Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Thursday, August 7, 2014

Zikir Cinta 20

ADRIAN langsung tidak bercakap sepanjang memandu Toyota Harrier menuju ke Gold Coast. Wajahnya serius menahan geram yang teramat. Daniel disebelahnya serba-salah. Jason Lee pula sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang.

            “Adrian.”

            “Jangan cakap dengan aku.”

            Daniel terkesima. Kenapa sampai begini Adrian marah kepadanya?

            “Kenapa kau nak marah aku? Bukan aku yang ajak dia.”

            “Aku bukan marah kaulah. Aku marah dia. Tapi aku takde mood nak cakap sekarang,” ujar Adrian yang masih tekun meneruskan pemanduan.

            Daniel mencebik. Dia malas hendak melayan karenah Adrian dan hanya memandang ke luar tingkap. Kemudian memulas punat aircond, menurunkan suhu kerana suasana dalam kereta saat ini membahang panas sama seperti cuaca diluar sana.

            “Menyampahlah aku. Ini percutian kita, ahli kumpulan kita. Dia bukannya ahli kumpulan kita!” ujar Adrian setelah agak lama berdiam diri.

            Daniel terdiam. Dia tahu Adrian sangat marah ketika ini. Dan Adrian kelihatan tidak seronok sepanjang memandu.

            Tapi ini bukan salah dia. Dia sendiri kaget sewaktu melihat Jessica datang bersama Cinta dan Jessica mengatakan Cinta akan turut serta dalam percutian mereka. Riak wajah Adrian terus berubah dan langsung tidak ceria.

            Adrian mendengus. Dia meneruskan pemanduannya sambil sesekali melirik melihat kereta di belakang yang mengekori keretanya dari cermin sisi. Jessica sedang bersama Cinta di dalam kereta tersebut.

Kalaulah Cinta cuma bersendirian dan dia mempunyai kuasa Incredible Hulk, sudah lama kereta Nissan Frontier yang mengekori keretanya itu diterbalik dan ditenggelamkan ke dalam Lake Burley Griffin!

Dia lebih suka kalau Jessica membawa rakan serumah. Tapi rupa-rupanya Jessica datang membawa Cinta. Itu pun tanpa berbincang langsung dengannya. Nak marah, tapi tak boleh. Tak sanggup nak marah Jessica. Hmm…

Mengingati Jessica, hatinya jadi tak keruan. Hati yang marah tiba-tiba menjadi sejuk. Cuma gadis Indonesia itu satu-satunya kawan perempuannya. Dan dia tidak tahu kenapa hatinya tergerak mahu mengajak Jessica ikut serta dalam percutian ini sedangkan sebelum ini dia lebih selesa pergi bersama Daniel dan Jason Lee sahaja.

Perjalanan dari Canberra ke Gold Coast agak jauh. Sekitar 1200 km. Mereka terpaksa berhenti di Newcastle dan beberapa buah pekan lain untuk tidur, berehat dan mengisi minyak. Perjalanan yang tidak ekspress dan banyak berhenti. Hanya dua hari selepas itu, barulah mereka tiba di tempat percutian mereka; Gold Coast yang terletak di negeri Queensland.

Kereta Adrian dan Cinta diparkir dihadapan Gold Coast International Backpackers, Hamilton Avenue; sebuah hostel yang agak murah di Surfers Paradise. Hanya sekitar 59 dolar hingga 97 dolar sahaja semalaman. Mereka bercadang untuk menginap di hostel itu sahaja kerana Daniel dan Jessica menolak ketika Adrian mengajak mereka menginap di hotel lima bintang.

“Adrian masih tak sukakan aku,” ujar Cinta sambil mengeluarkan pakaian dari dalam begnya.

Jessica pula kelihatan kagum melihat bilik hostel dengan katil dua tingkat itu. Adrian, Daniel dan Jason Lee pula menginap di bilik tingkat bawah. Hostel itu biasa-biasa sahaja, namun bersih dan selesa. Tak mahulah dia tidur di hotel mewah. Dia bukannya anak orang kaya. Dan dia juga tidak mahu dianggap mengikis duit anak orang kaya walaupun Adrian sendiri yang menawarkan untuk membayar suite mahal untuknya.

Jessica ke tingkap dan melihat pemandangan di luar. Tiada apa-apa yang luar biasa, cuma dia suka melihat pemandangan yang begitu asing baginya. Maklumlah, tiga tahun terperuk di Canberra sahaja. Paling jauh dia pergi pun cuma Sydney.

“Jess, kau dengar tak apa aku cakap ni?” Cinta sedikit marah kerana Jessica langsung tidak memberi respons terhadap kata-katanya.

“Iya, aku dengar kok,” sambut Jessica sambil matanya terus menikmati pemandangan.

“Kau tengok apa?” tanya Cinta.

“Nggak, aku kagum aja. Rasa gak percaya aku udah sampai ke Gold Coast. Rasa kayak mimpi jadi nyata.”

Cinta tersenyum dan mendapatkan Jessica yang berdiri di tepi tingkap.

“Kamu udah pernah datang ke sini?” soal Jessica dan disambut dengan anggukan dari Cinta.

“Dah banyak kali. Aku pergi dengan papa aku. Tapi bukan menginap dekat sini.”

Jessica mengangguk-angguk. Yalah, pasti Cinta menginap di hotel yang jauh lebih mewah. Kenalah dengan statusnya.

Jessica ada juga menyuruh Cinta tidur di hotel mewah jika tidak selesa tidur di hostel kecil seperti ini, namun Cinta menolak. Katanya hostel ini sudah cukup selesa. Lagipun, buat apa mahal-mahal sangat. Membazirkan tak elok. Jessica tersenyum sahaja.

Mungkin ada hikmahnya juga kenapa Syafiq ditakdirkan berniat mahu berbuat jahat kepada Cinta, dan Allah menggerakkan hati Eddie untuk memaklumkan hal tersebut kepada Jason Lee dan yang menyelamatkannya pula adalah Daniel.

“Aku dah penat, Jess. Aku tak larat tengok muka Adrian yang asyik membenci aku,” kata Cinta perlahan.

Jessica memandang Cinta yang berwajah muram.

“Bersabarlah, Cinta. Allah sentiasa memberi ganjaran kepada hambanya yang bersabar. Emang sih, kamu lihat Adrian itu orangnya keras seperti batu tapi sebenarnya hati dia lembut. Orang-orang yang nggak kenal sama dia pasti akan bilang dia sombong dan angkuh. Tapi kamu percaya sama aku, dia sebenarnya baik,” tutur Jessica memujuk Cinta.

“Dia tak nak beri aku peluang untuk berubah ke?” Cinta bertanya lagi.

“Dulu kamu juga pernah meminta untuk dikasi peluang, kan?”

Cinta terkedu. Tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia lupa. Dulu Daniel pernah memberinya peluang. Dan peluang itu seharusnya digunakan untuk membuktikan kepada rakan-rakan Daniel bahawa dia boleh berubah. Namun dia sendiri yang merosakkannya. Ah, memang salah dia!

Adrian tidak salah. Langsung tidak bersalah. Adrian hanya mahu melindungi sahabatnya. Andai kata Adrian membencinya saat ini, Adrian sama sekali tidak bersalah. Sebaliknya dia, Cinta Aulia yang bersalah!

“Tidak mudah untuk mendapatkan kemaafan dari Adrian dan semua itu butuh waktu. Yakinlah, satu hari nanti pasti dia akan memaafkan kamu.”

Dipandangnya wajah gadis Indonesia yang sentiasa tenang itu. Tidak tahu kenapa setiap kali melihat wajah Jessica dan lebih-lebih lagi Daniel, terasa segala masalah bagai hilang begitu sahaja. Walau sedang menghadapi masalah, mereka sentiasa tenang dan tersenyum, seperti tiada apa yang membebankan fikiran mereka.

Kata Daniel, hanya berzikir dan ingat kepada Allah SWT yang dapat menenangkan jiwa manusia. Entahlah, dia sendiri tidak pernah mempraktikkannya.

“Yuk, kita siap-siap. Sebentar lagi kita mahu keluar,” ujar Jessica sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

“Nak pergi mana?”

“Adrian bilang mau ngajak kita semua keliling Gold Coast.”

Mendengar nama Adrian, wajah Cinta bertukar kelat. Dia menelan air liurnya yang terasa pahit. Pasti Adrian tidak suka jika dia turut serta, malahan Adrianlah orang yang paling bahagia sekali jika dia tiada.

“Tak apalah, Jess. Aku tak nak pergi,” kata Cinta.

Jessica mengerutkan kening.

“Emangnya kenapa? Ayuhlah Cinta, kalau nggak mau ikut, terus kamu mau ngapain di sini sendirian?”

“Tak apa. Kalau aku bosan aku keluarlah jalan-jalan. Lagipun, aku takkan sesat. Dah biasa datang sini.”

Jessica mengangguk-angguk.
“Tapi aku pulangnya nanti malam loh. Mungkin agak telat!”
“Don’t worry, I can handle it!” Cinta mengenyit mata.
Jessica tersenyum lantas mencapai beg sandangnya.

“Kalau kamu bosan kamu tinggal telefon aku, ya? Aku akan kasi tahu kamu lokasi aku,” pesan Jessica sebelum berlalu dari bilik itu.

Cinta hanya mengangguk dan menzahirkan senyuman. Disaat Jessica sudah menghilang dari bilik itu pun, dia masih lagi tersenyum.

Jujur, hal seperti ini tidak pernah dijangkakannya. Dulu sangkanya dia tidak sukakan orang miskin, sama seperti rakan-rakannya; Hana, Fatin dan Erma. Tapi ternyata itu salah sama sekali. Dia merasa dirinya jauh lebih selesa berkawan dengan Jessica dan Daniel berbanding rakan-rakannya yang rata-rata bersifat matrealistik. Sudah terlalu lama dia hidup tanpa menjadi dirinya sendiri.

Tapi sebenarnya, Hana, Erma dan Fatin masih belum tahu kini dia sudah bersahabat dengan Daniel dan Jessica. Dan dia juga masih belum bersedia untuk memberitahu mereka. Mungkin sekarang rakan-rakannya mengira dia ke Gold Coast bersama papanya seperti selalu!
*******************

“CINTA mana?” Jason Lee bertanya apabila melihat Jessica turun seorang diri. Jason Lee bersama Daniel dan Adrian sedang berkumpul dihadapan hostel penginapan mereka.

            “Dia masih ada di atas.”

            “Mekap 10 jam…” sungut Adrian mulai bengang.

            “Adrian, nggak baik prejudis gitu. Hari ini dia nggak ikut kita. Mungkin dia mahu istirehat karena masih capek setelah perjalanan tadi.”

            “Saya pun pandu kereta jugak. Mengada-ada!” dengus Adrian.

            Daniel tersenyum. Bahu Adrian ditepuk.

            “Adrian, kau dengan Cinta lain. Dia perempuan. Perempuan ni kadang-kadang ada pasang surutnya, betul tak?”

            Jessica mengangguk bersungguh-sungguh. Adrian berpeluk tubuh dan mencemik. Tapi dalam hati dia sebenarnya gembira kerana Cinta tidak ikut serta. Muka Cinta hanya akan menghilangkan moodnya untuk bercuti.

            “Wei, aku laparlah. Jom makan!” Daniel mengalihkan topik.

            “Adrian, kau pernah datang sini, kan? Tahu kat mana restoran halal?”

            Adrian memuncungkan bibir, berfikir-fikir.

            “Kat sini pun ada restoran Malaysia. Korang nak Restoran Maharani, Restoran Bunga Raya atau Golden Legends Seafood? Semua pun halal.” Adrian mengutarakan gagasannya.

            Daniel angkat bahu.

            “Anythinglah. Kalau boleh makan benda berat pun okey jugak,” ujarnya.

            Dan akhirnya Adrian memutuskan membawa rakan-rakannya ke Restoran Maharani. Sepanjang berada di restoran tersebut, Adrian becok bercerita tentang pengalamannya melancong ke Gold Coast empat tahun yang lalu bersama keluarga. Masing-masing hanya menjadi pendengar setia sambil menikmati nasi briyani.

            “Gold Cost ni taklah besar mana pun. Aku rasa KL kat Malaysia tu lagi besar kot. Aku rasalah. Kebanyakan penduduk sini pun orang Asia. Tempat-tempat yang aku pernah pergi Dream World, Sea World, Warner Brothers Movie World dengan Wet and Wild. Kalau kat Sea World, kita boleh tengok ikan dolphin dan pertunjukan air. Roller coaster pun ada. Kalau nak ala-ala kanak-kanak riang sikit korang boleh pergi Movie World. Ada Bugs Bunny, Tweety… Batman pun ada!” cerita Adrian begitu ceria.

            Jessica khusyuk mendengar cerita Adrian. Dia tidak pernah ke Gold Coast sebelum ini. Mendengar cerita Adrian sahaja sudah cukup membuatnya tidak sabar mahu menjelajah keseluruhan tempat di Gold Coast.

            “Apa kata lepas ni kita pergi Movie World? Dari kecil aku teringin sangat nak jumpa Batman dan Superman. Wira pujaan aku!” sampuk Jason Lee dan membuatkan Adrian serta Jessica tertawa.

            Jason Lee tak pernah berubah. Sejak di tahun pertama mereka berkenalan hingga sekarang, Jason Lee masih lagi tertarik dengan karakter kartun superhero dari negara Barat itu.

            Dan setiap kali percutian sebelum ini pun, mereka belum pernah ke Gold Coast. Kata Adrian, dia mahu menyimpan tempat best-best selepas benar-benar tamat peperiksaan akhir.

            Cuti semester sebelum ini mereka bertiga berkhemah di Bristol Beach, Wollonggong. Tapi tak lama pun kerana cuti semester di ANU cuma dua minggu. Kalau cuti musim panas barulah tiga bulan. Tetapi kesempatan itu digunakan oleh Daniel untuk bekerja sambilan mencari duit. Ada lebihan, dia akan kirim kepada ibunya di kampung.

            “Aduh, aku udah sakit perut. Kari pedas barangkali, ya? Aku ke toilet dulu!” ujar Jessica tiba-tiba dan terus berlari-lari anak meninggalkan meja makan.

            Adrian tertawa dan menggeleng-geleng.

            “Tak sopan betul anak dara sorang ni!”

            Daniel mengecilkan mata memandang Adrian. Dia sebenarnya sudah lama menebak. Mungkin hari ini adalah hari yang sesuai untuk berterus-terang.

            “Adrian.”
            “Yup?”
            “Kau suka Jessica, betul tak?”

            Tiba-tiba Adrian yang asyik mengunyah keropok tersedak. Terbatuk-batuk dia mendengar kata-kata Daniel. Dia tidak menyangka sama sekali Daniel akan berkata seperti itu.

            Jason Lee juga tercengang mendengarnya. Namun Daniel masih buat muka selamba.

            “Apa kau cakap ni?” tanya Jason Lee.

            “Nanti, tunggu dia habis batuk dulu.” Daniel masih bersahaja.

            “Aku suka Jessica?” Adrian menudingkan jari ke muka sendiri.

            Daniel tersenyum dan mengangguk dengan penuh macho.

            “No way…” Adrian tersenyum sumbing dan menggeleng-geleng.

            “Pleaselah, Adrian. Kau tak boleh tipu aku. Obvious kot!” ujar Daniel lagi.

            Adrian terdiam. Hujung jarinya mengetuk-ngetuk meja.

            “Aku rapat dengan dia tapi tak bermakna aku minat kat dia.” Adrian masih menafikan. Namun dia tidak berani menentang anak mata Daniel.

            Daniel meneguk sisa-sisa teh tariknya. Haish, susah sangat nampaknya nak buat Adrian mengaku. Sebelum ini Adrian tidak pernah bercinta dan tidak pernah mempunyai perasaan terhadap kaum hawa. Dia melayan semua kawannya sama rata. Tapi Daniel dapat melihat bagaimana berbezanya cara layanan Adrian terhadap Jessica.

            “Kau je yang cakap, Jason tak pun!” Adrian masih lagi menyangkal.

            Jason Lee mencemikkan muka. Lama dia berfikir sambil mengurut-urut dagunya yang bersih. Kemudian dia bersuara, “Hmm… mungkin betul apa yang Danny cakap. Aku tak pernah nampak kau layan perempuan lain macam kau layan Jessica. Biasanya kau buat dono je dengan perempuan. Well frankly speaking, I though you’re gay but…”

“Kau ingat aku gay?” Adrian memintas pantas.

“Dulu jelah.” Jason Lee ketawa terkekeh-kekeh.

Adrian mencemik. Huh, mustahil! Walaupun dia tidak terlalu melayan perempuan tapi perasaannya dan nalurinya masih belum terpesong. Sejak lahirnya ke muka bumi, dia adalah lelaki normal yang mempunyai tarikan yang kuat terhadap perempuan. Dan tidak tahu kenapa, tarikan itu semakin kuat terhadap gadis Indonesia tersebut sejak akhir-akhir ini.

“Kau tahu tentang penyakit dia kan?” Soalan Daniel disambut dengan anggukan perlahan dari Adrian.

Ya, dia tahu Jessica menghidap penyakit lemah jantung. Secara keseluruhannya, Jessica nampak sihat. Cuma kadang-kala gadis itu mengalami masalah sesak nafas dan pening-pening.

“Kalau kau serius suka kat Jessica, cepat-cepatlah ajak dia kahwin. Mana tahu lepas ni terbuka hati dia nak dapatkan rawatan untuk penyakit dia tu,” tokok Daniel lagi dengan wajah yang serius.

Adrian tersenyum kelat. Sebelum ini dia pernah beberapa kali menawarkan kepada Jessica untuk membiayai perubatan gadis itu. Dia mahu gadis yang disukainya dalam diam itu menjalani kehidupan yang normal dan sihat sepenuhnya. Tetapi setiap kali itulah Jessica menolak, atas alasan Adrian orang luar dan bukan ahli keluarganya. Dia tidak mahu terhutang budi.

“Kalau kau nak aku boleh je tolong bagitahu dia yang kau suka kat dia.” Kali ini Daniel menjolok pula.

Wajah Adrian yang putih ditundukkan. Terasa kulit mukanya panas sekali.

“Eleh, malu-malu konon!” Jason Lee mengherotkan muka sambil menyiku lengan Adrian.

Adrian mengetap bibir seraya menunjukkan buku limanya kepada Jason Lee. Jason Lee menjegilkan biji mata.

“Cepatlah, kau nak ke tak ni?” Daniel masih bertanya soalan yang sama.

Adrian cuma berdiam diri. Tidak lama kemudian bibirnya tersenyum. Semakin lama semakin melebar. Rasanya Daniel dan Jason Lee sudah tahu apa jawapannya.

“Ada apa-apa yang aku ketinggalan?” soal Jessica tiba-tiba muncul. Dia hanya dapat menangkap perbualan tiga sekawan itu diakhir bicara mereka. Itupun sikit sahaja dan dia tidak dapat mengagak apa topik yang dibincangkan.

Daniel memandang Jessica yang duduk di sisinya lantas tersenyum. Senyuman yang sukar dimengertikan. Jason Lee buat muka selamba. Wajah Adrian pula semakin merah.

Jessica bingung sendiri.
****************

SELEPAS makan, mereka berempat terus keluar bersiar-siar di sekitar Gold Coast dan beberapa tempat menarik yang dicadangkan oleh Adrian.

            Ketika di Movie World, mereka berkesempatan melihat ‘Marilyn Monroe’ menari dan menyanyi di jalan raya bersama penari-penarinya. Jessica kagum melihat puteri pujaannya selama ini, Cinderella, Snow White dan Sleeping Beauty dihadapan matanya. Terasa seperti sedang berada di alam fantasi kanak-kanak.

            Waktu siang yang lebih panjang memberi kesempatan kepada mereka untuk menjelajah Gold Coast dengan lebih lama. Daniel, Adrian dan Jessica sempat menunaikan solat dan berehat seketika di Islamic Society of Gold Coast Inc. Kemudian meneruskan lawatan di sekitar Surfers Paradise pula disebelah malam.

            Esok mereka semua akan menjelajah Gold Coast lagi, tetapi ke tempat lain pula. Berjalan-jalan pada malam hari untuk membeli-belah sehingga awal pagi disini adalah normal. Tidak seperti peniaga di Canberra yang menutup kedai pada pukul lima petang, peniaga di sini menutup kedai antara pukul dua belas tengah malam hingga dua pagi.

            Ketika meronda-ronda di sekitar bandar pada waktu malam, peniaga berketurunan Asia mesra melayan pelanggan. Suhu yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk serta keadaan yang selamat menggalakkan orang ramai keluar.

            Selain membeli-belah di kedai yang menjual pelbagai barangan, suasana di sekitar pasar malam dipesisir pantai Surfers Paradise dihidupkan dengan pelbagai aktiviti lain. Di satu kawasan lapang, sekumpulan penyanyi jalanan menghiburkan orang yang lalu-lalang. Di satu sudut lain pula, artis sibuk menghasilkan kerja seni, sama ada mengambil upah melukis potret atau menjadikan diri sebagai pameran seni.

            “Amacam? Best kan datang sini?” Adrian bersuara setelah lama mereka membisu. Membisu kerana kagum dengan persekitaran di sini.

            Daniel tersenyum sambil meneguk kapucino panasnya. Matanya leka memerhati sekumpulan penyanyi jalanan yang menyanyi tanpa tahu biji butirnya.

            “Keadaan kat sini riuh, tak macam Canberra,” komen Jason Lee.

            “Tapi pemandangan di sini cantik, penuh dengan warna-warni. Keadaan di sini cocok buat orang berlibur. Tapi untuk student kayak kita, pastinya suasana bising ini nggak cocok,” komen Jessica pula.

            “Hey Jess, remember, we’re not students anymore!” tokok Daniel ceria.

            Jessica tertawa seraya menepuk dahinya.

            “Aduh, sorry! Sorry! Aku benar-benar lupa kalau kita sekarang udah jadi orang dewasa dan tidak lama lagi akan melangkah ke alam kerjaya!”

            Mereka berempat ketawa gembira. Keadaan sekarang amat berbeza sekali. Tidak tahu kenapa, tapi perasaan menjadi orang dewasa begitu mengujakan.

            Daniel tiba-tiba terasa lengannya disinggung. Dia menoleh kepada Adrian. Adrian mengenyit mata memberi isyarat dan memuncungkan bibirnya kepada Jessica yang sedang leka mendengar muzik penyanyi jalanan yang menyanyi dalam slang Australia.

            Daniel segera teringatkan sesuatu. Huh Adrian ni, boleh tahan gatal jugak rupanya. Tadi malu-malu sangat.

            “Err… Jess.” Daniel mendekati Jessica.

            Jessica menoleh sekilas kepada Daniel. Daniel memandang Adrian yang membuat thumbs up kepadanya. Tiba-tiba dia terasa menyesal pula kerana menawarkan bantuan kepada Adrian. Dia bukannya ejen pencari jodoh!

            “Kamu kenapa?” Jessica bertanya melihat Daniel teragak-agak seperti ingin mengatakan sesuatu.

            “Jess, awak ada boyfriend?”

            Tersentak Jessica mendengarnya. Rare sungguh. Daniel tak pernah bertanya soalan melibatkan hal peribadi seperti itu sebelum ini.

            “Kamu ini aneh-aneh aja. Kamu kan gak pernah lihat aku jalan sama cowok selain kamu, Adrian dan Jason. Kalian aja teman aku. Ya, jelaslah aku gak punya cowok!”

            Daniel tersengih. Dia memandang Adrian yang sedang berbual-bual dengan Jason Lee. Mungkin Adrian hanya mahu mengalihkan perhatian supaya Jason Lee tidak menyibuk.

            “Awak ada secret admirer?”

            Jessica yang sudah menghabiskan sisa-sisa minumannya mula memandang tepat ke wajah Daniel.

            “Danny, kamu kok aneh banget malam ini. Sakit ya?”

            Daniel pantas menggeleng dan mengurut-urut belakang leher untuk mengawal rasa gemuruh. Nak menjodohkan orang lain, dia pula yang berdebar-debar.

            “Tak boleh ke tanya?”

            “Bukannya nggak boleh, tapi soalan kamu itu aneh. Kamu nggak seperti ini sebelum ini.”

            “Cepatlah jawab!” Daniel mendesak.

            “Iya! Iya! Namanya juga secret admirer, mana aku tahu!” Mudah jawapan Jessica.

            Tiba-tiba Daniel terasa bodoh bertanyakan soalan itu tadi. Kalau secret admirer, itu bererti peminat rahsia, peminat dari jauh. Mana mungkin Jessica tahu.

            Sekali lagi dia berpaling memandang Adrian. Adrian mengerutkan dahi ke arahnya, tanda tidak sabar menunggu. Jason Lee yang tidak memahami bahasa isyarat antara rakan-rakannya itu hanya buat dono.

            Daniel mencemikkan muka. Hish, dia ni tahu memaksa je. Cakap sendiri tak nak! gumamnya.

            “Mmm… Jess, saya nak beritahu yang Adrian… selama ni dia…”

            “Eh Danny, kamu tahu apa disko atau nightclub yang ada di sini?” Soalan Jessica mematikan terus segala teori dalam benak Daniel.

            Potong betul.  Masa nilah dia nak tanya pasal disko! gerutu Daniel.

            “Kenapa tiba-tiba tanya pasal disko? Nak pergi disko ke?”

            “Nggaklah! Aku tiba-tiba kepikiran soal Cinta. Setahu aku sih, dia selalu juga ke disko, pub dan nightclub. Ada seorang temanku, anak orang kaya yang agak dekat sama Cinta bilang, Cinta kalau lagi bosan atau stress memang suka ke sana. Siang tadi juga Cinta bilang dia udah banyak kali datang ke sini dan udah tahu jalan-jalan di sini. Aku khawatir aja, takut dia ke tempat seperti itu lagi!”

            Riak wajah Daniel terus berubah. Itulah dia. Kalau hal-hal lain, dia selalu bertenang, tapi kalau hal yang melibatkan Cinta, macam-macam ekspresi muka dia boleh buat. Masa itulah baru orang akan tahu dia juga manusia yang ada emosi.

            “Tak mungkinlah… Cinta dah berubah. Insya-Allah.” Daniel cuba menyedapkan hati sendiri.

            “Aku terfikir aja. Soalnya aku rasa nggak enak saat ini,” luah Jessica.

            Daniel menggigit bibir. Memang, dia nampak perubahan Cinta sejak akhir-akhir ini. Tapi adakah itu jaminan bahawa Cinta tidak akan menjejakkan kaki ke disko atau pub lagi?

            “Jess, tolong telefon Cinta. Tanya dia ada kat mana sekarang.”

            Jessica mengangguk sahaja mendengar arahan Daniel.

            “Macam mana?” tanya Adrian apabila Daniel mendekatinya. Dia berharap Daniel akan memberikan jawapan yang positif.

            “Sorry, Adrian. Maybe next time. Boleh tolong carikan nama-nama disko, pub dan kelab malam yang ada kat sini?” Serius sekali suara Daniel.

            Jason Lee merenungnya pelik.

            “Kau jangan, Danny. Mentang-mentanglah dah nak graduate, kau nak pergi disko pulak. Tuhan tak suka tau!” tekan Jason Lee.

            “Apasal tiba-tiba cakap pasal disko? Cepatlah, Jessica cakap apa?” soal Adrian. Dia menggoyang-goyang tangan Daniel seperti anak kecil.

            Daniel terasa kepalanya berserabut dengan soalan daripada rakan-rakannya. Dia tidak dapat berfikir dan terus menarik tangannya dari pegangan Adrian. Kasar tidak, lembut pun tidak.

            “Sorry Adrian, aku ada benda lagi penting sekarang ni. We’ll talk about it later. Just give me the list, please?”

            Adrian lambat-lambat mengangguk.

            “Okay… wait a sec. Aku search kat Google,” ujarnya lalu mengeluarkan Iphone nya.

            “Danny.” Jessica mendapatkan Daniel.

            “Macam mana?”

            “Telefonnya mati. Aduh, aku nggak enak ni. Kita pulang ke hostel yuk, aku mau lihat dia!” tutur Jessica yang jelas menzahirkan kerisauannya.

            Daniel mengangguk dengan wajah yang cukup serius.


Damn it, why am I like this?

Why am I lying next to this girl
How many more times do I have to do this
For me to come to my senses
Someone, tie me down somewhere, quickly, please
She’s a bad girl, I know... I know,
but here I go again

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

8 comments:

Unknown said...

Omaiya, what hppn to Cinta????

intan razak said...

cinta tu mcm menyusahkan je

zahra said...

sweet je Adrian. tunggu habis study baru nak confess.hehehe

Anonymous said...

sbrnya saya pelik kenapa saya lg suka Adrian berbanding Daniel

~Ain

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - haha.. stay tuned!

intan razak - memang menyusahkan. ish3...

zahra - adrian mmg manis.hahaha

Ain - ek? ramai ckp mcm tu. haha

Unknown said...

Adrian comel!

Anonymous said...

haha..comelnya adrian

Eddayu said...

True friend for ever..