk mak aku.”

            “Mak oi, baiknya kau. Anak sapola nih...dahla cantik, baik pulak tu. I loikeee!!” Siti buat suara gedik dengan tangan sengaja dilembutkan.

            “Kau apahal tetiba bertukar jadi nyah ni? Dahtu kau bila lagi? Tak nak kuar dari kampung ni ke? Mana tau dapat kerja yang lebih baik kat luar sana.”

            Siti tersengih. Dia tunduk memandang tanah. Apahal? Cantik ke tanah tersebut?

            “Aii...kau ni perli aku ke? Aku ni setakat SPM siapa nak amik aku kerja best-best? Lainlah macam kau, ada ijazah Komunikasi dan Media.”

            “Hei, siapa suruh kau cari kerja best-best? Jadilah guru tadika ke, waiter ke, kerjala apa-apa daripada kau duduk tanam anggur je kat kampung ni, satu benda pun kau tak buat. Asyik-asyik dok melongo kat rumah aku.”

            Siti angkat kening. “Apasal? Kau tak suka ke aku datang rumah kau? Okla... takpela, aku blah dulula!”

            “Eh!Eh! Kau nak pergi mana? Aku main-main jela mek! Nak merajuk konon, aku sepak kang!” Spontan Zahra tarik lengan Siti. Tua-tua merajuk lagi, buruk bebenor rupanya.

            Siti tersengih. “Haa...tau takot...weh, tapi mak aku selalu pesanla kan, kalau nak cari keje tu tengok-tengokla dulu, ukur baju di badan sendiri. Aku confuse tahap babi hutan sampai menggelegak otak aku memikirkan...pernah ke aku ukur baju kat badan orang lain? Rasanya tak pernah sebab aku bukan tukang jahit pun. Atau mak aku nak aku jadi tukang jahit? Ke mak aku nak suruh aku cari baju yang pandai jahit kerja?Ke nak suruh aku cari keje dikalangan baju? Confuse betulla aku ni...kau confuse tak?”

            Puhahahahaha!!! Zahra tergelak besar mendengar teori yang dikeluarkan oleh Siti. Alahai...Siti... Siti...patutla sampai sekarang tak kerja-kerja. Lembab ebstobent betolla.

            Dan petang tu, Zahra membiarkan Siti melayan kekonfiusannya seorang diri. Nak kongsi kekonfiusan dengan JKK tak boleh pulak, JKK tengah melancong kat selat tebrau sekarang ni. Nampaknya Siti konfius sendiri jela...

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)