Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, May 20, 2015

Kau Bidadariku... 23

MATA Adrian terus tertancap pada sebungkus coklat berjenama Vochelle yang diletakkan diatas mejanya sebaik dia melangkah masuk ke biliknya pagi itu. Dah agak, memang sejak beberapa bulan kebelakangan ini dia selalu sahaja menerima hadiah berupa coklat.

            Sebut saja coklat jenis apa; Mars, Kit Kat, Toblerone, Dove, Kinder Bueno, Ferrero Rocher dan pelbagai lagi jenama sampai Adrian pun dah tak ingat berapa banyak jenis coklat yang diterimanya. Tapi biasanya coklat-coklat itu hanya akan disimpan dan diberikan kepada Dania. Pemberian daripada siapa? Itu yang dia tidak tahu sehingga kini.

            Dia meletakkan briefcasenya di atas meja. Coklat bar Vochelle dialih ketepi. Tangannya menekan butang interkom, menyuruh setiausahanya masuk. Tidak sampai beberapa saat, wajah Widad sudah terpacul di muka pintu.

            “Ya, bos?”

“Tentang semalam tu, awak ada cakap Puan Nadya nak jumpa saya, kan?”

            “Aah. Kenapa bos?”
            “Apa nama penuh Puan Nadya tu?”
            Widad angkat bahu. Lambat-lambat menggeleng.

            “Saya tak pasti, bos. Dia cuma cakap namanya Puan Nadya dan dia nak jumpa bos kat Taman Tasik Shah Alam. Urusan urgent katanya. Itu aja.”

            Adrian mengulum bibir. Hujung harinya mengetuk-ngetuk meja seperti sedang memikirkan sesuatu. Ternaik sedikit kening Widad melihatnya.

          “Puan Nadya dah tak ada call?”

            “Tak ada. Err… kenapa bos? Ada apa-apa yang tak kena ke?”

            “It’s okay. Tak apalah, awak boleh keluar. Terima kasih, Widad.”

Widad mengangguk dan terus berlalu pergi.

            Adrian menyandar santai pada kerusi empuknya. Apa yang terjadi di Taman Tasik Shah Alam semalam masih terbayang-bayang di ruang fikiran. Walaupun mungkin pada logiknya tiada apa yang perlu dirisaukan, tapi apa yang berlaku sudah sedikit mengganggu konsentrasinya.

            Tidak mungkin Widad salah orang kerana setiausahanya itu mengatakan Nadya ingin bertemunya di taman tersebut. Cuma yang membuatkan dia terasa aneh, kenapa sebaik dia tiba di taman itu, lain pula jadinya? Nadya tidak menunggunya, sebaliknya menunggu Adam. Sumpah pelik!

            “Tak perlulah… saya rasa ada orang nak main-mainkan kita.” Ucapan Nadya bagai terdengar-dengar di cuping telinga.

            Tapi setahunya dia tiada musuh. Musuh Nadya ke? Habis kenapa aku boleh terlibat sekali ni? Argh! Adrian menggosok muka.

            Banyak yang menjadi tanda-tanya. Mula-mula Nadya cakap ada orang nak main-main, tiba-tiba Adam pula muncul. Bermakna betul mereka punya temu janji. Cuma yang menghairankan, kenapa dia juga mendapat panggilan daripada Nadya untuk kesana?

            Lambat-lambat Adrian menyeluk kocek mengambil telefon bimbit. Jarinya menekan bahagian ‘Contact Number’ mencari nombor telefon Nadya. Bibir bawahnya digigit perlahan, ragu-ragu apa sebenarnya yang harus dilakukan. Adakah dia patut menghubungi Nadya untuk bertanya tentang perkara itu?

            “Tak payah tanyalah. Buang masa. Nanti Adam ingat aku nak mengurat bini dia pulak!” putus Adrian malas.

            Telefon bimbit kembali disimpan. Biarlah, dia malas mahu memanjangkan isu itu. Bikin serabut kepala otak. Selepas ini dia akan lebih berhati-hati. Dia tidak mahu punya sebarang masalah dengan isteri orang. Di usianya yang sudah menjangkau 30-an, dia mahu menjalani hidupnya dengan tenang.

**********************************


“YOU rasa diorang gaduh ke?”

            “Mestilah, Cik Yasmin. Semalam masa saya perhati dari jauh, muka si Adam tu bengang habis masa dia nampak bini dia jalan berdua dengan Adrian!” Galak Jay bercerita di corong telefon mengundang senyuman lebar di bibir Yasmin.

            “Good. Tak sia-sia I menyamar semalam. Percaya pulak si secretary Adrian tu. Dia ingat I betul-betul Nadya,” sambut Yasmin dengan nada sinis dihujung suaranya.

            Jay ketawa besar. Memang semalam dia yang menyamar sebagai pekerja HS Holdings. Dia menghubungi Nadya dan menyuruh Nadya ke taman itu atas permintaan Adam kononnya. Dan Yasmin yang menyamar sebagai Nadya pula menelefon nombor pejabat Adrian. Yasmin tahu dia tidak boleh menghubungi nombor peribadi Adrian kerana Adrian pasti mampu mengecam bagaimana lenggok suara Nadya.

            Harap-harap Adam dan Nadya bergaduh besar. Kalau boleh, bercerai terus pun tak apa! desis hati Yasmin senang.

            “So apa lagi plan kita lepas ni, Cik Yasmin?”

            “Terus perhatikan Nadya. I nak tahu apa dia buat. Dan oh ya, I ada suruh you check background Adrian sebelum ni. Macam mana? Dah dapat?”

            “Dah, Cik Yasmin. Macam yang cik tahulah, dia baru je bertemu semula dengan parents dia. Saya dapat semua maklumat ni dari salah seorang staf Brilliant Sdn. Bhd., Adrian tu sebelum ni study kat overseas. Canberra, Australia. Dulu dia pernah ada kekasih, tapi kekasih dia meninggal dunia sebab penyakit jantung. Sejak tu dia banyak menyumbang pada pihak IJN dan membantu orang-orang yang susah. Haritu masa saya follow dia keluar dengan kawan dia ke bandar, saya nampak dia tolong orang tua melintas jalan, bagi sedekah, suka layan kanak-kanak… sumpah, memang dia baik gila. Pendek kata, complete ciri-ciri calon menantu pilihan. Tapi boleh saya tanya sesuatu?”

            “Tanya apa?”

            “Kenapa kita kenakan Nadya dengan Adrian? Kan ada ramai lagi pelanggan lelaki lain yang datang ke butik tu.”

            Yasmin tergelak mendengar soalan orang suruhannya itu.

            “You tak tahu? Hafiz Adrian tu kembar Naim Mohd Hafiz. Muka diorang sama.”

            “Aik, siapa pulak Naim Mohd Hafiz ni?” Jay dah buat muka konfius.

            “Kan I tengah cerita ni. Janganlah menyampuk. I siku kepala you kang baru tahu!”

            Jay tersenyum-senyum dimarahi oleh Yasmin.

            “Naim Mohd Hafiz tu ex-boyfriend Nadya. Dulu I pernah study dekat UM sama-sama dengan diorang. Adam tu dulu boyfriend I, tapi dia tinggalkan I sebab tergila-gilakan si Nadya tak sedar diri tu. Lepas I berhenti UM, I further study ke overseas. Tahu-tahu je bila I jumpa diorang balik, I dapat tahu yang Adam dengan Nadya dah kahwin. Dan Naim Mohd Hafiz tu dah meninggal sebab accident jalan raya.”

            “Ohhh…” sahut Jay perlahan, mula memahami apa yang sebenarnya yang terjadi. Selama ini dia hanya mengikut arahan Yasmin tanpa ada rasa minat untuk bertanya.

           “So pendek kata, Naim Mohd Hafiz tu dah takde, Cik Yasmin nak kenakan Nadya dengan Adrian pulak? Supaya Adam sangka isteri dia masih terkenang kekasih lama?”

            Yasmin tergelak sinis.

            “Pandai pun. Dahlah, selebihnya kalau you nak tahu, you siasat sendiri. Jangan lupa beritahu I perkembangan semasa ke semasa. Dan ingat, ini rahsia kita. Jangan bocorkan pada sesiapa.” Dia sempat memberi peringatan sebelum menamatkan bicara.

            “Okey, Cik Yasmin. Err… tentang payment saya macam mana? Anak saya perlu jalani rawatan minggu depan. Jadi saya perlu sediakan kos rawatan sebanyak…”

            “Dah, dah, dah! You tak payah nak buat cerita sedih kat sini!” Yasmin terus memotong, malas nak ambil tahu. “You buat je kerja you. Kalau you selesaikan tugas-tugas you on time, you akan dapat upah you on time jugak. Faham?”

          Wajah Jay bersinar ceria. Lapang dadanya mendengarkan jaminan itu.

            “Okey, Cik Yasmin. Saya pergi buat kerja dulu. Terima...”

            Tet! Yasmin terus menekan butang merah tanpa sempat Jay menghabiskan ayat.

            Jay terkebil-kebil. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah Yasmin sambil merenung telefon bimbit.

            Huh! Nasib baik kau kaya, kalau tak memang aku sepak muka kau dengan kerusi. Perangai macam jembalang, patutlah Adam tu tinggalkan kau! Dia mengutuk dalam hati.

            Sementara Yasmin yang sudah tersenyum riang menghempaskan tubuhnya ke katil. Dia terasa malas mahu ke pejabat. Rasa nak bermalas-malasan di rumah sambil menunggu perkembangan terkini tentang Adam daripada Jay.

            Hmm… Adam. Yasmin memejamkan mata. Bayangan wajah lelaki pan-Asian itu kembali menjengah ke ruangan mindanya. Berwajah kacukan, tinggi lampai, mata coklat hazel, rambut perang asli, hidung yang mancung… oh, sungguh menggoda!

            Lelaki sehebat dan setampan itu sepatutnya bergandingan dengan aku. Aku jauh lebih cantik berbanding perempuan kampung tu! desis Yasmin, memuji diri sendiri.

            Apalah yang Nadya ada? Kalau tak kahwin dengan orang kaya, mesti sampai sekarang cuma pakai baju kurung dengan tudung bawal! Yasmin mencemik dalam hati.

            “Yasmin.”

            Angannya tergendala saat terdengar suara Dato’ Azman. Dia menghalakan pandangan ke arah papanya yang tercegat di pintu bilik yang dibiarkan ternganga.

            “Tak pergi kerja ke hari ni?” soal Dato’ Azman. Pelik dia melihat anaknya yang masih memakai baju tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.

            “Min pergi kerja lewat sikitlah. Malas,” ujar Yasmin pula.

            “Okey… err… Min tak ada apa-apa nak share dengan papa?”

            “Papa nak tahu apa?” Yasmin cuba beriak selamba. Bodohlah dia kalau dia hendak berkongsi tentang rancangannya dengan Dato’ Azman.

            Dato’ Azman melangkah masuk ke bilik anaknya. Yasmin terus bangun dan duduk bersila di atas katil.

            “Anak papa ni kenapa nampak happy semacam je sejak akhir-akhir ni?”

            Yasmin meleretkan senyuman mendengar teguran papanya.

            “Min tengah happylah papa…”

            Dato’ Azman tersenyum tenang.

            “Baguslah kalau Min happy, tapi papa harap Min tak ada buat benda salah.”

            Tersentap seketika Yasmin mendengarnya. Wajahnya terus masam mencuka.

            “Papa cakap apa ni?”

            “Papa tak maksudkan apa-apa. Papa cuma beri nasihat aja.”

            Yasmin mengetap bibir. Terasa ungkapan Dato’ Azman sebentar tadi seperti menyindirnya.

            “Min buat salah apa? Papa ni mengarutlah!”

            Dato’ Azman tersenyum melihat wajah Yasmin yang sedikit tegang. Mungkin Yasmin tidak tahu, tapi dia sudah mendengar segala-galanya ketika anaknya itu sedang berbual dengan seseorang di telefon tadi.

            Dia tidak tahu apa rancangan Yasmin dan tidak tahu butir bicara keseluruhan isi perbualan itu, tapi apa yang pasti hati tuanya seakan sesuatu yang tidak elok. Hatinya terasa gundah semacam melihat Yasmin yang agak berlainan sejak akhir-akhir ini.

            “Dahlah papa, Min nak mandilah. Papa janganlah kacau Min. Semaklah! Haish!”

            Yasmin seperti membentak. Dia bingkas bangun dari katil, mencapai tuala di penyidai dan terus masuk ke bilik air yang sudah bersambung dengan biliknya itu. Pintu bilik air dihempas agak kuat, seolah-olah mengusir Dato’ Azman keluar dari biliknya.

            “Astaghfirullahalazim…” Dato’ Azman beristighfar sambil mengurut dada. Tersentak dia melihat perubahan Yasmin. Sebelum kemunculan semula Adam, anaknya itu tidak pernah berkasar seperti ini dengannya. Sekarang, apa pun kata Dato’ Azman, semuanya ditingkah.

            Ya Allah, apa sebenarnya yang sedang berlaku? hati Dato’ Azman merintih.
************************* 

“ABANG, Nadya nak cakap sesuatu…”

            Nadya bersuara selesai dia dan suaminya sarapan pagi. Sambil membasuh pinggan mangkuk, sesekali matanya mengerling ke arah Adam yang sedang bersiap dihadapan cermin ruang tamu.

         Suaminya itu tampak hebat bergaya kasual. Kemeja lengan panjang hitam berpotongan slim fit dipadankan dengan jeans. Rambutnya agak keperangan disisir rapi.

            “Cakap apa, sayang?” sambut Adam sambil menyinsing lengan kemeja hingga ke paras siku. Kemudian melangkah ke dapur mendapatkan isterinya.

            “Nadya, dahlah basuh pinggan tu. Jomlah keluar sekarang. Abang nak tengok cerita apa best dekat panggung wayang tu. Takut nanti tak ada tempat.”

            Nadya tertawa kecil mendengarnya. Amboi, macamlah dekat KL ni ada satu je panggung wayang.

            “Jomlah… jomlah… jomlah…” Adam memeluk tubuh isterinya dari belakang, terlentok-lentok manja sehingga naik rimas Nadya dibuatnya.

            Cepat-cepat Nadya membasuh tangannya yang melekat dengan sabun dan mengelap tangan basah dengan tisu di tepi sinki. Pinggan mangkuk yang masih bersisa didalam sinki ditinggalkan.

            “Pakailah tudung,” suruh Adam. Teruja hendak keluar bersama isterinya hari ini.

            “Abang, Nadya nak cakap dulu ni.” Nadya menoleh, melepaskan dirinya dari pelukan Adam. Wajah suaminya dipandang serius.

            “Nadya nak cakap tentang semalam.”

            “Kenapa? Hal kita gaduh tu ke? Belum setel lagi?” Adam masih tersenyum.

            “Apa yang setelnya, abang?” Nadya melepaskan nafas perlahan-lahan. Mungkin saat ini adalah saat yang sesuai untuk berbincang. Kala masing-masing sudah mampu berfikir secara rasional tanpa dikawal oleh emosi.

            “Tentang hal dekat taman tu, memang Nadya tak ke sana untuk jumpa Adrian. Nadya dapat call dari seseorang yang mengaku sebagai staf syarikat abang. Dan kenapa Nadya tak call abang dulu sebelum pergi? Sebab sebelum ni pun abang selalu jugak suruh mana-mana staf abang inform pada Nadya kalau abang ada atur temu janji dengan Nadya.

            Tapi yang menjadi persoalan, macam mana Adrian boleh ada kat situ? Dan at the same time, ada orang beritahu abang yang Nadya ada dekat taman tu dengan Adrian. Semuanya macam dah dirancang. Sebelum ni pun abang ada dapat gambar-gambar Nadya dekat butik. Nadya rasa ada orang cuba hancurkan hubungan kita, bang. Nadya tak sedap hati sangat-sangat,” luah Nadya, merenung anak mata suaminya dalam-dalam.

            Adam tertawa halus. Dia tahu kejadian semalam itu masih tergantung. Pelbagai perkara masih menjadi tanda tanya, namun dia sebenarnya tidak berminat untuk memikirkan perkara tersebut. Kalau fikir, semak dan berat otak jadinya. Jadi kalau boleh hari ini dia hanya mahu meluangkan masa dan bergembira bersama isterinya.

            “Nadya, abang kalau boleh dah tak nak ungkit hal tu lagi. Kita nak happy-happy kan?” ujar Adam lembut sambil membelai-belai rambut isterinya yang separas bahu itu.

            “Nadya tahu, tapi Nadya tak puas hati. Orang tu cuba rosakkan hubungan kita!”

            Adam memegang wajah isterinya saat melihat wanita kesayangannya itu tampak sedikit tertekan. Mereka saling memakukan pandangan antara satu sama lain.

           “Zaujah kesayangan abang, abang minta maaf sebab marah-marah semalam. Emosi abang tak terkawal sebab abang cemburu. Tapi bila difikir-fikir balik, abang tak sepatutnya bertindak macam tu. Abang marah sebab abang rasa malu dan tercabar bila pengirim SMS tu cakap bukan-bukan tentang Nadya dengan Adrian. Tapi abang yakin Nadya tak buat perkara macam tu. Nadya isteri yang terbaik, isteri solehah bagi abang.”

            Nadya terdiam. Lunak suara sang suami yang menyapa telinga menyentuh tangkai hatinya. Bibirnya digumam dengan wajah yang ditundukkan.

            Adam tersenyum melihat isterinya. Dagu Nadya dipagut agar mendongak memandangnya. Dahi Nadya dikucup syahdu. Perlahan-lahan bibirnya turun, hinggap di hidung Nadya pula, dan berakhir di bibir.

            “Abang cinta Nadya. Cinta sangat-sangat. Dan abang nak Nadya tahu yang abang ni sebenarnya ramai musuh. Mungkin ini semua kerja musuh dalam perniagaan yang cuba jatuhkan imej abang. Nombor yang bagi SMS kat abang tu pun abang dah cuba call, tapi tak dapat. Rasanya dia dah terminate nombor tu, saja dia guna nombor lain sebab nak kacau kita. Kita sama-sama sabar, ya? Abang takkan marah-marah lagi lepas ni. Janji.”

            Nadya akhirnya tersenyum lega. Helaan nafas Adam menampar wajahnya. Lembut dalam resah. Lalu dada bidang suaminya diusap lembut sebelum meletakkan kepalanya disitu. Indah benar Nadya rasakan saat terdengar degupan jantung insan kesayangannya ini.

            Syukurlah kalau begitu kata suaminya. Kalau benar musuh perniagaan Adam dalangnya, yang cuba merosakkan reputasi mereka suami isteri, biarlah Allah sahaja yang membalas. Yang penting selepas ini dia harus lebih berhati-hati. Sangat berhati-hati.

            “Abang, Nadya pun cinta abang sangat-sangat. Tolonglah jangan cakap yang Nadya sukakan Adrian. Setiap kali abang cakap macam tu, Nadya sakit hati. Nadya rasa macam abang tak percayakan Nadya,” ujar Nadya perlahan.

            Adam tersenyum simpul. Tubuh Nadya disauk ke dalam pelukannya.

            “Abang minta maaf kalau buat Nadya terasa hati. Hakikatnya abang memang cemburukan Adrian sebab muka dia…”

            “Abang, please. Tolong jangan cakap macam tu lagi.” Pantas Nadya memotong. “Nadya percayakan abang, walaupun Nadya tahu sekarang abang berurusan dengan Yasmin, bekas kekasih abang. Dan Nadya mengharapkan perkara yang sama dari abang. Apa yang terjadi antara Nadya dengan Hafiz dah lama berlalu. Abang adalah jodoh Nadya, yang akan memimpin tangan Nadya ke syurga. Hati Nadya selama-lamanya akan jadi milik abang, walaupun setelah jasad Nadya hancur dimamah bumi.”

            Tersentuh hati Adam mendengarnya. Pelukan dikemaskan dengan rasa kasih yang menggunung. Hatinya kembali berjanji untuk tidak lagi meragui cinta isterinya. 

            “I love you,” ucap Adam, entah untuk kali yang ke berapa.

            Nadya merekahkan senyuman. Kepalanya dilentokkan ke dada Adam. Harum bau tubuh suaminya membuai hati wanitanya. Tubuh Adam didakap dengan penuh rasa cinta.

            Mohd Adam Husin…
            Engkaulah malaikat tanpa sayapku…
            Insan yang akan selalu membimbingku ke jalan yang diredhai Allah…
            Yang selalu mencintai kelemahanku melebihi kelebihanku…
            Yang mencintai kekhilafanku melebihi kesempurnaanku…
            Terima kasih sudi menerima diriku seadanya…
            Terima kasih atas nikahmu atas diriku…
            Terima kasih atas nafkahmu buat diriku…
            Terima kasih atas masa diluang untuk diriku…
            Terima kasih atas semua buat diriku ini…

            Sungguh aku mencintaimu, wahai suamiku…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

3 comments:

Ainulrida said...

Kenapa Adam ni x boleh terfikir Yasmin mahukan dia balik. Lepas ni harapnya Yasmin dpt tahu Adam & Nadya x bergaduh pun. Biar dia bengang & meroyan sorang2 dan akhirnya tembelang dia pecah juga.

Unknown said...

Sweetnya adam.n i was melting dgn skp adrian. Mcm jay ckp adrian mmg baik.n yasmin mmg mcm jembalang pun.huhu

E-la Adiey said...

Ainulrida - terima kasih utk komen.. hehe :D

kak Weeda/nurul nuqman - hahah.. adam sweet, tp akak still prefer adrian kan? kuang3