Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, August 4, 2014

KhaiRizal : A Love Story Prolog


Kejadian 7 tahun yang lalu…

            Along menghempaskan punggung di sisi buah hatinya. Mulutnya tidak henti-henti mengatakan benci terhadap pak sunya yang baru berpindah ke rumah mereka beberapa minggu yang lalu.

            Kenapa pak sunya hendak menyibuk perihal dirinya? Dia tahu menjaga diri! Bahkan Angah dan Adik juga tahu! Berbulan-bulan hidup bertiga sahaja tanpa pengawasan, mereka baik-baik saja. Apa perlunya pak su datang ke sini?

            Ray, buah hati disebelah pujuk-pujuk manja, ingin menenangkan hati Along. Namun Along endah tak endah sahaja. Kemarahannya kepada pak sunya masih belum hilang.

Sudahlah dia marah kerana pak sunya merampas buku banknya, sekarang ditambah pula dengan sikap pak su yang menyakitkan hati pagi tadi. Kejut sembahyang Subuh tu dah elok, tapi kenapa sampai siram dengan air? Dia ingat ni kem tentera ke apa?

Melihatkan Along yang dari tadi membebel tak sudah-sudah, salah seorang rakan mereka yang turut berada dalam kumpulan budak-budak nakal itu, Eriu mengeluarkan sekotak rokok berjenama Marlboro.

“You nak cuba?”

Ray mengambil sebatang rokok dari Eriu lalu disuakan kepada Along. Kata Ray, rokok sesuai untuk menghilangkan stress dan api kemarahannya saat ini.

Along menggeleng tanda tidak mahu.

“Ambillah, Ari,” pujuk rakan-rakan yang lain. Mereka ingin Along mengikut jejak langkah mereka.

Namun Along tetap menggeleng. Sejujurnya, dia tidak biasa. Walaupun dia bergaul dengan budak-budak nakal, tapi dia belum pernah berniat mahu mencuba merokok.

“Alah… ambiklah, sayang. You tak sayang I lagi ke?” Ray umpan pakai kasih sayang pula.

Along serba-salah. Jika tidak diturut, dia takut Ray akan mengugut untuk memutuskan hubungan mereka. Dia menyayangi Ray sepenuh hati. Baginya, hanya Ray seorang yang selalu setia di sisinya sejak kematian kedua-dua ibu bapanya.

Alah, cuba jelah. Sikit je… Along menyedapkan hati sendiri.

Saat dia baru menyuakan rokok itu ditepi bibirnya, tiba-tiba rokok tersebut dirampas seseorang.

Wajah Along pucat lesi menatap anak mata Rizal yang merah menyala.

“Pak su!” Habislah dia…

Puntung rokok itu dipijak-pijak Rizal sehingga hancur lumat. 

“Mak bapak kau suruh kau belajar tinggi-tinggi, kau duduk melepak kat sini dengan budak-budak yang dah rosak akhlak ni!” tengking Rizal tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang di kaki lima itu.

Rizal mengalihkan pandangannya kepada Ray. Tidak semena-mena, leher baju lelaki itu direntap. “Kau! Kau yang pandai-pandai ajar anak saudara aku hisap rokok, betul tak? Kalau kau dah teringin sangat nak mampus, kau mampuslah sorang-sorang. Jangan nak ajak anak saudara aku.”

“Ray...” Along buat suara sayu menyebut nama teman lelakinya.

“Oh, jadi buah hati pengarang jantung intan payung kau ni namanya Ray? Hodohnya nama! Meh aku cek apa nama betul kau!”

Rizal melepaskan leher baju Ray dan menolak tubuh Ray hingga lelaki itu terhenyak ke dinding bangunan kaki lima tersebut. Poket seluar Ray diraba beberapa kali bagaikan seorang pesalah. Kemudian Rizal mengeluarkan dompet dari dalam poket tersebut.

“Jantan bin Awang? Muahaha!!!” Rizal ketawa berdekah-dekah membaca membaca nama penuh Ray yang terdapat pada kad pengenalan. Konservatif gila nama.

Muka Ray sudah merah padam. Spontan tangannya merampas dompetnya daripada tangan Rizal. Rakan-rakannya yang lain turut menahan ketawa, tak sampai hati nak ketawa depan-depan.

“Baik kau pegi sekarang. Kalau tak, aku akan sebarkan ke seluruh Malaysia pasal nama kau,” ugut Rizal.

Tanpa berfikir panjang lagi, Ray terus meninggalkan tempat itu bersama rakan-rakannya. Tamatlah sudah riwayat kepopularannya di kolej kerana nama sebenarnya sudah terdedah. Mummy, tolong Atan!

“Kau pulak, ikut aku balik sekarang!” gesa Rizal apabila melihat along berdiri di belakangnya sambil teresak-esak.


************
Beberapa minggu berlalu sejak kejadian itu. Namun Along masih lagi tidak berubah. Kejadian Rizal mempermalukannya dihadapan orang awam dan rakan-rakannya, membuatkan dia semakin membenci Rizal. Rizal dianggap musuhnya dunia akhirat. Dia tidak akan sesekali memaafkan pak sunya itu.

            Rizal baru sahaja keluar dari hospital kerana ditembak pada bahu dan pehanya. Maklumlah, dia seorang anggota polis. Ditembak dan menembak memang tak boleh dielakkan. Huhu…

            Namun tiba-tiba dia mendapat satu berita yang mengejutkan. Along ditangkap mencuri di sebuah pasar raya!

            Demi anak saudaranya, Rizal terpaksa menebalkan muka mengikat jamin Along. Along dibawa pulang ke rumah. Namun hal itu tidak berakhir begitu sahaja.

            Di ruang tamu, Along duduk menikus dengan linangan air mata. Ibu saudaranya, Khai pula tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berdiri disatu sudut sambil berpeluk tubuh.

“Kau kurang ajar dengan aku, aku boleh terima. Kau tak suka aku, aku tetap sabar. Kau tak nak terima aku dalam rumah ni, aku beri kau masa. Tapi, kau memalukan aku, itu aku tak boleh terima!” Rizal menjerkah dengan mata yang merah menyala. Dia benar-benar kecewa saat itu.

“Tapi, saya tak mencuri.”
“Ya, tapi kau berkawan dengan pencuri!”

Along terdiam dengan rasa kecut. Memang pada awalnya dia berniat mahu mencuri. Rakan-rakannya mengajar kepadanya bagaimana ingin berbelanja dengan seronok tanpa mengeluarkan wang walau satu sen pun. Ketika tiba disebuah pasar raya, Along sendiri terkejut melihat rakan-rakannya sibuk memasukkan pelbagai jenis barangan jualan ke dalam beg masing-masing.

Along benar-benar takut apabila rakan-rakannya turut memaksa dia melakukan hal yang sama. Namun belum pun sempat Along mencuri walau satu barang pun, mereka disapa beberapa orang pekerja pasar raya. Beg-beg mereka digeledah dan mereka semua dibawa ke balai polis.

“Kau ni dah kebulur sangat ke, ha? Duit yang tiap-tiap bulan aku bagi tu, belum cukup ke sampai kau nak berkawan dengan budak-budak macam tu? Memang sekarang kau tak mencuri, tapi akan datang...”

“Rizal...” Khai bersuara. Dia tidak suka melihat Rizal menengking Along seperti itu. Dia akui, dalam hal ini Along memang bersalah, tapi Along tidak seharusnya ditengking sebegitu. Seorang remaja memerlukan pendekatan psikologi, bukannya tengkingan.

“Kenapa? Kau tak suka aku marah dia? Sebab sikap mengalah kau nilah dia cepat naik kepala. Kau tahu, dalam masa sehari aje dia dah buat dua kesalahan. Dahlah ponteng kuliah, lepas tu lepak pulak kat tengah-tengah bandar. Kalau setakat tu tak apa, aku boleh maafkan. Tapi dia dah diseret ke balai atas tuduhan mencuri. Mana aku nak letak muka aku ni, Khai? Seorang inspektor polis, tapi ada anak saudara yang perangai macam setan!”

Berdesing telinga Khai dan Along mendengar kata-kata Rizal yang terakhir itu.  Rizal menyamakan anak saudaranya sendiri dengan setan?

“Riz, kau ni dah melampau!” Khai melotot memandang Rizal.

Namun Rizal tidak mempedulikan amaran Khai. Dia merenung Along menahan amarah dan berkata selepas ini dia akan menyekat kesemua perbelanjaan Along.

“Kau akan hadiri kuliah ikut masa. Pergi dan balik aku yang hantar. Pakaian, aku tak nak lagi kau pakai baju dedah sana sini. Setiap kali keluar, aku nak kau pakai baju kurung. Aku takkan bagi lagi duit saku tiap-tiap bulan. Semua makan minum kau, aku dah tanggung. Kalau aku dapati kau membantah, aku…”

“Sudahlah, pak su!” Along memekik tiba-tiba. Dia menyeka air matanya yang mengalir laju. Dia bangkit dari kerusi menentang Rizal.

“Pak su tak berhak untuk tentukan hidup saya. Pak su tak boleh nak halang dengan siapa saya nak berkawan, bila saya nak keluar dan apa yang saya nak pakai. Saya tak pernah kacau hidup pak su, jadi pak su jangan nak kacau hidup saya. Siapa pak su, ha? Pak su bukan siapa-siapa bagi saya. Pak su tu cuma penyibuk yang…”

Belum pun sempat Along meletakkan noktah pada ayatnya, tamparan sulung Rizal mengenai pipi Along. Along terdorong ke belakang dan terjatuh ke atas sofa. Khai kehilangan kata-kata menyaksikan aksi spontan itu.

“Jangan sesekali tinggikan suara pada aku!” Rizal menudingkan jari telunjuknya ke muka Along, tanda amaran.

Khai bergegas mendapatkan Along dan mengusap-usap rambut anak saudaranya itu. “Riz, kau tak sepatutnya naik tangan pada dia. Mak bapak dia sendiri pun tak pernah jentik dia, kau nak lempang dia pulak. Apa kes?”

Rizal teguk liur. Dia masih boleh mengawal dirinya walaupun Along ditangkap polis, tapi dia merasa tercabar apabila anak saudaranya itu berani meninggikan suara kepadanya.

“Sudahlah! Memang dari awal saya dah tahu yang pak su tak pernah sukakan saya. Pak su bencikan saya, sebab tu pak su selalu cari salah saya. Pak su pergilah manjakan angah dengan adik. Kalau pak su dah menyampah sangat tengok muka saya, saya boleh keluarlah dari sini.” Usai menghabiskan kata-katanya, Along terus bangun dan mencapai tas tangan di atas meja.

Khai cuba menarik tangan Along, tapi Along lebih pantas berlari keluar dari rumah itu.

Khai memandang Rizal, berharap Rizal dapat berbuat sesuatu. Paling tidak, menghalang Along daripada pergi. Tapi, Rizal tidak melakukan apa-apa. Dia hanya membalas pandangan Khai dan terduduk di sofa.
*****************
Along meneguk air kuning berbuih-buih didalam gelas yang terhidang dihadapannya dengan rasa geram dan benci yang amat sangat. Mulutnya tidak henti-henti menyumpah seranah Rizal saat itu.

            Ray yang mendengar luahan Along hanya tersenyum. Walaupun tempoh hari dia sudah dipermalukan oleh bapa saudara Along, namun dia masih setia bersama Along. Kalau dia ada rasa cinta buat Along, kini perasaan itu sudah menghilang. Yang ada cuma dendam. Tekadnya, dia akan membalas dendam terhadap Rizal dan caranya adalah melalui Along.

            Saat Along sedang marah-marah itulah, Ray meniup kata-kata hasutan di telinga Along. Dia menyuruh Along meninggalkan rumah itu dan bermalam di rumahnya pada malam ini. Dia yakin Along memerlukan seseorang untuk menenangkan dirinya.

            Along bersetuju. Namun pada saat Ray cuba untuk mencium pipi gebu Along, Along segera menolak. Walaupun Ray adalah teman lelakinya, dia tidak pernah memberi peluang kepada Ray untuk berbuat lebih-lebih kepadanya. Belum pernah lagi dia sampai ke bilik tidur walaupun Ray sudah berkali-kali mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk itu.

 “Come onlah, Ari. Kita bukan budak-budak lagi. Dah tak ada siapa yang boleh halang kita,” Ray masih memujuk. Dia bertekad tidak akan berputus asa selagi Along tidak jatuh ke perangkapnya malam ini.

Along menggeleng-geleng dan mengatakan dia masih belum bersedia. Ray terus memujuk dan memujuk, sehinggalah pada satu tahap, kesabaran Along menipis.

“Hei, you ni dah gila ke? I bukan bukan perempuan murahan tau!” Along tiba-tiba naik berang.

Saat itu perasaan Ray turut terbakar. Dia enggan menerima penolakan Along. Tidak semena-mena, ringan sahaja tangannya menampar muka along sehingga gadis itu tersembam di kaunter minuman.

“Oh, bukan perempuan murahan ya? Yang kau pakai baju tak cukup kain, dedah sana-sini, saja nak tarik nafsu kaum lelaki tu bukan murahan namanya?”

Along tergamam. Dia benar-benar tidak menyangka Ray akan mengangkat  tangan kepadanya malam itu. Sangkanya Ray mencintainya sepenuh hati.

Along hanya mampu menangis. Kemarahan Ray belum surut. Ditariknya tali halus yang menyangkut pada bahu Along sehingga tali itu tercabut dan koyak.

Along menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dadanya. Saat ini tiba-tiba pula dia terkenangkan pak sunya. Dia ingin Rizal datang menyelamatkannya.

Ketika tangan Ray hampir menyinggahi pipi along untuk kali yang kedua, sepantas itu ada tangan lain yang menampannya.

“Tak ada siapa boleh sakiti anak saudara aku!”

Along mengangkat muka. Wajah Rizal yang garang menentang wajah Ray. Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doa aku! cetus hati Along.

Ray tidak puas hati. Bahu Rizal ditolak kuat. Saat itu Rizal mengerang kesakitan. Bahunya masih belum sembuh sepenuhnya ekoran ditembak dalam sebuah operasi tempoh hari.

            Ray mencemik mengejek melihat Rizal yang kesakitan walaupun hanya ditolak.

“Mak aih, baru tolak sikit dah sakit? Hari tu bukan main perkasa kau ejek nama aku depan orang ramai.”

“Pak su, pak su tak apa-apa?” Along mendapatkan Rizal dan mengusap-usap bahu pak sunya itu.

Rizal mengangguk-angguk, menandakan dia tidak apa-apa.
“Along tak apa-apa?” Dia pula bertanya.

“Saya pun tak apa-apa,” jawab Along sambil mengesat air mata di tubir matanya. Tersentuh dia dengan perhatian Rizal selama ini. Baru malam ini dia sedar. Betapa bodohnya dia kerana melabel sikap prihatin ayah saudaranya itu selama ini sebagai penyibuk.

“Jangan kacau anak saudara aku lagi lepas ni. Kalau tak, tahulah nasib kau!” Rizal mengeluarkan amaran. Dia ingin berlalu dari situ bersama Along. Malas nak gaduh.

Namun Ray hanya ketawa dan mengatakan Rizal seorang pondan kerana tidak berani berlawan dengannya. Along memegang tangan pak sunya, berharap agar pak sunya itu tidak mempedulikan Ray.

Ray yang sememangnya mudah merasa tercabar terus berpaling dan menghayunkan penumbuknya ke muka Ray. Ray terhenyak di kaunter minuman sehingga beberapa biji gelas yang tersusun di kaunter terjatuh dan pecah.

Suasana didalam pub menjadi sunyi tiba-tiba. Orang ramai yang sedang menari merenung mereka bertiga.

Rizal memegang bahunya. Terasa sedikit sengal kerana menggunakan tenaga tadi. Ikutkan hati, dia memang tidak mahu bergaduh. Ray, budak-budak hingusan. Dia tidak tahu tahap kekuatan sebenar Rizal. Kalau Rizal tidak sakit saat ini, sudah lama Ray dilanyak ala-ala cerita WWE.

Ray mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya. Kepalanya terasa pening-pening lalat.

Rizal mengusap-usap kepala Along, namun dia kaget saat melihat tali halus yang menyangkut di bahu kiri along sudah putus. Dia mendesak, menyuruh Along memberitahu siapakah pelakunya. Namun Along hanya menggeleng. Rizal semakin naik berang apabila Along seakan cuba membela Ray.

Rizal semakin menyinga. Dia terus mendekati Ray dan menghayunkan sebiji sepakan di perut pemuda itu. Ray terjerit kesakitan. Along  pula sudah kehilangan kata-kata melihat Rizal yang berubah menjadi seganas itu.

“Ini hamper sebab kau berani buat kurang ajar pada anak saudara aku!” Rambut Ray ditarik. Sebijik lagi penumbuk menyinggahi pipi lelaki itu. “Ini pulak hadiah sagu hati sebab berani naik tangan pada anak saudara aku!”

Ray terkulai lemah di atas lantai dengan lelehan darah di muka. Orang ramai pula bagaikan tidak berani bertindak saat melihat Rizal memukul Ray bertubi-tubi.

Rizal menarik kedua-dua belah pipi Ray, memaksa lelaki itu memandangnya. “Dengar sini baik-baik. Pasang telinga kau! Mulai hari ni, jangan sesekali dekati anak saudara aku lagi, pandang dia pun jangan. Kalau aku dapati kau tak buat apa yang aku suruh, jangan salahkan aku kalau sesuatu terjadi pada kau, faham?”

Ray tidak menjawab. Dia diam membalas pandangan Rizal.

“Faham tak?!” jerkah Rizal lagi. Dia mengangkat tangan seperti ingin menumbuk Ray lagi, tapi pantas Ray menyilangkan kedua-dua belah tangannya untuk melindungi mukanya.

“Ya, saya faham, bang. Saya takkan kacau Ariana lagi!”

Rizal tergelak kecil melihat aksi Ray. Memang sesiapa yang pernah merasai penangannya untuk kali pertama akan berasa serik. Pipi Ray terus dilepas kasar.

“Nah, saya bayar atas semua kerugian tadi!” Rizal mengeluarkan beberapa keping not seratus dan meletakkan diatas kaunter minuman. Pelayan lelaki itu kelihatan pucat mengambil sejumlah wang yang ditinggalkan.

Rizal menanggalkan jaketnya dan menyarungkan ke tubuh Along dan berlalu dengan hati yang puas.

Selepas keluar daripada pub, Rizal membawa Along melepak di kaki lima 7-Eleven. Sengaja dia membawa Along ke situ untuk berbincang hati ke hati.

Along diam tanpa emosi. Sesekali dia menghirup kopi panas yang diberikan oleh Rizal sebentar tadi.

“Nak?” Rizal menyua Maggi cup kepada Along.

Along menggeleng.

Rizal mengerti. Dia terus menikmati Magginya sambil berceloteh tentang kehidupannya di akademi yang selalu makan Maggi dibawah selimut suatu ketika dahulu. Along tidak memberikan sebarang respons, namun Rizal terus sahaja bercerita dengan penuh ceria, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

“Pak su…” Along tiba-tiba bersuara.

“Saya… Saya minta maaf.” ujarnya lembut. Tiada lagi suara kasar dan garang setiap kali berbicara dengan Rizal. “Saya selalu kurang ajar dengan pak su selama ni. Pak su tegur baik-baik, saya selalu balas dengan tengkingan.”

Rizal terdiam. Buat pertama kalinya dia mendengar Along bertutur selembut ini. Kalau tidak, sikit-sikit nak marah.

“Sudahlah, Along. Pak su tak ambik hati pun. Biasalah, Along masih remaja. Darah tengah panas. Pak su pun nak mintak maaf sebab selalu banding-bandingkan Along dengan Angah dan Adik.”

“Tak, pak su memang betul. Saya memang degil, tak dengar kata. Saya cuma nak orang lain lebih beri perhatian pada saya. Lepas ibu dan abah meninggal, saya rasa kesunyian. Saya harap bila saya berperangai macam tu, Abang Khai akan lebih prihatin dan selalu bertanya pasal saya, tapi nampaknya dia makin tak sukakan saya.”

“Tak, Along. Rasanya Along dah salah anggap tentang sikap dia. Mungkin dia pun dah tak kuasa nak nasihatkan Along lagi. Atau, mungkin dia fikir Along dah besar, along dah boleh fikir sendiri mana baik dan mana yang buruk.” Rizal mengusap-usap kepala Along.

“Tapi, saya tak setabah tu, pak su. Saya tak kuat. Saya rasa seolah-olah dunia ni dah kiamat bila mata saya tengok sendiri ibu dan abah dikafan dan dikebumikan.” Along meluahkan rasa hatinya.

“Saya… saya rindu ibu dan abah. Saya sangat rindukan dia orang.”

Rizal mengusap-usap belakang Along. Maggi cup diletakkan ketepi lalu dia membawa anak saudaranya itu ke dalam pelukannya. Saat itu Along terus menangis teresak-esak. Dalam hidupnya, baru kali ini dia merasa setenang itu. Ya, kematian ibu dan abah adalah qada dan qadar Allah.

“Pak su.” Pelukan dileraikan. “Boleh saya panggil pak su, abah? Sama macam angah dengan adik?” Along menyatakan hasratnya.

“Abah suka kalau Along panggil abah dengan panggilan tu. Along anak abah,” ujar Rizal sambil tersenyum dan mengangguk.

Bibir Along menzahirkan senyuman. Selepas menghabiskan kopi panasnya, dia berjalan beriringan bersama Rizal menuju ke kereta.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

7 comments:

Unknown said...

Wawawawawawahhhh...

Unknown said...

Ending prolog ni..terharu , sayu dlm gmbira la baca... huhuhuhu... daebak ela...

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - haha.. terima kasih.. amik dari Abang Khai Tomboi je. ubah sikit2. :P

Unknown said...

Waaahhh.....rindunyaaaaa..!!! ♥
My kids pun dh tanya bila nk kuar sequel. ^_^

E-la Adiey said...

Kak Nvel Addct - haha.. sorry, kak. tu la pasalnya. maklumlah, company publisher tgh meningkat naik. penulis biasa2 mcm sy ni kenala ikut turn. haha. sy pun tertanya2 bila nak kluar nih

sehijau warna daun said...

rindu giler kat novel ni

Eddayu said...

Rindu kat seme dlm AKT nie.. :D