Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, May 17, 2015

Kau Bidadariku... 22

SEBAIK mereka tiba di kondominum, Adam terus meleraikan tangannya yang sedari tadi menggenggam jemari halus Nadya. Dengan wajah keruh, dia terus menanggalkan tali leher dan melonggarkan baju kemeja. Tubuhnya berbahang panas kerana hati yang terasa bagai disalai dikala ini.

            “Abang, tadi Nadya dapat call dari seorang staf syarikat abang. Katanya abang nak jumpa Nadya dekat taman tu…” ungkap Nadya perlahan, cuba memberanikan diri untuk bersuara meskipun tarikan nafasnya mulai turun naik tidak sekata.

            “Ye ke? Siapa nama staf tu?” Pertanyaan Adam berbaur sinikal.

            Nadya tunduk menekur lantai. Tidak terlintas pula difikirannya untuk bertanya nama staf tersebut. Dia terus bergegas ke Taman Tasik Shah Alam kerana teruja untuk bertemu dengan suaminya yang dikatakan ada menyediakan kejutan untuknya.

            “Maaf, Nadya tak tanya nama dia apa. Tapi…”

            “Tapi apa? Apa Nadya buat kat taman tu dengan Adrian?” potong Adam, sekaligus menghantar pertanyaan.

            Nadya terkesima. Melihat dari reaksi suaminya saat ini, benarlah dia telah ditipu. Ada orang menyamar sebagai staf HS Holdings dan menyuruh dia untuk ke taman itu semata-mata untuk memerangkap dia dan Adrian.

            Tapi dia tiada bukti untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Dia menerima panggilan menerusi telefon pejabat. Kalau telefon bimbit, pasti nombor si pemanggil tersimpan dibahagian History.

            “Abang, Nadya tak tipu abang. Memang ada orang call Nadya. Dia kata dia staf abang dan abang ada kejutan untuk Nadya. Sebab tu Nadya pergi sana.”

            Adam berjeda beberapa ketika dengan wajah yang merah padam menahan marah.

            “Habis kenapa Adrian ada kat situ?”
            “Nadya tak tahu, abang…”

            Adam tergelak halus. Baginya penjelasan Nadya terlalu rapuh. Tak tahu? Bagaimana Nadya dan Adrian boleh berada di tempat yang sama, berjalan berdua-duaan di taman bersama kalau tiada temu janji? Kalau kiriman gambar tempoh hari, mungkin dia masih boleh mempercayai Nadya. Semua orang boleh buat cerita dan menabur fitnah kerana gambar hanya imej kaku.

            Tapi situasi kali ini berbeza. Ketika dia sampai di Taman Tasik Shah Alam, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri isterinya berdua-duaan dengan Adrian. Kenapa taman? Tidak cukupkah dia memberi kebebasan kepada Nadya untuk bertemu dengan Adrian di butik?

            “Nadya, tolong terus-terang dengan abang. Nadya suka Adrian ke? Nadya suka Adrian sebab muka dia macam Hafiz ke?” soal Adam tiba-tiba.

            “Astaghfirullahalazim… ya Allah, apa abang cakap ni?” Berubah wajah Nadya mendengarnya. Terasa kesetiaannya sebagai isteri telah diragui.

            Adam menggenggam penumbuk. Menggeletar tubuhnya membayangkan apa yang ditakutinya selama ini benar-benar sedang terjadi. Selama ini dia takut dan fobia sekiranya kehadiran Adrian kembali mencambahkan rasa cinta Nadya terhadap arwah Hafiz. Dan sekarang, terbukti ketakutannya itu berasas.

            “Nadya belum lupakan Hafiz, betul tak? Hafiz dah tak ada, jadi Nadya lepaskan rindu pada Adrian, kan?” Perlahan suara Adam. Tangannya yang sedikit menggigil memegang pipi isterinya. Pelbagai anasir negatif sudah menular dibenaknya saat ini.

            Allah, adakah aku akan kehilangan isteriku? bisik kalbunya sedih.

            “Abang, tolong jangan tuduh Nadya bukan-bukan. Nadya memang tak ada niat nak jumpa Adrian kat taman tu. Nadya nak jumpa abang!”

            Kata-kata Nadya semakin menjulang api kemarahan dan cemburunya. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjuk SMS yang diterima.

            “Jangan buat alasan macam tulah, Nadya. Kalau nak jumpa abang kenapa tak call abang dulu? Ini, ada orang inform pada abang yang Nadya berdua-duaan dengan Adrian. Ada orang nampak! Nadya masih nak nafikan?”

            Nadya membaca SMS yang ditunjuk. Kepalanya menggeleng-geleng. Tangannya menekup mulut saat merasakan ada air hangat menabiri pandangan.

            “Abang, kenapa abang lebih percaya orang lain berbanding isteri sendiri?” Lirih suara Nadya menyoal suaminya. Riak wajahnya terlukis kekecewaan. Sungguh dia yakin kini ada orang yang cuba menghancurkan kebahagiaannya.

            Adam menghela nafas perlahan. “Nadya, kalau setakat gambar, mungkin abang boleh terima. Tapi abang dah nampak depan mata abang sendiri…”

            Nadya terdiam. Tersayat hatinya mendengar kata-kata Adam.

            “Tujuh tahun kita kahwin, Nadya. Kita bahagia selama ni. Abang cari Adrian sebab itu permintaan terakhir arwah Hafiz. Abang usaha untuk gembirakan hati semua orang. Dan sekarang bila Adrian muncul, Nadya mula sukakan dia. Nadya lupakan abang. Adakah sebab Adrian tu mengingatkan Nadya pada Hafiz? Please, I’m begging you. Tak boleh ke Nadya terima abang sepenuh hati?” Adam meluahkan segala yang terbuku didada. Matanya yang berkaca dibaluti air mata menikam anak mata isterinya.

            Nadya menelan air liurnya yang pahit. Sayu hatinya melihat mata Adam yang sudah merah berair. Dia tahu pasti Adam cukup terluka kerana menyangkakan dia sudah berubah hati. Namun hakikatnya dia adalah mangsa fitnah. Tidak mungkin dia akan mencintai Adrian hanya kerana wajah lelaki itu mirip dengan cinta pertamanya.

            “Abang, tolonglah percayakan Nadya. Nadya ke sana untuk jumpa abang, bukan Adrian. Ada orang dengkikan kita, dia nak rumah tangga kita porak-peranda. Kalau abang tak percaya, abang tanyalah Lily. Dia ada sekali masa Nadya terima panggilan tu.” Nadya masih cuba untuk menjelaskan dengan sejujur-jujurnya. Nada suaranya mengendur, cuba mengalah demi mempertahankan rumah tangga mereka.

            Adam terdiam sepi, tidak mampu lagi untuk bersuara. Dia berperang dengan perasaan sendiri. Benar-benar dihambat dilema saat ini.

            “Entahlah, Nadya. Abang perlu tenangkan diri. Beri abang masa,” ujarnya dan terus melangkah ke muka pintu.

            Nadya pantas menarik lengan Adam dan memeluk tubuh suaminya dari belakang. Langkah Adam terhenti apabila didakap begitu. Adam cuba meleraikan pelukan itu namun Nadya semakin mengeratkan rangkulannya.

            “Abang, tolong jangan buat Nadya macam ni. Tolonglah percaya pada Nadya, bang. Nadya cuma sayangkan abang,” ungkapnya mulai teresak.

            Adam memejamkan mata untuk seketika, menahan rasa sesak yang bagaikan sedang melahap sekeping hatinya. Perlahan-lahan dia membalikkan tubuh menghadap isterinya. Wajahnya yang sugul merenung lembut wajah Nadya sebelum kening wanita itu dikucupnya penuh kasih.

            Kala pintu kemarahan terbuka, masih tersisa salju di penjuru hati. Tidak mungkin dia tegar untuk menyakiti wanita kesayangannya.

            “Nanti abang balik ya, sayang. I just need some space to build myself back up from this,” tuturnya perlahan.

            Usai itu dia terus melangkah keluar dari kondominium meninggalkan Nadya sendirian. Nadya terduduk di lantai, tidak mampu menghalang hayunan langkah suaminya.
***********************

NADYA terasa tubuhnya digoyang perlahan ketika sedang lena diulit mimpi. Dia menggosok mata berulang-ulang kali dan melihat suasana sekeliling. Saat itu baru dia menyedari dia sudah tertidur di sofa ruang tamu sepanjang malam kerana menunggu kepulangan suaminya.

            “Sayang, kenapa tidur atas sofa ni?” Adam menyisir rambut Nadya. Lembut nada suaranya. Raut wajahnya tampak lebih tenang dikala ini.

            “Abang…” Kaget sebentar Nadya melihat suaminya. Adam masih memakai pakaian pejabatnya sejak siang tadi.

            “Dah pukul berapa, abang?” tanyanya. Segera teringat dia masih belum menunaikan solat Isyak kerana asyik melayan kesedihan selepas Adam keluar tadi.

            “Dah pukul 2.00 pagi. Mari rehat dalam bilik.”

            “Nadya belum solat Isyak lagi.” Adam tersenyum mendengar jawapan isterinya.

            “Abang pun belum. Jom kita jemaah.”

           Dalam keadaan masih mamai, Nadya mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya menuju ke bilik bersama Adam. Selesai membasuh muka dan berwuduk, Nadya duduk di tikar sejadah sementara menanti suaminya membilas badan.

          Sesudah itu Adam terus menyarung kain pelekat bersama T-shirt nipis dan kopiah. Dia tersenyum segaris pada Nadya sebelum mengqamatkan solat Isyak dan bertakbiratulihram memulakan solat empat rakaan itu. Usai solat, Adam masih berteleku di sejadah. Berzikir dan bertahmid sejenak sebelum menadah tangan untuk berdoa.

            “Ya Allah, Ya Hayyu… Ya Qayyum… Ya Rahman… Ya Rahim… ampunilah dosa-dosaku, isteriku, arwah kedua ibu bapaku, dosa-dosa bapa mentuaku, Yusof, rakan-rakanku, serta seluruh Muslimin dan Muslimat. Ya Allah, kami memohon ke hadrat-Mu agar Engkau sentiasa merahmati kami dalam setiap pekerjaan dan urusan serta jauhkanlah kami dari segala bencana yang turun dari langit dan yang melata dibumi dengan perlindungan-Mu. Ya Wadud, jadikanlah aku hamba-Mu yang mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku. Bantulah kami untuk melayari bahtera rumah tangga ini dengan penuh kasih sayang yang akan membawa kami dekat kepada-Mu. Ya Musyawwir, bentuklah kami untuk menjadi insan yang soleh dan solehah. Satukanlah hati kami agar kami terus bersama menuju ke syurga-Mu. Amin… Amin Ya Rabbal Alamin…”

            Adam meraup wajahnya selesai mengaminkan doa. Dia berpaling, menghulurkan tangan kepada Nadya.

            Nadya mencapai dan terus menunduk hormat mencium tangan suaminya itu.

            “Abang, Nadya minta maaf. Nadya tahu abang marahkan Nadya tentang apa terjadi siang tadi. Nadya betul-betul tak sengaja, bang. Nadya tak sangka boleh jumpa Adrian kat situ.”

            Tangan Adam dicium lama. Beberapa titis air mata yang gugur menitik ke atas jemari kasar Adam. Hatinya merasa terhenyak saat mendengar rangkap doa yang dibaca suaminya itu sebentar tadi.

            Adam diam membisu. Beberapa saat merenung isterinya, akhirnya dia bersuara perlahan.

            “Nadya, bidadari syurga abang…”

            Adam menyentuh pipi wanita kesayangannya itu. Nadya memberanikan diri mendongak, merenung wajah suaminya.

            Panahan mata Adam redup, wajah Nadya ditenungnya dalam-dalam. Akhirnya merekah senyuman di wajahnya. Tampak tenang dan begitu menenangkan hati.

            Semalaman keluar mencari ketenangan dan berfikir sedalam-dalamnya, Adam tahu dia tidak seharusnya meletakkan kesalahan itu di bahu Nadya seratus-peratus. Sebagai suami, sudah seharusnya dia berfikir dengan lebih matang. Dan sebagai lelaki, dia harus betah menerima apa yang sudah. Dia adalah masa depan Nadya, dan Hafiz adalah masa lalu. Tidak seharusnya kehadiran Adrian meretakkan apa yang mereka ada kini.

            Tambahan pula ketika dia ternampak Nadya dan Adrian siang tadi, kedua-duanya sudah melangkah pulang ke kereta. Tiada bukti mereka berdua ‘bermadu asmara’ seperti yang diperkatakan oleh pengirim SMS itu.

            Dan Adam tahu, dia patut lebih mempercayai Nadya kerana isterinya itu tidak pernah sekalipun mengimbau kembali memori manis bersama arwah Hafiz selama ini. Sepanjang perkahwinan mereka, Nadya cukup menjaga hatinya dan tidak pernah sekalipun mengabaikan tanggungjawab selaku seorang isteri.

            “Abang minta maaf kerana terlalu ikutkan hati. Abang cemburu sebab abang tak nak kehilangan zaujah abang. Just call me selfish, but I can’t share you with anyone else,” luah Adam separuh berbisik. Perlahan-lahan air mata yang mengalir dipipi mulus isterinya diseka dengan hujung jari.

            Nadya mengangguk perlahan. Hatinya sudah berjanji untuk terus menghargai ikatan suci ini. Suaminya itu sudah cukup banyak berkorban deminya. Dan dia menyanjungi kesabaran suaminya melayan kerenahnya selama ini.

            “You’re not sharing me with anybody, abang. I’m yours, and it is all I want.”

            Adam tersenyum manis mendengar jawapan isterinya. Tubuh Nadya diraih erat. Dan didalam pelukan itu, Nadya tahu kekhilafannya sudah dimaafkan. Terasa beban rasa bersalah yang dipikul lenyap begitu sahaja.

            Tatkala pelukan diregangkan, Adam merenung wajah comel Nadya disebalik telekung putih itu. Lama mata mereka bertaut, sehinggalah dia bersuara lagi.

            “Abang terlalu cintakan Nadya. Janji jangan tinggalkan abang, ya?”

            “Nadya janji hanya akan sayang abang seorang sampai bila-bila. Takkan ada lelaki lain dalam hati Nadya kecuali abang,” ucap Nadya seikhlas hatinya.

            “Terima kasih, bidadari abang…”

            Adam mendekatkan bibirnya. Ubun-ubun Nadya dikucup lama, membuatkan Nadya terbuai bahagia. Tangannya merangkul tubuh Adam dengan lebih kuat. Hatinya melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana Allah SWT masih memelihara keharmonian rumah tangga mereka. Dan mudah-mudahan keharmonian ini akan berkekalan untuk selama-lamanya.
*****************************


“HARI ni tak perlu buka butik ya, sayang? Kita ambil cuti,” ujar Adam sesudah mereka berdua menunaikan solat Subuh.

            Nadya yang sedang melipat sejadahnya mengerutkan muka.

            “Kenapa? Abang rasa tak sihat ke?” soalnya sedikit gusar.

            “Taklah, abang rasa lebih sihat berbanding semalam,” tukas Adam tertawa halus.

            Nadya terkebil-kebil tidak mengerti. Melihatkan isterinya buat muka bingung, Adam menyambung lagi.

            “Abang nak ajak Nadya jalan-jalan. Rasanya dah lama kita tak habiskan masa berdua, kan? Abang busy dekat ofis, Nadya busy dengan butik. Malam baru dapat jumpa. Tak bestlah selalu macam tu. Abang teringin nak keluar dating dengan isteri abang.”

            Kata-kata Adam menerbitkan senyuman di ulas bibir Nadya.

            “Okey, abang. Kejap lagi Nadya inform pada Lily. Bagi dia cuti hari ni. Oh ya, pagi ni abang nak makan apa?” Nadya menyoal pula, berhasrat ingin menyediakan sarapan terlebih dahulu sebelum keluar bersama suaminya.

            Nadya berpaling ke tempat penyidai sambil menyidai cermat telekungnya. Adam tersenyum melihat isterinya dari belakang. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya.

            “Abang, jawablah. Abang nak makan…”

            Suara Nadya terhenti disitu tatkala Adam sudah merangkul pinggang isterinya dari belakang. Kepala isterinya dikucup lama. Haruman rambut dan tubuh Nadya mengocak naluri kelelakiannya.

              Rambut Nadya yang panjang mengurai melepasi bahu diselaknya ke hadapan. Dapat Nadya rasakan nafas suaminya yang hangat menyapa kulitnya. Adam mendaratkan ciumannya disebelah kiri belakang bahu Nadya.

            “Nak makan Nadya boleh tak?” bisik Adam perlahan ditepi telinga Nadya. Hidungnya sudah melekap di pipi wanita kesayangannya itu.

            Nadya meneguk liur tatkala merasakan dadanya sudah berdetak hebat. Pipinya sudah berona kemerahan. Cepat-cepat dia melepaskan diri dari pelukan suaminya.

            “Mengada-ada eh, abang? Dahlah, Nadya nak ke dapur. Abang pergilah tengok TV sementara Nadya buat sarapan. Roti telur dengan kentang rebus je, boleh kan?”

            “Boleh je, tak ada masalah. Kalau Nadya masak batu dengan kayu pun abang makan,” sela Adam selamba, sekali lagi mengundang tawa Nadya.

            Senang hatinya melihat mood Adam kembali ceria. Mujur kemarahan suaminya itu tidak berpanjangan. Tapi dia juga tahu hal ini tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja. Isu kelmarin belum selesai. Si pengintip yang tergamak menyebarkan fitnah dan memerangkap dia dan Adrian harus diambil tindakan.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

8 comments:

ain said...

sweet adam..melting <3

Ainulrida said...

Yes! This is what I meant in my earlier comment. Masalah yg dtg bukan ditangani dgn membuat keputusan yg terburu2. Kalau semua irg terburu2, angka perceraian dikalangan umat Islam akan bertambah. Tenang menghadapi masalah & yg penting jgn tinggalkan pasangan masing2.

Anonymous said...

Alhadmulillah...moga rumah tangga mereka bahagia berpanjangan.

E-la Adiey said...

ain- haha..awwww

Ainulrida - thanks for the comment sis. insya-Allah tak ada penceraian dlm novel ni

Anonymous - Amin.... ;D

budak blur said...

such a sweet couple diorg ni.....x snggup klu diorg pisah :'(

Unknown said...

Best

Eddayu said...

Alhamdulillah Adam x ambik tindakan yg terburu2..
perkara cm nie kene berbincang dlu, jgn judged a book by its cover..

E-la Adiey said...

budak blur - ngeeee

baby mio - thank you ;D

kak Eddayu - yeayh!