Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, June 2, 2013

KhaiRizal : A Love Story 16

Seminggu sudah peristiwa itu berlalu. Mereka sudah menerima laporan forensik. Apa yang ditemui dalam letupan itu hanyalah serpihan daging yang telah hangus. Ujian DNA yang membuktikan bahawa serpihan daging itu adalah milik Rizal sudah cukup membuat jiwa Khai melayang.

            Dia bukan lagi dirinya yang dulu; seorang isteri dan ibu yang ceria. Dia lebih banyak diam dan berkurung di biliknya. Makan minum Along, Adik dan Khairizal terabai. Khai kusut masai.

            Along yang tidak mahu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku, hanya mampu menjawab ‘Abah kerja jauh’ setiap kali Adik dan Khairizal bertanya. Luluh hatinya bila Adik menangis, katanya abah belum membelikan hadiah yang dijanjikan. Dan Khairizal menangis rindukan abahnya.

            Demi menutup masalah itu daripada pengetahuan Adik dan Khairizal, Along meminta Angah dan suaminya menjaga mereka untuk sementara. Angah dan suaminya tidak keberatan, malah dengan senang hati ingin menjaga Adik dan Khairizal kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata sendiri.

            Along bingung. Kadang-kala dia sendiri menumpahkan air matanya. Kehilangan Rizal telah mengubah hidup mereka seratus-peratus. Dia hanya mampu berdoa dan berharap semoga Rizal masih hidup dan mayat itu bukan mayat abahnya.

            Kerana tidak tahan melihat keadaan ibu saudaranya, Along membuat keputusan untuk menghubungi bapa saudaranya yang telah lama menetap dan bekerja di Australia, Khairul. Khairul adalah abang kandung kepada Khai, pasti dia boleh membantu.

            Menanti kedatangan Khairul tidak mengambil masa yang lama. Sejurus Khairul mendengar segalanya dari mulut Along, tanpa berfikir panjang dia terus mengambil cuti dan membeli tiket penerbangan ke Malaysia seawal yang mungkin.

            “Macam mana Abang Khai kamu?” Itu soalan pertama yang keluar dari bibir Khairul ketika Along datang mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

            Along tidak menjawab, hanya wajahnya yang kelihatan hambar. Khairul mengerti. Along tidak perlu menjawab. Lihat dari air muka Along, dia sudah dapat mengagak jawapannya.

            Mereka berdua terus menuju ke kereta Along. Along memandu keretanya pulang ke banglo tempat tinggalnya bersama Rizal sekeluarga di Bayu Perdana.

            “Dah lama uncle tak jumpa Khai dan Rizal. Uncle fikir mereka berdua hidup bahagia kat sini. Tapi tak sangka… bahagia tak kekal lama…” tutur Khairul perlahan ketika didalam kereta.

            Along hanya mendiamkan diri. Teringatkan bagaimana cara kematian bapa saudaranya yang begitu tragik, dia menjadi sungguh sebak. Rizal mati terbakar, dan yang tinggal hanyalah daging-dagingnya yang telah reput terbakar. Kenapa penjenayah itu begitu kejam mengebom rumah tinggal tersebut? Dan kenapa cuma Rizal seorang yang menjadi sasaran mereka?

            “Uncle sekarang kerja apa? Macam mana tinggal kat Australia? Seronok?” Along mengalih topik, mempamerkan senyuman yang dibuat-buat.

            Khairul tersenyum. “Uncle sekarang kerja disebuah syarikat penerbitan majalah kat sana. Alhamdulillah, rezeki tu sentiasa ada.”

            “Tak ada yang istimewa?” duga Along.
            Khairul tersenyum sumbing.

            “Malas nak carilah, Along. Dah ada jodoh nanti, adalah tu. Uncle busy dengan kerja. Ini pun nasib baik bos bagi ambil cuti.”

            Along juga tersenyum. Hmm… sedangkan bapa saudaranya yang sudah masuk umur 30-an belum jumpa bakal isteri yang sesuai, apatah lagi dia? Tak apalah, Allah SWT sudah menetapkan jodoh untuk setiap hamba-Nya. Dia tidak perlu risau.
***************
Khai berusaha untuk bangun dari pembaringannya ketika melihat Khairul muncul di pintu bilik. Khairul cepat-cepat masuk dan menyuruh Khai baring semula. Dia tidak sampai hati dan kasihan melihat wajah Khai yang pucat dan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis.

            “Arul, bila kau sampai? Kenapa tak call dulu?” Lemah suara Khai bertanya.

            “Baru je sampai. Tak apalah, aku tak nak menyusahkan kau. Along datang amik aku kat airport tadi.”

            Khai tidak menjawab. Hanya matanya yang sayu membalas pandangan Khairul.

            “Arul, Rizal…”

            “Tak apa, tak perlu beritahu. Along dah ceritakan semuanya pada aku,” potong Khairul dan meraih tangan adiknya.

            Tangan Khai digenggam erat. Tiba-tiba Khai menangis.

            “Arul, aku tak percaya Rizal dah mati. Mayat tu bukan mayat Rizal…”

            “Shh… shh… jangan fikir apa-apa buat masa ni. Kau kena banyak rehat.” Khairul cuba menenangkan adiknya, walhal dia sendiri begitu sedih kala itu. Kepala Khai diusap-usap beberapa kali.

            Khairul mengetap bibir. Rasa simpatinya menggunung. Agak lama dia mengambil masa untuk menenangkan Khai, akhirnya Khai tertidur. Ketika matanya terpejam pun, ada setitis air jernih gugur dari matanya.

            Khairul perlahan-lahan bangun, menyelimuti tubuh adiknya dan keluar dari bilik itu. Baru sahaja dia menutup pintu bilik, Along datang menerpa.
            Khairul melepaskan satu keluhan kecil dan menggeleng-geleng.

            “Abang Khai kamu tu tak boleh tinggal kat sini untuk sementara waktu. Rumah ni akan lebih mengingatkan dia pada arwah Rizal,” ujarnya.

            Along mengerutkan kening. “Habis tu macam mana, uncle?”

            “Uncle ingat nak bawa dia ke Australia, tinggal kat sana dengan uncle untuk sementara waktu.”

            “Hah? Habis tu macam mana dengan Adik dan Keri? Diorang masih kecil. Tak mungkin diorang akan faham kalau Abang Khai tiba-tiba menghilang. Dan sampai sekarang diorang tak tahu pun yang abah diorang dah meninggal!” Along kelihatan kaget dengan usul bapa saudaranya.

            Khairul mengangguk. “Itu yang kita perlu bincangkan. Nanti kamu hubungi Angah dan suaminya. Kalau diorang ada masa, suruh diorang datang rumah malam ni atau esok.”

            Along terdiam seketika. Dengan perasaan yang berbelah bahagi, akhirnya dia akur jua.
***************
“Nak bawa Abang Khai ke Australia?” Angah kelihatan terkejut sebaik Khairul menerangkan tujuannya mengadakan perbincangan pada malam itu.

            Dia dan suaminya saling berpandangan. Along pula diam membatu.

            “Uncle rasa kalau dia duduk di rumah ni, dia akan makin terseksa. Rumah ni akan lebih mengingatkan dia pada Rizal,” kata Khairul dengan tenang.

            “Habis tu macam mana dengan Adik dan Keri? Siapa yang nak uruskan mereka kalau Abang Khai tak ada?” soal Along pula.

            Sepi mengepung seketika. Tiada siapa menjawab soalan Along.

            “Kalau itu keputusan yang terbaik untuk Abang Khai, bawa ajelah dia ke Australia. Mudah-mudahan dia akan lebih tenang kat sana,” sampuk Saiful yang sedari tadi menjadi pemerhati.

            Saiful menghela nafas, kemudian menyambung lagi, “Tentang Adik dan Keri, jangan risau. Saya sudi jaga mereka untuk sementara. Mereka boleh tinggal kat rumah saya dan Syafiqa.”

            Angah mengangguk.

            “Kalau itu yang terbaik untuk Abang Khai, Angah tak kesah. Angah dengan Saiful boleh tengok-tengokkan Adik dan Keri. Lagipun kitorang belum dapat anak sendiri. Kalau dapat tengok gelagat Adik dan Keri, terubat jugak rasa rindu kami yang belum ada anak ni,” tokok Angah seraya tersenyum.

            Saiful memeluk bahu Angah, memahami perasaan isterinya.

            “Oh ya, Along pun tinggallah sekali dengan kami!” ujar Angah lagi.

            Along kelihatan terkejut. Pantas dia menggeleng.

            “Eh, tak apalah. Along boleh tinggal kat sini.”

            “Takkan Along nak tinggal sorang-sorang? Kalau si Jantan bin Awang tu datang ganggu Along lagi macam mana?” sela Angah kelihatan risau.

            Khairul menaikkan kening. “Jantan bin Awang? Siapa tu?”

            Along diam sahaja. Angah pantas menjawab, “Dia ex-boyfriend Along. It’s a long story. Sejak akhir-akhir ni dia selalu ganggu Along. Tak kira melalui telefon atau cari Along kat ofis. Angah risau nak biarkan Along tinggal sorang-sorang kat sini. Along staylah kat rumah Angah sementara Abang Khai ada kat Australia.”

            Along tersenyum kelat.
            “Err… tak mengganggu privasi korang ke?”

            “Hish, mengganggu apa pulak? Kita semua satu keluarga. Kerisauan Syafiqa berasas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Bahaya kalau tinggal sorang-sorang. Sementara Abang Khai tak ada kat sini, eloklah Along, Adik dan Keri tinggal dengan kami,” ungkap Saiful, disambut dengan anggukan dari isterinya.

            “Hehe… tapi Along ni bukannya budak-budak. Along boleh jaga dirilah,” balas Along sambil menggaru-garu kepala. Rasa canggung dilayan macam budak kecil yang memerlukan perlindungan dan pengawasan orang dewasa.

            “Tapi Along bukannya kuat sangat. Along tahu bersilat? Tahu Taek Kwan Do? If something bad happen, Along boleh melawan?” sela Angah.

            Along terdiam. Kali ini dia terasa kalah.
            Khairul mengangguk-angguk.

            “Betul jugak tu. Bahaya anak dara tinggal sorang-sorang. Along tinggallah dekat rumah Angah untuk sementara. Nanti bila Abang Khai dah balik, Along tinggal kat sini.”

            Along masih lagi diam. Memandang semua orang yang menanti jawapan darinya. Akhirnya dia mengalah.

            “Baiklah, kalau itu yang terbaik, Along akan dengar cakap Angah dan Uncle Arul.”

            Masing-masing tersenyum mendengarnya. Akhirnya mereka semua mencapai kata sepakat. Sementara Khai tinggal di Australia bersama Khairul, Along, Adik dan Khairizal akan tinggal di rumah Angah dan suaminya. Banglo yang mereka diami sekarang pula akan dibiarkan kosong, sehinggalah mereka sekeluarga benar-benar bersedia untuk berkumpul semula.

            Dan selepas Angah serta suaminya pulang, Along terus naik ke biliknya untuk menyiapkan beberapa tugasan di ofis yang belum selesai. Khairul pula melangkah masuk ke bilik Khai.

            Dia mengeluh lagi. Keadaan Khai benar-benar membuat dia sedih.

            Baru sahaja dia duduk di tepi katil, Khai membuka matanya. Khai ingin bersuara tetapi Khairul pantas meletakkan jarinya ditepi bibir, tanda tidak mahu mendengar apa-apa dari mulut Khai.

            Tiba-tiba Khai menangis pula. Khairul mengerti. Khai sangat mencintai suaminya, tapi segala yang berlaku adalah qada dan qadar Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

            Khairul memeluk tubuh adiknya. Lama. Khairul menyatakan hasratnya ingin membawa Khai pulang bersamanya ke Australia. Dia tidak sampai hati melihat keadaan adik yang dikasihinya seperti ini.

            Khai mengesat air mata. Ingatan terhadap Rizal sejak kematian suaminya itu benar-benar menyeksa batinnya. Benar-benar menyesakkan nafasnya. Dia sudah tidak sanggup. Demi mencari ketenangan sendiri, dia akur akhirnya.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

3 comments:

Unknown said...

Mcm mn dna mayat tu milik rizal...hish confuse ni.....sedihnye .....cptla rizal muncul.....

Eddayu said...

Uwaaa.. sedihnye..
nie mesti si Jantan bin Awang dh upah doktor psl DNA tue..
pe jd kat Rizal dlm hutan tue??

LAVAN LAVANIA said...

kak adiey bila nak kuar next chapter
cian I tengok bg khai nangis.....

macam nak bunuh si jantan hissshhhh