Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, December 4, 2012

Amar Farish 20

Zahra terasa nafasnya bagaikan tersekat apabila mendengar suara Dato’ Sharif menyuruhnya masuk. Perlahan-lahan dia menguak daun pintu.

            “Zahratul Jannah, mari duduk sini,” ujar Dato’ Sharif yang duduk di sofa tamu di dalam bilik pejabatnya.

            Zahra mengangguk perlahan dan melangkah sopan mendekati Dato’ Sharif. Kemudian dia melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan bapa mentuanya itu. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa bapa mentuanya itu mahu berjumpa dengannya. Dia ada melakukan apa-apa kesalahankah?

            “Macam mana dengan kerja kamu? Okey?” soal Dato’ Sharif.

            Zahra mengangguk. “Okey, Alhamdulillah.”

            Dato’ Sharif tersenyum. Kemudian dia membalas, “Papa sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu kamu. Memandangkan kamu tak tinggal dengan Farish, jadi papa terpaksa jumpa kamu di ofis.”

            “Ada apa, pa?” Zahra mula berani bersuara. Dia mula selesa memanggil Dato’ Sharif dengan panggilan papa kerana nampaknya lelaki itu dapat menerimanya sebagai menantu. Sejak dia berkahwin dengan Farish, Dato’ Sharif sentiasa bertanya tentang keadaan dan kebajikannya. Lelaki itu jauh lebih prihatin daripada suaminya sendiri.

            “Macam ni, papa dah fikir masak-masak. Papa rasa papa nak lantik kamu jadi setiausaha Farish.”

            Kata-kata Dato’ Sharif benar-benar buat Zahra tercengang. Jadi setiausaha Farish?

            “Err… pa, betul ke ni? Takkan tiba-tiba macam ni. Nanti apa staf-staf lain cakap. Lagipun diorang mana tahu saya dengan Farish tu dah kahwin.”

            “Zahra, memang diorang belum tahu kamu dengan Farish dah kahwin tapi apa-apa pun, sekarang kamu adalah isteri Farish yang sah. Lagipun sejak kamu berdua kahwin, tak pernah papa tengok kamu keluar dengan dia. Sampai bila nak macam ni? Macam yang papa cakap sebelum ni, papa tak salahkan kamu atas semua yang terjadi.

            Memang tak logik kalau papa cakap kamu sengaja nak perangkap Farish sedangkan kamu berdua kena tangkap basah dekat hotel Syazreen menginap. Syazreen sendiri pun dah jelaskan pada papa. Dia beritahu melalui telefon sebab katanya takut nak jumpa berdepan. Dia cakap, dia cuma tinggalkan kamu berdua tak sampai lima minit pun, dan lepas tu orang pejabat agama terus datang serbu.”

            Zahra terdiam mendengar kata-kata Dato’ Sharif. Betul, semuanya terjadi hanya dalam sekelip mata. Dia sendiri tidak mahu mengingati peristiwa memalukan yang telah mengubah seluruh hidupnya itu.

            “Tapi pa, kalau saya jadi setiausaha Farish, macam mana dengan Kak Weena? Dia kan setiausaha Farish.”

            “Itu kamu jangan risau. Dia dah ditukarkan ke cawangan syarikat di JB sebab mengikut suami dia yang bertugas kat sana.”

            Zahra mengangguk-angguk. Memang tiada alasan untuk dia mengelak. Tapi bolehkah dia bekerja dengan Farish? Lelaki itu sendiri seperti tidak sudi memandang wajahnya. Kenapa Farish membencinya seperti itu sekali, sedangkan dia sendiri tahu Zahra tidak bersalah?

            Lamunannya terpancung apabila pintu pejabat Dato’ Sharif diketuk. Zahra terasa bulu romanya bagaikan menegak apabila wajah serius Farish terjengul di muka pintu. Sejak bila pula dia takut dengan Farish?

            “Ada apa, papa?” tanya Farish tanpa sekelumit senyuman.

            “Duduk sini, Farish.”

            Farish tidak banyak soal. Terus dia duduk di sebelah papanya. Namun dia langsung tidak berpaling memandang Zahra seolah-olah isterinya itu tidak wujud.

            “Kamu ingat tak, Rich? Weena ada hantar surat permohonan untuk ditukarkan ke JB sebab suami dia bekerja kat sana?”

            Farish mengangguk. “Yup, tahu. Kenapa pa?”

            “Maknanya sekarang kamu tak ada sekretari. Jadi papa rasa nak beri Zahra position sebagai setiausaha kamu. It is okay with you?”

            Farish tergamam. Dia memandang papanya meminta penjelasan.

            “Dah banyak hari papa perhatikan kamu berdua, Rich… Zahra. Kamu berdua sedar tak yang kamu ni suami isteri? Suami isteri apa kalau tak pernah bercakap dan asyik buat hal masing-masing aje?”

            Zahra menunduk. Farish hanya menjeling Zahra sekilas.

            Dato’ Sharif menarik nafasnya dan kemudian menyambung, “Papa tak nak tengok kamu berdua terus macam ni. Melihat dari gaya kamu berdua, papa tahu kamu belum bersedia untuk beri komitmen sebagai suami isteri. Yalah, perkahwinan ni pun bukannya sesuatu yang dirancang, kan?

            Kalaupun kamu tak boleh berbaik sebagai suami isteri, jadilah kawan. Dan Zahra, kalau kamu setuju jadi sekretari Farish, papa akan naikkan gaji kamu.”

            Zahra mengangkat muka memandang bapa mentuanya. Gajinya akan dinaikkan? Betulkah? Kalau begitu dia boleh menambah jumlah wang untuk dihantar ke kampung tiap-tiap bulan. Siapa yang akan menolak tawaran selumayan ini?

            “Kalau dah itu keputusan papa, Farish tak boleh nak kata apa-apa,” ujar Farish selepas sekian lama membisu. Dia mengangkat punggung ingin beredar.

            “Sorry pa, Farish ada kerja sikit. Papa tolonglah uruskan apa-apa yang patut. Farish keluar dulu.”

            Dato’ Sharif mengangguk. Zahra mengeluh. Dari nada suara dan perlakuan Farish, dia menafsirkan bahawa lelaki itu tidak akan sesekali menerimanya. Yalah, pasti lelaki itu malu mahu mengaku perempuan kampung yang selekeh sepertinya sebagai isteri.

            Zahra pilu. Sudahlah dibuang keluarga, dan sekarang suaminya sendiri tidak mengakui kewujudannya.

*****************
 “Apa?” Jue terlopong beberapa saat mendengar cerita Zahra.

            Zahra mengangguk lemah tanpa ada selera mahu menikmati makanan tengah harinya. Kalau tidak memikirkan Jue yang tiada teman untuk makan tengah hari, memang dia mahu duduk sahaja di ofis dan mengemas barang-barangnya. Tidak lama lagi dia akan beralih tempat duduk. Dia akan duduk dikalangan setiausaha-setiausaha pengarah syarikat dan akan sentiasa mengekori ke mana pun Farish pergi.

            “Maknanya lepas ni kau bukan lagi rakan setugas aku…” Jue menunduk memandang pinggan nasinya.

            “Nak buat macam mana? Ini permintaan Dato’ Sharif. Aku tak tahu nak tolak macam mana sebab dia dah banyak buat baik pada aku.”

            Jue mengeluh. Berat sungguh cubaan yang terpaksa dihadapi sahabatnya itu. Zahra sekarang lebih banyak bermuram. Berbeza sungguh dengan karakternya yang dahulunya periang dan gila-gila. Dia bukan lagi Zahratul Jannah yang dulu.

            “Tapi kau tak pindah rumah En.Farish, kan? Kau tinggal dengan aku lagi, kan?”

            Zahra masih cuba tersenyum. “Mestilah, aku tak nak pun pindah rumah mamat tu. Cukuplah jumpa dia kat ofis je. Dia sendiri pun macam tak sudi nak pandang muka aku.”

            “Hmm… sabar jelah, Ara. Mungkin sebab baru lagi, so En.Farish belum dapat terima dia sekarang dah jadi suami orang. Sabarlah banyak-banyak, ingat Allah. Dan lagi satu, kau jangan biarkan diri kau dibuli oleh dia. Aku nak kau jadi Zahratul Jannah yang dulu. Zahratul Jannah yang berani, yang kuat melawan dan bermulut laser.”

            Zahra ketawa mendengar kata-kata sahabatnya itu.

            “Amboi, kau cakap mulut aku laser? Kau ni pujuk ke kutuk?”

            “Aku kutuk!” Jue turut ketawa.

            Zahra menarik muncung. Jue senang hati. Sekurang-kurangnya Zahra sudah kembali ceria lagi. Zahratul Jannah, bagaimanalah sahabatnya itu harus menghadapi hari-hari mendatang.

*******************
Baru sekali Fara memberi respons positif, kali ini Farish memberanikan diri mempelawa gadis itu makan tengah hari bersamanya. Fara tidak menolak. Dulu ada juga terlintas difikirannya untuk mengorek kisah peribadi Kamal melalui Farish tetapi hasratnya itu hanya sekadar hangat-hangat nasi goreng pattaya.

            Tapi kali ini, alang-alang Farish sendiri mendekatinya, dia tidak mahu melepaskan peluang. Manalah tahu, dia dapat mengorek sedikit kisah peribadi Farish yang mungkin berhubung kait dengan Kamal. Dan wajah Farish yang hampir mirip dengan wajah Kamal membuatkan dia yakin firasatnya tidak salah; Farish ada pertalian darah dengan Pengarah Urusan ZIMAL Medic Sdn. Bhd itu!

            Mereka menaiki kereta Farish menuju ke sebuah restoran sederhana di ibu kota.

            “Kenapa En.Farish bermurah hati betul nak belanja saya makan hari ni?” soal Fara sambil meneguk teh limaunya.

            “Kenapa? Belanja kena ada sebab ke?” Farish memulangkan pertanyaan.

            “Tak adalah, saya takut aje. Buatnya terjumpa girlfriend En.Farish kat sini, tak ke naya saya.”

            “Hehe… saya tak ada girlfriendlah.” Farish pura-pura ketawa. Memang aku tak ada girlfriend, aku ada isteri tapi isteri aku tu… hmmm…

            Fara angkat kening. “Ye ke ni? Boleh percaya ke?”

            “Betul!”

            “Okey, kalau En.Farish dah cakap macam tu, terpaksalah saya percaya je. Encik perasan sesuatu tak?”

            “Apa?”

            “Sebelum ni kita tak pernah bertegur sapa, saya pun jarang ada kat ofis sebab keluar untuk cari bahan artikel. Tiba-tiba hari ni boleh pulak kita makan semeja. Tak rasa pelik?”

            Farish tersengih. Ya, memang pelik. Kali pertama dia menegur Fara ketika hari pertama Fara masuk berkerja, tapi gadis itu buat endah tak endah saja. Sejak hari itu dia sudah tidak berminat untuk mendekati Fara kerana pada firasatnya, gadis seperti itu sukar didekati. Lagipun pada ketika itu dia lebih menumpukan perhatian mahu cara pasal dengan gadis kampung bernama Zahra.

            Dan sekarang pun apa bezanya? Dia mendekati Fara kerana mahu cari pasal dengan Zahra juga. Kalau Zahra boleh keluar dengan lelaki lain, dia pun boleh lakukan hal yang sama.

            “Saja, saya nak tengok sejauh mana tahap kesombongan awak. Dulu awak buat derk je masa saya tegur.”

            Fara ketawa mendengar jawapan Farish itu. Bukannya dia sombong, tapi dia masuk ke syarikat itu bukan sekadar untuk menjadi wartawan majalah semata-mata. Siapa sangka dia adalah pegawai polis yang sedang menjalankan penyamaran!

            “So En.Farish, encik ni anak tunggal ke?” Fara memulakan langkah pertama untuk mengorek rahsia lelaki berwajah pan Asian itu.

            Lambat-lambat Farish mengangguk.

            “Yup, kenapa?”

            “Saja, takkan tak boleh tanya kut…”

            “Eh, boleh je. Tanya banyak pun tak apa.”

            Farish sudah mula melemparkan senyuman menggoda. Hmm… tabiatnya yang suka menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk memikat hati gadis memang tak pernah berubah.

            Fara tersenyum tapi dalam masa yang sama turut cuba melarikan anak matanya. Siapa kata polis wanita berhati batu? Walaupun luarannya tampak serius dan sedikit garang, tidak mustahil dia juga boleh jatuh hati dengan wajah tampan Farish itu.

            Ingat sikit Fara, kau tu polis! Tugas kau ialah melakukan penyamaran untuk menyiasat sama ada Tengku Kamal terlibat dengan kes penyeludupan dadah atau tidak. Bukannya mengorat bos kaya! hatinya cuba mengingatkan.

            “Errmm… En.Farish kenal tak dengan Pengarah Urusan ZIMAL Medic Sdn. Bhd?”

            Farish mengerutkan muka dan menggeleng.

            “Siapa tu?”

            “Takkanlah encik tak tahu? Dia kan hadir masa majlis makan malam syarikat encik? Tengku Kamal?”

            Farish terdiam seketika. Tengku Kamal? Siapa dia? Kejap! Lelaki tua yang bersalam dengannya semasa majlis makan malam itu kah? Huh, lelaki itu menggenggam tangannya seperti tidak mahu melepaskannya. Gay ke apa?

            “Oh, saya ingat. Kenapa?”

            “Saya tengok muka encik seiras betul dengan dia. Encik ada pertalian darah dengan dia ke?”

            Farish terdiam. Pertanyaan yang terlalu berterus terang itu membuatnya tergamam sebentar. Ya, dia tahu dia bukan anak kandung Dato’ Sharif tapi Datin Aliah pernah memberitahunya yang ayah kandungnya sudah meninggal dunia. Wajahnya seiras dengan Tengku Kamal? Mengarut!

            “Kebetulan je, saya bukannya kenal sangat dengan Tengku Kamal tu. Lagipun saya baru berjumpa dengan dia sekali, itu pun masa majlis makan malam tu. Dan sejak tu, saya dah tak pernah jumpa dia.”

            Fara mengangguk-angguk. Betulkah? Entah kenapa dia tidak berpuas hati dengan penjelasan Farish sebentar tadi.

            “Oh ya, maaf En.Farish. Saya masih ada kerja untuk diselesaikan. Saya kena balik ofis dulu.” Fara sudah mengelap mulut dan meletak pinggannya ke tepi. Tak apa, menyiasat tak boleh terburu-buru. Takut Farish mengesyaki tujuan sebenarnya.

            “Okey, saya hantar awak balik.”

            “Tak apalah, saya nak cepat. Terima kasih sebab belanja saya makan tengah hari ni. Saya pergi dulu.”

            Farish hanya tersenyum. Selepas Fara beredar dari situ, dia terus membayar harga makanan dan menaiki keretanya. Tapi bukan menghala ke pejabat, sebaliknya dia pulang ke Villa Sharif. Soalan yang ditimbulkan oleh Fara tadi turut membuat dia tertanya-tanya. Kalau betul ayah kandungnya sudah meninggal, kenapa mama tidak pernah menunjukkan gambar ayahnya?


p/s: Nak tahu kisah selanjutnya? Belilah novel ni. Boleh pergi page penulisan2u untuk pembelian *selagi stok masih ada.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

1 comment:

aliahmohdsalleh said...

Ceriter ni best kerana mencelarukan perasaan pembaca.Pembaca akan merasa lebih teruja dan suspense
Kerana ingin tahu apa akan jadi seterusnya pada Zara dan Farish.