Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, April 20, 2011

Amar Farish 1

“Zita, kita kena lari dari sini secepat mungkin. Tempat persembunyian kita dah dapat dikesan pihak polis!” beritahu Kamal cemas.

Zita yang ketika itu sedang mendodoikan anak lelakinya yang baru berusia 3 bulan terkejut. Wajahnya bertukar pucat.

“Ok, sekarang kita jangan panik. Abang panggil semua anak buah dan kemaskan barang-barang. Kita lari malam ni jugak,”arah Zita kepada suaminya itu.

Kamal hanya mengangguk dan terus keluar dari bilik tempat dia bersembunyi bersama Zita dan anak tunggal mereka satu-satunya itu.

Mereka tahu pihak polis pasti berjaya mengesan tempat persembunyian mereka sekarang gara-gara kes serbuan besar-besaran oleh pihak polis 3 hari yang lalu digudang tempat mereka mengadakan urusan jual beli dadah dengan peniaga dari Afrika.

Kumpulan mereka, Eagle berjaya melarikan diri dan bersembunyi tapi kini tempat persembunyian mereka telah berjaya dijejaki. Kamal dan Zita, pasangan suami isteri yang mengetuai Eagle merupakan antara penyeludup dadah, perompak dan pembunuh yang diburu di seluruh Malaysia.

“Zita, abang dah beritahu semua anak buah kita. Diorang tengah kemas barang-barang. Zita siapkan Amar, biar abang siapkan senjata kita,”ujar Kamal tegas.

Zita mengangguk dan terus mencapai bayi kecilnya yang sedang lena di atas tilam. Sebelah tangan mendukung anaknya manakala sebelah lagi kejap menggenggam Glock 17, sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman.

“Jangan bergerak! Polis!!” Satu suara dari amplifier menarik perhatian mereka.

Tanpa berfikir apa-apa lagi Zita dan Kamal terus berlari ke pintu belakang untuk melarikan diri. Anak-anak buah mereka sedang berjaga-jaga untuk membalas tembakan pihak polis dan cuba melengah-lengahkan masa. Mereka memang pengikut-pengikut Eagle yang setia, malahan sanggup mati demi melindungi Kamal dan Zita.

Suasana menjadi kacau. Masing-masing mencari tempat yang selamat. Bunyi tembakan berbalas tembakan menerkam masuk ke telinga. Ketika Zita dan Kamal hampir sampai ke pelabuhan tempat bot menanti mereka, Zita menyerahkan bayi mereka kepada Kamal.

“Abang bawa anak kita dulu. Saya nak lindungi anak-anak buah kita.”

Kamal terkejut. “Tak, macam mana kalau terjadi apa-apa pada Ita? Abang tak nak Ita cedera. Ita aja tunggu abang di pelabuhan!”

“Jangan abang, saya akan hati-hati. Saya perlu pastikan semua anak buah kita selamat. Abang pergilah, bawa Amar sekali,”bantah Zita.

Dalam suasana yang kacau, Kamal terpaksa bersetuju. Dipangkunya Amar yang masih nyenyak tidur tanpa menyedari apa-apa yang berlaku disekelilingnya. Bayi kecil itu kalau sudah tidur jarang terjaga kalau ada gangguan sekalipun. Agaknya kalau bom meletup pun tak sedar.

Zita masuk semula ke dalam gudang. Dia bersama anak-anak buahnya saling berbalas tembakan dengan pihak polis. Ketika itu anak mata Zita cepat menangkap seorang anggota polis yang bersembunyi di sebalik timbunan kotak untuk serang hendap. Anak buahnya, Jaz hanya beberapa kaki jaraknya dari polis tersebut tidak menyedari bahaya yang bakal menantinya.

Pow! Pantas Zita melepaskan tembakan. Tepat mengenai kepala anggota polis tersebut. Jaz terkejut. Hampir sahaja tembakan itu mengenainya. Dia menoleh kepada Zita dan mengangguk, tanda ucapan terima kasih.

Pow!! Tidak lama selepas itu entah di mana silapnya, Zita turut terkena tembakan di bahunya. Zita menahan kesakitan sambil menekup bahunya yang berlumuran darah.

“Puan Zita! Puan tak apa-apa?”Key sudah mulai panik melihat bosnya yang telah cedera.

Zita menggeleng sambil mengerutkan dahi. “Aku tak apa-apa. Key, kau bawak bebudak keluar dari sini. Kamal dah tunggu kat pelabuhan. Biar aku lengah-lengahkan pihak polis.”

“Apa? Tak boleh, puan. Puan yang patut lari. Biar saya uruskan pihak polis!”

“Key, do you listen to me? I’m your boss! Bawak bebudak lari sekarang!” Key terdiam mendengar arahan tegas yang keluar dari bibir Zita.

Dia tidak punya pilihan. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut arahan bosnya itu. Belum sempat dia pergi, Zita menarik tangannya semula.

“Aku tahu sesuatu mungkin akan menimpa aku malam ni. Aku tak dapat ikut korang. Beritahu Kamal, kalau ada rezeki kami akan jumpa lagi. Dan oh ya, beri rantai ni pada Kamal.”

Zita meletakkan seutas rantai perak di atas tapak tangan Key. Dia menggenggam erat tangan Key. Key meneguk liur. Sebentar kemudian dia mengangguk-angguk dan terus berlalu dari situ.

Anak-anak buah Zita sedikit demi sedikit semakin berkurangan. Mereka melarikan diri atas arahan Zita. Kini dia cuma berseorangan. Dia bertekad. Apa nak jadi, jadilah!

Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pihak polis. Seorang VS sekumpulan polis. Zita tahu dia tidak akan menang.

Pow!
Pow!
Pow!

Tembakan Zita dibalas dengan tembakan tanpa henti oleh pihak polis dari setiap arah. Tubuh Zita ditembusi berdas-das peluru. Ketika itu juga tubuh Zita rebah di atas tanah.

**************************************

Kamal menangis teresak-esak seperti anak kecil di dalam bot ketika dia sudah berjaya melarikan diri bersama anak-anak buahnya. Dia tidak peduli apa tanggapan anak-anak buahnya tentang dirinya pada saat ini. Apa yang dia mahu lakukan sekarang hanya menangis.

Luluh hatinya mendengar cerita dari Key. Zita menyuruh anak-anak buah mereka melarikan diri sementara dirinya berseorangan cuba melengah-lengahkan pihak polis. Zita memang seorang wanita yang berani. Kerana itu dia terlalu menyayangi wanita yang dikahwininya setahun yang lalu itu. Tapi kini semuanya hanya kenangan. Zita sekarang mungkin sudah terkorban. Terkorban semata-mata untuk menyelamatkan suami, anak dan pengikut-pengikut mereka.

“Bos.” Perlahan suara Key.

Key duduk menghadap Kamal yang sedang menangis sambil memeluk lutut. Dia mengeluarkan sesuatu dari jaket kulitnya.

“Ini rantai pemberian Puan Zita.”

Kamal mengangkat wajahnya. Pantas dia menyambar rantai yang berada di tangan Key.

“Kita masih belum selamat, bos. Pihak polis ada di mana-mana saja untuk memburu kita. Dan saya rasa, kita tak boleh bawa Amar bersama.”

Kamal mengerutkan dahi mendengar kata-kata Key. Dia mengesat mukus yang meleleh dihidung.

“Apa? Kau sedar apa yang kau cakap? Amar tu anak aku. Aku nak letakkan dia di mana kalau aku tak bawak dia sekali?”

Key meneguk liur. “Saya tahu, bos. Tapi keadaan tak selamat sekarang. Macam mana kalau sesuatu menimpa kita? Apa akan jadi pada Amar? Kalau kita bawa dia dalam keadaan berbahaya macam ni, dia boleh terkorban. Sekurang-kurangnya letaklah dia kat tempat yang selamat. Kat tempat yang bos pasti takkan ada sesiapa yang boleh cederakan dia.”

“Boleh kau cadangkan?”

“Kita bersembunyi dulu mana-mana malam ni. Malam esok kita letakkan Amar kat depan mana-mana rumah. Bila tuan rumah tu keluar, mestilah dia akan jumpa Amar,kan?”

Kamal membulatkan biji mata. “Kau gila? Itu buang anak namanya!”

“Ini cuma cadangan saya, bos. Tapi bos pilihlah. Sama ada dia diletakkan di tempat yang selamat atau kita nak mempertaruhkan nasib dia sama macam kita?”

Kamal terdiam mendengar kata-kata Key, anak buah yang juga jurupenasihat yang paling dipercayainya. Hai anak…dia baru sahaja kehilangan isteri yang dicintai dan kini terpaksa melepaskan anak yang dikasihi.

************************
“Kita dah lakukan apa yang termampu, Aliah. Rezeki memang tak menyebelahi kita!” pujuk Dato’ Sharif.

Datin Aliah menangis teresak-esak sambil menggeleng.

“Tak,bang.Saya tak boleh terima.Doktor tu salah!Tak mungkin saya tak boleh mengandung!”

“Dengar dulu,Yah…”

“Tak,saya tak nak dengar apa-apa pun!!”pekik Datin Aliah sekuat hati sambil menekup telinga.

Betapa hancur luluh perasaannya saat mendengar kata-kata doktor pakar wanita yang merawatnya siang tadi.Doktor tersebut mengesahkan bahawa dia memang tidak boleh mengandung.Segala teki-teki selama ini terjawab.Sudah lebih lima tahun Dato’ Sharif dan Datin Aliah menunggu kelahiran seorang cahaya mata tapi kini mereka baru tahu puncanya.Datin Aliah mandul!

Dato’ Sharif melepaskan satu keluhan.Jika tidak kerana hujan lebat di luar sana, pasti pekikan Datin Aliah tadi sudah dapat membangunkan jiran-jiran tetangga daripada tidur. Memang tempat tinggal mereka,Villa Sharif agak berdekatan dengan kawasan perumahan setempat.

“Kita masih boleh cuba,bang.Kita ke US,buat rawatan.Kat sana perempuan berumur 60 tahun pun masih boleh mengandung!”cadang Datin Aliah.

Dato’ Sharif mengeluh lagi. “Sudahlah,Aliah.Cubalah terima qada dan qadar Allah. Kalaupun awak tak boleh mengandung, kita ambil aja anak angkat!”

“Tak,bang.Saya tak mahu anak angkat,saya mahu anak saya sendiri!” Datin Aliah masih bertegas dengan keputusannya.

Dato’ Sharif masih bersabar.Jika tidak kerana perasaan cinta dan sayang yang masih ada pada Datin Aliah,sudah lama dia keluar mencari perempuan lain. Dia bukannya orang sembarangan.Dia kaya,berkedudukan dan banyak pengaruh. Ramai wanita yang berhasrat ingin mendampinginya tapi cuma Datin Aliahlah yang berjaya memasuki pintu hatinya. Lantas hanya kepada Datin Aliah dia menumpahkan kesetiaan, tiada dua atau tiganya.

Dan apabila mengetahui Datin Aliah tidak dapat melahirkan zuriat untuknya, perasaan cinta kepada isterinya itu masih belum berubah.Jika benar dia ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat sendiri,dia rela begini.Asalkan dia dapat bersama Datin Aliah untuk selama-lamanya.

Sedang Dato’ Sharif termenung memikirkan masalahnya yang tak sudah-sudah, cochleanya tiba-tiba dapat menangkap satu suara di luar rumah. Suara bayi menangis!

Tubuh Dato’ Sharif menggigil ketakutan. Malam ni malam apa ek? Takkan malam Jumaat kot. Giler seram! Anak saper pulak depan rumah aku ni? Hati dan jantung Dato’ Sharif asyik tertanya-tanya.

“Aliah!Aliah!” Dato’ Sharif memanggil perlahan nama isterinya.

“Apa dia??!!”jerkah Datin Aliah.Sibuk jer,nak nangis sikit pun tak senang!

“Awak dengar tak apa yang saya dengar?”

“Dengar apa?Abang jangan nak alih topik,saya tak peduli!Saya tetap nak mengandung!” tegas Datin Aliah macam orang kerasukan.

Dato’ Sharif malas mahu melayan kerenah isterinya lantas berlalu ke muka pintu. Bukan dia mahu keluar tapi dia yakin benar telinganya menangkap tangisan seorang bayi di luar sana.Panggilan isterinya tidak dihiraukan.Sebelum membuka pintu,berkali-kali Dato’ Sharif membaca surah Al-Fatihah dan surah tiga kul agar tidak terjadi apa-apa yang ditakuti.Maklumlah,malam ini malam jumaat.Takut jugak kalau-kalau ada cik ponti (pontianak) datang bawa anak suruh senyap sikit sebab rasa terganggu dengan tangisan Datin Aliah.

Sebaik membuka pintu,alangkah terkejutnya Dato’ Sharif apabila mendapati seorang bayi lelaki yang sungguh comel sedang menangis di hadapan pintu rumahnya. Bayi kecil itu hanya dibaluti dengan sehelai kain batik. Dan yang pastinya bukan anak cik ponti,tapi anak manusia.

“Yah!Yah!”Dato’ Sharif melaungkan nama isterinya.

“Apa yang abang nak,hah?Abang tak dengar ke yang saya nak…”Kata-kata Datin’ Aliah terhenti di situ apabila melihat suaminya sedang memangku seorang bayi kecil yang baru berusia lingkungan 3 bulan.

“Bang,aa…anak sii…apa…ni?”Terketar-ketar suara Datin Aliah kerana terkejut yang amat sangat.

“Tak tahulah saya,ada depan rumah kita ni.Kesian dia,mesti kesejukan sebab hujan lebat,” jawab Dato’ Sharif sambil mendodoikan bayi itu di dakapannya.

“Anak siapa ni,bang?Entah-entah abang curang dengan pompuan lain!!”Datin Aliah meninggikan suara tiba-tiba.Bayi kecil di tangan Dato’ Sharif yang tadi mulai reda tangisannya kembali menangis apabila mendengar tempikan Datin Aliah.

Dato’ Sharif terkejut. “Ya Allah,Yah.Bawa mengucap banyak-banyak.Ini bukan anak saya. Bayi ni diletak depan rumah kita!”

“Eleh,itu mesti anak abang dengan pompuan lain pastu bila abang tak nak bertanggungjawab, diletaknya budak ni depan rumah kita!” Datin Aliah masih berprasangka buruk.

“Bawa mengucap,Cik Yah oii…cakap tu biar la logik.Awak tengok muka saya dengan budak ni ada iras ke?”soal Dato’ Sharif lagi sambil tangannya terus mendodoikan bayi yang sedang menangis itu.

Datin Aliah diam sebentar.Dia memandang wajah comel bayi lelaki itu.Memang tak ada iras dengan suaminya.Agaknya kalau dia ada anak dengan Dato’ Sharif,anaknya sendiri tidak akan secomel ini.Bayi ini kulitnya putih bersih,anak mata berwarna coklat dan berhidung mancung.Jauh berbeza dengan suaminya.

“Saya tak peduli.Lebih baik abang buang!”Datin Aliah tetap berkeras.Rasa cemburunya bagai meluap-luap.Dia sudah tidak peduli tentang apa-apa lagi.

“Cik Yah,boleh tak awk tu ada hati perut sikit?Budak ni kesejukan.Kalau dia duduk kat luar dia boleh mati!Awak nak jadi pembunuh?Lagipun awak sendiri yang beria-ia nak anak,kan?Awak tak boleh mengandung,jadi bayi ni mungkin satu anugerah yang diberi Allah!”balas Dato’ Sharif tegas.

Datin Aliah terdiam lagi.Sejenak dia merenung bayi itu semula.Hatinya tiba-tiba jadi tidak tegar. Bayi itu terlalu comel untuk disakiti.

“Bang,kita ambil dia sebagai anak angkat ya?”Kata-kata Datin Aliah menerbitkan rasa gembira di hati Dato’ Sharif.Bibirnya mengukir senyuman yang lebar.

Datin Aliah tersenyum lantas menyambut bayi kecil itu dari tangan suaminya. Tubuh kecil itu didodoikan dengan penuh kasih sayang,pipi dan dahinya dicium bertalu-talu.Mungkin kerana selesa di dalam dakapan hangat Datin Aliah,terus bayi itu terlena.

“Bang,ada rantai!”getus Datin Aliah.Tangannya meraba-raba leher bayi itu.Ada seutas kalung di leher bayi tersebut.Bila diamati,ia adalah sekalung rantai berwarna perak. Di rantai tersebut tertera perkataan Amar.

Amar?Nama budak ni ke?”tanya Dato’ Sharif.

“Itu tak penting sekarang,bang.Apa yang penting,kita bawa bayi ni tinggal bersama kita.Dia sekarang adalah anak kita!”sambut Datin Aliah sambil tersenyum.

“Mmm…habis tu kita nak bagi nama apa?”soal Dato’ Sharif lagi.

“Sejak dulu saya impikan kalau dapat anak perempuan saya nak bagi nama Natasha Zalikha dan kalau dapat anak lelaki,saya nak bagi nama Farish.Abang suka nama tu?”

Dato’ Sharif mencium ubun-ubun isterinya. “Abang tak kisah,Cik Yah oi…kalau abang, Kita ikut ajelah nama yang ada kat rantai ni. Amar, not bad.”

“Okey,kalau macam tu kita bagi dia nama…Amar Farish,macam mana?”

“Amar Farish…cantik.Okey,abang setuju.”Datin Aliah menzahirkan senyuman mendengar jawapan Dato’ Sharif.

Dato’ Sharif turut tersenyum.Kemudian menutup pintu dan masuk ke dalam rumah sambil memeluk bahu isterinya dengan hati yang begitu gembira.
****************************************

Tanpa disedari sesiapa,seorang lelaki lingkungan 30
-an sedang merenung Villa Sharif dengan mata yang merah.Bajunya sudah basah kuyup kerana hujan lebat.

“Maafkan ayah,sayang. Ayah terpaksa hantar Amar ke sini. Ayah tak nak bahayakan nyawa Amar, lepas apa yang menimpa mama Amar. Tapi walau di mana pun Amar berada, ayah akan tetap sayangkan Amar. Suatu hari nanti, ayah mesti akan kembali untuk bawa Amar tinggal dengan ayah. Ayah janji!”ucapnya sendiri sambil matanya tidak berkelip merenung villa di hadapannya itu.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

4 comments:

Unknown said...

Sorry e-la...Ct baru start baca citer ni..huhu.. citer ni publish tahun 2011 ke?

Sedih lah part parents terpisah2 ni...
Tapi belum sempat sedih, dah tergelak baca part kerenah Dato' n Datin tu...

E-la memang jjang! Steady n santai jalan cerita. Menarik habisss... :)

**Suka citer ada aksi2 cmni.. :)
Btw, mcm mana tau nama jenis2 pistol ni ek?

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - xdela, cerita ni publish akhir tahun 2012. kalau berminat cuba tanya pihak penulisan2u sbb ela xde simpan stok. haha. :P

suka cerita aksi ek? tapi Zikir Cinta bukan cerita aksi. hehehe..

jenis2 pistol tu tahu dgn bantuan Google. hahaha... zaman skrg nak apa2 kita Google aje, siti... :3

btw terima kasih sbb baca cerita ni. lama gile dh. ingatkan siti dh beli aritu

Unknown said...

Huhuhu, sorry again e-la... pertengahan 2011 - pertenghan 2013 memang tak sempat layan novel sgt.. Masa terlalu packed kat matrik.. Kalau cuti pun bantai ngorok je.. Huhuhu...

Minat aksi & minat jugak islamik... Bacaan yg santai tu best.. Buat ct tgelak sorg2, x sempat nak sedih lelama.. ayat e-la sempoi2 belaka.. tak penat emosi nak baca,,, haha

kalau penulisan2u tnya sape?

E-la Adiey said...

no need to sorry2 loh.. kite kan teman tapi mesra. hahaha. wow, budak matrik. patutlah. haha. terima kasih manyak2 siti. ela pakai ayat biasa2 je supaya senang paham. x suka dan x pandai bersastera. haha.

penulisan2u kena cek website diorg. cuba tgk link ni: http://www.p2u.my/index.php?page=shop.product_details&flypage=&product_id=51&category_id=6&vmcchk=1&option=com_virtuemart&Itemid=114

takpun cuba tanya Karyaseni/Penulisan2u. PM diorg kat Facebook. susahla nak jumpa kat kedai sbb novel lama. klu beli online dgn diorg, diorg kasi diskaun RM3. huhuhu...