Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, March 22, 2013

KhaiRizal : A Love Story 8

Para pekerja AR Holdings saling berpandangan dan berbisik antara satu sama lain. Entah apa mimpi Ray, beberapa minggu dia langsung tidak menjengah syarikat, tiba-tiba hari ini boleh pula dia menunjukkan mukanya. Kalau datang dengan berpakaian kemas dan bersih tak apa juga, ini kusut masai macam tak mandi 10 tahun.

            Belum sempat dia menolak pintu biliknya, satu suara lembut menyapanya dari belakang.

            “Ada apa?” Ray menyoal dengan mata kuyu.

            “Nasib baik En. Atan datang ofis hari ni. Dah beberapa hari Dato’ cari encik. Dato’ ada dalam bilik dia, dia nak jumpa encik sekarang.”

            Sebaik mendengar kata-kata setiausahanya, Gina, mata yang tadinya layu tiba-tiba membulat.

            “Err... dia nak apa?” Ray menyoal sedikit kalut.

            “Entahlah, En. Atan. Lebih baik encik tanya dia sendiri,” jawab Gina sambil menundukkan muka. Bukan kerana takutkan Ray tapi terpaksa menutup hidung, tidak tahan dengan bau nafas Ray yang kurang menyenangkan.

            “Okey, how do I look? What about my face? Ada rupa macam tandas ke?” Rambut yang kusut masai cuba dibetulkan.

            Gina mengerutkan kening. Soalan apa ni? Macam mabuk aje. Kalau aku jawab ya, tak pasal-pasal dia lempang aku dengan botol cuka. Kalau aku jawab tak, muka dia adalah macam pam tandas sikit.

            “I tanya ni kenapa diam pulak?” Gina tersentak.

            “Err... boleh tahanlah.” Uwek, nak muntah aku. Pak cik angkut sampah pun handsome dari kaulah!

            “Okey, thanks...”

            Sambil melangkah ke bilik papanya, dia mengunyah gula-gula getah untuk menghilangkan bau minuman keras Hennessy yang baru diminumnya tadi. Setelah disuruh masuk, Ray terus menolak pintu dan tersenyum bersahaja ke arah papanya.

            Dato’ Awang serius, langsung tidak berminat untuk membalas senyuman Ray. Jelingan papanya mematikan terus senyuman di bibirnya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

            “Duduk,” arah Dato’ Awang.

            Tanpa banyak soal, Ray terus melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan meja papanya. Dato’ Awang meraup wajahnya beberapa kali sebelum bersuara. “Kamu ada apa-apa yang nak dijelaskan pada papa kenapa pihak polis datang ke ofis beberapa hari lepas untuk periksa gudang? Mereka cakap ada orang buat laporan terjumpa paket dadah dalam kontena.”

            Ray terkedu. Dia sudah mengagak berita ini akan sampai ke pengetahuan papanya juga. Pada mulanya memang dia hendak menggunakan kontena syarikat untuk menghantar stok dadah ke luar negara tapi niatnya dibatalkan atas nasihat pembantu peribadinya, Burn kerana buat masa ini AR Holdings di bawah pengawasan pihak polis.

            Benar seperti yang dijangkakan, setelah stok dadah dipindahkan ke tempat lain, pihak polis datang membawa waran untuk menggeledah gudang.

            “Answer me!” Suara Dato’ Awang yang sedikit meninggi menyentak Ray.

            “Kenapa pulak tanya Atan, pa? Atan tak tahu menahu tentang hal tu!”

            “How can you say like that? Kamu sedar apa position kamu in this company? Kamu Operation Manager merangkap Timbalan Pengarah Urusan, tahu tak? Macam mana boleh tak tahu? Atau jangan-jangan memang kamu yang seludup dadah ke gudang syarikat.”

            Tersirap darah Ray mendengar tuduhan papanya itu. Walaupun sememangnya betul tapi dia tidaklah sebegitu bodoh hendak mengaku.

            “Papa ni kenapa, hah? Asal company ada masalah, asyik salahkan Atan je. What’s wrong with you? Manalah tahu kalau ada pihak luar nak sabotaj kita. Papa ni pandai-pandai je.”

            “Papa rasa mustahil. Perkara macam ni tak pernah berlaku sebelum ni. Semuanya bermula sejak kamu masuk ke syarikat ni. Setiap kerja kamu tak pernah menyenangkan papa. Kamu cuma tanya menghabiskan duit! I’m very disappointed with you and I’ve no more interest to put you on my position.” Dato’ Awang menanggalkan cermin matanya. Kekecewaan jelas menghiasi ruang wajahnya.

            Ray mengigit bibir. Tanpa disuruh Dato’ Awang, dia terus mengangkat punggung untuk pergi dari situ. Tidak ada gunanya dia di situ kalau papanya hanya mahu marah-marah dan membebel kepadanya.

            “Nanti dulu, Atan. Kalau betul kamu tak bersalah, bantu papa untuk bersihkan nama syarikat kita. Buktikan kita memang tak terlibat dengan kegiatan jenayah. Kalau kamu ada apa-apa informasi tentang dadah tu, telefon Balai Polis Bukit Aman atau Inspektor Rizal Syafiqin.”

            Langkah Ray terhenti seketika. Bukan kata-kata Dato’ Awang yang menarik perhatiannya, tapi nama polis yang disebut tadi membuatnya rasa ingin tahu.

            “Inspektor Rizal Syafiqin?” Ray mengerutkan dahi. Ini satu nama yang tidak asing baginya.
            “Ya, dia yang datang beberapa lepas untuk periksa gudang syarikat. Kamu boleh mintak nombor telefon dia dengan sekretari papa.”

            Ray mengepal penumbuknya. Rizal Syafiqin, inspektor polis dari Balai Polis Bukit Aman. Memang tidak salah lagi. Itu memang musuh lamanya.

            Kau memang selalu nak cari pasal dengan aku, kan? Sudahlah kau pernah mempermalukan aku 7 tahun lepas dan sekarang kau nak mempermalukan company papa aku. Aku akan hancurkan hidup kau! tekadnya dan terus keluar dari bilik papanya tanpa menoleh lagi.
**************
Along semakin naik rimas. Ray masih belum berhenti mengganggunya. Sejak kebelakangan ini dia merasa hidup dalam ketakutan. Perjalanan pergi dan balik ke pejabat dirasakan tidak selamat. Dia selalu merasa diperhatikan. Dan dia tahu dia harus menghentikan semua ini.

            “Ray, I say stop it! I dah tak ada apa-apa kaitan dengan you. Buat apa you cari I lagi?” Petang itu di parking lot Along menghamburkan segala kemarahannya.

            Ray buat muka lima sen berkulat. Kalau tidak kerana dendamnya pada Rizal, dia sendiri malas mahu membuang masa memujuk rayu bekas teman wanitanya itu. Baik dia ke pub, minum-minum sampai mabuk dan cari perempuan.

            “Ari, please. Give me one more chance. I dah berubah. I cari you sebab I sedar yang I masih sayangkan you.”

            Meluat sungguh Along mendengar pujuk rayu Ray. Cintanya pada Ray sudah mati 7 tahun lalu ketika Ray hampir-hampir mencabul kehormatannya. Ray langsung tidak menghormatinya sebagai seorang wanita dan dia tidak akan memaafkan Ray sampai bila-bila.

            “What a stupid nonsense! Dahlah, I nak balik.” Along menolak kasar tubuh Ray yang menghadang pintu keretanya.

            Belum sempat Along membuka pintu kereta, tangannya tiba-tiba direntap kasar oleh Ray. Ray sudah hilang sabar. Dia cepat naik darah kalau sesiapa pun mula berkasar dengannya lebih-lebih lagi perempuan.

            “Hei, apasal you ni jual mahal sangat? I nak berbaik dengan you tapi you tolak, apa you ingat you tu cantik sangat?” jerkah Ray.

            Along berusaha menarik tangannya tapi pegangan Ray semakin lama semakin kuat.

            “Kurang ajar!” Tidak tahu dari mana datangnya, sebiji tumbukan singgah di pipi Ray. Ray jatuh terlentang di atas simen.

            Ray mengetap bibir. Siapa lagi yang akan menyelamatkan Along kalau bukan Rizal. Rizal sentiasa muncul di saat anak-anak saudaranya dalam kesusahan.

            “Oh, Jantan bin Awang... hidup lagi kau rupanya. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak berlagak samseng. Tapi sayangnya, kau tetap lembik macam dulu jugak!” Rizal bersuara. Sarkastik.

            Ray bangun menentang anak mata Rizal. Darah di tepi bibir pantas diseka. Along sudah menyorok di belakang bapa saudaranya.

            “Kalau kau nak cari gaduh pun, cari lawan yang sebenar. Tak mainlah buli perempuan,” bidas Rizal lagi.

            Dia memandang Ray atas bawah. Tak habis-habis nak mengacau anak buah aku. Sudahlah muka kusut masai macam orang gila. Harap baju je lawa. Pakai baju smart macam Donald Trump pun tak guna kalau IQ macam Donald Duck!

            “Kau boleh berlagak hero sekarang tapi ingat, satu hari nanti aku akan balas dendam atas pengaiban yang aku terima selama ni. Kau ingat aku tak tahu kau datang jumpa bapak aku sebab kau syak company bapak aku ada mengedar dadah, hah?! Itu satu lagi pengaiban dan aku takkan lepaskan kau!”

            Rizal mencebik. Ceh, main ugut-ugut pulak budak kecik ni. Memang tak salah lagi. Dato’ Awang memang bapak dia. Huhu...entah apa-apalah anak Awang ni.

            Ray menjeling tajam sebelum berlalu dari situ. Kini dendamnya semakin bertambah apabila Rizal menghadiahkan satu tumbukan di pipinya. Dia akan terus menyalakan api dendam sampai bila-bila.

            Kerana Rizallah dia kehilangan Along 7 tahun lalu dan kerana Rizal, papanya sudah tidak mempercayainya kerana syarikat mereka disyaki mengedar dadah secara haram ke luar negara.

            “Along tak apa-apa?” tanya Rizal sambil mengusap kepala anak buahnya.

            Along pantas menggeleng. Air mata yang terasa ingin menitis pantas diseka. “Terima kasih, abah. Kalau abah tak datang tadi, tak tahu apa yang Ray akan buat pada Along.”

            “Hmm... itulah, kenapa rahsiakan perkara ni dari abah? Abah patut tahu. Selagi Along belum berkahwin, Along adalah tanggungjawab abah, tahu tak? Jangan ingat Along dah kerja, abah tak ambil tahu langsung hal Along. Nasib baik Angah yang beritahu abah tentang perkara ni, sekurang-kurangnya abah boleh berjaga-jaga.”

            Terdiam seketika Along mendengar kata-kata abahnya. Buat pertama kalinya Along berterima kasih kerana Angah tidak mengotakan janjinya untuk tidak memberitahu Rizal tentang perkara ini. Kalau Rizal tidak datang tadi, tidak tahu apa akan terjadi kepadanya. Sudahlah parking lot itu sunyi sepi. Nak buat apa-apa pun tiada siapa tahu. Mungkin menjerit pun orang takkan dengar.

            “Dahlah, jom balik,” ujar Rizal lagi.

            Along cuba tersenyum dan terus masuk ke dalam keretanya.
*****************

            “Along, nak nasi lagi?” tanya Khai ketika mereka sekeluarga berkumpul di meja makan untuk makan malam.

            Along menggeleng perlahan. Dia tidak berselera. Sesekali dia mengerling ke arah Rizal yang sedang leka menyuap nasi ke dalam mulut. Sejak pulang petang tadi, Rizal sudah menyuruhnya agar tidak membahaskan tentang perkara yang berlaku antara dia dan Ray lagi. Dan Rizal mahu dia merahsiakan hal tersebut daripada Khai.

            “Keri dengan Adik nak nasi lagi?”

            “Tak apalah, ibu. Keri dah kenyang. Lagipun Keri nak diet. Keri nak bersenam supaya ada sixth packs macam abah. Hahaha!” jawab Khairizal petah.

            Nak tersembur nasi dari mulut Rizal mendengar jawapan anaknya. Along menutup mulut menahan ketawa.

            “Kecik-kecik dah pandai, ya? Nak ada sixth packs segala, siapa ajar?” sela Khai yang sedang mencedokkan nasi untuk Adik.

            “Abah cakap kalau ada sixth packs ramai perempuan suka!” Pantas Khairizal menjawab.

            Masing-masing sudah memakukan pandangan ke arah Rizal. Rizal buat-buat pandang ke lain.

            “Apa?” Rizal buat muka tak bersalah.

            “Kenapa abang ajar Keri benda-benda mengarut tu, hah?” Khai bertanya sambil mengecilkan matanya.

            “Eh, mana ada! Abang cakap hari tu nak beli roti bun yang ada 6 biji tu. Kan bentuk dia macam sixth packs. Keri ni salah dengar!” cover Rizal.

            Khairizal membulatkan biji matanya. “Abah ni, tak baik tau. Tak ada pun abah sebut pasal roti.”
            Rizal sudah mula ketawa.

            “Sudahlah bang oi, macamlah Rina percaya temberang abang tu. Budak-budak mana pandai menipu.”

            Aduh, terkena den. Sesiapa pun dalam rumah itu sudah tahu muslihatnya.

            “Tapi ibu, abah, Keri nak tanya satu bendalah...”

            “Apa?” Hampir serentak Khai dan Rizal bersuara.

            “Sixth packs tu apa?” tanya Khairizal dengan muka confuse habis.

            Rizal menepuk dahi sementara yang lain-lain sudah ketawa dengan kuat.

            “Kenapa gelak pulak? Orang ada buat lawak ke?” soal Khairizal lagi.

            Rizal sudah tergeleng-geleng. Sangkanya Khairizal tahu apa itu sixth packs. Orang cakap hari tu angguk-angguk je, ingatkan faham. Aduh, macam Shin Chanlah budak sorang ni…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

Unknown said...

Hahaha..kelakar la keri ni.....hati2 la rizal lps ni musuh dah mari...


Lama ela tak update......rindu la....kat khai..

Unknown said...

Hahaha.....kelakar la keri ni....

E-la Adiey said...

hehe.. maaf, saadiah. sebelum ni terlupa password email. lg pun busy dgn assignment. skrg nak final exam pulak :)

Eddayu said...

akak nie dh lame rindu kat Khai, Rizal & Family.. skg dh terubat la rindu tue..
anyway suspen je dgn Rizal nie, jgn la dimatikan watak Rizal tue.. x sanggup nk terima..
good luck utk exam nnti ;)

E-la Adiey said...

kak eddayu,maaf kak. tau, jarang bebenor sy update. sampai nak bersawang dh blog. hehe.. thanks kak, sy akan update bab ke 9. tunggu tau2... :D