Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, May 5, 2014

#NovelReview Abang Khai Tomboi

Assalamualaikum semua... kali ni aku tulis review pasal novel ke-2 aku lah yek. Nak pos bab 1 Zikir Cinta, aku tak sedia lagi. Hehe. Bukan apa, novel ni aku belum pikir endingnya apa. Buatnya kalau aku pos, cerita tergantung, sia-sia je. Tul tak?
.
So kali ni aku nak tulis pasal novel ke-2 akulah. Actually novel ni aku tulis suka-suka je. Cuba2 nasib hantar kat Penulisan2u. Tengok orang lain pos, aku pun nak pos gak. Maklumlah, masa tu laman web Penulisan2u baru bertukar wajah. Yang lama punya penulisan2u.blogspot. Yang baru penulisan2u.my :)
.
Untuk first novel, aku banyak ikut apa yang peminat novel nak. Diorang nak kisah jiwang leleh-leleh dan nak nangis. So aku tulis cerita yang macam tu.
.
Utk novel ke-2 ni, aku banyak ikut kehendak aku sendiri. Aku nak tulis sesuatu yang sesuai dengan jiwa aku. Iaitu benda-benda kelakar dan selit sikit-sikit pasal polis.
.
So wujudlah karakter Rizal, seorang watak hero yang berjawatan polis dalam cerita ni. So disebabkan novel ni aku tulis suka-suka, jadi aku tak berharap pun ianya akan terbit. Masa tu aku dah karang sampai ending kot. Seingat aku ending dia sampai Bab 21 je. Cincai-cincai punya cerita.
.
Tapi tak lama lepas tu aku dapat e-mail dari pihak Penulisan2u yang request utk nilai manuskrip Abang Khai Tomboi. Aku pun gelabahlah, novel ni dahlah aku karang sampai Bab 21 je. Oleh sebab dia minta manuskrip, terpaksa aku rombak balik supaya cerita ni jadi lebih panjang. Huhuhu...
.
Dahlah masa tu aku tengah prepair nak SPM, so aku cuba jugak panjangkan cerita ni. Langsung tak study bak anggg........... -___-
.
Siap je sampai Bab 47, aku terus email kat Penulisan2u tanpa cek apa-apa langsung. Lama gak menunggu. Sampai 2,3 bulan macam tu. Bila beberapa hari lagi nak SPM, aku dpt e-mail dari Penulisan2u utk betulkan beberapa kesalahan fakta. K..................... -______-
.
Bukan aku tak nak betulkan, tapi aku tengah nak SPM kot. Dengan beberapa orang pembaca yang mendesak supaya aku siar Abang Khai Tomboi bab 24 kat blog. Serba-salah aku dibuatnya. Bukan tak nak pos, tapi memang kena stop sebab nak terbit bha...........
.
So begitulah ceritanya. Time SPM, orang lain sibuk study, aku sibuk edit manuskrip. Edit punya edit, makan minggu2 la jugak nak siap. Akhirnya dah siap, aku e-mail terus. Tanpa cek jugak :P
.
Proses punya proses, tahun depan (2011) tu baru Abang Khai Tomboi ni terbit. Fuh... lahir baby ke-2 aku :') Tak sangka I... hahaha...
.
.
Okey... untuk novel ni pun sama macam yang first tuh. Masa aku baru baca review pasal Kutemui Cinta, masa tu jugaklah aku baru baca review pasal Abang Khai Tomboi. Ni ada sikit-sikitt aku sempat print screen :)
.





 .
Dan ada juga yang memuji pasal umur. Sebab aku baru 18 tahun masa tu. Sob3... aku bersyukur sebab kebanyakan pembaca novel tak pandang pada umur penulis tu, tapi pada apa yang dia tulis dan apa yang dia cuba sampaikan :)
.
Dan novel Kutemui Cinta aku tulis sejak umur aku 13 tahun, cuma buat rombakan dan pembetulan masa umur aku 15 tahun, cuma ianya terbit masa umur aku 17 tahun. Ada beberapa kesilapan teknikal. Orang ingat umur aku 15 tahun masa aku tulis Abang Khai Tomboi nih :P
.






.
Seriously, sangat-sangat happy ketika membaca review. Bukan perasan bagus ke apa. Cuma tak sangka, karya aku yang tak berapa jiwang leleh ni diterima oleh pembaca-pembaca semua. :')
.

 .
Dan dibawah pula adalah SEBAHAGIAN KECIL yang aku ambil daripada website Penulisan2u.my. Ni sikit je, actually tersangatlah banyak. Dan masih ada yang bertanya kenapa tak jumpa novel Abang Khai Tomboi ni dekat kedai. Huhu... I tak tahu uollsss... bukan I yang cetak -____-
.

.
Even sampai sekarang pun, tahun 2014 nih, umur aku dah 21 tahun nih, masih ada yang bertanya pasal novel nih. Ada juga yang nak marah aku takde jual novel ni. Yang ada kat aku pun satu je, tu pun utk simpanan aku sendiri.
.
Rakan-rakan pembaca, kalau anda nak beli novel ni, silalah bertanya kepada pihak Fajar Pakeer. Mereka yang bertanggungjawab mencetak naskhah ini. Bukan saya. Saya tak boleh nak cetak sendiri sebab terikat dengan kontrak. Haha.
.
Sesiapa yang dah beli tu, aku ucapkan juta-jutaan terima kasih. Sanggup jugak beli novel daripada novelis picisan yang tak dikenali nih. Sob3... nanti aku tulis review pasal Amar Farish lak. Adios ^____^

2 comments:

yuri said...

hehe..untunglah muda2 dah jd penulis

syah said...

saya suka karya-karya nuraqilah syuhaida
dah kumpul dari kutemui cinta sampaila amar farish
x sabar nak tunggu yg keempat keluar :)