Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Saturday, April 18, 2015

Kau Bidadariku... 12

DANIEL membantu Adrian mengangkat beg pakaian rakannya yang berat itu mendaki anak tangga banglo milik Tan Sri Jamaluddin. Dua minggu berlalu, hari ini Adrian secara rasminya berpindah ke rumah ibu bapanya. Apartment Nusa Rhu yang didiaminya sebelum ini dibiarkan kosong dan akan dijadikan tempat persinggahan sekali-sekala mengikut saranan Encik Jamal.

            “Ini bilik Adrian. Ibu dah minta tolong Mak Munah tukarkan cadar dan bersihkan apa-apa yang patut. Lepas ni turunlah, ibu dah siapkan minuman petang,” ujar Puan Sri Azila sebelum dia meninggalkan bilik itu.

            Adrian mengucapkan terima kasih. Beg pakaiannya diletakkan di atas katil. Dia menghela nafasnya melihat bilik yang bakal didiaminya itu. Bilik yang terletak betul-betul disebelah bilik arwah Hafiz.

            “Apasal kau tak duduk bilik kembar kau je?” tanya Daniel. Butir-butir peluh yang mula terbit didahinya diseka dengan tapak tangan. Terasa sedikit mengah kerana berulang-alik dari tingkat bawah membawa barang-barang Adrian. Maklumlah, mereka memunggah barang berdua sahaja.

            “Ada barang-barang dia kat dalam tu, aku tak nak bercampur dengan barang-barang aku sekali,” sambut Adrian lantas melabuhkan punggungnya ke katil. Pandangan matanya melegari keseluruhan kawasan bilik yang masih kosong itu.

            “Larh… punggah jelah barang-barang dia kat tempat lain. Kembar kau tu pun dah lama tak ada, kan? Why not simpan je barang-barang tu dalam stor?”

            Adrian tergelak sahaja mendengar saranan itu. Tan Sri Jamaluddin juga ada mencadangkan perkara yang sama. Tapi entahlah… hatinya menolak untuk bersetuju. Dia tidak tergamak mahu mengalihkan barang-barang kembarnya ke stor. Biarlah segalanya kekal disitu sampai bila-bila. Barang-barang Hafiz adalah kenangan sentimental bagi Puan Sri Azila dan dia tidak akan mengalih atau mengambil apa-apa dari bilik tersebut.

            Kecuali gambar. Ya, gambar yang dia ambil dua minggu yang lalu. Sejak hari itu, pernah juga dia datang ke banglo ini beberapa kali. Puan Sri Azila banyak menceritakan tentang kisah percintaan antara Hafiz dan Nadya. Kisah cinta yang boleh dikatakan banyak konflik, tapi comel pada pandangannya.

            “Hafiz melamar Nadya masa hari konvokesyen. Depan orang ramai pulak tu. Cute, kan? Pastu dia edar kertas ni, bagi orang ramai dekat majlis konvokesyen sebab tak jumpa Nadya masa tu.” Itu cerita yang dia dengar dari ibunya beberapa hari yang lalu. Puan Sri Azila menunjukkan kepadanya kertas yang ditulis oleh Hafiz.

Kepada sesiapa yang berkenaan, jika anda mengenali gadis bernama Nurul Nadya Binti Asnawi, sila maklumkan pada dia seseorang sedang menunggunya di Dewan Tunku Canselor sekarang. Ciri-ciri: 23 tahun, bertudung, berkulit cerah, muka ada macam anak patung sikit dan ketinggian dalam 158 cm. Kepada anda yang menerima kertas ini, anda juga dijemput ke dewan sekarang.

            Dan di sebelah bawahnya pula ada lukisan orang lidi. Orang lidi yang tinggi memakai jaket manakala yang rendah memakai tudung. Kedua-dua orang lidi tersebut saling berpegangan tangan.

            Adrian tersenyum sendiri saat pertama kali membacanya. Comel, memang comel. Sekurang-kurangnya Hafiz berani meluahkan perasaan kepada gadis yang dicintainya. Bukan macam dia, memendam rasa sendirian selama empat tahun. Takut nak beritahu, sebab takut kena reject.

            Adrian tahu dan dia sedar Puan Sri Azila begitu menyayangi Hafiz sehinggakan perkara sekecil-kecil kertas seperti itu pun masih disimpannya sehingga ke hari ini. Dan Adrian berharap agar kehadirannya di rumah ini mampu menjadi pengganti kepada anak kesayangan ibu bapa kandungnya itu.

            Weh Adrian, kau berangan ke apa? Kau biar aku cakap sorang-sorang?” Suara Daniel yang menerpa cuping telinga mengganggu angannya.

            Lambat-lambat kepalanya berkalih memandang Daniel seraya tersenyum herot. Sedikit malu saat menyedari Daniel melihat dia sempat mengelamun seketika tadi.

            “Sorry, kau cakap apa?”

            “Kau memang, buat habis air liur aku je membebel dari tadi,” omel Daniel.

            Adrian melemparkan segaris senyuman. Bahu sahabat baiknya itu dipeluk erat.

            “Anyway, thanks a lot, buddy. Kau tolong aku angkat barang-barang hari ni. Kalau kau tak ada, mesti aku kena punggah sorang-sorang. Sorry terpaksa menyusahkan kau. Lori yang aku call haritu tiba-tiba tak boleh datang.”

            Daniel mengerutkan dahi, agak kurang selesa dengan kata-kata Adrian.

            “Kau tak payahlah nak berkira sangat dengan aku. Aku gigit kepala kau kang. Kita dah macam adik-beradik. Aku susah, kau tolong. Kau susah, aku tolong. Bukan ke kau sendiri pernah cakap, jangan mengaku ukhuwwah fillah kalau…”

            “… Kalau tak mampu bersama saat susah,” sambung Adrian pula.

            Daniel tersenyum manis dan menghalakan tapak tangannya kepada Adrian. Adrian membalas dengan memberi tepukan high-five.

            “Apa-apa pun, aku happy kau dah jumpa semula ibu bapa kandung kau. Aku risau sebenarnya kau tinggal kat apartment tu sorang-sorang.”

            “Risau? Apahal kau nak risau?” Adrian buat kening double-jerk.

            “Yelah, kena culik ke, kena samun ke. Bukannya ada orang tahu. Uncle Jamal pulak dah jauh dekat Auckland sana. At least kalau kat sini, parents kau ada.”

            Adrian mencemikkan muka. “Memandai je kau ni. Nak samun aku, pandai la aku lawan balik. Kalau tak sia-sia aku belajar taek kwan do masa sekolah dulu!”

            Daniel sekadar menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapan itu. Adrian… Adrian… bagi jawapan memang tak pernah nak kalah.

            “Apa-apa jelah, Adrian. Tapi kau kena ingat sesuatu, dah ada family baru ni, kau jangan lupakan aku pulak. Sejak kenduri doa selamat haritu kau tak pernah datang kafe aku. Dania pun asyik tanya je mana Uncle Adrian dia pergi.”

            “Ye ke?” Adrian tersengih.

            “Sorrylah, aku busy sikit sebab nak kena kemas barang, uruskan orang gaji kat apartment tu lagi. Tapi apa-apa pun, aku takkan lupakan kau dengan Cinta. Korang je kawan aku dunia akhirat. Oh ya, balik nanti jangan lupa bagi coklat ni dekat Dania.”

            Adrian menyeluk kocek seluar dan menghulurkan sebungkus coklat kepada Daniel. Dia selalu mendapat hadiah coklat daripada peminat misteri di pejabatnya. Tak tahu siapa, tapi setiap pagi pasti ada saja coklat yang diletakkan di atas mejanya. Nak kata Widad mengurat, tak mungkin sebab setiausahanya itu sudah berkahwin.

            “Kau ni asyik bagi coklat je kat Dania. Bagilah kerepek pisang ke, nasi goreng ke. Budak tu kerap sangat makan manis, dahlah haritu gigi kena tampal.”

            “Apa boleh buat, Danny? Ada secret admirer letak coklat pagi-pagi atas meja aku. Aku tanya Widad, dia pun tak tahu. Aku pun bukannya suka sangat makan benda manis, nak buang takut membazir.”

            “Hah, elok sangatlah kalau ada secret admirer. Kahwin je dengan dia, habis cerita!” sela Daniel sambil ketawa.

            “Cis, aku tak kenal macam mana nak kahwin.”
            “Kalau kenal kau nak tak?”

            “Dahlah, Danny. Topik basilah. Jom kita turun. Ibu aku ajak minum kat bawah.”

            “Okey, tapi sekejap je tau.” Daniel menilik jam tangannya. “Sekarang pun dah nak pukul 6. Aku nak siap-siap tutup kafe. Cinta dah balik dari ofis rasanya. Kang aku balik lambat dia merajuk pulak. Orang preggy ni moodnya susah sikit nak diduga!”

            Adrian membulatkan mata. “Preggy? Kau tak bagitahu aku pun.”

            “Aku lupa nak bagitahu kau. Yelah, kau pun sekarang dah busy dengan family baru ni. Aku teman Cinta buat check-up dekat hospital last week. Doktor cakap Cinta dah pregnant hampir tiga bulan. Patutlah sejak akhir-akhir ni suka sangat merajuk dengan aku. Pembawa budak rupanya,” ujar Daniel tertawa mengekek.

            Adrian turut ketawa. Bahu Daniel ditepuk-tepuk perlahan.

            “Congratulations, Danny. Tak sangka Dania dah nak dapat adik. Harap-harap kali ni anak lelaki pulak.”

            “Aku tak kesah pun, Adrian. Lelaki ke perempuan, yang penting anak isteri aku selamat. Aku dah nak masuk dua, kau tu jangan tunggu lama sangat.”

            Adrian mula tayang muka bosan. Dia tahu sangat, bila Daniel dah bercakap macam tu, mesti Daniel akan suruh dia cari calon isteri.

            “Dahlah, dahlah, kata nak balik tadi kan? Jom turun!” gesanya lagi cuba melencongkan topik perbualan.

            Mereka berdua terus menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Puan Sri Azila sudah menanti di ruang tamu bersama suaminya yang masih memakai baju kemeja. Mungkin baru pulang dari pejabat.

            “Adrian, Daniel, mari duduk. Minum ni, ibu ada buat kuih,” ajak Puan Sri Azila.

             Kedua-duanya terus duduk di sofa ruang tamu. Petang itu mereka menikmati minum petang yang disediakan oleh Puan Sri Azila dan Mak Munah sambil berbual santai. Sepuluh minit selepas itu Daniel terus beredar pulang. Masih ada banyak perkara yang perlu dibereskan. Urusan kafe, Dania, dan sekarang isterinya pula yang sedang berbadan dua.

            “Daniel tu baik, ya? Nasib baik dia ada,” tutur Tan Sri Jamaluddin.

            “Aah, dia kawan baik Adrian,” sahut Adrian pendek sambil meneguk teh yang mulai suam.

            “Adrian dengan Daniel sebaya, kan? Daniel dah kahwin pun. Adrian tak teringin ke nak kahwin?” Puan Sri Azila menduga perasaan anaknya.

            Bungkam seketika Adrian dibuatnya. Hmm… dia sudah malas mahu melayan soalan yang sama berulang-ulang dari Daniel, dan sekarang ibunya pula menjadi penambah perasa. Kenapa agaknya Daniel dan ibunya tanya soalan yang sama? Dah berpakat ke apa?

            “Adrian belum fikirkan. Tengoklah kalau ada jodoh. Oh ya, nanti kalau ada masa, boleh tak ibu dengan ayah tunjukkan kubur Hafiz? Adrian teringin nak menziarah.” Adrian cepat-cepat melarikan pokok perbincangan sekaligus menyuarakan keinginannya.

            Dan taktiknya itu berjaya. Puan Sri Azila mengangguk dan bersetuju untuk menemani Adrian ke kubur arwah Hafiz pada hujung minggu nanti.

            “Esok Adrian pergi ofis ibu akan kemaskan barang-barang Adrian dengan Mak Munah. Beg-beg tu semua tinggal aja. Malam ni Adrian rehat,” ungkap Puan Sri Azila mengulum senyuman.
            Adrian mengangguk dengan wajah bersahaja. Namun reaksinya itu membuatkan Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila saling bertatapan untuk seketika.

            Lebih dua minggu memerhati tingkah Adrian, mereka menyedari sesuatu yang sedikit aneh. Anak teruna mereka itu jarang sekali bercakap, senyum dan ketawa. Jarang sekali menzahirkan sebarang emosi. Mereka hanya dapat mendengar Adrian ketawa dan sedikit ‘beremosi’ jika dia berbicara dengan Daniel sahaja.

            Hmm… kenapa ya? Adakah Adrian bersikap sebegitu kerana merasakan dirinya belum cukup dekat dengan Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila?

            “Nanti kalau Adrian ada masa, baliklah makan tengah hari dekat rumah selalu. Ibu akan masak untuk Adrian. Tak perlulah makan kat kedai,” ujar Puan Sri Azila lagi, sekadar ingin menduga reaksi anaknya.

            Dan seperti dugaannya juga, Adrian hanya mengangguk. Tidak senyum, tidak bercakap. Nak sebut ‘Ya, ibu’ pun macam berat nak keluar dari mulut.

            Habisnya wanita itu hanya mampu mengeluh sendiri. Tak apalah, mungkin mereka perlu lebih masa untuk rapat dan saling mengenali antara satu sama lain. Puan Sri Azila hanya berharap agar suatu hari nanti Adrian juga akan senyum dan ketawa dihadapannya. Sama seperti dia lihat Adrian tersenyum dan ketawa apabila bertutur dengan Daniel.
*************************

NADYA menatang dulang berisi teko dan dua biji cawan ke ruang tamu. Adam dan Yusof kelihatan sibuk membincangkan hal-hal berkaitan pejabat meskipun sudah melepasi waktu Maghrib. Pulang sahaja dari ofis hari ini, Yusof terus bertandang ke kondominum mereka.

            Sebaik Nadya meletakkan dulang di atas meja, kokleanya menangkap satu nama yang keluar dari mulut Yusof. Abang iparnya itu menyebut nama seseorang yang bernama Yasmin dari RED Corporations.

            “Yasmin? Rasa macam pernah dengar nama tu,” sampuk Nadya sambil menuang minuman.

            Adam terdiam. Sedikit terkaku mendengar soalan isterinya itu. Anak matanya melirik ke arah Yusof, tanda isyarat menyuruh abangnya itu menjawab bagi pihaknya.

            “Yasmin Dato’ Azman. Kan dulu dia pernah study sama-sama dengan kita dekat UM,” jawab Yusof bersahaja.

            Nadya tidak menjawab. Tangannya menyuakan kopi panas untuk Adam dan Yusof sambil memasang telinga mendengar perbualan kedua-duanya.

            “Next week aku dengan Yasmin akan ke Wisma Putra untuk endorsement. Nanti dah endorse ke commissioner for oaths untuk semua documentations, kitorang terus ke Kedutaan Dubai pulak. Tapi kau tahulah kan, nak endorse tu bukannya sekejap, ambik masa seminggu juga. Tapi tu kau jangan risau, biar aku settle sendiri dengan Yasmin.”

            “Aik, apasal korang berdua je?” soal Yusof sedikit skeptikal.

            Adam menjungkitkan bahu. “Dia ajak aku je sebab tak nak menyusahkan kau katanya. Dia pun tahu kita ada banyak lagi projek lain selain projek Dubai tu.”

            Berlapis-lapis kerutan didahi Yusof. Aik, pulak dah? Yasmin mahu berjumpa berdua sahaja dengan Adam? Betul ke hanya atas dasar urusan bisnes? Hatinya gusar.

            “Kau tak yah buat muka macam tulah, Sof. Aku tahu apa kau fikir. Mesti kau ingat Yasmin nak buat apa-apa, kan? Tak habis-habis dengan buruk sangka kau ni.”

            Adam menggeleng-geleng sambil ketawa mengekek. Cawan kopi dihadapannya diambil lalu dihirup perlahan-lahan.

            “Yasmin ex-girlfriend abang tu ke?” soal Nadya cemburu. Dia baru teringat tentang nama itu. Yasmin anak Dato’ Azman, teman wanita Adam suatu ketika dahulu. Berubah seketika wajahnya saat menyedari Adam kembali menyebut tentang gadis itu setelah sekian lama nama itu cuba dilupakannya.

            Adam ketawa, perasan dengan reaksi tidak senang isterinya.

            “Company abang buat joint venture dengan company Yasmin, sayang. Kitorang cuma bincang urusan kerja aja,” ujar Adam.

            Yusof memerhatikan ekspresi wajah Nadya. Sedangkan dia sendiri agak risau dengan kemunculan Yasmin, inikan pula isteri Adam yang pernah ada kontroversi dengan Yasmin sebelum ini.

            “Kenapa abang tak cerita pun? Dah lama ke contact Yasmin sampai boleh adakan joint venture?” soal Nadya dengan segaris senyuman demi menutup rasa cemburunya.

            “Alah, Yasmin tu sama je dengan rakan-rakan bisnes abang yang lain. Nadya pun sebelum ni tak pernah ambil tahu urusan company abang, sebab tu abang tak cerita,” jelas Adam jujur. Memang tiada apa yang disembunyikannya.

            Nadya diam. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut mengenai Yasmin. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia sudah mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada Adam. Dan dia tahu dia tidak patut cemburu atau mencurigai suaminya. Sejak berkahwin, hampir setiap masa mereka saling berhubung. Sesibuk mana sekalipun, mereka berdua tetap akan saling berbalas SMS bertanyakan perihal masing-masing.

            Dan lagipula, kalau memang Adam mahu menyembunyikan sesuatu daripadanya, pasti Yusof juga tidak akan menyebut nama Yasmin dihadapannya.

            “Adam, rasanya kalau ada masa nanti boleh kau ajak Nadya jumpa Yasmin. Kenal-kenal balik. Yalah, dulu masa zaman belajar kan si Yasmin tu buat hal sikit.” Yusof memberikan cadangan.

            “Betul jugak tu,” sahut Adam. Dia tersenyum pada isterinya. “Nadya pun dah lama tak jumpa Yasmin, kan? Dulu yalah… masing-masing ada buat salah. Sekarang si Yasmin tu pun dah jadi businesswoman. Dia dah baik sekarang. Haritu dia sempat minta maaf dekat abang atas apa yang berlaku dulu.”

            Nadya menggigit bibir. Bertemu semula dengan Yasmin? Betulkah gadis yang pernah memusuhinya di kampus dulu sudah berubah? Melihat dari gaya penceritaan Adam, mungkin ada benarnya juga. Lagipun setiap manusia boleh berubah. Siapalah dirinya untuk menghukum kesalahan lalu orang lain.

            “Okeylah, boleh juga,” putus Nadya akhirnya.

            Yusof hanya melemparkan senyuman ditepi bibir. Bangga dengan Adam. Memang itu yang sebaiknya. Tidak perlu menyembunyikan apa-apa pun daripada pasangan masing-masing demi mengelakkan rasa curiga dalam rumah tangga.

            Hanya setengah jam selepas itu barulah Yusof meminta diri untuk pulang. Adam membantu isterinya mengangkat cawan ke dapur. Selesai membersihkan pinggan mangkuk di sinki, Nadya terus berlalu ke bilik untuk menyambung tugasnya pula. Dia perlu membuat kira-kira jumlah keuntungan butik dan stok untuk bulan tersebut.

             “Nadya cemburu ke?” soal Adam yang sudah merebahkan badan ke katil. Isteri disebelah yang duduk bersila dan sibuk dengan kertas kerjanya dipandang.

            “Cemburu? Cemburu dengan siapa?” Nadya mengembalikan pertanyaan dengan mata yang masih khusyuk menatap setiap dokumen yang berlonggok dihadapannya.

            “Yasmin.”
            “Kenapa abang tanya macam tu?”
            “Entahlah, abang rasa Nadya cemburu.”

            Nadya terdiam seketika. Dia memandang Adam yang masih merenungnya.

            “Baguslah kalau abang tahu.”

            Adam tersenyum meleret mendengar pengakuan Nadya. Tangan isterinya itu diraih dan diusap-usap perlahan.

            “Pandai cemburu jugak isteri abang ni, ya?” guraunya. Tersentuh hati, rupa-rupanya Nadya juga mencemburui dirinya.

            “Abang dah cakap tadi, kan? Syarikat Yasmin tu joint venture dengan HS Holdings. Tak lebih dari tu.”

            “Nadya tahu, bang. Nadya tak cemburu buta,” ungkap Nadya tenang. Dia percaya pada suaminya. Sebelum ini pun sudah banyak kali dia menyuruh Adam berkahwin lagi demi mendapatkan cahaya mata, namun suaminya itu sering menolak kerana katanya, tidak mampu untuk berlaku adil.

            Ah! Nadya tahu itu semua alasan semata-mata. Adam merupakan salah seorang pengarah di HS Holdings. Jangankan kahwin dua, nak cukupkan kuota empat sekaligus pun dia mampu. Tapi kata Adam pula, dari segi kewangan memang dia lebih dari mampu. Tapi dari segi perasaan dan giliran, dia merasakanya dirinya tidak mampu untuk membahagikannya sama rata antara isteri-isterinya.

            Adam takut jika dia berkahwin lagi, dia berlaku tidak adil diluar kesedarannya. Kemungkinan dia akan melebihkan Nadya berbanding isteri-isteri lain. Atau mungkin juga sebaliknya. Dan dia tidak mahu berdiri di akhirat nanti dalam keadaan bahu senget sebelah kerana menganiaya isteri-isterinya di dunia.

            ‘Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang diantaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.’ (Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal)

            “Abang…” Nadya bersuara. Genggaman tangannya erat ditangan sasa suaminya.

            “Nadya pun pernah cakap sebelum ni, Nadya tak kesah kalau abang nak kahwin lagi. Tapi kalau boleh, janganlah dengan Yasmin. Bukannya apa, dulu kan dia pernah ugut Nadya. Nadya takut sesuatu terjadi di masa akan datang. Kalau dia pernah buat sekali, mesti dia berani untuk buat lagi,” luahnya lembut dan perlahan. Berharap agar Adam memahaminya.

            Dia bukannya mahu berprasangka buruk terhadap Yasmin. Tidak sama sekali. Dia cuma mahu berhati-hati. Kalau hidup berpoligami pun, dia mahukan rumah tangga yang harmoni. Jalinan ukhuwwah yang mesra dengan madu-madunya. Bukan dengan Yasmin yang pernah berniat mahu mencederakannya suatu masa dahulu.

            Adam melepaskan keluhan kecil. Terharu mendengar kata-kata isterinya. Sememangnya dia sendiri tidak berminat untuk memupuk sebarang sentimen cinta antara dirinya dengan Yasmin. Cinta dan kasih sayangnya tetap utuh buat Nadya.

            Tapi dia tidak percaya Yasmin masih sejahat dulu. Zaman nakal itu sudah lama berlalu. Baginya, Yusof dan Nadya sama. Paranoid pada kejadian lampau. Sekarang masing-masing sudah menginjak dewasa. Masing-masing sudah tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

            “Nadya, isteri abang… bidadari syurga abang…” Pandangan mata Adam memanah kedalam anak mata isterinya.

            Nadya menelan air liur. Hati terasa berdebar semacam melihat senyuman suaminya yang bagaikan mengandungi seribu satu makna.

            “Abang tahu Nadya izinkan abang untuk kahwin lagi, tapi abang tak pernah berniat ke arah tu. Abang tak nak Yasmin, abang tak nak sesiapa pun. Abang percaya pada rezeki dari Allah. Suatu hari nanti, kita pasti akan ada anak kita sendiri. Hanya perlu sabar, usaha dan tawakal.”

            Kali ini Nadya tersenyum. Suara lembut Adam begitu menenangkan jiwanya. Hati terasa sedikit lapang kerana suaminya mampu menanamkan keyakinan kepadanya. Keyakinan bahawa Adam tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap bekas teman wanitanya itu.

            “Oh ya, macam mana ek Yasmin boleh ada company dekat Dubai? Hebat dia.” Nadya kembali meneruskan perbualan, berminat ingin tahu lanjut mengenai Yasmin.

            Adam melepaskan nafas perlahan-lahan ibarat menikmati setiap oksigen yang memasuki ruang alveolusnya Dia yang dari tadi baring terlentang terus berkalih menghadap isterinya sambil memeluk bantal golek.

            “Nadya nak abang terangkan satu persatu step nya?”
            “Kalau abang rajin nak terangkan, apa salahnya?”
            “Okey...” Adam membetulkan kedudukannya sebelum memulakan.

            “Yasmin dapat tender projek dekat Dubai. So company Yasmin perlu tubuhkan sebuah company lain untuk dia bertapak kat situ. Dia perlu ada proksi, seorang warganegara Dubai yang boleh bekerjasama untuk projek ni. Dan RED Corporations akan guna nama proksi tu untuk tubuhkan company kat Dubai. Orang luar macam kita tak boleh senang-senang nak tubuhkan syarikat kat negara diorang. Dan nama company kat sana perlu diubah sikit, perlu ada nama LLC dibelakang nama company. Sebagai contoh RED Corporations Berhad, bila di Dubai namanya akan jadi RED Interiors LLC.

            Tapi sebelum tu, RED Corporations perlu bentangkan proposal project pada mayor Dubai. Si pembentang biasanya Project Director dan Managing Director hanya hadir untuk pantau in case ada soalan tentang management project yang Project Director tak ada authorities untuk jawab. Untuk presentation tu, boleh pergi ke Dubai atau invite diorang datang ke Malaysia. Kalau mayor berminat, boleh proceed. Kena buat MOU untuk pengesahan yang dah agree untuk joint venture. Lepas MOU, kenalah buat endorsement, pergi Kedutaan Dubai dan bawa semua dokumen ke Dubai untuk proceed belah sana. Kalau semua dokumen complete, sehari dua pun dah dapat semua certs.”

           Nadya mendengar penerangan suaminya dengan mulut yang sedikit ternganga. Entah faham ke tidak.

            “Macam complicated je. Pembahagian share pulak macam mana?”

            “Orang Dubai akan pegang share 51%, dan lagi 49% akan dibahagi antara RED Corporations dengan HS Holdings. So pembahagian share tu akan ada 3 bahagian.”

            “Oh... I see... okey... okey...” Hanya itu yang keluar dari bibir Nadya. Dia menggaru-garu kepala sendiri sambil tersengih. Mungkin dia tak patut bertanya sebenarnya. Dia bukan orang korporat dan dia bukannya faham hal-hal sebegini.

            “Err... abang, nanti hujung minggu ni kita jenguk abah kat kampung, nak tak? Rasa macam dah lama tak tengok abah,” pinta Nadya, sekaligus melarikan pokok perbualan sebentar tadi. Malas nak ambil tahu hal kerja Adam.

            “Kenapa pulak tak boleh…” Adam tersenyum manis seraya menggeliat manja.

            Memang sejak pemergian Dato’ Husin, mereka berdua lebih kerap pulang ke kampung menjenguk abah Nadya. Tambahan pula lelaki tua itu tinggal berseorangan. Adam dan Nadya ada juga mengajak abah tinggal bersama, sekurang-kurangnya makan pakai dijaga. Tapi dia sering menolak kerana katanya sudah cukup serasi dengan suasana kampung yang tenang. Kepala dan telinganya tidak mampu menerima hiruk-pikuk suasana sibuk di Kuala Lumpur.

            “Abang ada contact lagi tak dengan ibu dan ayah?”

            Adam menggeleng. “Tak, sejak kenduri haritu dah tak contact. Dah tak ada kepentingan pun. Kita pun dah jumpa kembar Hafiz, kan?”

            “Ish, kenapa pulak tak ada kepentingan? Kita kan dah lama kenal diorang.”

            “Memanglah, tapi Nadya je yang rapat dengan diorang. Abang tak. Selama ni pun abang cuma menolong untuk cari kembar Hafiz. Sekarang mission accomplished, so tak perlulah contact sangat,” ujar Adam mudah.

            Bagi Adam, dia hanya menyatakan apa yang sebenarnya. Memang dia tidak rapat dengan Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila. Kerana itu hanya Nadya yang memanggil mereka berdua dengan gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Dan dia juga sudah menunaikan amanat terakhir arwah Hafiz, jadi pada tanggapannya tiada sebab lagi untuk dia terus berhubung dengan Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila.

            “Kenapa tiba-tiba tanya pasal diorang?” Adam pula menyoal.

            “Tak adalah, pelik sikit je. Sebab ibu dah lama tak datang butik. Biasanya dia suka datang waktu pagi dan tengah hari. Kadang-kadang bawa nasi dari rumah dan ajak Nadya makan sama-sama. Kalau busy pun, ibu akan suruh driver hantar lauk,” bicara Nadya perlahan.

            Adam angkat kening. Seraut wajahnya mengukir senyuman melihat si isteri yang seakan berjauh hati.

            “Nadya kenalah faham. Diorang baru jumpa semula anak diorang selepas 30 tahun. Mungkin Tan Sri dan Puan Sri nak habiskan masa dulu dengan Adrian. Dah lama-lama nanti Puan Sri datanglah. Sabar, bagi dia habiskan masa dengan anak dia puas-puas,” pujuk Adam sambil membelai-belai belakang tubuh isterinya.

            Nadya tidak membalas. Bibirnya mengukir secarik senyuman terpaksa. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Adam. Munculnya Adrian, bererti kehidupan Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila telah berubah.

            Nadya tahu dia tidak boleh mengharapkan keadaan sama seperti sebelum ini. Ibu bapa angkatnya itu sudah menemui anak kandung mereka yang dinanti-nanti selama ini.

            Siapalah dia untuk mendapat perhatian daripada Puan Sri Azila? Hanya seorang gadis yang dulunya bakal menantu dan menjadi anak angkat hanya untuk menggantikan tempat arwah Hafiz.

            Tapi sekarang tidak lagi. Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila kini memiliki Adrian. Mulai saat ini, Adrianlah pengganti Hafiz. Bukan lagi dia.

            Nadya mengeluh sendiri. Hmm… Adrian. Memang dia tidak mengenali lelaki itu, tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa Adrian seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Rakan-rakan yang lain berpendapat Adrian seorang yang tenang dan matang tapi Nadya pula merasakan lelaki itu seperti sedang murung dan tampak kekosongan.

            Kenapa agaknya?

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

Jessica Latisya said...

adrian dh pindah.....

sehijau warna daun said...

best3..nak lg

ain said...

hati2 ngan yasmin

Unknown said...

best3

Eddayu said...

beware dgn Jasmin.. ada udang sbalik batu tue gayanya.
Adrian, susahnya la nk lupakan Jessica kn.. ermmmmm
bagus Nadya tak cemburu buta.. adatla tue ble cemburu kn tue tnda sayang.. Adam jgn noty2 tau ;)