Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Sunday, June 19, 2011

Amar Farish 7

“Boringnya aku. Benci betul aku kalau dah masuk majlis orang-orang VIP nih. Ingat aku suka ke duduk sorang-sorang ni. Bila dah geram macam-macam rasa ada. Rasa macam nak berenang di kutub Utara, tak pun rasa nak panjat Gunung Everest atau nak delete akaun facebook.” Zahra membebel meraban seorang diri. Majlis makan malam orang-orang besar ni memang membosankan.

            Si Rudy ni pun satulah. Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa jugak. Nak main nyorok-nyorok dengan aku ke? Aku tahulah aku ni wartawan je. Dapat masuk ke majlis makan malam dikalangan VIP ni pun sebab kena buat laporan, desis hatinya lagi.

            Zahra pandang ke sekeliling. Tak kira lelaki perempuan kelas atasan semua berbual sesama sendiri sedangkan dia terkontang kanting seorang diri. Jue memang tak boleh temankan dia malam ini kerana dia pun ada tugas lain.

            Nak tak nak, terpaksalah tebalkan muka. Dia datang sebab tugas, bukan nak mengorat VIP. Lensa kamera dihalakan ke sekumpulan VIP yang sedang berbual sambil bergelak ketawa. Sekejap hahaha…lepas tu hehehe…pastu kihkihkih…apa yang lawak ntah. Lantaklah, ambik je gambar buat syarat.

            Snap! Done. Nak ambik gambar siapa pulak ek?? Lensa kamera dihala ke sudut lain pula. Tengah-tengah dia zoom kamera untuk dapatkan shoot terbaik, lensa kameranya menangkap tubuh seorang lelaki dari jauh. Lelaki tu? Amar Farish? Arghh…dia lagi!

            Zahra buat muka blur. Dia tahu lelaki itu memang pandai menggunakan aset yang dia miliki untuk goda perempuan. Macam sekarang, dia sibuk berbual dengan sekumpulan gadis-gadis cantik dan seksi. Mestilah anak-anak orang kaya semuanya. Gila glamour betulla dia ni.

            “Assalamualaikum, Zahra. Tengok apa tu?” Cepat Zahra menoleh bila ada seseorang menyapanya.

            Zahra cuma mengawal diri. Rudy berdiri dibelakangnya, bertuxedo dengan rambut lurus bersisir kemas. Dia memang handsome, muka ala-ala Korean walaupun tidak dapat menandingi wajah pan Asian Farish.

            “Eh En. Rudy, tak de…saya perhati dewan ni. Cantik jugak, pertama kali saya sertai majlis-majlis besar macam ni.”Zahra memberitahu, padahal dia langsung tak rasa teruja datang ke sini. Lebih baik balik makan maggi kat rumahlah brader…

            “Mari, saya kenalkan awak dengan parents saya,”kata Rudy lagi.

            Zahra tergamam. What? Parents? Kenapa nak perkenalkan aku dekat parents dia pulak? Aku tak ada pilihan bila Rudy dah buat muka lima sen berkulat. Tak apalah, lebih baik kenal parents dia daripada duduk sorang-sorang kat sini ibarat unta di padang pasir. Huhu…

            “Ibu, babah, kenalkan ini Zahratul Jannah, wartawan baru Media Art & Craft. Zahra, ini ibu dan babah saya, Puan Sara dan Encik Suhaimi Seth.”

            Zahra bersalam sopan dengan ibu Rudy dan cuma senyum pada babahnya. Suhaimi Seth? Patutlah Rudy ala-ala cina sikit,Korean pon ada, ayah dia memang cina rupanya. Wah, anak kacukan rupanya dia ni. Dahlah handsome, baik pulak tu. I loikkee! Zahra tersengih dalam hati. Macamlah Rudy suka kat aku, perasan pulak.

            “Err…Ara, babah saya ni abang kepada ibu Farish, so sebab tu saya dengan Farish pangkat sepupu. Babah saya salah seorang pengarah Media Art & Craft tapi dia jarang ada kat ofis sebab selalu bertugas kat luar. Kalau tak faham apa-apa, boleh tanya okey?” beritahu Rudy lagi.

            Zahra mengangguk bersungguh-sungguh. Tapi dalam hati dia sedikit tertanya-tanya. Kalau ayah Rudy adalah abang kepada ibu Farish, mestilah muka ibu Farish pun macam Cina tapi kenapa si Farish ni ada rupa mat saleh? Nak kata Dato’ Sharif tu macam mat saleh, jauh panggang dari api. Memang muka melayu tulen, habis si Farish tu ikut muka siapa? Takkan kenan mat saleh sampai jauh sangat beza kot. Hmm…

            Sedang dia mengusha-usha keadaan sekeliling, dia ternampak seseorang. Bukan Farish, mamat tu nak buat apa. Dia nampak Fara, wartawan yang baru sehari bertugas di Media Art & Craft. Apa dia buat kat sini? Buat liputan ke? Tak pentinglah, yang penting aku dah ada geng.

            “Okey En.Rudy, sorry saya kena jalankan tugas sekarang. Pergi dulu.” Zahra meminta diri. Lama-lama kat sini nanti kerja tak jalan pulak. Sekali lagi dia bersalam dengan ibu Rudy dan terus berlalu dari situ untuk mengusha Fara pula.

*************

            “Dia cantik!” Itu komen pertama yang keluar dari mulut Puan Sara sebaik Zahra berlalu meninggalkan mereka tiga beranak.

            Rudy tersenyum. “She is…dia cukup pakej, cantik, tinggi, petah. She should be our model for muslimah fashion magazine.”

            “Aii…lain macam je bunyinya kamu ni, Rudy. Ingat sikit, dia tu wartawan company.” Encik Suhaimi Seth mengingatkan.

            Rudy angkat kening. “So what, babah? Sebab dia wartawan jadi Rudy tak boleh puji dia?”

            “Kamu betul, Rudy. Dia cantik tapi pakaian yang dia pakai untuk ke majlis malam ni agak…”Ayat Puan Sara tergantung di situ.

            “Rudy dah tanya dia kalau dia perlukan baju sponsor atau tak tapi dia tolak. Dia kata dia cuma reporter dan datang sini sebab tugas. Jadi tak perlu nak melawa sangat,” terang Rudy sambil matanya tidak lepas dari memandang Zahra yang sedang berbual dengan Fara.

            Betul. Zahra memang tidak bergaya malam ini. Cuma memakai tudung dengan kemeja serta vest dan berseluar slack. Di leher pula tergantung kamera, peralatan asas yang diperlukan sebagai wartawan. Walaupun boleh dikatakan tak bersiap, tapi Rudy tetap rasa Zahra yang paling cantik malam itu.

            Haii…orang kalau dah angau, kawan tu serba comot pun dah tak nampak.

*************

            Fara meminta diri untuk ke tandas bila dia sendiri dah naik rimas mendengar Zahra merapu meraban tanpa diketahui apa yang cuba disampaikannya. Dia ke majlis makan malam ini atas arahan pihak atasan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tengku Kamal akan turut menghadiri majlis makan malam ini kerana dia adalah salah seorang pemegang saham walaupun baru membeli saham seminggu yang lalu.

            “Di sini Inspektor Fara, setakat ini saya belum nampak Tengku Kamal tapi saya akan terus mengawasi keadaan sekeliling,”ujar Fara perlahan kepada cip yang sudah terpasang di badannya itu.

            “Baiklah, laporkan kepada kami dari semasa ke semasa,”respons satu suara dari cip tersebut.

            Fara mengangguk, walaupun tahu petugas yang mengarahkannya melalui cip tersebut tidak dapat melihat anggukannya. Nasib baik tak ada orang dalam tandas, kalau tak mesti orang ingat otak Fara masuk air pulak.

            “Acara apa sekarang?” Fara menyapa Zahra sebaik keluar dari tandas.

            “Tu, rumpai laut nak bagi ucapan atas pentas,”jawab Zahra selamba.

            Fara angkat kening. Dia memandang Farish yang baru naik ke pantas untuk menyampaikan ucapan untuk perasmian majlis.

            “Rumpai laut? Kenapa you panggil dia macam tu?”

            Zahra tersengih. “Suatu hari nanti awak akan tahu.”

            Fara terdiam. Ketika dia khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Farish, matanya tetap liar mencari kelibat Tengku Kamal. Dia tidak tahu sama ada cuma dia atau orang lain juga perasan, wajah Tengku Kamal hampir seiras dengan Farish. Adakah itu cuma satu kebetulan?

            Zahra pun dah bosan tahap 5 kuasa 2 exponent 56. Daripada dia mendengar ucapan syok sendiri Farish, lebih baik dia keluar ambik angin tepi kolam renang.

            “Hai cantik, sorang je?” Satu suara menyapa Zahra.

            Zahra menoleh. Seorang lelaki yang boleh tahan kacak tersenyum kepadanya. Dia malas berbahasa dan turut tersenyum.

            Dengan gaya berpakaian Zahra sekarang pun, masih ada lelaki yang mahu mendekatinya. Walaupun tidak pandai bergaya, tapi Zahra tetap tidak dapat menyembunyikan kejelitaan yang dimilikinya. Dia mewarisi kecantikan ibunya. Kalau tidak masakan ibunya pernah menjadi antara gadis kegilaan teruna di kampung suatu ketika dahulu.

            “By the way, I Adruce. Your name?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

            “Panggil Ara je,”sahut Zahra buat-buat ramah. I say man, mamat sesat mana pulak ni? Punyalah banyak pompuan malam ni, aku jugak yang dia tegur, gerutu Zahra tak selesa.

            “Okey…Ara, why you dress up like this? Bertudung bukan alasan tak boleh bergaya, tau tak?” Adruce sudah memulakan ceramah tak berbayarnya.

            “Saya wartawan je,”beritahu Zahra terus terang. Yalah, bukan dia yang dapat perhatian pun malam ni. Lainlah kalau dia tu anak Dato’ ke, Tan Sri ke. Setakat cucu kepada atuk takde sape pandanglah…

            “Owh…I’m sorry, kerja kat Media Art & Craft ke? My dad cuma pemegang saham kompeni tu. Malam ni I cuma temankan dia.”Adruce mula membuka cerita.

            Zahra sekadar menjadi pendengar. Haish, macam mana nak lari ni? Tak ada siapa berminat nak dengar cerita kau lah. Aku nak balik tidur pulak ni. Sakit pankreas betolla…

****************

            Seusai menyudahkan ucapannya, Farish turun dari pentas. Ketika itu juga dia melangkah mendekati papanya yang ingin memperkenalkannya dengan beberapa orang kenamaan.

            “Rich, kenalkan Tengku Kamal, antara pemegang saham company kita. Dia baru beli saham kita seminggu yang lepas,”beritahu Dato’ Sharif.

            Ketika itu juga Kamal tergamam. Buat pertama kali dia melihat Farish dari dekat. Terlalu dekat. Anakku…rintihnya dalam hati.

            Farish tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Kamal namun Kamal diam tidak berkutik. Dia asyik merenung Farish hingga membuat Farish tidak selesa.

            Dato’ Sharif berdehem, mengembalikan Kamal ke dunia nyata. Kamal tersenyum dan menyambut huluran tangan Farish. Setelah berpuluh-puluh tahun, baru hari ini dia dapat menyentuh anaknya semula. Selama ini dia cuma memerhati dari jauh.

            Menurut pembantunya, Farish telah menjawat jawatan tinggi di Media Art & Craft. Kerana itu dia membeli sebahagian saham syarikat tersebut, agar dia dapat menemui anaknya dalam acara-acara majlis begini, walaupun tidak selalu.

            Farish betul-betul tidak selesa. Dia cuba menarik tangannya dari pegangan Kamal tapi Kamal menggenggam tangannya seolah-olah ini kali terakhir dia dapat menggenggam tangan lelaki itu.

            “Errmm…Tengku, I have to go now,”ujar Farish menggoyangkan sedikit tangannya, berharap Kamal mengerti.

            Cepat-cepat Kamal melepaskan pegangan tangannya. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia memegang tangan Farish.

            Farish mengangguk sopan tanda pamitan dan terus berlalu. Ish, pelik betulla orang tua tu. Takkanlah tua-tua nak jadi gay lagi kut, getus Farish geli.

            Dia melangkah mendekati Rudy yang sedang makan kek coklat sambil berdiri. Tak senonoh betulla.

            “Woit!”


            “Ish, kau ni. Dahla datang tak bagi salam, aku cucuk lubang hidung kau dengan sudu ni kang.” Rudy menghalakan sudu di tangannya ke muka Farish.

            Cepat Farish menepis. “Woi, perempuan tu mana?”

            “Perempuan mana pulak?”

            “Bila aku sebut ‘perempuan tu’ sepatutnya kau tahu perempuan mana aku maksudkan.”

            “Yela kau tu kenal ramai perempuan, tak sempat aku nak hafal satu-satu,”balas Rudy sambil mengesat mulut dengan belakang tapak tangan.

            “Zahratul Jannah la, ngek!” Farish ketap gigi. Pengotor betulla budak ni, makan macam budak lima tahun. Tengok, tak pasal-pasal jatuh reputasi budak lima tahun.

            “Oh, dia kat kolam renang rasanya. Tengah sembang dengan Adruce,”beritahu Rudy selamba. Kalau setakat Adruce, rasanya dia belum rasa tergugat. Adruce tak adalah handsome sangat, perangai macam buaya tembaga pulak tu. Dia tahu Zahra bukan jenis melayan semua orang.

            Farish meneguk liur. Darahnya dirasakan menyerbu ke muka. “Ada jugak ke lelaki nak ajak dia sembang?”

            “Kenapa pulak? Ara tu comel jugak.” Rudy tersenyum sambil menayangkan giginya yang sudah comot dengan coklat. Dia tahu dia menyatakan yang sebenarnya.

            Farish tersenyum sinis. “Comel? Teruknya tahap penglihatan kau!”

            “Pandangan aku suka hati akulah nak kata apa. Alah, setakat si Adruce tu apalah sangat. Kaki betina. Kalau boleh gadis penjual burger pon dia nak sapu. Kau try ar usha, aku nak makan ni. Dah, blah-blah!”

            Farish mendengus. Tak pasal-pasal kena halau pulak. Dia melangkah keluar dari dewan untuk ke kolam renang. Huh, teruknya cita rasa Adruce. Kalau ya pun nak jadi buaya, flirt la yang ada kelas sikit. Ini reporter.

            Selama ini Farish tidak pernah rasa tergugat dengan Adruce. Siapa tak kenal Adruce Dato’ Hashim? Lelaki yang malas bekerja, hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa. Tapi kenapa pula dia perlu ambil peduli si buaya itu mendekati Zahra? Bukankah dia sendiri merasa tidak tergugat?

            “Zahra.” Farish menyapa.

            Zahra dan Adruce menoleh hampir serentak.

            “Well…well…well… En.Farish, tak duduk kat dalam layan tetamu-tetamu you?” Adruce berlagak ramah.

            “Tak apalah, nak ambik angin kat luar. Duduk lama-lama dalam ruang aircond tu rasa nak terkencing pulak.” Farish tersenyum walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa menyampahnya dia pada Adruce saat ini. Nak ber I, you dengan aku konon. Sekolah pun tak habis.

            “Owh…okeylah En.Farish, I pun tak nak ganggu you. Mungkin you nak berbual-bual dengan reporter you yang cantik jelita ni. I pergi dulu.” Adruce pamit meminta diri.

            Sebaik Adruce menoleh, Farish buat mimik muka mengejek di belakang Adruce. Buat suara menggoda, konon-konon berlagak gentleman. Depan pompuan bolehlah.

            Zahra simpan je rasa nak tergelak dalam hati. Betapa hodohnya muka Farish bila dia buat macam tu. Memang ekslusif, laris kalau jual sebagai cover majalah.

            “Wei Zahra, kau tau tak…”

            “Tauhu kat kedai.”Potong Zahra selamba.

            “Hahaha…lawaknya. Dengar sini perempuan kampung, aku nak kau tulis lagi sekali artikel tentang kucing tu. Fakta, bukan karangan budak darjah satu!”Suara Farish bertukar tegas.

            Zahra tersengih-sengih macam malaria tapioka. “Kalau aku tak nak buat, kau nak buat apa?”

            Farish ketap bibir. Dia memang tiada modal untuk mengugut Zahra. Ugutan pecat? Zahra langsung tidak takut, bahkan itulah yang dinanti-nantikan Zahra selama ini. Tapi dia tidak mahu memecat Zahra sekarang. Dia masih menyimpan perasaan tidak puas hati kerana Zahra pernah menumpahkan kopi di jaket kesayangannya dan melawan kata-katanya.

            Di pejabat pun hanya Zahra seorang yang berani berkasar dengan Farish. Tujuannya cuma satu, dia hanya mahu Farish memecatnya dari syarikat itu. Tak hingin dia bekerja di bawah Farish. Staf-staf lain memang tabik dengan perangai Zahra yang terlebih berani bila berdepan dengan ketua mereka yang bermulut laser dan kononnya macho tu.

            “Aku tetap nak kau tulis, sama ada kau suka atau tak!” Farish mula merentap kasar lengan Zahra.

            Zahra tersentak. Ini dah lebih!

            “Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni? Aku terajang kang!” Zahra menarik lengannya dari pegangan Farish. Sesedap jiwa nak ugut-ugut aku. Korek lubang idong kang baru tau.

            “Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”

            “Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat saleh celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat korea. Macam rumpai laut je aku tengok!” Akhirnya terkeluar juga kata-kata yang selama ini tidak berkesempatan untuk dihamburkannya. Rasanya rumpai laut adalah gelaran yang paling sesuai untuk Farish. Rambut dia memang macam rumpai laut, tak tipu punya.

            Farish ternganga. Speechless. Buat pertama kalinya sepanjang dia hidup selama 25 tahun, baru kali ini seorang gadis berani mengutuk fesyen rambutnya terang-terangan. Padahal selain wajah, gaya rambut inilah yang menjadi kegilaan para gadis. Ramai yang memuji dan mengatakan gaya rambut itu sesuai dengannya. Dan sekarang ada orang menggelar rambutnya sebagai rumpai laut??

            “Perempuan yang tak pernah sedar betapa handsomenya aku ni memang pelik. Mengikut pengalaman aku, perempuan macam kau ni memang tak pernah ada boyfriend pun, betul tak?” sindir Farish. Sarkastik.

            Zahra ketap bibir. Kenakan aku balik nampak. Tapi memang aku tak pernah ada boyfriend pun.

            “Hahaha…kesian kau, umur dah tua still single.” Farish terus-terusan mengejek Zahra. Kita kasi dia bara. Hehe…

            “Diamlah kau, rumpai laut! Kasanova brazil kuno!”pekik Zahra kuat. Tanpa sedar dia menolak tubuh Farish. Farish hilang imbangan dan…

            Debushh!!! Macam badak berendam Farish terjatuh dalam kolam renang tersebut.

            Zahra ternganga. Serius dia memang tak sedar langsung. Habislah…esok mesti keluar surat khabar ‘RUMPAI LAUT JATUH KOLAM RENANG DITOLAK WARTAWAN SYARIKAT SENDIRI’.

            Orang ramai mula mengerumuni Farish yang basah kuyup di dalam kolam.

            “Woi perempuan gila, apa kau buat ni hah?!” Farish memekik.

            Zahra teguk liur. Ada orang disekeliling yang mula memandangnya dan berbisik antara satu sama lain. Habislah…habislah…

            “Zahra, apa awak buat ni?”bisik Rudy dari belakang.

            Zahra berpaling memandang Rudy dengan muka pucat. Rudy menarik lengan Zahra, seakan menyuruh Zahra mengikutnya. Buat masa ini baik lari dulu. Bahaya kalau Farish tiba-tiba bertukar jadi The Hulk.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)