Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, April 13, 2010

Abang Khai Tomboy? 10

Pak su aku tu betul-betul dah melampau. Bencinya! Bencinya! Bencinya!” Along menghempaskan punggung di sisi buah hatinya. Hari ini dia sengaja ponteng kuliah. Pergi pun tak guna, hari-hari kena berleter dengan pensyarah. Lebih baik dia keluar melepak dengan kawan-kawan di kaki lima.
“Hei, kenapa ni sayang? Tak cantiklah muncung-muncung macam ni.” Ray menarik dagu along, seakan menyuruh buah hatinya itu memandangnya.
“I dah tak tahan duduk rumah tu lagi. I rasa macam nak lari aje!” bentak Along.
“Relaks, sayang. You jangan buat keputusan terburu-buru. Kalau you nak lari, mana you nak pergi? Sorrylah, I bukan tak nak bagi you tinggal kat rumah I, tapi you tahulah macam mana perangai mummy dengan daddy I.” Lembut suara Ray memujuk kekasih hatinya.
Along endah tak endah sahaja mendengar kata-kata Ray. Sudahlah kemarahannya pada pak sunya masih bersisa tentang buku banknya yang kini telah dirampas itu. Sekarang, ditambah pula dengan sikap pak su yang menyakitkan pagi tadi. Ada ke nak kejut orang solat subuh main-main siram orang guna air. Niat tu dah baik, tapi cara macam jembalang tanah.
“Wei, dahlah, daripada kau asyik membebel sorang-sorang macam orang gila kat sini, baik kau cuba benda ni...” Eriu mengeluarkan sekotak rokok berjenama Malboro dari baju panasnya.
Bulat mata along memandang Eriu yang selamba maut mengeluarkan sebatang rokok dari kotak itu dan menyalakan hujungnya.
“Kenapa? Tak pernah tengok orang hisap rokok ke?” tanya Eriu sambil menghisap rokok itu penuh nikmat.
“Bukanlah!” Along merampas kotak rokok itu daripada Eriu. “Ini rokok jenama mahal, bro. Mana kau dapat duit beli ni?”
“Alah, adalah. Banyak lagi ada dalam simpanan aku. Dunhill, Wingston, Perilly's, Benson & Hedges… Itu biasalah… Masa tak ada duit pulak, aku beli Premium, Easton,  D&J, M & M, Absolute. Semua tu rokok murah-murah,” ujar Eriu dengan hidung kembang kempis kerana bangga.
“Kita orang yang perempuan ni biasanya hisap yang ringan-ringan aje macam SKL, Nusantara, Semporna,” sampuk Syaza.
“Aku tak pernah nampak kau orang hisap rokok sebelum ni,” respons along.
“Wei, sebelum nenek kau lahir lagi, kita orang dah mula hisap, tau? Kau tu aje yang ketinggalan zaman. Maklumlah, best student, budak skema kesayangan lecturer!” sambut Liya dan disambut dengan tawa yang kuat oleh rakan-rakan yang lain.
“Wo… wo… tu dululah. Sekarang tak ada lagi Yana budak bendul yang senang dibuli. Yang ada cuma Ari,” tegas along.
“Ya, betul. Ariana yang sekarang ni dah rasmi masuk kumpulan kita. Ari yang berani, seksi dan menawan. Tak ada lagi Yana yang penakut, kolot dan ketinggalan zaman!” balas Ray ceria.
            “You nak cuba?” Ray menyuakan sepuntung rokok kepada along.
Along menggeleng tanda tidak mahu.
“Ambillah, Ari,” pujuk Hana yang tengah syok sedut asap rokok yang ditolak masuk ke dalam alveolusnya.
Along tetap menggeleng. Walaupun dia bergaul dengan budak-budak nakal, tapi itu tidak bererti dia turut mengikut jejak langkah mereka. Arwah mama pernah cakap, perempuan yang merokok akan mandul. Entah betul, entah tidak.
“Alah… ambiklah, sayang. You tak sayang I lagi ke?” Ray cuba mengumpan. Buat suara gatal miang rebung plus miang padi.
Along serba salah. Kalau tidak diturut, pasti Ray akan mengugut mahu memutuskan hubungan mereka. Alah, sikit aje… Apa salahnya. Along cuba menyedapkan hempedunya yang memang dah pahit.
“Hisaplah, best!” desak Hana.
Belum sempat along menghantar puntung rokok itu ke tepi bibirnya, tiba-tiba rokok tersebut dirampas seseorang.
“Pak su!” Wajah along pucat. Kalau ditoreh pun belum tentu keluar darah.
“Ini kerja kau, ek?” Puntung rokok tersebut dipijak-pijak Rizal sehingga hancur lumat.  Menggambarkan betapa membara perasaannya saat ini.
“Mak bapak kau suruh kau belajar tinggi-tinggi, kau duduk melepak kat sini dengan budak-budak yang dah rosak akhlak ni!” tengking Rizal tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang di kaki lima itu. Rizal mengalihkan pandangannya kepada Ray. Tidak semena-mena leher baju lelaki itu direntap kasar. “Kau! Kau yang pandai-pandai ajar anak saudara aku hisap rokok, betul tak? Kalau kau dah teringin sangat nak mampus, kau mampuslah sorang-sorang. Jangan nak ajak anak saudara aku.
“Pak su, sudahlah tu. Ray...”
“Oh, jadi buah hati pengarang jantung intan payung kau ni namanya Ray? Hodohnya nama! Meh aku cek apa nama betul kau!” Rizal melepaskan leher baju Ray dan menolak tubuh Ray hingga lelaki itu terhenyak ke dinding bangunan kaki lima tersebut. Poket seluarnya diraba beberapa kali bagaikan seorang pesalah. Kemudian Rizal mengeluarkan dompet dari dalam poket tersebut.
“Jantan Bin Awang? Muahaha...” Rizal ketawa terbahak-bahak di situ apabila membaca nama penuh Ray yang terdapat pada kad pengenalan. Konservatif gila nama.
Muka Ray sudah merah padam. Sepantas itu juga dia merampas semula dompetnya daripada Rizal. Rakan-rakannya yang lain turut menahan tawa, tak sampai hati pulak nak ketawa depan-depan.
“Baik kau pegi sekarang. Kalau tak, aku akan sebarkan ke seluruh Malaysia pasal nama kau,” ugut Rizal.
Dengan kuasa pil kuda darab enam kuasa sepuluh, Ray terus memecut meninggalkan tempat itu bersama rakan-rakannya. Selepas ini, tamatlah riwayat kepopularannya di kolej kerana nama aslinya sudah diketahui. Mummy, tolong Atan!
“Kau pulak, ikut aku balik sekarang!” gesa Rizal apabila melihat along berdiri di belakangnya sambil menangis.

*********************************

SUDAH! Jangan nak memekak kat sini. Boring aku dengar kau nangis!” tempik Rizal sekuat hati. Angin satu badan aku dengar along nangis tak henti-henti sejak balik dari tadi. Sekarang rasalah... Sebelum ni dia mengalah bukan bererti dia takut, tapi sebab bom atomnya belum meletup. Sekarang dah meletup, rasalah penangannya.
“Sampai hati pak su memalukan saya depan orang ramai tadi.” Along menahan sendunya.
“Oh, malu ya? Nak hisap rokok kat tempat awam tak malu pulak? Kau tu perempuan, tau tak? Pening aku fikir perangai kau yang semakin liar ni. Berbeza betul perangai kau dengan angah dan adik.” Rizal malas ingin bahasakan diri sebagai pak su. Makin dia berlembut, makin dipijak kepalanya.
“Kenapa pak su asyik nak banding-bandingkan saya dengan angah dan adik? Saya adalah saya dan saya bukan orang yang hipokrit!” pekik along.
“Hei, apa nak jadi dengan kau ni, along? Along, kalau balak kau tu handsome macam Leonardo DiCaprio ke, Shah Rukh Khan ke, boleh jugak aku terima. Ini muka macam balang biskut...”
Along terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Rizal.
“Muka macam tempeyek hanyut, gigi macam durian belanda. Aku rasa rantai basikal tu lagi handsome, tau tak?” Rizal sebenarnya tak berniat pun nak mengutuk sampai macam tu sekali, tapi dia kena jugak lepaskan geram. Ada ke nama Jantan bin Awang? Hahaha...
“Mulai hari ni, aku tak nak kau keluar dengan Jantan bin Awang tu lagi. Dan, jangan terlepas kuliah. Kalau tak, semua kemudahan kau aku tarik balik!” Rasanya kaedah ni lebih rasional daripada angkat tangan.
“Pak su melampau! Sekarang bukan aje saya akan dipulaukan, tapi akan diketawakan di kolej!” jerit along geram. Kemudian, dia terus melarikan diri naik ke tingkat atas.
Rizal mengeluh dan terduduk di sofa. Tak sangka begini susah mahu mendidik seorang anak supaya menjadi seorang insan berguna. Ya Allah, kuatkanlah imanku. Jangan biarku aku berputus asa dengan cubaan ini. Aku tak akan patah semangat selagi along belum sedar yang semua perlakuannya selama ni adalah salah.

**********************************



“FIQ, pak su kau sekarang apa cerita?” tanya Zizan ketika dia berjalan bersama angah dan teman-teman yang lain untuk pulang ke kelas selepas habis makan di kantin.
“Biasalah… mula-mula dulu aje garang, tapi sekarang dah okey. Dia baik woo… Kita orang tak pernah miss tengok bola sama-sama!” Angah menunjukkan tanda bagus.
“Mesti kau rapat dengan pak su kau, kan? Dulu kau cakap perangai dia macam Gangstarz,” sampuk Kamal pula.
Tiba-tiba angah menghempuk kepala Kamal dengan tapak tangannya. “Ambik kau! Bukan Gangstarzlah, itu rancangan nyanyi-nyanyi berkumpulan. Gangster, faham?”
Kamal tersengih-sengih sambil mengusap kepalanya. Walaupun sikap dan perlakuan angah agak kasar, tapi mereka semua tidak pernah bosan berkawan dengan angah. Angah sendiri pun lebih suka berkawan dengan budak-budak lelaki berbanding perempuan. Katanya, kawan dengan perempuan tak seronok sebab tak boleh buat gurauan kasar. Hempuk kepala sikit, dah menangis. Simbah air kat baju, dah repot kat pengetua. Tampal nota ‘Kick Me’ kat belakang, dah mengamuk terguling-guling. Tak best! Tak best!
“Woi, jadi ke study sama-sama malam ni?” tanya Johari.
Sorry ar… pak su aku dah buat peraturan baru. Tak boleh keluar malam,” ujar angah.
“Alah, jomlah join, Fiq. Bosanlah kau tak ada...” pujuk Zizan.
Sorrylah geng... Aku tak makan pujuk, aku makan nasi aje.” Angah ketawa sendiri macam orang gila.
“Eh, Fiq, aku hairanlah dengan kau ni. Belajar taklah rajin mana, tapi setiap kali exam, mesti kau dapat markah tinggi. Ada rahsia ke?” soal Kamal ingin tahu.
“Alah, dah nasib akulah tu dapat result best…” Sesedap perisa aje dia cakap aku malas belajar. Dia orang mana tahu aku selalu bersengkang mata tengah-tengah malam, hafal fakta-fakta dalam buku Biologi dan Kimia.
“Aku study berhempas pulas pun, tak dapat result best macam kau,” sampuk Zizan pula.
“Kan aku dah cakap, kau baca aje buku tu. Kalau malas baca buku, baca buku tiga lima.” Angah ketawa lagi.
“Woi, pengkid!”
Tak semena-mena angah terasa bahunya ditolak kasar dari arah depan. Hampir saja dia hilang imbangan, tapi nasib baik tubuhnya sempat disambut oleh teman-temannya yang juga pengikut setianya.
“Woi, minah! Mata letak mana? Orang letak kat muka, kau letak kat punggung,” bidas angah sambil matanya merenung tepat pada Sherry.
Sherry, minah terperasan dan tergedik di sekolah. Sejak dulu dia suka menuduh angah merampas teman lelakinya. Padahal, tak terfikir ke dek akal logiknya, mana ada orang nakkan perempuan macam angah tu.
“Kau ni tak puas-puas lagi ke? Apasal kau tak habis-habis nak goda balak aku? Apa kau tu dah tak laku sangat ke, sampai balak orang pun kau nak redah?” soal Sherry bertalu-talu.
“Sherry, dahlah tu. Saya dengan Fiq tak ada apa-apa,” nafi Joey yang berdiri di belakang Sherry.
Angah mencebik. Huh, berlindung di belakang tubuh perempuan. “Woi, mak bapak kau hantar kau pegi sekolah buat apa? Orang suruh belajar, kau gatal nak bercinta, lepas tu sesedap jiwa aje nak tuduh aku rampas balak dia. Kalau kau tu dah miang sangat, gatal nak menikah, baik kau berhenti sekolah aje lepas tu buat STPM alias sijil tunggu pinangan mari...” Angah ketawa berdekah-dekah bersama teman-temannya.
“Wei, pengkid! Jangan banyak bunyi boleh tak? Aku nak bagi kau amaran…” Jari telunjuk Sherry sudah dituding ke muka angah.
“Amaran apa, hah? Kalau amaran rokok membahayakan kesihatan, hentikanlah. Orang tak takut pun. Kalau amaran rokok dibuat dari kulit anjing, mungkin orang berhenti merokok. Tu pun tak ramai.”
Muka Sherry dah merah padam. Angah dipandangnya dengan rasa marah dan dendam. Kata-kata angah seolah-olah mempersendakannya. Kemudian, dia menolak keras tubuh angah hingga angah jatuh terduduk di atas lantai.
“Oh, kau nak main kasar ek?” Angah terus bangun dan merenung Sherry tanpa berkelip. Suasana jadi senyap sunyi tiba-tiba. Mereka menjadi tumpuan pelajar-pelajar lain.
“Kau jangan nak cabar kesabaran aku, Sherry. Kang tak pasal-pasal ada orang kutip gigi sendiri.”
“Oh, sekarang kau nak main ugut-ugut aku pulak? Buatlah, aku tak takut!” cabar Sherry seraya menolak bahu angah.
Angah ketap bibir. Minah ni memang tak sayang mulut. Hampir sahaja dia mengangkat tangannya tapi cepat-cepat Johari menghalang.
“Jangan, Fiq, bahaya gaduh dalam kawasan sekolah. Kau tak ingat ke kau pernah kena gantung sebab bertumbuk dengan budak tingkatan enam tahun lepas?”
Rakan-rakan angah tahu, kalau angah bertumbuk dengan Sherry, tentulah angah yang menang. Yalah, angah kan ada tali pinggang hitam dalam tae kwan do. Sedangkan lelaki pun boleh tertewas, ini kan pulak minah kedengkik macam Sherry. Tapi, kalau angah dah belasah orang, jangan haraplah dia nak berhenti. Dahsyat betul minah pengkid ni!
“Dahlah, jom blah. Aku malas nak kotorkan baju aku hari ni,” ajak Angah.
“Hmm… yalah tu. Cakap ajelah kau sebenarnya takut. Dasar pengecut! Memang patut pun Tuhan ambik mak bapak kau sebab kau tu diri sendiri pun tak tahu nak urus,” kata Sherry apabila Angah membelakanginya.
Angah menghentikan langkahnya. Wajahnya kini berubah tegang. Sebaik dia menoleh, dia terus mengayunkan penumbuknya ke muka Sherry, menyebabkan gadis itu terlentang di lantai. “Jangan sesekali babitkan nama mak bapak aku dalam hal ni!” jerkah angah. Rakan-rakannya cuba memegang tangannya sebelum dia bertindak lebih kasar dan menyuruhnya bersabar. “Kalau aku nak beri pengajaran pada orang, aku tak main tarik-tarik rambut, bertampar-tampar, aku bagi terus sebijik penumbuk.”
Sherry menggosok-gosok pipinya yang terasa perit. Ada air mata yang bergenang di kelopak matanya. Percuma aje dapat lebam biru. “Kaulah pengkid tak guna! Perampas!” Sherry sudah hilang pertimbangan. Ditolak angah hingga gadis itu jatuh ke lantai.
Mereka berdua bergelut. Rakan-rakan angah tergamam, kalut tidak tahu harus berbuat apa. Pelajar-pelajar lain bukannya mahu meleraikan mereka, sebaliknya asyik menonton drama sebabak percuma itu.


Akhirnya rakan-rakan angah berlari ke bilik guru untuk mencari guru kelas mereka, Cikgu Suri.

*********************************



Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

OIT, siapa pulak pasang lagu Bunkface, Through My Window tengah-tengah waktu kerja ni? Dahlah pasang lagu kegemaran aku, buat aku hilang tumpuan aje... Rizal usha kiri kanan. Siapa pasang radio, hah?
“Helo, inspektor, tahulah awak tu polis paling berdedikasi kat balai ni, tapi angkatlah telefon tu. Dari tadi asyik memekak aje,” sindir Azman yang lalu di sebelah meja Rizal.
Ceh, telefon aku rupanya. Patutlah layan habis! Cun punya usha, rupa-rupanya telefon sendiri. Rizal tayang gigi.
“Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih.” Spontan ayat itu keluar dari mulut Rizal. Entah apa-apalah aku ni, nak buat lawak pulak di pagi suam-suam kuku ni, getus Rizal tersengih lantas berdehem.
“Helo, assalamualaikum...” Rizal membetulkan duduknya.
“Waalaikumussalam...” kedengaran suara perempuan di hujung talian.
“Ini Encik Rizal Syafiqin bin Ibrahim ke?” tanya perempuan di hujung talian penuh dengan nilai kesopanan, lambang seorang gadis Melayu. Hehe...
“Saya Cikgu Suri, guru kelas Syafiqa.”
“Syafiqa?” Rizal angkat kening.
“Syafiqa Razlan. Kenal?”
Oh, angah rupanya... Rizal baru teringat yang Khai pernah menyebut nama betul angah. Yalah, dia jarang dengar orang panggil angah dengan panggilan Syafiqa. “Err… ya, dia anak saudara saya. Kenapa?”
“Dia bergaduh di sekolah. Sebagai penjaga, saya harap Encik Rizal dapat ke sekolah untuk berbincang...”
“Apa? Bergaduh?”

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

3 comments:

epy elina said...

hohohoh....
lawak la c-rizal ni...
blh lak nma org dia gelakkan...
tp serius....
nma jantan 2 lawak sngt la....

rosse - violet said...

delah lawak nama tu...tp mmg da org nama jantan dlm dunia nie....
tp....tp........mmg lawaklah klu name jantan tp minta pgl ray...ceh...ray konon haha3...

TAN-te said...

kih kih kih kih!!!! jantan bin awang!!!
mummy tolong atan!!!