“Nangis!Nan gis!Nangis!Itu
jelah yang kau tahu.Tak boleh diharap!”marah Farish lagi.
“Farish.”Tersentak dia mendengar suara seseorang
dari belakang. Terus dia berpaling memandang Datin Aliah yang baru menuruni
anak tangga villa mewah mereka.
“Farish, why you are so rude to Mak Mah. Dia lebih tua dari kamu,kamu kena hormat dia,”tegur Datin Aliah tegas.
“Tapi ma,dia ni cuai
sangat. Jalan tak tengok depan! Farish baru nak keluar jumpa Rudy tapi dia
langgar Farish. Tengok habis kotor baju Farish ni!”adu Farish sambil mengibas-ngibas
jaket mahal yang dibelinya dari luar negara.Kurang asam gelugur tol!
Farish lihat Datin Aliah tergeleng-geleng.
Mesti mama fikir aku ni anak manja, baru kotor sikit aku dah tergamak tengking
Mak Mah yang sepatutnya dihormati. Bla...bla... bla...whatever! Dah memang dari
kecik perangai aku camnih nak buat camna lagi? gerutu Farish sendiri.
“Mak Mah,maafkanlah
Farish,ya?Dia tak sengaja.”Datin Aliah berkata tenang. What? Maafkan aku???
Farish ternganga.
“Apa?Maafkan Farish?Ma,dia
yang...”
“Sudahlah,Mak Mah.Pergi ke
dapur,”arah Datin Aliah memotong kata-kata Farish.
Mak Mah mengesat air
matanya dan mengangguk lalu melangkah sopan melintasi Farish dan Datin Aliah.
Farish mencebik sinis.
“Buat muka kesian.Menyampah aku tengok!”
“Farish,how
could you say like that?”soal Datin Aliah tapi macam biasa, Farish tetap buat
muka selamba.
“Ma,orang gaji ni kita tak boleh manjakan
sangat.Nanti lama-lama dia naik kepala,”balas Farish seraya ingin melangkah
pergi. Datin Aliah mengekori langkahnya.
“Kamu
nak pergi mana?”
“Keluar jumpa Rudy.”
“Farish,kamu baru sampai dah nak keluar?Rehatlah
kat rumah dulu,jumpa papa. Petang ni papa balik dari ofis,”kata Datin Aliah.
“Tak bolehlah,ma. Farish
memang dah janji dengan Rudy. Lagipun dah lebih empat tahun tak jumpa dia,rindu
jugak.” Farish tersengih nakal sambil memandang jam tangannya.
Datin Aliah tersenyum. “Hmm…ada-ada
je.Tapi balik awal,tau?”
“Okey,roger!” Farish
angkat tangan gaya tabik seorang askar.
*******************************
Farish tersengih lantas
berpelukan erat dengan Rudy. Memang sudah cukup lama mereka tidak bertemu sejak
Farish melanjutkan pelajarannya ke Sweden,University of Stockholm. Baru hari
ini Farish pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya dan terus bergegas
keluar menemui Rudy.
“Kau macam mana
sekarang?”soal Rudy sebaik Farish mengambil tempat duduk di hadapannya.
Belum sempat Farish
menjawab pertanyaan itu,seorang pelayan wanita datang membawa buku menu dan
dihulurkan kepada Farish.
“Milo ais satu,makan tak
nak,”ujar Farish.Pelayan tersebut menulis sesuatu di buku catatannya dan
berlalu pergi.
“Biasa je,aku tetap dengan
kehenseman aku.Huhu…”Farish mengembang-nguncupkan hidungnya dengan bangga.
“Cis,dari dulu sampai
sekarang tak berubah-ubah.Suka puji diri sendiri!”Rudy tersenyum sinis.
“Well,kalau kita tak puji
diri kita,siapa lagi nak puji?”
“Hmm…yalah tu.So apa
perancangan kau lepas dah habis belajar ni?”Rudy mengalih topik.
“Biasalah,ikut perancangan aku nak
berehat dulu dalam seminggu dua lepas tu baru masuk company papa aku,”beritahu
Farish.
“Seminggu dua je?Tak nak berehat
lebih lama?”
“Berehat lama-lama aku nak buat
apa?Bosan jugak duduk rumah asyik mengadap muka tembam orang gaji rumah aku
tu,”rengus Farish.
Rudy terdiam.Sebentar kemudian air
yang dipesan Farish telah pun sampai.Farish meneguk minumannya dengan wajah
masam.
“Wei,apasal tiba-tiba nak marah
ni?”soal Rudy hairan melihat wajah sepupunya yang tiba-tiba bertukar kelat itu.
“Hmm…takde,aku geram je kat orang
gaji rumah aku tu.Tadi masa aku nak keluar jumpa kau,dia tiba-tiba langgar
aku.Tangan dia dahla tengah basah,maybe lepas basuh pinggan kot.Habis basah
jaket aku ni.Bukan murah tau tak?Aku beli kat Stockholm ni!”luah Farish sambil
menunjuk jaket hitam yang dipakainya itu.
“Apa?Baru langgar macam tu sikit dah nak naik
angin?”Rudy kaget. “Farish, takkanlah kau tak boleh maafkan dia?Bukan ada calar
pun,tak ada kesan.Basah sikit je. Lagipun dia tu orang tua,kau patut hormat
dia.”
Farish memuncung bibir. “Hormat?Okey,maybe
dia dah lama kerja dengan mama dan papa aku,sejak aku kecil lagi tapi dia tu
setaraf ke dengan aku?Hello,orang gaji beb!”
“Orang gaji pun
manusia,Farish.Diorang pun ada hati dan perasaan.Itulah susahnya anak orang
kaya macam kau.Anak manja dari kecik!”tempelak Rudy sambil tergeleng-geleng.
Rudy akui,walaupun mereka
sepupu tapi taraf keluarga mereka agak berbeza. Dia datang dari keluarga yang
sederhana.Berlainan dengan Farish,nak apa semua ada depan mata.Kehidupannya
terlalu mewah hinggakan begitu mengambil kira tentang perbezaan taraf.Dulu
ketika mereka masih di zaman persekolahan,Farish hanya ingin bergaul dengan
anak-anak orang kaya sahaja.Dan sikapnya itu masih kekal hingga sekarang.
“Whateverlah…aku malas nak
ambik kisah tentang hal-hal remeh macam tu. So,kau pulak macam mana lepas tamat
belajar kat UM?”soal Farish pula.
“Biasa je,tak bertukar
jadi Ultraman pun.Papa kau pelawa aku kerja dengan dia. Esok lusa aku startlah.”
“Oh ya?Baguslah macam
tu,kita akan kerja sama-sama nanti,”respons Farish mengukir senyuman yang luas.
Rudy tersenyum dan
mengangguk. “Dan lepas ni jugak kau akan kahwin dengan Syazreen!”
Kata-kata Rudy membuatkan
Farish tersedak.Dia terbatuk-batuk untuk seketika. Kemudian merenung Rudy
dengan mata bulatnya.
“No
way,I’m not going to marry her!”ujar Farish agak kuat sehingga beberapa orang
di meja berdekatan merenung ke arahnya.
“Woi,jangan cakap kuat-kuat boleh
tak?Buat malu je!”Rudy menyepak kaki Farish di bawah meja.
“Hehe…sorrylah,aku terkejut je.Giler
kau cakap aku nak kahwin dengan si Syazreen gedik tu.Ish,geli gelaman badan aku
nih!”Farish mencebirkan bibir.
Sebut tentang Syazreen,Farish
teringat semula tentang peristiwa sebelum dia belajar di Sweden 4 tahun yang
lalu.Panas hatinya apabila papanya memberitahu selepas tamat pengajian nanti
dia akan dijodohkan dengan anak Dato’ Rosli yang bernama Syazreen.Farish cuba
menolak dengan baik tapi Dato’ Sharif memberitahunya bahawa perkahwinan itu
penting bagi mengembangkan lagi bisnes mereka.Jika syarikatnya dengan Dato’
Rosli bergabung,pasti mereka boleh membentuk satu empayar syarikat yang maju di
Malaysia.Tapi masalahnya,Farish tidak mahu semua itu. Farish tidak mahukan
Syazreen!
“Alah,aku tahulah kau tak suka kat minah tu tapi
nak buat macam mana,kan? Semalam pun papa kau ada cakap yang dia nak bincang
dengan kau pasal Syazreen lepas kau balik sini!”ujar Rudy serius.
“No
way,aku tak nak kahwin dengan dia!Dahlah gedik…ish,tak sukalah aku!”
“Ya,aku tahu.Tapi sebaiknya kau
bincang dulu dengan papa kau.Mana tahu kali ni hati dia boleh lembut?Atau
senang-senang kau cakap kau dah ada calon isteri sendiri,itu lebih baik,”
cadang Rudy dengan sengihan yang nakal.
Farish mengacau-ngacau minumannya
dengan straw lantas bersuara, “Calon isteri sendiri?Huh,yalah tu.Aku ni awek
pun tak ada,macam mana nak cari bini?”
“Betul ke ni?Bukan ke sejak zaman
sekolah lagi kau ramai peminat?Takkan takde sorang pun yang tersangkut?”soal
Rudy curiga.
Memang dia kenal benar Farish. Mereka
membesar bersama.Sejak dulu Farish ramai peminat.Ramai yang ingin berkenalan
dengannya yang memiliki sepasang anak mata coklat, rambut ikal yang disisir
kemas, senyuman yang menawan, bibir yang merah menyala kerana tidak merokok, tinggi
lampai bak model dan seraut wajah kacak yang putih bersih. Setiap kali Rudy
keluar lepak bersama Farish, ramai gadis yang curi-curi pandang ke arah mereka.
Tapi Rudy tahu gadis-gadis itu hanya berminat untuk melihat Farish,bukan dia.
“Betullah,buat apa aku nak tipu? In
fact,aku ni peminat je ramai tapi kalau hati tak berkenan,nak buat macam mana? Lagipun,aku
mencari gadis yang betul-betul sempurna. Yang boleh buat aku tak tidur
malam.Gadis yang…” Kata-kata Farish terhenti di situ apabila matanya menangkap
tubuh seorang gadis memakai gaun paras peha yang seksi lalu di hadapannya.
“Sorry,Rudyku sayang. Aku ada
tanggungjawab nak dibuat.Excuse me…”Tanpa mempedulikan Rudy, Farish terus
mengangkat punggung mendekati gadis yang lalu dihadapannya tadi.Gadis tersebut
sedang duduk seorang diri di sebuah meja yang terdapat di restoran itu.
“Hai,saya mengganggu ke?”soal Farish
sambil menghadiahkan satu senyuman yang cukup menawan,salah satu aset yang ada
padanya.
“Tak,duduklah.” Gadis seksi itu turut tersenyum.Farish
terus mengambil tempat berhadapan dengan gadis tersebut.
Rudy yang melihatnya dari
jauh tergeleng-geleng.Satu lagi fakta yang tertinggal. Rasanya Farish memang
tak berminat pun untuk mencari calon isteri buat masa sekarang. Patutlah awek
tak pernah lekat,pantang nampak yang berdahi licin terus mahu
disambarnya.Farish...Farish...bilalah kau nak berubah...
********************************
Ini semua global warming
punya pasallah ni. Orang lain buat hal masyarat kampung yang tak bersalah pulak
terima akibat. Cakap macam tau je binatang apakah global tu padahal global pun
dia tak tahu maksudnya apa.
Dia teringat beberapa bulan
lepas sebelum tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam (sekarang dia berada di kampungnya dekat Melaka),
nak pergi kelas jalan kaki 5 minit pun dah berpeluh ketiak. Suasana kelas
haru-biru. Kipas romantik gila dengan angin tak terasa langsung. Cam sotong
goreng dok dalam kelas tu.
“Weh, mu tau dop suhu
sekarang ni 40 darjah selsiyes?”Zahra teringat kawannya budak Terengganu yang
sama study kat UiTM mengadu beberapa bulan lepas.
“Hah?! Biar betul kau ni?
Patutla rasa gini. Haishh...”Zahra saja buat-buat terkejut. Padahal suhu normal
pun dia tak tahu.
“Zahratul Jannah!”
“Opocot
mak kau pakai spender pink!”Spontan Zahra melatah. Binawe punya member! Sesedap
rasa je main sergah dari belakang. Nasib baik tak mencarut.
Siti tergelak besar. “Oi, mana kau
tahu mak aku pakai spender pink? Kau skodeng ek? Wakakaka!”
“Woi, kau ni datang tak
tau bagi salam ke? Buatnya aku jalan, aku ni belum kahwin lagi tau.”Zahra
tumbuk perlahan bahu Siti. Nasib baik orang lain tak dengar. Kang tak
pasal-pasal dapat gelaran baru pulak, kaki skodeng. Huhuhu...
Siti tersengih-sengih dan
ambil tempat duduk sebelah Zahra.
“Apalah kau ni, Ara. Baru
kena sergah sikit dah kecut. Penakut betulla kau ni.”
Zahra cebik bibir. Tak
tahu nak komen apa. Betulla kut, dia jenis cepat terkejut.
“Ara, aku dah jumpa mak
kau tadi. Mak kau kata kau dapat tawaran kerja kat KL, betul ke?”
Zahra mengangguk. “Ha’ah,
surat sampai pagi tadi. Aku sebenarnya sayang nak tinggal mak aku tu. Yela, aku
ni kan satu-satunya anak dia. Ayah aku pulak tengah sakit, tak boleh kerja. Tapi
nak buat macam mana lagi? Kalau aku tak keluar dari kampung ni, alamatnya
sampai bila-bilalah aku tanam anggur. Kalau kerja kat luar ni, dapat jugak
kirim duit untuk mak aku.”
“Mak oi, baiknya kau. Anak
sapola nih...dahla cantik, baik pulak tu. I loikeee!!” Siti buat suara gedik
dengan tangan sengaja dilembutkan.
“Kau apahal tetiba
bertukar jadi nyah ni? Dahtu kau bila lagi? Tak nak kuar dari kampung ni ke?
Mana tau dapat kerja yang lebih baik kat luar sana.”
Siti tersengih. Dia tunduk
memandang tanah. Apahal? Cantik ke tanah tersebut?
“Aii...kau ni perli aku
ke? Aku ni setakat SPM siapa nak amik aku kerja best-best? Lainlah macam kau,
ada ijazah Komunikasi dan Media.”
“Hei, siapa suruh kau cari
kerja best-best? Jadilah guru tadika ke, waiter ke, kerjala apa-apa daripada
kau duduk tanam anggur je kat kampung ni, satu benda pun kau tak buat.
Asyik-asyik dok melongo kat rumah aku.”
Siti angkat kening. “Apasal?
Kau tak suka ke aku datang rumah kau? Okla... takpela, aku blah dulula!”
“Eh!Eh! Kau nak pergi
mana? Aku main-main jela mek! Nak merajuk konon, aku sepak kang!” Spontan Zahra
tarik lengan Siti. Tua-tua merajuk lagi, buruk bebenor rupanya.
Siti tersengih. “Haa...tau
takot...weh, tapi mak aku selalu pesanla kan, kalau nak cari keje tu
tengok-tengokla dulu, ukur baju di badan sendiri. Aku confuse tahap babi hutan
sampai menggelegak otak aku memikirkan...pernah ke aku ukur baju kat badan
orang lain? Rasanya tak pernah sebab aku bukan tukang jahit pun. Atau mak aku
nak aku jadi tukang jahit? Ke mak aku nak suruh aku cari baju yang pandai jahit
kerja?Ke nak suruh aku cari keje dikalangan baju? Confuse betulla aku ni...kau
confuse tak?”
Puhahahahaha!!! Zahra
tergelak besar mendengar teori yang dikeluarkan oleh Siti. Alahai...Siti...
Siti...patutla sampai sekarang tak kerja-kerja. Lembab ebstobent betolla.
Dan petang tu, Zahra membiarkan
Siti melayan kekonfiusannya seorang diri. Nak kongsi kekonfiusan dengan JKK tak
boleh pulak, JKK tengah melancong kat selat tebrau sekarang ni. Nampaknya Siti
konfius sendiri jela...
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
8 comments:
Oppsss... Nama Zahra tu... minta maaf ya, saya tak tiru...Huhuhu...
Muhahahahahahahahahaha... Lembab estobent tu apa e-la? Lawak giler baca...
Tak boleh belah teori Siti dalam ni , pelik thp **** hutan tu... wakakaka betul... daebak e-la... release tension baca part diorg dua tu..
haha.. why siti? why? sama dgn watak novel PB? no hal lah.. nama Zahra bukan satu dalam dunia ni :P
cerita ni mmg sengaja buat santai walaupun berkait dgn jenayah. seswai utk student2 yg menggelegak otaknya menghadap pelajaran tak habis2.hahaha...
lembab tu lembab la.. ebstobent tu nama atap rumah sebenarnya. haha.. saja reka
Huhu..Maaf, tersama sikit.. tQ..
Kesian ela malam ni, diserang bertubi2 di blog oleh Ct yg terlebih gula...bila baca teori Siti dlm bab 2 ni. hahahaha
hahaha, betui sesuai wat release tensen baca ni.
btw, siapa yg jadi Zahra n Farish ni?
(heee, maap deh byk benor tanyanya ye))
kami fhm maksud lembab tu :p kui3!
cuma estobent tu , selalu pggil abestos .. huhuhu, apa2 pun ela jjang! :)
wink2, haha~ ^^
hahahah.. adoi.. tu la psl.. hari ni komeng siti byk gila. tp xpe, ela suka je baca n reply. ngeee.. haha
siti byk gelak malam ni. seram pulak baca. haha. Zahra tu Hana Tajima, cayang.. Farish lak pelakon Malaysia, tp berhijrah ke Indonesia. Nama dia Miller.
haha.. ebstobent tu asbestos la.. ada kenangan sbnrnya kenapa ianya bertukar jd ebstobent. nk tahu kita jumpa. haha. kbye
maaf utk itu.. huhu, sekarang gula dah turun sikit. *rahang pun cramped.. gelak byk sgt
Laaa, Hana Tajima ke??? Adesss, rasa nak golek2 tutup muka guna bantal je ni.. Nmpk sgt mcm katak bwh tempurung ambo ni.
Baik, nanti mohon PM semula ya contact no. ela.. heee, sbb, nti cte kt PM, kbye~ :)
adoi, peliknya siti tak kenal Hana Tajima. ni byk sgt buat kajian psl makanan sampai x tau Hana Tajima. kuang3.. :P haha.. terima kasih siti.. penat sbnrnya cari idea nak bg org gelak ni. sbb tu ela tulis cerita serius pulak (Zikir Cinta)
hahaha, xdela wat kajian pasal mknn kot.. :P
pasal ct tgk dia sekali dua je, tak melekat kat pale otak ni muka dia...
huhuhu...
maklumlah, kami ni dulu xtau sgt psl2 fesyen shawl mengeshol ni..
sllu dgr nama dia, xtgk muka sgt.. hehehe~
ohhh, susah eh wat part lawak ni?
tapi ela mmg daebak la..
hehehehe, try le wat cte seram pulak ela..
boleh terputus urat kentut wo nak cari idea + thn takut tulis citer cmtu..
wink2, haha~
cerita AF ni sbnrnya terpengaruh dgn Abang Khai Tomboi. Mood AKT tak habis lg masa ni. tu pasal lawak mengarut2 yang keluar tu. haha :PP
bila dpt tahu yg siti x kenal Hana Tajima, tetiba ela rasa mmg siti ni seorg yg rajin. rajin menghadap buku smpai x hirau entertainment. haha.. kbye
ela pernah tulis cerita seram masa skolah. bg kwn baca, tp dia gelak sbb dia ckp x seram langsung, hhahaah T.T xde bakat tulis cerita seram
Post a Comment