“YEAH, I tahulah. Next two days ada show kat JB, right? Tak perlu
ingatkan I,” ujar Ryan di corong telefon dengan gaya malas. Dia terus
melabuhkan punggungnya ke katil bilik hotel itu. Sungguh tubuhnya terasa penat
dan lesu setelah membuat persembahan nyanyian di atas pentas untuk konsert tertutup
di sebuah hotel yang baru sahaja selesai pada malam ini.
“I bukannya apa,
I’m just doing my job. Remember Ryan, I am your manager. Kalau I tak ada, siapa
yang nak uruskan schedule you?” ujar suara Mary di dalam talian pula, membalas
kata-kata Ryan. Dia tahu Ryan memang tidak suka diingatkan tentang kerjanya.
Professional lah konon, tapi selaku pengurus kepada artis itu dia mestilah buat
kerja. Kang kata makan gaji buta pulak.
Ryan mendengus
dengan gaya malas.
“Yelah, cik kak.
Apa-apa jelah. I letih, tahu kan konsert malam ni dari pukul 9.00 tadi sampai
sekarang pukul 12 tengah malam baru habis? I penat tau, esok nak kena fly back
ke KL. You pun tidurlah, esok pulak kita sembang,” cetus Ryan kemudiannya.
Mary berjeda dan
angkat bahu. “Okeylah, I cakap esok. Daa...”
Talian terus
dimatikan. Ryan mengurut-urut dahinya lalu mencampakkan telefon bimbitnya itu
di atas katil. Bahunya yang lenguh ditumbuk-tumbuk perlahan. Mana tak letihnya,
malam ini dia mengerah seluruh tenaganya menari rancak diiringi penari-penari
tambahan sambil menyanyi di atas pentas.
Muhammad Rayyan
Hariz, atau nama komersialnya Ryan. Siapa tak kenal dia? Artis terkenal tanah
air yang baru menginjak ke umur 27 tahun ini. Dengan wajah kacukan
Melayu-Inggeris, bertubuh tinggi lampai dengan kulit yang putih bersih. Segala
aset sempurna sebagai lelaki yang dimilikinya menjadikan dia antara jejaka
idaman gadis-gadis Malaya masa kini.
Ryan yang baru
ingin melelapkan mata sekali lagi merasa terganggu apabila telefon bimbitnya
berdering nyaring. Dengan mata terpejam, tangannya meraba-raba mencari telefon
bimbit.
“Hello... you nak
apa lagi ni, Mary? I’ve told you, cakap esoklah. Rimaslah I macam ni.” Panggilan dijawab tanpa melihat nombor pemanggil terlebih dahulu.
“Ryan, I call you
banyak kali tapi kenapa you tak angkat? You sengaja nak mengelak ke?” Suara
wanita di corong telinga yang agak nyaring membuatkan Ryan tersentak sehingga
terpaksa menjauhkan telefon daripada telinganya. Ingat aku ni pekak ke apa?
Cakap slow-slow tak boleh?
“Apahal you ni,
Nita? Meroyan ke apa? Dah tengah malam ni...” Ryan cuba mengawal rasa yang
terpendam. Dah lama dah dia sabar dengan si Nita sorang ni. Nasib baik muka lawa,
kalau tidak aku dah humban dalam loji!
“I tak kira! Tengah
malam ke, tak tengah malam ke, yang you tak angkat masa I call kenapa?” Tinggi
suara Nita mengajukan soalan itu.
“Eh, you tahukan I
sibuk? Sekarang pun I baru selesai kerja. I ada kat Terengganu sekarang ni. You
tahu kan a few days before konsert I kena ada latihan? Menari sambil menyanyi
atas pentas bukan benda senang tau? I penat, badan I dah sakit-sakit. I call
you bila I dah free nanti,” ujar Ryan malas.
“Tapi Ryan, I...”
Belum pun sempat Nita menghabiskan ayatnya, Ryan terus mematikan talian. Huh,
aman sikit telinga. Ingatkan lepas kerja boleh rehat. Ingat aku ni siapa nak
kena dengar dia membebel. Tengok, aku pun dah membebel sama, Ryan menggerutu
sendiri sambil meramas-ramas rambut.
Nita adalah teman
wanitanya. Atau dalam erti kata lain, trophy girlfriend yang tak lama lagi akan
jadi trophy wife. Hmm... tapi dengan perangai tak semengah si Nita ni, rasa
berbelah bahagi pulak nak buat bini.
Sebagai artis yang
serba kacak, tak sahlah kalau dia tidak didampingi oleh si gadis jelita seperti
Nita. Ryan terkenal, kaya dan berjaya. Untuk menampakkan imej dirinya lebih
berjaya, dia perlulah bergandingan dengan wanita yang terkenal, kaya dan
berjaya juga.
Nita anak tokeh
balak dan dia menjadi pasangan gadis itu selama ini hanya kerana wajah jelita
dan harta gadis itu. Bukanlah dia berniat mahu mengikis harta keluarga Nita.
Keluarga dia sendiri pun dah kaya, cuma sebagai orang kaya dia merasakan
dirinya layak didampingi oleh wanita kaya juga.
Dan baginya Nita
hanyalah satu trofi, satu benda supaya dia boleh berdiri megah di atas karpet
merah jika ada majlis-majlis tertentu seperti Anugerah Bintang Popular,
Anugerah Skrin dan sebagainya.
Setahun sudah usia
hubungannya dengan Nita dan kini dia mula terasa bosan. Bosan dengan sikap
gadis itu yang terlalu suka mengongkongnya. Sedangkan bukan Nita tidak tahu
kerjayanya sebagai selebriti membuatkan jadualnya begitu padat. Dia penyanyi,
pelakon dan model sepenuh masa. Itu pun Nita tak faham-faham.
Aku cari perempuan
lain lagi bagus. Dapat Taylor Swift pun jadi, getus hati Ryan memujuk diri
sendiri.
Dia ingin
melelapkan mata semula. Tak sampai beberapa minit, ada bunyi ketukan
bertalu-talu di muka pintu bilik hotelnya.
Ni yang aku nak
mencarut dalam bahasa kuno kurun ke-16 nih! Tak paham bahasa ke apa? Aku
penatlah s**l! pekik hati Ryan geram yang teramat.
“Ada apa?” Ryan
menyoal acuh tak acuh sebaik membuka pintu biliknya.
Seorang gadis terus
meluru masuk ke dalam biliknya dengan membawa beg pakaian. Ternganga Ryan
dibuatnya.
“Excuse me, what do
you think you’re doing?” Mata Ryan memandang gadis itu atas bawah. Pakai baju
kurung warna hijau + tudung bawal + selipar jepun = selekeh gila!
“To... tolong saya
encik... ada orang kejor saya...” rayu gadis itu menangis teresak-esak dengan
loghat bahasa Terengganu yang agak pekat.
Ryan mula
mengerutkan muka. Apahal buat drama tengah-tengah malam ni? Aku letih gila nak
mampos tau. Takkanlah malam-malam buta pun nak ajak aku berlakon?
“Ni Wakenabeb ke
apa?” soal Ryan. Matanya melihat ke kiri dan kanan ruang legar di luar
biliknya. Mana tahu ada krew-krew yang buat segmen Wakenabeb kat dia.
Maklumlah, kat Malaysia ada rancangan televisyen yang dikhaskan untuk
mengenakan golongan artis.
Tapi tilik punya
tilik, tak ada orang pun. Jangankan krew filem, mak cik cleaner pun tak
kelihatan.
“Kau ni siapa?”
Ryan masuk semula ke dalam biliknya.
Gadis yang kecil
molek itu mendongak, memandang wajah Ryan dengan air mata yang laju menuruni
pipi.
“Ada orang nok buat
bende dok molek ke saya. Tolong saya, encik. Saya tak dop sesapa doh...” rayunya
sayu.
Ryan mengeluh. Ni
yang aku menyampah kalau tengok perempuan nangis. Walaupun si Nita tu aku rasa
macam nak sepak-sepak je, tapi perempuan ni... hmm...
“Tolong tutup pintu,
encik. Kejap je. Ada orang kejor saya,” pinta gadis itu lagi sambil mengesat
mutiara jernih yang berbaki di matanya.
Ryan dah buat
kening double-jerk. Apa benda nak sembunyi-sembunyi dalam bilik aku ni?
desisnya dengan tahap kepelikan yang dah tembus sampai langit ke tujuh.
“Tolong, encik…”
Dan entah kenapa,
kasihan pula Ryan mendengarnya. Automatik tangannya menutup pintu bilik hotel.
“Kau ada masalah
ke? Kau tahukan kau tak boleh lama kat bilik aku? Aku tak nak kena tangkap
basah!”
Gadis tersebut diam
sahaja. Ya, dia tahu perbuatannya ini salah. Dia tidak patut masuk ke dalam
bilik hotel orang yang tidak dikenalinya. Lebih-lebih lagi bilik lelaki yang
bukan mahramnya. Tapi…
Tok! Tok! Tok!
Ryan tersentak
apabila pintu biliknya diketuk lagi.
Gadis itu kelihatan
panik dan segera mengengsot menjauhi pintu. Pandangan matanya yang jernih
merenung Ryan dengan muka kesian, berharap agar Ryan tidak membalas ketukan
tersebut.
Ryan berbelah
bahagi. Kasihan, tapi rasa curious lebih tinggi dari nilai human-being.
Ryan melirikkan
anak mata, memberi isyarat agar gadis itu bersembunyi didalam bilik air. Dan
gadis tersebut terus melangkah pantas ke arah bilik air lalu mengunci pintu
dari dalam.
Nafasnya ditarik
dalam-dalam sebelum tombol pintu dikuak.
“Yup?” Ryan buat
muka selamba memandang empat susuk tubuh lelaki yang tercegat di hadapannya.
“Ada napok
perempuan pakai baju kurung hijau lalu kat sini dok?” soal salah seorang
daripadanya.
“Tak ada, saya dok
kat bilik je. Saya tak nampak apa-apa,” tukas Ryan kemudiannya walaupun dalam
hati rasa semacam. Macam tidaknya, empat orang lelaki dihadapannya ini muka
macam gangster Kampung Busut.
“Aku dok caye!
Takkan dia boleh hilang gitu je? Aku nok masuk tengok!” ujar salah seorang
lelaki itu dengan muka membengis.
Ryan buat riak
sinis. “Kau ingat bilik aku ni supermarket ke kau sedap-sedap nak rempuh masuk?
Bilik ni bilik aku, aku yang bayar. Tak baca polisi hotel ke apa? Aku boleh
saman kau dibawah akta 789 kerana cuba menceroboh privasi orang lain!” Okey, itu
akta yang baru beranak.
Lelaki-lelaki itu
buat muka kelat. Dengan hati yang membengkak mereka berlalu pergi begitu
sahaja. Ryan cepat-cepat menutup pintu. Tarik nafas lega.
Siapa diorang ni?
Masalah rumah tangga ke apa? Tu lah… kahwin dengan gangster kenapa? cetus hati
Ryan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ini kejadian pelik pertama yang
dilaluinya sepanjang bergelar selebriti.
“Keluarlah, diorang
dah blah.”
Mendengar bicara
Ryan, gadis yang dari tadi bersembunyi didalam bilik air terus keluar. Dia
sudah tidak menangis, namun wajahnya masih merah menahan sebak.
Ryan mengeluh dan
berdiri menghadap gadis tersebut yang kelihatan berusaha melarikan anak matanya
daripada bertembung dengan anak mata Ryan. Dirinya masih terasa malu kerana
terdesak meminta pertolongan daripada lelaki yang tidak dikenalinya.
“Aku tak ada hak
nak tahu apa masalah kau, tapi aku rasa tak elok kau ada kat bilik aku sekarang
ni. Kau tunggu sini. Aku book bilik lain untuk kau.”
Ryan ingin
melangkah keluar namun gadis itu cepat-cepat menarik lengannya. Tersirap darah
Ryan dibuatnya. Hei, aku ni artis terkenal Malaya tau. Berani perempuan kampung
ni pegang-pegang aku? Sempat lagi Ryan mengutuk dalam hati. Maklumlah, dia kaya
dan bergaya. Nampak orang pakai baju kurung terus dilabelnya perempuan kampung.
Puih...
“Saya... saya ikut
encik boleh dok?” Gadis itu teragak-agak meluahkan rasa hatinya.
“Ikut ke mana? Aku
nak pergi book bilik untuk kau, kau duduklah sini dulu.”
“Maksud saya, saya
nok ikut encik balik rumoh encik. Saya dok kesoh, jadi orang gaji pung saya
sanggup!”
Mencerlung biji
mata Ryan mendengarnya. “Hei, kau ni lebih-lebih pulak. Aku buat baik kau nak
naik lemak ea? Kau ni stalker ek? Kau tahu aku ni Ryan, artis terkenal
Malaysia. Pastu sesuka hati nak ikut aku balik rumah?”
Gadis itu tampak
terkedu. Ryan? Entah, dia tak kenal Ryan sebenarnya. Di rumahnya tak suka
tengok TV dan dia jarang membaca surat khabar. Dan dia lari dari rumah
kerana...
“Kenapa tak nak
jawab?” Suara keras Ryan mematikan lamunan pendeknya. “Aku rasa aku tarik
balik. Aku tak boleh tolong kau. Tolong pergi dari sini!”
Gadis tersebut
menggeleng-geleng. Dia duduk melutut di kaki Ryan bersama esak tangisnya.
“Encik,
kesiankanlah kat saya. Saya tak dop orang lain doh. Saya tak dok niat jahat
pung. Saya sumpoh, encik. Tolonglah saya. Saya tak dok rumoh, tak dok duit.
Saya sanggup jadi orang gaji kat rumah encik. Dok dapat gaji pung takpe.
Tolonglah saya, encik...”
Ryan merengus.
Ingin sahaja dia menghentak-hentak kepalanya ke dinding saat ini. Ni lah
susahnya jadi lelaki berjiwa lembut. Pantang tengok orang nangis mesti cepat
kesian.
Walaupun semua
orang tahu Ryan artis terkenal Malaysia yang berhidung tinggi, tapi satu sifat
Ryan yang patut dipuji ialah dia suka bersedekah kepada orang-orang di tepi
jalan dan rumah-rumah anak yatim. Kadang-kadang kalau tengah memandu, kalau
ternampak orang OKU atau pengemis di tepi jalan pun sanggup dia berhenti dan
memberi sejumlah wang kepada golongan terbabit.
“Yelah, yelah! Aku
boleh tolong, tapi jangan kata aku culik kau pulak. Malam ni duduk bilik lain,
kang orang fikir apa pulak. Esok aku nak balik KL,” putus Ryan akhirnya.
Gadis itu kelihatan
gembira. Wajahnya mula mengukir secarik senyuman.
“Terima kasih,
encik. Terima kasih sangat-sangat. Saya janji akang jadi orang gaji yang paling
berdedikasi kat rumoh encik nanti!”
“Hmm...” Itu sahaja
yang keluar dari mulut Ryan. Dia terpandang mukus yang meleleh keluar dari
hidung gadis tersebut.
“Eeeiii... apa tu?
Kau ni pengotorlah! Kesat cepat!” arahnya dengan mimik muka yang menggelikan.
Gadis itu terpinga-pinga.
Cepat-cepat dia mengesat air mata dan hingusnya dengan lengan baju kurungnya.
Seriau Ryan tengok.
Pengotor!
“Nama kau apa?”
“Saya Nabila
Humaira. Panggil saya Bella!”
“Oh, okey. Aku
pulak... umm... aku rasa aku tak payah introduce siapa aku kat kau. Kau pun
mesti dah kenal aku kan? Tunggu sini, aku pergi book bilik!”
Dengan gaya
kereknya, Ryan terus melangkah keluar. Gadis yang membahasakan diri sebagai Bella
itu menggaru-garu kepala. Amboi, terkenal sangat ke mamat bernama Ryan ni
sampai dia nak cakap macam tu?
**************************************
Opss... ada yang bengang tak cerita ni tergantung sampai sini je? Hehe... jangan marah. Memang tak boleh siar sampai habis. Ini cuma sneak peak babak awal untuk cerpen Love is Totally Blind.
Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Boleh dapatkan buku antologi himpunan cerpen & mini novel berjudul Melodi Cinta. Cerpen saya dihimpunkan bersama dengan 9 lagi novelis hebat (Zaraa Sofea, ArmisyaSyamira, Adah Hamidah, Qistina Alya, Tinta Biru, Umi Kalsom, E-man Sufi, Rehan Makhtar, Myra Ameer)
JANGAN LUPA DAPATKAN! ADIOS!!!
3 comments:
adeh ni yg bengang bce cerita t'gntung ni..kikiki...nk kene cari nih
awal bab pn dh best.nk carila
mesti cari!!!
Post a Comment