Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, March 29, 2015

Kau Bidadariku... 6

SEBELAH tangan Adam menarik troli pasaraya, manakala tangannya yang sebelah lagi menggenggam erat jari-jemari isteri kesayangannya. Mereka melangkah beriringan menyusuri deretan sayur-sayuran dan bahan-bahan mentah lain yang tersusun di pasaraya tersebut. Masa hujung minggu yang sedikit terluang membolehkan mereka berdua keluar mencari barang-barang keperluan dapur.

            “Abang teringin nak makan pajeri nenas, sayang buatkan untuk abang boleh?” Adam menyoal sambil membelek-belek timbunan nenas di satu seksyen.

            “Senang je tu. Boleh, tapi cili kisar, kerisik dengan bahan tumis dah habis. Biar Nadya pergi cari kat seksyen sebelah,” ujar Nadya pula.

            Dia ingin menarik tangannya dari genggaman Adam, namun suaminya itu semakin mengeraskan jari. Seperti tidak mahu melepaskannya.

            “Don’t you remember my rule?” Adam mengerutkan wajahnya seperti cuba memperingatkan isterinya tentang sesuatu.

            Nadya tersengih-sengih. Sudah tentulah dia ingat. Sejak dulu lagi Adam suka berpegangan tangan tidak kira walau ke mana pun mereka berdua pergi. Hatta didalam pasaraya sekalipun. Tapi takkanlah mahu berkepit begini setiap masa? Tak mahulah kalau ada mata-mata yang berbulu melihat mereka.

            “Nadya pergi sekejap je, abang. Kita cari asing-asinglah cepat sikit dapat barang. Nanti boleh cepat-cepat balik rumah,” tutur Nadya tersenyum manis.

            Adam menggeleng-geleng.

            “Tak payahlah. Nak balik rumah cepat-cepat buat apa? Bukannya ada anak pun.”

            Berubah terus air muka Nadya mendengar kata-kata suaminya itu. Dia mengetap bibir, menahan rasa hati dengan wajah yang sedikit muram.

            Adam terpempan seketika, menyedari dia sudah mengeluarkan ayat yang agak sensitif. Isterinya itu seorang yang lembut dan mudah tersentuh. Meskipun tujuannya hanya mahu bercanda, namun Nadya akan jadi murung sekiranya mendengar perkataan ‘anak’. Kalau tak kena gaya, kadang-kadang isterinya itu boleh menangis.

            “Sorry, my angel. Abang gurau aja. Abang nak pegang tangan Nadya, nak kita cari barang sama-sama. Tak perlulah pergi, janganlah tinggalkan abang sorang-sorang,” pujuk Adam dengan pandangan mata yang redup. Cukup lembut nada suaranya dan nada itu hanya digunakan untuk isterinya. Ini salah satu perkara kenapa setiap wanita yang mengenali Adam mencemburui Nadya. Hebatnya Nadya kerana mampu menundukkan singa garang dan ego seperti Adam.

            “Ummm…” Nadya bersuara perlahan dengan bibir yang dimuncungkan.

            Adam tergelak halus. Spontan tangannya mencubit manja pipi comel isterinya itu.

            “Tak payah nak muncung-muncungkan bibir. Abang cium depan orang ramai kang baru tahu. Kalau Nadya nak pergi cari barang boleh, tapi satu barang je. Kalau tak dapat barang tu datang sini balik, kita cari sama-sama,” ujar Adam. Kali ini membuatkan bibir Nadya tersenyum gembira.

            “Okey, thanks abang. Kejap je.”

            “Ada apa-apa call.” Adam sempat berpesan, seolah-olah isterinya itu mahu pergi ke tempat yang jauh, padahal dalam pasaraya aje pun.

            Nadya mengangguk dan terus melangkah ke rak-rak yang menyusun bahan rempah-ratus dan barangan kering di seksyen lain sementara Adam mendorong troli di seksyen sayur-sayuran.

            Sedang Nadya leka mencari bahan tumis yang diperlukannya, dia ternampak bungkusan bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis yang tergantung agak tinggi di rak yang berhampiran dengannya.

            Tangannya terkial-kial cuba mencapai bungkusan tersebut, namun tidak berjaya kerana saiz tubuhnya yang agak kecil.

            “Adoi… susah jugak jadi orang pendek ni.” Dia mengeluh perlahan. Letih juga terpaksa berjingkit-jingkit dari tadi, namun usahanya langsung tidak membuahkan hasil.

            “Biar saya tolong cik.” Terdengar satu suara dari belakangnya.

            Seorang lelaki tinggi lampai mendekati Nadya. Dengan tubuhnya yang ala-ala pemain bola keranjang NBA mudah sahaja bungkusan rempah itu dicapai.

            “Terima ka…” Suara Nadya tersekat di situ saat matanya mendongak memandang wajah lelaki yang membantunya tadi.

            Dia terus tergamam. Matanya membulat besar bagai sedang melihat satu lembaga yang menakutkan. Tiba-tiba tubuhnya kejung dengan wajah yang mulai pucat.

            “Ha… Hafiz?!” Suaranya bagaikan tenggelam timbul.

            Lelaki tadi terkebil-kebil kehairanan. Kalaupun aku handsome sangat, takkanlah terpegun sampai macam ni sekali? detik hatinya dengan rasa pelik sehingga membuatkan keningnya ternaik.

            “Okey, saya pergi dulu.” Dia meminta diri, enggan terus berada dalam situasi canggung seperti ini. Tadi pun dia hanya berniat mahu membantu kerana melihat Nadya yang seakan tidak mampu mencapai barang yang agak tinggi di rak tersebut.

            Nadya yang kaku bagaikan patung statue hanya mampu menyoroti langkah lelaki tadi yang berlalu pergi begitu sahaja.

            Hanya beberapa saat kemudian barulah dia mengelip-ngelipkan mata. Bagaikan baru tersedar dari keasyikannya selepas figura lelaki tadi menghilang dari pandangan.

            “Hafiz… Hafizuddin?”

            Dia terkedu. Wajah lelaki tadi sama dengan wajah arwah Hafiz. Sebiji! Mungkin dialah kembar arwah yang dicari-cari selama ini.

            Nadya tidak menunggu lebih lama. Kakinya terus dihayun pantas menjelajah ke setiap ruang antara rak yang bersusun demi mencari semula lelaki yang menolongnya tadi. Dia yakin matanya tidak menipu. Dia benar-benar melihat wajah lelaki persis arwah Hafiz tadi.

            Hampir satu bahagian seksyen bahan makanan kering diteroka, namun usahanya menemui kegagalan kerana lelaki itu pula sudah ghaib entah ke mana.

            Nadya melepaskan keluhan. Dia tersandar seketika saat merasakan tarikan nafasnya turun naik tidak sekata. Peparunya sedikit mengah kerana berlari kesana-sini sebentar tadi. Hairan, cepat betul lelaki itu hilang.

            Macam mana aku boleh jumpa dia kat sini? Dia tinggal kawasan ni ke? Kenapa baru sekarang? hatinya mendesis kecewa.
********************

ADRIAN lambat-lambat membuntuti langkah Daniel. Dia membantu sahabatnya itu mendorong troli yang penuh dengan barang dapur menuju ke parking lot. Sudah menjadi rutin kebiasaannya sejak dulu, dia suka mengikut Daniel berbelanja barang dapur pada hujung minggu meskipun dia tidak membeli apa-apa untuk dirinya sendiri.
            Maklumlah, orang bujang. Buat apa beli barang dapur kalau setakat nak makan seorang?

            “Danny, cuba kau pandang aku,” suruhnya ketika Daniel menyusun plastik-plastik ke dalam bonet kereta.

            Daniel buat kening double-jerk. Wajah Adrian dipandangnya dengan penuh rasa hairan.

            “Apahal?”

            “Ada apa-apa yang tak kena ke kat muka aku hari ni?”

            Daniel menggeleng sahaja.

            Adrian mencemik dan mengangkat bahu. Siap sahaja barang disusun, kedua-duanya terus masuk ke dalam kereta.

            “Kau apahal?” Daniel bertanya lagi apabila melihat Adrian membelek wajahnya di side-mirror pula.

            “Ada awek kat supermarket tadi tak berkelip tengok muka aku. Aku pelik je. Mana tahu kot-kot muka aku hari ni bertukar jadi macam Zayn Malik ke,” ujar Adrian, buat lawak hambar. Tapi dia memang masih terasa pelik kenapa gadis yang dibantunya tadi merenungnya tanpa berkutik sedikitpun.

            Daniel tergelak sinis. Enjin kereta terus dihidupkan. Keretanya meluncur keluar dari perkarangan pasar raya tersebut.

            “Kau handsome sangat kot, tu pasal orang tengok kau sampai tak berkelip. Tulah, aku suruh pergi kahwin tak nak.” Daniel menjolok selamba.

            “Apa kaitan handsome dengan kahwin?” tukas Adrian agak pelik.

            “At least kalau kahwin kuranglah sikit kehenseman kau. Kalau ada anak nanti perut kau boroi. Hahaha…”

            “Ek? Aku tengok kau tak boroi pun. Cekeding macam tu jugak. Nak klepet pun agak-agaklah.” Adrian menempelak seraya memalitkan senyuman sinis.

            Tergelak besar Daniel mendengarnya.

            Daniel ni nama je bapa anak satu, tapi nampak macam teruna lagi. Kadang-kala kalau mereka keluar berdua sahaja, pernah beberapa orang gadis meminta nombor telefon dan mengajak Daniel berkenalan kerana menyangkakan rakannya itu masih bujang.

            Tapi Daniel macam biasa, tetap setia pada ratu hatinya, Cinta Aulia meskipun Adrian sering menjolok Daniel mampu kahwin lebih dari satu.

            “Adrian, kau tahu aku jenis macam mana kan? Kalau kau setia pada arwah Jessica, aku pun mestilah setia pada isteri aku seorang je. Bukan takut isteri, tapi kerana rasa sayang yang menggunung tinggi.” Dan hanya jawapan itu yang sering kali diungkapkan oleh Daniel setiap kali Adrian mengusiknya.

            Adrian tersenyum sendiri. Betul juga. Dia juga setia pada seorang gadis, meskipun gadis itu sudah lama tiada. Arwah Jessica bukan isterinya, tapi dia mencintai gadis Indonesia itu sepenuh jiwa dan raganya.

            Salahkah kalau dia tidak mahu berkahwin dan mengharapkan dia berjodoh dengan Jessica di syurga nanti? Salahkah?
***********************

“BETUL, abang. Nadya tak tipu. Nadya nampak Hafizuddin tadi!”

            Berlapis-lapis kerutan didahi Adam mendengar apa yang diceritakan oleh isterinya.

            “Ya sayang, abang faham. Jangan kalut sangat. Tarik nafas, hembus nafas. Tarik, hembus…”

            Nadya yang masih kelihatan terkejut cuba menenangkan diri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembuskan perlahan-lahan. Bukannya apa, matanya bagaikan tidak percaya dapat melihat kembali wajah persis arwah Hafiz selepas lebih tujuh tahun lelaki itu meninggalkan mereka semua.

            Tergelak halus Adam melihatnya. Tangannya menolak troli menuju ke seksyen barangan basah untuk membeli ikan dan ayam pula. Nadya mengekori langkah suaminya dari belakang dengan wajah yang kebingungan ekoran kejadian tadi.

            “Agaknya kenapa baru sekarang kita jumpa dia ek?” soal Nadya.

            “Tak jumpalah kot sebab sebelum ni kita tak pernah datang beli groceries kat sini. Biasanya kita pergi Giant, kan?” respons Adam.

            Nadya mengangguk-angguk. Ada kemungkinan juga. Mereka ke pasar raya ini pada hari ini pun kerana tidak mendapat tempat parking kereta di Giant tadi.

            “Ayam potong teruslah. Seekor,” ujar Adam kepada seorang pekerja di bahagian ayam mentah.

            “Kenapa abang macam tak terkejut pun?” Nadya mengasak suaminya dengan pertanyaan lagi melihatkan wajah Adam yang biasa-biasa saja mendengar ceritanya tadi.

            “Abang pernah cakap kan, abang tahu kat mana lokasi Hafizuddin tu. Tapi abang belum pergi lagi sebab busy dengan projek baru company. Dan oh ya, abang lupa nak bagitahu. Nama dia bukan Hafizuddin!”

            “Habis tu?”

            “Muhammad Hafiz Adrian, ayah angkat dia tukar nama dia waktu kecil.”

            Tercengang seketika Nadya mendengarnya. Amboi, modennya nama!

            “Kenapa abang tak bagitahu?”

            “Ni dah bagitahulah ni,” sela Adam pula.

            Nadya mencemik sahaja. Adam tersengih nakal dan menyambut huluran bungkusan ayam yang sudah siap dipotong oleh  pekerja pasar raya sebentar tadi.

            “Kenapa? Nadya tak sabar-sabar ke nak jumpa Hafiz Adrian tu?” soal Adam seperti menjolok.

            “Hah?” Nadya mengerutkan muka.

            “Rindu ke nak tengok lagi muka arwah Hafiz?” Adam menyoal lagi dengan wajah selamba.

            “Apa abang cakap ni?” Wajah Nadya sedikit berubah. Dia seperti dapat menghidu sindiran suaminya.

            “Abang takut je kalau-kalau Hafiz Adrian muncul nanti sayang jatuh cinta dengan dia pulak,” luah Adam telus. Begitu berterus-terang dengan apa yang dirasakannya saat ini.

            “Kenapa abang cakap macam tu?”

            Adam diam sahaja dengan bibir yang menguntumkan senyuman. Dia cuba beriak selamba dan terus menolak troli meninggalkan isterinya di belakang.

            Nadya cepat-cepat mengejar dan mencapai lengan sasa suaminya itu.

            “Abang, cuba abang terus-terang dengan Nadya apa yang abang nak cakap sebenarnya.”

            Langkah Adam terhenti untuk seketika. Dia menipiskan bibir, tunduk merenung isterinya yang kecil molek itu dengan mata yang redup. Wajah comel Nadya memandangnya serius seakan-akan menantikan jawapan darinya.

            “Bidadari abang…” Kedua-dua belah tangan isterinya itu diraih lalu diusap-usap lembut. Biarpun tahu pasti ada mata yang geli-geleman melihat aksinya didalam pasar raya tersebut, namun Adam tidak peduli. Dia memegang pasangan halalnya, bukannya berdosa pun.

            “Nadya pernah cintakan arwah Hafiz dan muka kembar arwah Hafiz tu sebiji macam Hafiz…” Suara Adam terhenti disitu. Tidak perlu diungkapkan, dia yakin isterinya mampu menebak apa yang cuba disampaikannya.

            Nadya terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian dia tersenyum pula. Oh, Adam cemburu rupanya. Dia takut kasih isterinya itu berpaling pada kembar arwah Hafiz, lelaki yang pernah menjadi tunangan Nadya suatu ketika dahulu. Apakan daya, bukan jodoh mereka. Kalau Hafiz masih hidup, pasti Nadya akan berkahwin dengan lelaki itu dan bukannya Adam.

            “Abang ingat Nadya mudah-mudah jatuh cinta sebab rupa paras ke?”

            Adam mengukir senyuman di tepi bibir. Entahlah, dia tahu Nadya agak keras hati orangnya. Kalau tidak masakan dulu dia terpaksa menunggu empat tahun semata-mata kerana mahu Nadya membalas kembali perasaannya. Nadya bukan jenis yang mudah jatuh cinta, tapi bohonglah kalau perasaan gusar itu langsung tiada.

            “Muka dia sebiji dengan arwah Hafiz, kan? So tak mustahillah kalau…”

            “Sudah, sudah! Nadya tak nak dengar semua benda ni lagi. Ini semua poyo!” potong Nadya seraya tergelak-gelak. Dia cuba menceriakan kembali wajah suaminya yang kelihatan benar-benar memaksudkan apa yang diungkapkannya sebentar tadi.

            “Nadya bukan macam tu, abang. Nadya cinta dan sayang abang sorang je. Dahlah, jom kita cari coki-coki. Rasa nak makan coklatlah!” ujar Nadya manja dan terus menarik jemari suaminya sambil tangan yang sebelah lagi menolak troli.

            Adam senyum senget. Bila Nadya dah mula tunjuk perangai comelnya, dia sendiri tidak mampu untuk menolak.

            Nadya, isteri kesayangan abang… bidadari syurga abang… abang sayang Nadya sepenuh hati, jiwa dan raga abang. Mungkin Nadya tak anggap serius apa yang abang katakan, tapi abang menyatakan apa yang sebenarnya. Abang tak nak kehilangan Nadya disebabkan seorang lelaki yang mirip dengan Hafiz. Ya Allah, lindungilah rumah tangga kami sehingga ke akhir hayat. Walau apapun ujian yang mendatang, tetapkanlah hati kami untuk terus saling mencintai antara satu sama lain, Adam tidak putus-putus berdoa dalam hati sambil kakinya melangkah menuruti rentak kaki isterinya.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

7 comments:

ain said...

sweetnya adammmmmmm!!!he call his wife bidadari...awww

budak blur said...

robek hati aku kalau adam dgn nadya berpisah...plissss jgn buat diorg pisah ela :(

hannah said...

dah jumpe apa yg dicari.hrap nadya x berubah hati

yuri said...

i want a relationship like adam & nadya.huhuh

zahra said...

dh jumpa,tp hilang pulak.ish3...nervous ni klu dh sampai part konflik

Unknown said...

adam mulut tu kaberr cikit ye terasa wife kamu.. kang dia lari p kat kembo hafiz kang hehe

Eddayu said...

oh my!! oh my!! oh my!! melting dh nie