Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, March 23, 2015

Kau Bidadariku... 4

SETELAH pesawat MH 132 yang dinaikinya dari Auckland selamat tiba di KLIA jam 7.40 pagi, Adrian terus menggalas beg sandangnya dan menaiki teksi pulang ke kediamannya di apartment mewah Nusa Rhu.

Sememangnya dia tidak dapat bercuti lama kerana bebanan tugas di pejabat yang datang bertimpa-timpa. Encik Jamal juga tidak dapat menghabiskan masa lebih lama di New Zealand kerana perlu berangkat ke Maldives atas urusan bisnes.

            Selepas meletakkan beg galasnya di ruang tamu, Adrian terus masuk ke kamarnya dan berbaring malas di katil. Duduk didalam penerbangan kira-kira 10 jam membuatkan tubuhnya terasa kebas dan lenguh.

            Matanya terasa berat. Beberapa kali dia cuba melelapkan mata, tapi tak tidur-tidur juga. Tidak lama selepas itu barulah dia teringatkan sesuatu.

            Adrian memusingkan kepala, memandang bingkai gambar yang terletak elok di atas meja di sisi katilnya.

            Patutlah susah nak tidur, terlupa nak pandang awak dulu, desisnya. Bingkai gambar itu dicapai lalu ditenungnya untuk beberapa ketika.

           “Jessica, rindu awak sangat-sangat. Awak cantik hari ni, sama macam hari-hari sebelum ni,” bisiknya sambil sempat menghadiahkan sebuah senyuman, seolah-olah gadis kesayangannya benar-benar ada dihadapan matanya.

            Kalau orang lain tengok, mesti rasa seram. Adrian bercakap dengan gadis didalam gambar yang sudah meninggal dunia 7 tahun yang lalu. Senyuman Jessica, biarpun dalam imej kaku, tetap mampu menjentik hati Adrian.

            Kawan baiknya, Daniel pernah juga berseloroh, mengatakan dia gila bayang dan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Mengharapkan benda yang tidak akan terjadi.

            Tapi biarlah… orang lain tidak tahu apa perasaannya. Dia mencintai Jessica setulus hatinya dan dia tidak akan mencari wanita lain sebagai penggantinya. Kalau Allah menetapkan jodohnya dengan wanita lain di dunia ini, dia tidak akan menghalang. Tapi dia tidak akan mencari. Biar jodoh itu datang sendiri.

            Peristiwa ketika dia berkunjung ke rumah Daniel minggu lepas kembali berputar di kepalanya. Setiap kali pulang dari ofis, dia tidak akan pulang ke apartmentnya terus. Sebaliknya akan singgah di rumah Daniel terlebih dahulu. Itu memang sudah menjadi aktiviti rutinnya sedari dulu lagi.

            “Uncle Adrian tak ada bawakan Dania hadiah?” soal Dania sambil menarik-narik seluar Adrian.

            Bibir Adrian merekah dengan senyuman. Tubuh yang lesu kerana seharian di pejabat terasa sedikit segar melihat anak perempuan Daniel yang sungguh comel itu. Tubuh gadis kecil berusia lima tahun itu terus didukungnya.

            “Kalau uncle datang mesti minta hadiah. Botaklah uncle nanti,” gurau Adrian seraya melangkah mendekati meja dihalaman rumah yang sudah siap terhidang minuman petang.

            “Adrian, Daniel cakap awak teringin nak makan karipap inti kentang. Ni saya ada buatkan. Makan banyak-banyak ya?” ujar Cinta dengan ramah.

            Adrian tersengih nakal. Meskipun tidak mempunyai sesiapa di sini, namun Daniel dan Cinta sentiasa berlapang dada menerima kunjungannya.

            “Aik, haritu abang cakap abang teringin nak makan lempeng Humaira tak buat pun untuk abang? Adrian nak makan karipap siap buat sampai satu kuali besar.” Daniel kerut-kerut kening, menunjukkan rasa tak puas hati pada isterinya.

            Adrian tergelak, terasa lucu dengan kata-kata Daniel.

            “Kau biar betul, Danny? Dengan aku pun kau nak jealous?” selanya. Dia menarik kerusi dan duduk menyertai pasangan suami isteri itu di meja tersebut.

            “Eh, mestilah. Haritu dia cakap muka kau handsome macam pelakon Hong Kong tau!” balas Daniel pula, tidak mahu kalah.

            Cinta bercekak pinggang dan mencubit manja lengan suaminya.

            “Tak payah mengada-adalah, abang. Lempeng tu bukan Humaira tak nak buat, tapi masa tu kan Humaira cakap Humaira tak tahu buat. Nanti Humaira minta resepi dari ibu, Humaira buatlah,” sampuk Cinta.

            Dia membahasakan diri sebagai Humaira, yang membawa maksud kemerah-merahan. Panggilan manja hanya untuk Daniel. Suaminya yang mahukan gelaran itu, sunnah Rasulullah katanya.

            Indahnya cinta halal, getus Adrian dengan perasaan yang cemburu. Benar, setiap kali melihat kebahagiaan dua sahabat baiknya itu, hatinya dibelit rasa cemburu. Tapi setiap kali disuruh berkahwin, ada sahaja alasannya nak mengelak.

            “Meh makan, Dania. Bismillahirrahmanirrahim…” Adrian mengambil seketul karipap yang masih berwap, ditiupnya sedikit lalu disuap ke mulut Dania yang diletakkan di ribaannya. Sekali pandang, Dania dah macam anak Adrian pulak. Maklumlah, sejak Dania pandai bertatih Adrianlah yang selalu menjadi teman bermain.

            “Uncle, nak hadiah…” Dania merengek manja dengan mulut yang mengunyah karipap.

            “Dania, tak baik buat Uncle Adrian macam tu. Uncle baru balik kerja. Nanti esok lusa uncle bagi hadiah,” sampuk Daniel, cuba memujuk lembut anaknya itu.

            Dania mula tarik muncung 16 hasta.

            “Hei, jangan nak buat duckface kat sini. Kalau Dania merajuk dengan uncle, uncle tak nak dah datang sini,” usik Adrian.

            Dania mengetap bibir pula sambil menggeleng beberapa kali.

            “Okey, Dania tak merajuk. Esok lusa uncle bawa hadiah, okey?” tukas Dania kemudiannya, membuatkan Adrian, Daniel dan Cinta tertawa.

            “Amboi, anak ummi ni. Uncle Adrian punya pasal, laju je dia,” sakat Cinta.

            Dania tersenyum malu dan terus membuka mulut apabila Adrian menyuakan lagi karipap kepadanya. Tampak begitu manja dia dengan ayah angkatnya itu.

            Adrian mengukir senyuman bahagia. Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil. Allah tidak membiarkan dirinya kesunyian. Disaat dia begitu merindui pemergian Jessica, Allah menghadirkan puteri kecil ini bagi menyerikan hidupnya. Meskipun Dania bukan anaknya, tapi dia menyayangi anak kecil ini seperti zuriatnya sendiri.

            “Adrian, kau ni dah ada gaya boleh jadi bapak orang. Pergilah kahwin. Kalau tak ada calon, aku dengan Cinta boleh rekomen. Erma kan ada.”

            Hampir tercekik Adrian mendengar kata-kata Daniel. Dia membulatkan mata.

            “Erma?”

            Cinta mengangguk-angguk. “Yalah, awak single, Erma pun single. Sesuailah tu.”

            Hampir terburai tawa Adrian dibuatnya. Ada-ada je laki bini ni. Adrian bukannya tidak kenal siapa Erma. Erma juga salah seorang kenalannya ketika di universiti, tetapi Erma kini sudah berstatus balu beranak satu, menetap terus di Canberra dan membuka butik pakaian sendiri di sana.

            “Tak naklah aku. Kalau aku kahwin dengan dia, anak dia tak pandai cakap Melayu. Nanti dia panggil aku ‘Daddy! Daddy!’ aku nak anak aku panggil aku abi,” seloroh Adrian. Dia ingin menolak secara baik, tidak mahu Daniel dan Cinta terasa.

            Dan penolakannya itu bukanlah kerana Erma berstatus balu, tetapi kerana hatinya memang tidak terpaut pada mana-mana gadis selain Jessica. Hanya Jessica yang menghuni hatinya. Dan mungkin selama-lamanya akan kekal begitu. Hmm… mungkinkah?

            “Sudahlah Adrian. Kau ambil masa terlalu lama. Kita pun bukannya makin muda. Sampai bila kau nak duduk sorang-sorang kat apartment tu? Tak teringin nak ada anak sendiri? Tak nak ada orang jagakan makan minum kau?” tokok Daniel, menghulurkan pertanyaan demi pertanyaan kerana ingin menyedarkan sahabatnya itu.

            Dan Adrian seperti biasa, hanya mampu melayangkan senyuman dan membiarkan pertanyaan-pertanyaan yang sudah menerjah masuk ke telinganya lebih dari 162 kali itu berlalu begitu sahaja.

            Adrian melepaskan keluhan dan menutup ingatannya tentang pekara itu. Gambar wajah Jessica diusap-usap sayang sehinggalah dia akhirnya terlelap dengan sendiri.

            Tidak tahu pukul berapa, Adrian terbangun semula apabila telefon bimbitnya menjerit nyaring. Dia menggosok mata. Terpisat-pisat bangun lalu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Saat itu baru dia menyedari dirinya sudah tertidur sampai tengah hari dengan tangan yang masih memeluk bingkai gambar tadi.

            “Hello…” Dalam rasa mengantuk, dia menjawab juga panggilan tersebut.

            “Amboi, suara basi? Tengah hari pun tidur? Pukul berapa sampai?” Daniel di hujung talian menyoal bertalu-talu.

            Adrian menggeliat kecil. Dengan mata yang masih terpejam, dia membalas, “Awal pagi tadi. Aku letihlah, tak selesa tidur dalam flight.”

            “Hmm… dahlah, dahlah, bangun. Matahari dah tegak atas kepala ni. Kau mesti belum sembahyang, kan? Pergi sembahyang cepat, pasni datang kafe aku tau?” gesa Daniel.

            “Okey…” Itu sahaja jawapan Adrian. Talian terus diputuskan.

            Dia menguap seketika sebelum bangkit menuju ke bilik air. Selesai mandi membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor, dia terus bersiap-siap untuk ke kafe Daniel pula. Sebelum sampai ke kafe, dia singgah dahulu dia kiosk stesen minyak untuk membeli coklat.

            Ketika kakinya melangkah masuk ke dalam kafe ekslusif bertemakan modern vintage itu, Daniel terus menghampirinya.

            “Dania is expecting you,” beritahu Daniel ketika mereka berdakapan.

            Adrian tersenyum. Dia terus menuruti langkah Daniel menuju ke arah sebuah meja yang sedikit tersorok. Dania yang masih memakai baju seragam tadikanya kelihatan tekun menconteng buku mewarnanya.

            “Uncle Adrian!” Dania teruja sebaik melihat Adrian dihadapannya. Pensel warnanya terus dicampak ke atas meja.

            Adrian terus mendepangkan tangan, membawa Dania ke dalam pelukannya.

            “Kau duduklah dulu, teman Dania main. Aku buatkan air,” ujar Daniel sebelum dia berlalu ke kaunter minuman.

            Adrian terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Seperti biasa, Dania diletakkan di atas ribanya.

            “Uncle, uncle, ada bawak hadiah tak?”

            Adrian tertawa halus. Dah agak dah. Memang itu soalan pertama yang akan disoal anak kecil itu.

            “Ada…” Adrian terus mengeluarkan sebungkus coklat yang dibelinya di kiosk stesen minyak tadi.

            “Wah, coklat. Dania suka coklat. Terima kasih uncle!” ucap Dania penuh keriangan.

            Adrian tersenyum sahaja. Kebiasaannya anak perempuan Daniel itu tidak akan bersungut tentang barangan yang diberi oleh Adrian. Asalkan Adrian membawakan sesuatu untuknya, maka itu akan dikira sebagai hadiah. Tak kiralah bagi coklat ke, kuih ke, nasi bungkus ke.

            Adrian mengerling seketika ke arah Daniel yang begitu tekun membantu pekerjanya menyiapkan pesanan minuman untuk para pelanggan.

            Kadang-kala dia sendiri kagum melihat Daniel. Sahabat baiknya itu bermula dari bawah dan memulakan perniagaan kafenya dari titik kosong. Dulu ketika zaman belajar, Daniel tidak memiliki apa-apa. Langsung tak ada! Tapi dia rajin berusaha demi memajukan diri sendiri. Dan hari ini, Daniel sudah pun memiliki tiga cawangan kafenya dibawah jenama Cinta Aisha’s Café.

            Berbeza pula dengan Cinta. Isteri Daniel itu pula memang mewarisi perniagaan keluarga. Bebanan tugasnya membuatkan dia sering pulang lewat ke rumah. Mujur Daniel seorang suami yang memahami. Sepanjang kesibukan Cinta di pejabat, Daniel lah yang menguruskan Dania. Memasak, menghantar dan mengambil Dania pulang dari sekolah.

            Melihat rakan-rakannya itu bahagia dan berjaya dalam hidup, itu sudah cukup bagi Adrian. Dan dia sudah tidak memerlukan apa-apa lagi selain dari itu.

            “Nah, aku buatkan air ni. Tengah hari ni minum air sejuk best. Kau nak makan apa? Aku belanja,” ujar Daniel yang sudah kembali semula ke meja dan menghidangkan segelas strawberry sweet iced tea kepada Adrian.

            “Thanks…” Adrian tersengih. Dia menoleh sekilas pada menu yang terpampang di dinding kafe.

            “Aku nak pasta. Pasta apa pun boleh.”

            “Zul, roasted garlic and white cheddar pasta satu!” Daniel menjerit ke dapur.

            “Orite!” sahut pekerjanya pula.

            “Abah, macam mana nak buka ni? Tak boleh…” sungut Dania yang dari tadi tidak berjaya membuka pembungkus coklatnya.

            Daniel angkat kening. “Dania, abah dah cakap kan? Jangan makan coklat banyak sangat. Hari tu gigi dah kena tampal. Nanti doktor cabut. Biar tak ada gigi langsung.”

            Tergelak Adrian mendengarnya. Dia mengerling ke wajah Dania yang sudah masam mencuka.

            “Biarlah Danny… budak-budak. Dania, lepas makan ni gosok gigi tau. Kalau tak gosok, nanti ulat makan gigi.” Adrian berpesan sambil mengelus-elus rambut Dania.

            “Umm…” Dania gumam bibir. Wajahnya sudah tidak seceria tadi. Meskipun Daniel tidak meninggikan suara, tapi teguran abahnya itu membuatkan jiwanya tersentuh. Anak manja katakan.

            “Dahlah, jangan buat muka macam tu. Meh uncle suap. Makan tau, mahal uncle beli ni,” ujar Adrian, bertujuan hendak memujuk. Pembungkus coklat ditangan Dania diambilnya lalu dibuka.

            Daniel menggeleng-geleng sahaja.

            “Uncle Jamal macam mana? Sihat?” soalnya yang sudah mengambil tempat duduk dihadapan Adrian.

            “Alhamdulillah, sihat. Semalam lepas aku balik Malaysia, dia fly ke Maldives sebab projek kat sana.” Adrian menjawab sambil menyuapkan coklat ke mulut Dania.

            Daniel diam sahaja. Matanya memerhati Dania yang leka menikmati coklat yang disuap oleh Adrian. Manjanya Dania dengan sahabat baiknya itu kadang-kala buat hati Daniel gusar. Bukannya apa, takut Dania konfius siapa sebenarnya ayah dia.

            “Danny, aku rasa aku dah sedia,” ujar Adrian tiba-tiba, membuatkan Daniel pelik untuk seketika.

            “Sedia apa? Sedia nak kahwin?”

            “Kau ni macam tak ada soalan lain nak tanya. Bukanlah! Aku rasa… aku dah sedia nak cari kembar aku tu.”

            “Bukan sebelum ni kau pernah cakap kau malas nak cari?” soal Daniel pula. Teringat berapa banyak kali Adrian berhelah suatu masa dahulu. Dia sendiri tahu Adrian mempunyai pasangan kembar yang tidak diketahui dimana keberadaannya sekarang. Tapi bila disuruh cari, kata malas, sibuk, tak ada masa.

            “Memanglah aku malas, tapi ini permintaan daddy aku. Dia nak aku kenal siapa keluarga sebenar aku. Aku rasa tak susah pun sebab diorang dalam Malaysia ni je. Aku cuma perlu usaha sikit,” luah Adrian dengan keluhan di hujung suaranya.

            Daniel terdiam. Raut wajah Adrian ditenungnya untuk seketika. Meskipun rakannya itu selalu berwajah ceria, tapi dia tahu hati Adrian cukup banyak menyimpan luka memori silam. Namun dia yakin, Adrian yang dikenalinya ini seorang lelaki yang kuat meskipun lebih banyak memendam rasa semenjak kehilangan Jessica.

            “Cuba kau beritahu aku secara spesifik, Adrian. Kenapa kau tak nak cari keluarga kandung kau sebelum ni walaupun kau tahu nak mencari diorang tak susah pun?”

            Adrian tersenyum tepi mendengar soalan itu.

            “Honestly, aku dah selesa dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada daddy aku, walaupun aku tahu dia bukan ayah kandung. Aku ada kau, dan aku ada anak angkat yang comel ni…” cetus Adrian seraya mencubit perlahan pipi montel Dania.

            “Ikutkan hati, aku memang tak nak cari. Tapi aku perlu sekarang, sebab itu permintaan daddy aku,” sambungnya dengan senyuman yang tenang.

            Daniel mengetap bibir. Lambat-lambat dia mengangguk. Namun baginya, Adrian tetap seorang yang pelik. Kalau orang lain, mesti beria-ia ingin tahu bagaimana asal-usul dan keluarganya yang sebenar. Tapi Adrian macam tak berperasaan. Tahu tak apa, tak tahu pun tak apa.

            “Kau dah mulakan misi mencari ni sampai kat mana?” soal Daniel lagi.

            Adrian angkat bahu. “Tak start pun lagi. Tapi yang aku tahu parents kandung aku tu bukan calang-calang orangnya. Businessman dan ada pangkat. Tak silap aku, nama company diorang Kiara Holdings.”

            “Wow…” Pendek sahaja komen Daniel.

            “So macam mana? Kalau kau dah muncul nanti, mesti kau kena handle company diorang pulak, kan?”

            “Ah, tak naklah aku! Aku kan ada kembar, dia jelah handle. Aku nak kena uruskan Brilliant Sdn. Bhd.,” tukas Adrian gaya malas.

            “Tak nak uruskan dua-dua?”

            Adrian menggeleng. Kalau nak ambil dua-dua, macam tamak pulak. Biarlah, kalau kembarnya mahu membolot semua harta orang tua mereka pun, dia tidak kesah. Encik Jamal yang tiada anak sendiri itu sudah mewasiatkan seluruh harta kekayaannya kepada Adrian apabila dia sudah tiada nanti.

            “Parents kandung kau nama apa?”
            “Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila!”

            Mulut Daniel sudah jadi bentuk ‘O’ dek kerana kekaguman dengan latar belakang sebenar Adrian. Sudah 11 tahun mengenali Adrian, dan baru hari ini dia mengetahui hakikat yang sebenarnya.

            Untung betul jadi Adrian. Ayah saudara yang membelanya sudah kaya-raya, dan ibu bapa kandungnya juga punya harta melimpah-ruah. Tapi itulah… cuma kaya pada zahirnya. Tapi dari sudut dalamannya, Adrian kosong. Benar-benar kosong.

Adrian & Dania


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

9 comments:

Unknown said...

Kesian oh Adrian..
I wonder what's his reaction is when he finds out that Hafiz already passed away too...
Ela...... Huhuhuhu... T_T

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna- yup, dia sangat kesian.. sama2 kita nantikan bagaimana reaksi Adrian lepas dpt tahu tentang Hafiz. hehehe

sehijau warna daun said...

aduhai suspennya....apalah reaksi kalau adrian dh tahu tentang hafiz.nadya pulak mesti suka kat adrian sbb muka mcm pakwe lama dia

Nadya Roslan said...

jgn bg nadya suka adrian plisssss

hannah said...

dania sooo cute!suka dgn friendship daniel n adrian

siti nadzirah said...

the picture is sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo cute!!!!!!!!!!!!!!

Syuhada Mat Isa said...

best sgt
nak lagi...

Eddayu said...

mesti sedih ble tau yg Hafiz dh xda.. kcian kat Adrian.. Uwaaaaa..

E-la Adiey said...

sehijau warna daun & Nadya Roslan - hehe.. tunggu akan dtg :D

hannah & siti nadzirah - hehe.. cute kan? geram je

syuhada mat isa - tq... :)

kak Eddayu - sedih? huhu... jom baca next chapter :D