Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, March 20, 2015

Kau Bidadariku... 2

KERJA-KERJA renovation rekabentuk dalaman Butik NADYA’S sudah siap sepenuhnya. Nadya tersenyum, tanda berpuas hati dengan hasil kerja interior designer yang dicadangkan oleh Adam itu.

            Butik NADYA’S sudah berubah wajah. Dindingnya yang sebelum ini berwarna biru ditukar kepada warna merah jambu untuk menaikkan suasana romantik dan feminin. Dekorasi tampak ekslusif dan elegan dengan pencahayaan lampu chandelier yang sedikit malap, ditambah pula dengan hiasan air terjun kecil di sudut butik.

            “Ibu suka?” soal Nadya.

            Puan Sri Azila mengangguk dengan wajah yang sedikit kagum.

            “Suka, cantik sangat-sangat. Anak ibu ni memang kreatif. Tak sia-sia ibu serahkan butik ni kat Nadya.”

            Nadya tersengih nakal. Kembang semangkuk mendengar pujian ibu angkatnya itu. Meskipun dia tiada jodoh dengan arwah Hafiz, namun Puan Sri Azila dan Tan Sri Jamaluddin sudah dianggapnya seperti ibu bapa sendiri. Kedua-duanya tidak menolak apabila Nadya ingin memanggil mereka dengan gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Hanya Nadyalah yang mereka ada selepas pemergian Hafiz.

            “Kak Nadya, Puan Sri, saya dah siapkan air. Mari minum,” sampuk pembantu butik yang bernama Lily itu.

            Nadya mengangguk. “Mari kita minum, ibu.”

            Mereka berdua melangkah ke sofa yang terletak berhampiran kaunter pembayaran. Selepas menuangkan dua cawan teh panas di atas meja, Lily kembali menyambung tugasnya mengemas butik yang sedikit berselerak kerana kerja-kerja pengubahsuaian.

            “Lily, marilah minum sekali,” ajak Nadya yang sudah melabuhkan punggungnya.

            Lily tersengih seraya menggeleng. “Tak apalah, kak. Dah minum tadi. Akak minumlah, saya nak buat kerja. Tak suka tengok barang bersepah-sepah.”

            Nadya tersenyum sahaja mendengar jawapan pembantu butiknya itu. Masuk hari ini, sudah hampir dua bulan Lily bekerja di butiknya. Sebenarnya sepanjang 7 tahun mengendalikan Butik NADYA’S, pembantu butik kerap bertukar ganti kerana kebanyakan mereka hanya bekerja sementara kerana menunggu keputusan peperiksaan SPM atau IPT.

            “Minum, ibu.” Nadya berbasa-basi.

            Puan Sri Azila mengangkat tangkai cawan teh panas yang masih panas meruap itu. Wapnya berlegar-legar di permukaan cawan kemudian naik mengapung ke udara sambil menerbitkan bau harum yang menggoda selera. Tiba-tiba Puan Sri Azila terasa lapar. Selepas suaminya ke pejabat pagi tadi, dia terus bersiap-siap ke butik tanpa bersarapan terlebih dahulu.

            “Nadya, dekat-dekat sini ada buka gerai tak?” soal Puan Sri Azila.

            “Kenapa, ibu?”

            “Ibu rasa lapar pulak. Pagi tadi tak sempat breakfast,” terang Puan Sri Azila.

            “Oh, kenapa tak cakap awal-awal? Kalau ibu nak makan, Nadya ada bawa bekal nasi lemak. Nadya buat pagi tadi sebab Adam cakap teringin nak makan. Kejap ya, Nadya pergi ambil.”

            Puan Sri Azila mengangguk sahaja. Anak matanya mengekori langkah Nadya yang berjalan masuk ke dalam ofisnya mengambil bekal nasi lemak yang dibawa.

            Untuk seketika, Puan Sri Azila mengeluh sendiri. Hmm… untung Adam dapat memperisterikan wanita secantik dan selembut Nadya. Sayang Nadya bukan menantunya!

            Tidak lama selepas itu, Nadya kembali dengan membawa mangkuk tingkat berserta pinggan plastik dan sudu.

            “Ini dia, ibu. Nasi lemak kuah sambal ikan. Adam suka makan nasi lemak makan dengan ikan. Hari tu Nadya dah cuba buat sambal ayam, tapi dia tak suka.”

            Puan Sri Azila kelihatan teruja. Bau nasi lemak yang menyelerakan itu membuatkan perutnya bergendang irama dangdut. Tak kisahlah sambal ikan ke ayam, asal boleh hadam dalam perut, semua pun dia sapu!

            Sambil memerhati rentak Nadya yang sedang tekun menyajikan nasi lemak ke dalam pinggan plastik, dia mengerling ke wajah Nadya.

            “Nadya dengan Adam dah 7 tahun kahwin, kan?” Nadya mengangguk.

            “Masih belum ada isi ke? Ibu teringin nak timang cucu,” ungkap Puan Sri Azila. Telus dari hatinya.

            Nadya mengukir senyuman. Tersenyum kelat mendengar kata-kata ibu angkatnya itu. Dia tahu Puan Sri Azila tidak berniat apa-apa kerana dia tahu wanita itu sudah cukup lama menanti saat dirinya berbadan dua. Kata Puan Sri Azila, kalau Nadya sibuk di butik dan Adam bekerja di pejabat, dia mahu menjaga bayi mereka. Sekurang-kurangnya ada juga peneman di kala sunyi.

            Tapi apa boleh buat? Rezeki belum berpihak kepada mereka. Sudah bermacam-macam cara mereka usahakan, namun sehingga kini belum menampakkan hasil. Adam juga memahami dan tidak pernah menyalahkan Nadya kerana dia tahu, hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ada pasangan yang baru berkahwin sudah hamil dan ada pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun pun masih belum dikurniakan cahaya mata. Semua itu adalah kuasa-Nya.

            Seperti yang tertulis dalam Surah Asy-Syuuraa ayat 49-50: ‘Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan jenis lelaki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa.’

            “Nadya, kenapa diam? Nadya terasa ya?” Suara Puan Sri Azila memancung lamunan pendeknya.

            Nadya senyum senget. Wajah Puan Sri Azila yang kelihatan sedikit serba-salah dipandangnya.

            “Tak adalah. Nadya teringat abah dekat kampung. Dah seminggu lebih tak balik Kampung Ara.” Cepat sahaja Nadya mereka alasan demi menutup dukanya.

            Terima kasih kepada Puan Sri Azila, tiba-tiba wajah abahnya terlintas difikiran. Terselit kerinduan terhadap abahnya yang tinggal berseorangan di kampung. Adik bongsunya, Ainul yang kini sudah berusia 27 tahun sudahpun berkahwin dengan seorang pensyarah dan menetap dengan suaminya jauh di Pulau Pinang. Anak arwah kak long yang bernama Armand itu pula baru naik Tingkatan Satu dan bersekolah di sekolah asrama penuh.

            Ainul jarang pulang menjenguk abah di kampung kerana faktor jarak tempat tinggalnya. Berlainan pula dengan Nadya, sekiranya ada kelapangan pasti dia akan pulang menjenguk. Lagipun Kuala Lumpur dengan Ayer Keroh bukannya jauh sangat. Dua jam perjalanan sudah sampai.

            “Maaf kalau ibu macam memaksa. Ibu cuma tak sabar aja. Rindu nak dengar suara baby…” luah Puan Sri Azila dengan mulut yang berselera mengunyah nasi lemak.

            Nadya ketawa kecil. “Tak adalah, bukan ibu sorang yang tanya. Ramai sangat bertanya soalan yang sama, tapi manalah Nadya boleh jawab. Itu semua kuasa Tuhan.”

            Puan Sri Azila lambat-lambat mengangguk. Nadya tersenyum sahaja melihat Puan Sri Azila yang sedang menghabiskan sisa-sisa nasi lemak didalam pinggan plastik.

            “Hari tu ayah ada beritahu perkembangan terbaru tentang Hafizuddin.” Puan Sri Azila kembali bersuara selepas nasi lemaknya habis.

            “Oh, ya ke? Macam mana?” Segera Nadya melontarkan pertanyaan. Tidak sabar-sabar ingin mengetahui apa berita tentang kembar Naim Mohd Hafiz itu.

            Puan Sri Azila berjeda beberapa ketika sebelum menjawab, “Ayah minta tolong kawan dia yang ada kenal orang berpengaruh dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Ayah minta cek satu-persatu nama-nama yang ada kat Malaysia ni. Tapi tak ada satu pun muka Mohd Hafizuddin. Yalah, kan dia kembar Hafiz, mestilah tak susah nak cari. Tapi itulah… ayah kata seorang pun tak ada yang muka macam Hafiz!”

            “Macam mana kalau muka Hafizuddin tu tak sama macam Hafiz? Yalah, mana tahu masa baby je muka sama, dah besar jadi lain,” telah Nadya pula.

            Puan Sri Azila angkat bahu. “Hmm… entahlah, Nadya. Ibu pun tak tahu nak usaha celah mana lagi. Dah 30 tahun. Jangankan Hafizuddin, ayah saudaranya yang bawa dia lari pun entah hilang ke mana!” rengus Puan Sri Azila.

            Mengingati adik kepada suaminya yang bernama Jamal itu, darahnya tiba-tiba terasa mendidih. Sungguh dia menyesal kerana mempercayai adik iparnya itu 30 tahun yang lalu. Kalaulah Hafizuddin membesar dibawah jagaannya, mungkin dia masih berpeluang bermenantukan Nadya.

            Kalau Hafiz boleh jatuh cinta pada Nadya, kemungkinan Hafizuddin juga boleh. Mereka kembar! Dan pasangan kembar punya rasa yang sama!

            “Sabarlah, ibu. Kita jangan putus asa. Kita usaha dan tawakal pada Allah. Letakkan pengharapan pada Dia, insya-Allah Dia akan tunjukkan jalan kepada kita."

            Puan Sri Azila mengangguk. Suara lembut Nadya meredakan suhu kemarahannya. Kerana inilah dia sungguh berkenan sekiranya Nadya menjadi sebahagian daripada keluarganya. Dia sudah mengenali Nadya luar dan dalam sejak 8 tahun yang lalu. Nadya yang sungguh santun, lembut, berpendidikan, pandai memasak dan berparas jelita. Cukup sempurna pada pandangan mata Puan Sri Azila. Kriteria lengkap calon menantu yang jarang ada pada setiap gadis zaman sekarang.

            Astaghfirullahalazim… apa yang aku fikir ni? gumam Puan Sri Azila, menyedari dia sudah melebih-lebih. Siapalah dirinya untuk menentukan jodoh dan hidup seseorang?

            Perkataan ‘kalau’ yang sebegini sungguh tidak digalakkan dalam Islam. Seolah-olah diri sendiri tidak redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Seolah-olah mempersoalkan kepada Tuhan, kenapa jadi begini? Kenapa tak jadi begitu?

            Sudahlah, lebih baik aku fokus pada pencarian Hafizuddin aja sekarang. Mudah-mudahan kalau tak dapat bermenantukan Nadya, aku akan dapat menantu yang lebih baik, bisik kalbu Puan Sri Azila, sengaja menyedapkan hati sendiri dan kembali menghirup teh panasnya yang sudah sedikit suam.
*******************

“I have a good news for you. It is good, but something that is really unpredictable. You will get surprise!” ujar Yusof sebaik melihat adiknya itu menapak di ruang legar tingkat bawah bangunan HS Holdings.

            Adam angkat kening. Dia melangkah beriringan bersama abangnya menuju ke lif. Butang tingkat 8 ditekan. Beberapa orang staf yang sudah masuk ke dalam ruangan lif yang sama mengucapkan selamat pagi kepada Adam dan Yusof. Dan dua beradik kembar itu hanya menyambut dengan seadanya.

            “Really? What is it? Zulaikha pregnant kembar empat pulak?” Adam berloyar buruk seraya ketawa berderai-derai.

            Yusof menjeling. Kelakar ke? Yalah, walaupun mereka sebaya tetapi Yusof sudah ada empat orang anak setakat ini. Anak sulungnya lahir setelah hampir setahun usia perkahwinannya dengan Zulaikha. Dua tahun selepas itu, Zulaikha mengandung lagi. Kali ini mengandung kembar tiga sekaligus. Mungkin ikut genetik Yusof. Keturunan beranak kembar.

            “Kejap lagi aku bagitau. Kau tak payah nak buat lawak tak kelakar. Aku korek lubang hidung kang.” Yusof berbisik agar suaranya tidak didengari oleh sesiapa didalam lif itu. Kalau staf-staf lain dengar, jatuhlah imejnya sebagai Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Projek HS Holdings. Yalah, ada ke patut pengarah syarikat main ugut-ugut nak korek hidung? Tak mencabar langsung.

            Tiba di tingkat 8, mereka melangkah melintasi staff partition dan masuk ke dalam bilik Adam yang berlabel Managing Director. Meskipun Yusof berpangkat abang, namun dia lebih suka jika HS Holdings diterajui oleh adiknya. Adam jauh lebih tegas dan garang bila menyentuh soal bisnes. Semua staf hormat dan tunduk kepadanya.

            “Hah, cakaplah. Apa benda yang unpredictable tu?” Adam terus menyoal setelah melabuhkan punggung ke kerusi empuknya.

            Yusof tersengih nakal. Tanpa dipelawa, dia menarik kerusi dan duduk dihadapan adiknya itu.

            “Ini pasal Hafizuddin, kembar arwah Hafiz tu.”

            Adam membulatkan biji mata. Yusof dipandangnya tanpa berkelip, tanda menyuruh abangnya itu meneruskan kata-katanya.

            “Well, aku ada upah penyiasat persendirian. Mungkin nampak macam over je, kan? Benda macam ni pun nak upah penyiasat segala, tapi aku rasa memang perlu kot. Dah 7 tahun takde hasil. Aku pun dah bosan tunggu. Hmm…” ujar Yusof sambil mengusap-usap dagunya yang sedikit berjambang.

            “Wei, kau nak mukadimah sampai Subuh pagi esok ke? Cepatlah cerita!” desak Adam dengan meninggikan sedikit intonasi suaranya.

            Yusof tersengih lagi. Seperti sengaja ingin melambat-lambatkan. Suka mengusik adiknya yang mudah naik angin itu. Bila dengan semua orang, Adam ini garang macam singa lapar. Tapi bila dengan Nadya, isteri kesayangan dan mata airnya itu, Adam tiba-tiba bertukar jadi kucing. Manja dan gedik!

            “Yusof!” Adam merenung tajam abangnya itu menandakan dia sedang serius.

            “Sabarlah, kau ni gelabah pulak. Tak elok marah-marah tau? Nanti cepat tua,” sela Yusof.

            Adam tersenyum sinis. Tua? Sekurang-kurangnya walaupun sekarang umurnya sudah 32 tahun, dia masih belum rabun sehingga perlu memakai cermin mata seperti Yusof. Sejak Yusof pakai cermin mata ni, nampak macam pak cik-pak cik walaupun wajahnya seiras dengan Adam. Kadang-kala orang sampai tersalah anggap dan menyangka Yusof sudah hampir masuk usia 40-an.

            Maklumlah, sejak jadi bapak orang ni, gaya berpakaiannya pun sudah lain. Tidak seperti Adam yang suka bergaya dan kelihatan kemas sentiasa. Apa nak hairan? Nadya pun tak kurang hebatnya. Mereka berdua pasangan suami isteri yang sentiasa kelihatan sofistikated dengan gaya yang up to date. Mentang-mentanglah ada butik pakaian sendiri.

            “Weh Yusof, cepatlah bagitau. Dahlah pagi ni aku nak kena jumpa klien. Tak boleh lama ni, cepatlah!” desak Adam sambil tangannya sudah sibuk mengeluarkan beberapa buah fail dan kertas pelan bergulung-gulung dari laci mejanya.

            “Yelah, yelah, aku bagitahulah ni.” Yusof tersenyum-senyum. Dia membetulkan duduknya sebelum kembali bersuara.

            “Tak perlulah cari orang yang bernama Hafizuddin lagi, sebab dia dah tak wujud!”

            Terkedu Adam mendengar kata-kata yang menujah deria pendengarannya. Yusof dipandangnya dengan riak terkejut.

            “Tak wujud? Hafizuddin pun dah meninggal dunia ke?” Lambat-lambat dia mengajukan pertanyaan. Kalau Hafizuddin pun dah tak ada, kasihan Puan Sri Azila dan Tan Sri Jamaluddin.

            “Tak, tapi menurut sumber yang aku dapat, dia dah tukar nama sejak kecil lagi. Ditukar oleh adik Tan Sri Jamaluddin, namanya Jamal kalau tak silap aku. Patutlah kita cari selama ni memang tak pernah jumpa,” jelas Yusof dengan wajah yang serius.

            Adam terdiam. Otaknya ligat cuba menganalisis kata-kata abangnya itu. Melihat Adam tidak memberi sebarang reaksi, Yusof terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin telefon Samsung Galaxy S IV itu disentuh dan ditekan dibahagian Notes.

            “Okey, ni ada sikit yang aku dapat dari spy tu. Aku rasa berbaloi giler kot aku bayar dia 10 ribu. Benda ni macam complicated gak. Juling mata aku masa mula-mula tahu pasal benda ni,” tokok Yusof dan menghulurkan telefonnya kepada Adam.

            Adam terus menyambutnya. Beberapa maklumat yang tertera di skrin telefon bimbit Yusof itu dibacanya dengan teliti. Sesekali matanya membulat seperti tidak percaya dengan apa yang dibacanya.

            Hmm… patutlah. Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila yang sudah berusaha selama 30 tahun pun tak berjaya, inikan pula dia yang baru berusaha mencari sejak 7 tahun kebelakangan ini.

            Bijak betul strategi Jamal. Dia memberi identiti baru kepada Hafizuddin agar tidak dapat dijejaki oleh sesiapa. Bawa Hafizuddin lari sampai ke Auckland dan balik Malaysia semula ketika Hafizuddin sudah berusia 9 tahun. Taraf pendidikan Hafizuddin juga tidak kurang hebatnya. Bachelor in Business Administration dari Australian National University, Canberra.

            “Jamal tu sekarang tengah uruskan ibu syarikat yang bertapak dekat New Zealand. Hafizuddin pulak uruskan anak syarikat dekat sini. Tak silap aku company dia dekat Shah Alam. Brilliant Sdn. Bhd. Dah 6,7 tahun dah dia handle company tu,” cerita Yusof ketika Adam masih membaca maklumat di skrin telefonnya.

            Adam menaikkan kening. “So maksudnya 7 tahun yang kita sibuk mencari macam orang gila, rupa-rupanya dia tinggal dekat je dari sini? Dia cuma stay dekat Shah Alam dan kita tak sedar selama ni?”

            “Err… itu ayat penyata ke ayat soal? Kalau kau tanya, aku jawab ya jelah,” sambut Yusof dengan muka bingung.

            Adam tertawa sinis. Wajahnya diraup beberapa kali dengan riak wajah yang begitu sukar untuk ditafsirkan.

            “Kita buang masa selama ni. Punyalah penat aku jelajah satu Malaysia, semata-mata nak cari dia. Rupa-rupanya dia kat KL ni je! I am so stupid…” keluhnya dengan nada yang sedikit bengang.

            “Tapi Shah Alam bukan KL…” omel Yusof perlahan. Saja nak betulkan ayat Adam, tapi kalau cakap kuat takut Adam dengar. Kalau Adam dengar nanti Adam mengamuk. Adam ni dahlah garang.

            “Apa nama Hafizuddin tu sekarang?”
            “Huh?” Yusof sedikit terpinga-pinga.

            “Err... tak silap aku nama dia Muhammad Hafiz Adrian. Hafiz tu still ada, tapi tambah Adrian. Sedap gak nama dia, sebab setahu aku isteri Jamal tu minah saleh New Zealand…”

            Adam mendengus perlahan. Jawapan Yusof di akhir ayat itu tidak begitu menarik perhatiannya. Hmm… Muhammad Hafiz Adrian. Dia pasti akan mencari lelaki itu!


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

6 comments:

yuri said...

alaa nak lagi nak lagi...nak scene adrian

Unknown said...

Hafiz Adrian bila nak muncul? Muncul nama je?
Curious ni. Ai curious ni...
Wink². Haha~^^

E-la Adiey said...

yuri - sabo, nnti ade ar.. haha

ct roxalynna - ala u ni... dlm bab 1 kan dh ada scene adrian. kita kasi la suspen dlu, hero penting tu... haha

hannah said...

waaaaaa............nak adrian..................mana adrian................

Eddayu said...

Adrian dimana.. akk nie tetap sokong Adrian..

E-la Adiey said...

hannah & kak eddayu - hehe.. ramai rupanya yg lagi suka Adrian.. :D