Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Saturday, March 21, 2015

Kau Bidadariku... 3

ADAM terdiam. Terpegun sehingga membuatkan nafasnya tersekat untuk seketika. Paras isterinya ditenung atas hingga ke bawah tanpa berkelip.

            “Kenapa, abang? Tak cantik ke?” soal Nadya sedikit gusar. Gaun labuh merah hati yang dikenakan ke tubuhnya dibelek berkali-kali. Takut juga kalau suaminya tidak berkenan dengan pakaiannya malam ini.

            “No…” Adam seumpama baru tersedar dari keasyikannya. Senyuman menggoda merekah di bibir. Tangan isterinya dicapai, ditarik menghampirinya.

            “You look so stunning, angel. I love it,” pujinya lalu mengucup pipi isterinya itu.

            Nadya benar-benar kelihatan jelita pada malam ini mengenakan gaun labuh digayakan bersama tudung yang dililit ala-ala Hana Tajima. Meskipun dia sudah tahu isterinya itu pandai bergaya, namun setiap kali melihatnya, Nadya tidak pernah gagal membuatkan dadanya berkocak menahan getaran.

            Sudah 7 tahun. Dan setiap kali itu dia akan jatuh cinta setiap kali melihat isterinya. Hebat sungguh penangan wanita bernama Nurul Nadya binti Asnawi ini dihati dan mata seorang lelaki bernama Mohd Adam Dato’ Husin.

            “Mari pergi.” Adam memimpin tangan isterinya keluar dari kondominium tersebut.

            Dan pada malam itu, mereka menikmati candle light dinner di sebuah restoran ekslusif bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Nadya yang ke-32.

            Selesai itu, Adam memandu Audi A4 ke satu kawasan berbukit yang agak lapang di kawasan Shah Alam. Dari situ, mereka boleh melihat keindahan bandar pada waktu malam.

            Turun dari keretanya, Adam bergegas ke pintu penumpang sebelah dan membukakan pintu untuk isterinya pula.

            “Haish, abang… tak perlulah sampai macam ni sekali,” ujar Nadya sedikit malu. Biarpun tidak ada orang lain di kawasan lapang ini, namun dia tetap segan dengan layanan suaminya itu.

            “Biarlah, apa salahnya abang layan birthday girl special sikit malam ni?” tukas Adam pula sambil menghulurkan tangan kepada isterinya.

            Nadya meninggalkan clutch purse yang dibawanya didalam kereta dan terus keluar. Sambil menggenggam jari-jemarinya, Adam membawa isterinya itu berdiri menghadap pemandangan yang terbentang luas dari atas bukit.

            Memang sekiranya ada kelapangan, mereka suka menghabiskan masa berdua di sini. Kerana di atas bukit ini, mereka hanya berdua. Kawasan yang hanya diterangi lampu-lampu jalan itu memberikan mereka privasi untuk menghabiskan masa bersama tanpa gangguan sesiapa.

            “Buat masa ni kita habiskan masa kat sini dulu ya, sayang? Abang sebenarnya ada plan nak bawa Nadya ke Mauritius untuk honeymoon, tapi tugas-tugas dekat ofis banyak sangat. Nanti bila abang dah dapat tarikh, kita pergi okey?” ujar Adam sambil merangkul pinggang langsing isterinya.

            “Nadya tak kesah, abang. Kita duduk atas bukit ni, spend time bersama dah cukup bagi Nadya. Tak perlu sampai ke luar negara,” ujar Nadya manja. Kepalanya dilentokkan ke dada Adam. Untuk seketika, dia tenggelam dalam pelukan hangat suaminya.

            Adam tersenyum sahaja. Pelukannya dikemaskan. Tuhan sahaja yang tahu bahawa dia benar-benar bahagia kini. Tujuh tahun hidup bersama Nadya adalah perkara yang paling indah dalam hidupnya. Doanya semoga ikatan suci ini akan terus utuh sehingga ke akhir hayat.

            “Sayang…” Adam memegang dagu Nadya, menyuruh isterinya itu mendongak memandang wajahnya.

            “Thank you so much for being my wife. Accept me the way I am in this past seven years,” ungkapnya tulus, ikhlas dari hati.

            Apa yang pernah terjadi 11 tahun yang lalu tidak akan sekali-kali padam didalam memori dan ingatannya. Ketika di zaman kampus mereka, begitu sukar untuknya mendapatkan sekeping hati seorang gadis bernama Nadya. Nadya yang dikejarnya ketika itu langsung tidak memandangnya dan memilih untuk bersama dengan seorang lelaki bernama Hafiz.

            Namun takdir menentukan tiada jodoh diantara Nadya dan Hafiz. Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Ketika itu Adam menganggap dirinya berpeluang untuk memiliki Nadya kembali, namun jalannya tidak semudah itu apabila Nadya memilih untuk mencintai lelaki yang bernama Rafi Mohd Thaqif pula.

            Empat tahun Adam menunggu, hanya semata-mata kerana mahu Nadya membalas perasaannya. Mahu Nadya mencintai dirinya seperti mana dia mencintai Nadya sedalam-dalam hatinya. Dan ternyata penantiannya tidak sia-sia. Setelah mereka menempuh alam perkahwinan, Nadya membalas juga perasaannya.

            Syukur alhamdulillah. Penerimaan dan kesudian Nadya membuatkan dirinya benar-benar bersyukur dan dia sudah berikrar bahawa di hatinya cuma akan ada Nadya dan dia hanya akan mencintai wanita bernama Nurul Nadya binti Asnawi.

            “Nadya pun nak ucap terima kasih pada abang,” balas Nadya pula, sekaligus menyedarkan Adam yang sempat terleka untuk seketika.

            “Terima kasih sudi terima Nadya seadanya. Sudi sayang Nadya sepenuh hati abang. Dan sudi jaga Nadya. Pengorbanan paling besar yang abang pernah lakukan adalah bila abang dermakan satu buah pinggang abang pada Nadya, dan Nadya takkan lupakannya sampai bila-bila.”

            Tersentuh hati Adam mendengarnya. Mata mereka saling bertaut dengan sinar kasih yang tidak berpenghujung.

            “Abang ada good news untuk Nadya.”
            “Apa dia?”
            “Abang dah tahu kat mana lokasi kembar Hafiz.”
            Mata Nadya sedikit membulat kerana terkejut.
            “Betul ke?”

            Adam mengangguk. “Tapi abang belum pergi cari lagi. Info tu dapat dari Yusof. Nanti bila ada kelapangan abang akan pergi jumpa dia.”

            “Oh…” Nadya juga mengangguk lambat-lambat. Terasa sedikit lapang dadanya. Syukur alhamdulillah… moga-moga kemunculan Hafizuddin tidak lama lagi mewarnai kembali kehidupan Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila yang sudah sekian lama merindui anak mereka.

            “Jom kita menari,” pinta Adam tiba-tiba.
            “Apa?” Nadya tekup mulut menahan ketawa.
            “Menari kat sini? Dengan tak ada muzik?” soal Nadya tidak percaya.

            Adam mengangguk bersungguh-sungguh. Dia menunduk, mendekatkan bibirnya pada telinga Nadya.

            “Tak ada muzik tak apa. Abang nyanyi sebagai background music,” bisiknya dengan suara yang sensual. Berderau seketika Nadya ketika hangat nafas sang suami berhembus ditelinganya. Membuatkan hatinya berdebar sakan.

            Adam tersenyum penuh makna. Belakang tubuh Nadya didekatkan pada dadanya. Sebelah lagi tangannya pula menggenggam tangan Nadya. Tubuhnya mula bergerak perlahan, mengikut alunan dan rentak lirik lagu Sempurna yang dinyanyikannya dengan langkah yang perlahan.

            Kau begitu sempurna
            Di mataku kau begitu indah
            Kau membuat diriku akan selalu memujamu
            Di setiap langkahku
            Ku kan selalu memikirkan dirimu
            Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

            Janganlah kau tinggalkan diriku
            Takkan mampu menghadapi semua
            Hanya bersamamu ku akan bisa

            Kau adalah darahku
            Kau adalah jantungku
            Kau adalah hidupku
            Lengkapi diriku
            Oh sayangku, kau begitu
            Sempurna... Sempurna…

            Kau genggam tanganku
            Saat diriku lemah dan terjatuh
            Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

            Bergenang air mata bahagia di kelopak mata Nadya. Bait-bait lagu yang begitu menyentuh tangkai hatinya. Saat mendengar esakan isterinya, Adam yang asyik meletakkan wajah di telinga Nadya mengangkat muka. Sedikit terpana melihat mutiara jernih yang sudah mengalir di pipi mulus ratu hatinya.

            “What’s wrong, sayang?”

            Nadya menggeleng perlahan. Allah, peliharalah rumah tangga kami… desis hatinya bahagia.

            “I love you, Mohd Adam Husin. I love you so much…”

            Adam tersenyum. Kening isterinya dikucup syahdu. Air mata Nadya diseka dengan hujung jarinya.

            “I love you too, Nurul Nadya. Dahlah, jangan nangis. Birthday girl mana boleh sedih.” Lembut suara Adam memujuk.

            “Terima kasih sebab stay dengan Nadya, walaupun sampai sekarang Nadya tak mampu berikan abang zuriat…” ujar Nadya sebak. Terasa sungguh beruntung dirinya kerana memiliki suami seperti Adam. Kalau lelaki lain, mungkin sudah berkahwin satu lagi demi mendapatkan cahaya mata sendiri.

            “Angel abang ni, jangan cakap macam tu. Abang pernah cakap sebelum ni. Soal anak itu ketentuan dan rezeki dari Allah. Zuriat merupakan hasil usaha suami isteri. Kenapa abang perlu salahkan Nadya? Kita tunggu dan sabar aja, sayang. Suatu hari nanti Allah mesti akan makbulkan doa kita,” pujuk Adam lagi.

            “Tapi macam mana kalau Nadya ni sebenarnya mandul? Nadya memang tak boleh beri abang anak? Nanti kita cek hospital ya, abang? Kalau Nadya mandul, Nadya nak abang kahwin lain. Nadya tak kesah bermadu sebab Nadya…”

            Belum pun sempat Nadya menyudahkan ayatnya, tangan Adam terus memegang kedua-dua belah pipi isterinya, membawa pandangan mereka bersatu.

            Adam mengeluh, menggeleng kepala dengan sikap Nadya.

            “Cuma Nadya satu-satunya isteri abang, bidadari syurga abang, dan selama-lamanya akan kekal begitu,” ujarnya tegas sebelum bibirnya mula hinggap di bibir isterinya.

            Nadya sedikit terkejut, namun tidak lama kemudian matanya dipejamkan. Perasaan gundah dan resah yang menghempap jiwa bagaikan hilang begitu sahaja. Tubuh Adam didakapnya seerat yang mungkin.

enjoy the song!


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

6 comments:

hannah said...

adeh...touchingnya bab ni :'(

Unknown said...

Huhuhu... T_T
Sebak lak Nadya ckp mcm tu...

Agk2 ada x cete ape dugaan Rafi tu buat kat hubungan dorang sebelum kawen tu ?

E-la Adiey said...

hannah - huehue

ct roxalynna - kalau nak cerita konflik dgn rafi tu, makin teballah novel ni jawabnya. haha

budak blur said...

sweetnya adam.....ela kau buat aku berbelah bahagi nak suka adam ke adrian...hahahahha

Eddayu said...

so sweetssss.. touching gler.. melting..
akk faham perasaan Nadya ble dh lama berkahwin tp blm ada zuriat sendiri lg.. sbb akk pun cm tue gaks..
:'(

E-la Adiey said...

budak blur - kenapa mesti pilih kalau bleh amik dua2? kihkihkih

kak Eddayu - huh? kesian akak.. x sangka akak pun sama.. tp akak sgt happy dan bahagia. sy doakan akak dgn abg eddy bahagia sampai bila2 dan akan dikurniakan anak suatu hari nanti :')