Nasib
baik semua staf ikut, sekurang-kurangnya Zahra ada juga Jue sebagai teman.
Fara? Tak payah cakaplah. Perempuan itu agak pendiam dan misteri nusantara.
Jenis tak suka bercampur dengan orang kut. Cuma dia satu-satunya staf yang
menarik diri daripada menyertai perkhemahan tersebut.
Agak
menghairankan kerana walaupun Fara seorang wartawan sama sepertinya, Fara
sering dikecualikan dan boleh menolak jika dia tidak mahu menyertai
aktiviti-aktiviti seperti ini. Fara staf kesayangan Dato’ Sharif kah? Atau Fara
dengan Dato’ Sharif tu ada apa-apa? Whoaa…tak baik buat gosip, mengamuk datin
nanti.
Semasa
staf-staf lelaki sibuk memasang khemah, staf-staf wanita pula menyiapkan tempat
untuk memasak. Ketika Zahra baru mengeluarkan segala peralatan memasak dari
beg, dia terdengar suara bapuk kepit.
“I
tak kira, I tak nak balik. Kenapa you selalu nak mengelak? You tu bakal tunang
I, tau tak? Tak kira! Tak kira! Tak kira! I nak camping dekat sini dengan you!”
Zahra
berpaling. Seorang wanita berambut perang sedang merengek-rengek dihadapan
Farish. Larh…ingatkan bapuk tadi. Suara cam langsuir jantan.
Zahra
angkat kening. Macam pernah ku tengok minah saleh sesat ni, tapi kat mana ek?
Errmm…hah, dah ingat! Dia perempuan yang aku nampak masa interview hari tu. Dah
lama tak nampak dia datang ofis, tetiba menggatal nak camping sama.
Farish
meneguk liur. Ikutkan hati nak je dia sepak muka Syazreen yang bermekap tebal 6
inci itu. Buat bising sana sini macam hutan ni dia yang punya. Eh lupa pulak,
Syazreen kan memang monyet sewel.
Entah
siapa beritahu dia syarikat anjurkan company trip minggu ini, tiba-tiba sahaja
dia sudah terpacak di depan ofis dengan beg pakaian yang banyak. Katanya dia
akan turut serta sama ada Farish suka atau tak. Manalah tahu Farish menggatal
dengan perempuan lain.
“Boleh
tak you pergi main jauh-jauh? You tak nampak ke I tengah sibuk ni?” bisik
Farish menahan geram.
Mukanya
sudah merah bila staf-staf mula memandangnya dan berbisik sesama sendiri. Dia
pura-pura sibuk dengan membantu staf-staf lelaki memasang khemah.
“You
janganlah tinggalkan I sorang-sorang kat sini. Sampai hati you…” Syazreen dah
mula merengek macam nak menangis.
Zahra
tersenyum sinis. Tak sangka perempuan macam ni rupanya taste Farish. Bermekap
tebal, berpakaian macam kera jadian dan suara rengekan yang dibuat-buat. Ada ke
patut masuk hutan dia pakai baju tak ada lengan dan jeans ketat tiga suku.
Sungguh memalukan bagi yang memandang. Caution, pencemaran mata!
“Eh,
I mana lari mana-mana. You pergilah tolong staf-staf perempuan tu mengemas.
Kejap lagi nak masak makan malam pulak,”suruh Farish dengan suara yang sehabis
mungkin dilembutkan.
Syazreen
mencebik. Dia menjeling tajam staf-staf wanita yang sedang memandangnya.
“Ish,
tak naklah. Ada ke you suruh I bergaul dengan diorang? Euww!!”
Farish
mengeluh. Sabar jelah. Ingat dia terhormat sangat ke? Nasib baik kau anak orang
kaya, kalau tak haram aku nak melayan kerenah sewel kau.
Zahra
menjeling. Kau ingat kau tu mulia sangat ke? Meh aku try campak kau dalam
lombong, busuk jugak nanti!
“Okey,
kalau you tak nak duduk dengan diorang, you duduk bawah pokok sana sampai kerja
I selesai, okey?” Farish akhirnya beralah.
“Mmm…okeylah,
tapi janji cepat tau.” Syazreen tersenyum manja dan dengan gaya catwalknya
melangkah ke bawah pokok yang rendang untuk berteduh. Memang tak berhati perut,
orang lain sibuk bekerja dia bersenang-lenang ambil angin.
“Ara.”Panggilan
Weena, setiausaha Farish menyentak Zahra.
“Ya,
kak?”
“Mmm…alat-alat
masak semua dah siap, cuma kita perlukan kayu api untuk memasak malam ni. Boleh
tolong carikan kayu api? Kalau Ara takut pergi sorang, akak suruh sesiapa
temankan. Akak nak sembahyang Asar ni,”ujar Weena lembut.
“Errmm…takpe
kak, saya pergi sendiri. Lagipun saya orang kampung jugak, mestilah saya kenal
kayu api.” Zahra mengenyit mata.
Dia
meninggalkan seketika barang-barangnya untuk melaksanakan arahan Weena. Dia
boleh dikatakan rapat juga dengan Weena kerana Weena sering menasihatinya agar
jangan selalu melawan kata-kata Farish kerana Farish jenis mulut laser. Nasib
baiklah Weena dah kahwin. Farish tu bukan boleh kira. Silap hari bulan
setiausaha sendiri disambarnya.
“Zahra.”
Zahra
menoleh. Rudy berlari-lari anak mendapatkannya.
“Awak
nak pergi mana sorang-sorang masuk hutan ni?”
“Oh,
saya nak pergi cari kayu api. Kak Weena cakap untuk masak malam ni. Saya tak
naklah ajak orang lain temankan sebab saya tengok semua busy je.”
“Larh…kenapa
tak ajak saya? Kerja saya dah habis, staf-staf lelaki semua dah rehat dalam
khemah. Saya boringlah, saya temankan awak boleh?”
Zahra
mengangguk. Bagus jugak ada orang nak temankan. Hari pun nampak hampir gelap,
buatnya jumpa…err…dalam hutan mulut tak boleh celupar.
Farish
mengetap gigi gerahamnya bila melihat Zahra dan Rudy berjalan beriringan masuk
ke hutan. Terasa bernanah matanya melihat kemesraan Zahra dan Rudy.
Cis,
dasar perempuan kampung! Tak dapat orang kaya, cousin aku pun dia nak bedal.
Ingat aku heran ke? Aku tak heranlah! Farish menggerutu sendiri.
Dia
ternampak beg sandang Zahra yang disangkut pada dahan pokok. Segaris senyuman
tiba-tiba terbit di wajahnya. Hehehe…takpe, takpe, aku nak buat jenayah
kecil-kecilan sikit kat beliau. Wait and see, Zahratul Jannah!
****************
Farish
menyuap nasi ke dalam mulut dengan rakusnya. Tidak tahu apa yang dia geram
sangat. Sama ada geram Rudy meninggalkannya atau geram Rudy rapat dengan Zahra.
“Rich,
you tolong ambilkan lauk untuk I. I nak lauk gulai, tak nak lauk kicap,
okey?”pinta Syazreen manja disebelah Farish.
Farish
teguk liur. Lupa pula dia yang dia sebenarnya bukan ditinggalkan berseorangan
sekarang kerana monyet sewel ada disebelahnya.
“Kenapa
you suruh I pulak? You ada kaki, ada tangan. Bukannya OKU, ambillah
sendiri,”sela Farish boh-layan.
Syazreen
memuncungkan bibir. Akhirnya dia makan sahaja hidangan yang tersisa di
pinggannya. Dia tahu kalau pun dia merajuk, Farish tidak akan memujuk. Jadi
lebih baik diam.
Kau
ketawalah sekarang budak kampung, sekejap lagi kau akan histeria. Farish ketawa
jahat dalam hati.
“Woi,
Zahra!”panggilnya.
Zahra
memandang Farish. Huh, ada je pengganggu ketenteraman!
“Walaupun
ini company trip, tak semestinya kau kena bercuti sepenuhnya. Ambil kamera kau
sekarang dan ambil gambar staf mengelilingi unggun api sebagai kenangan,” kata
Farish lebih kepada bentuk arahan.
Zahra
mencebik. Nak tak nak kena buat jugak. Nama pun arahan. Malas dia nak bertekak
dengan Farish malam-malam buta begini. Terus dia bangun dari tempat duduk dan
masuk ke dalam khemah untuk mengambil kamera.
Ketika
dia meraba-raba isi beg sandangnya untuk mencari DSLR kesayangannya, tiba-tiba
dia terasa terpegang sesuatu yang melekit. Rupa-rupanya…
Katak?
Terbeliak biji mata Zahra melihat saiz katak yang agak besar berada di dalam
beg sandangnya. Tapi sejak bila? Kali terakhir dia meninggalkan beg sandang
tersebut ketika dia keluar bersama Rudy mencari kayu api siang tadi.
Rasa-rasanya dia tahu siapa yang berani mengenakan dia seperti ini.
Huh,
aku memang dah agak. Dia ni tak habis-habis nak pedajal aku. Silap oranglah
bhai…kau tunggulah pembalasan aku sebentar lagi. Zahra tersenyum lalu mengambil
katak yang berada di dalam begnya itu.
“Kesian
kau, Putera Katak. Tak pasal-pasal kau disumbat dalam beg aku ni. Hai rumpai
laut…mesti kau ingat aku akan terpekik terlolong sebab geli, kan? Kau dah lupa
ke? Aku ni orang kampung. Katak ke, pacat ke, lintah ke, semua aku selamba je
pijak.” Zahra berkata-kata dengan nada perlahan kepada katak hijau ditangannya
itu.
***************
Zahra
berlari ke kawasan unggun api dengan muka cemas tapi dia menyembunyikan tangan
kirinya yang sedang memegang katak tersebut.
“Kenapa,
Ara?” Jue bertanya pelik.
Belum
sempat dia menjawab, tiba-tiba Farish ketawa dengan kuatnya.
“Macam
mana, Ara? Lawa ke katak tu?”sindirnya tanpa menyedari Zahra juga ada rancangan
sendiri.
Rudy
angkat kening. Katak? Staf-staf lain juga kebingungan, tidak faham dengan
kata-kata Farish.
Zahra
tersenyum. “Eh, mestilah lawa. Kalah muka kau. Tak percaya? Hah, tengoklah!”
Tidak
semena-mena Zahra melemparkan katak tersebut ke arah Farish macam melempar bola
ragbi. Jangan tiru aksi tersebut ya, tak baik menganiaya binatang.
Katak
itu terus mendarat cantik ke dalam pinggan nasi Farish. Merecik lauk gulai ke
baju Farish. Kotor giler!
Syazreen
yang duduk di sebelah Farish apa lagi, terpekik macam gila meroyan seolah-olah
katak itu masuk ke dalam bajunya. Melihat Syazreen menjerit, staf-staf wanita
juga menjerit panik.
“Eii…takutnya!
Takutnya!” Zahra pura-pura geli dengan gaya tergedik-gediknya.
Farish
membeliakkan biji mata. Hilang terus seleranya. Siapa boleh makan kalau tengok
dalam nasi ada katak? Euuww!!
Belum
sempat Farish membuang pinggannya, katak itu melompat ke atas muka Farish pula.
Tergelak besar Zahra melihat Farish sudah kegelian sambil menepis kasar katak
yang mendarat di mukanya.
“Uwek!!”
Farish naik loya. Betapa gelinya dia katak itu berada di atas muka machonya.
Zahra
ketawa berdekah-dekah sampai nak tercabut urat kentut rasanya. Rasakan kau Amar
Farish. Kau kenakan aku, aku akan balas 10 kali ganda!
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
1 comment:
haha....baik pnye plan hancur..haha..ape2 je la si farish ni...em...ape la perasaan si farish bila termalu sekali lagi..haha...
Post a Comment