Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, September 15, 2016

Majlis Bertandang (13.6.15)

Assalamualaikum wbt :)
.
Okey aku tahu mesti ada yang rasa lain macam sikit dengan aku. Yalah, kahwin dah tahun lepas tapi baru entry kali ni terhegeh-hegeh nak cerita pasal majlis bertandang sebelah lelaki kan... huhuhu... gasaklah, kira sesi throwback lah ni. Aku pun takde apa nak update memandangkan novel Kau Bidadariku... yang aku tulis masih tinggal sekerat jalan. Bila ntah nak siap =.="
.
Tak ada apa sangat yang mampu aku ceritakan tentang majlis sebelah lelaki. Yelah, aku tak buat preparation belah sana pun. So aku tak tahu apa-apa. Ngeheee...
.
Sehari lepas majlis bersanding kat Terengganu, Incik Sopi terus balik Port Dickson sebab dia kena kerja. Aku lak masih lagi stay kat Terengganu sebab nak kemaskan barang-barang dan beg. Huhu... tak sempat nak ikut Incik Sopi sekali ke sana.
.
Tapi sehari before majlis kat Port Dickson, Incik Sopi balik Terengganu kejap sebab ada photoshoot dengan official photog Kily Ganu (The Kilygraphy). Haritu masa majlis tak sempat nak buat outdoor dengan Kily Ganu. Masa aku dengan Incik Sopi outdoor, family aku dah pun bergerak naik kereta dan van untuk ke Port Dickson.
.
Malam tu barulah aku dan Incik Sopi berkejar-kejar nak balik Port Dickson, padahal esoknya tu majlis. Haha. Pagi sebelum majlis, aku sampai kat homestay dan terus bersiap. Family aku pun lepas majlis terus nak gerak balik Terengganu semula.
 .
.
 Tema belah lelaki hijau epal, biru dan ungu. Aku terpaksa mekap sendiri sebab tak sempat nak booking mak andam. Haha. Okey la ni kan aku mekap? :P
.

.
 .
Pukul 12 tengah hari, rombongan family aku sampai ke rumah Incik Sopi. Acara makan-makan baru nak start. Hehe.

Gambar atas, adik aku (baju merah) pegang payung Perodua. Hahahahaha! Takde payung pengantin pulak.
.

.
Rombongan family aku hampir sampai ke khemah, aku dan Incik Sopi diberi minum air. Aku kena suap Incik Sopi, Incik Sopi suap aku. Aku tak tahu ini adat negeri mana. Johor ke? Sebab Incik Sopi asalnya orang Johor. Ummm... takpe, layankan aje.
.





 .
Dah duduk kat meja beradab. Masa makan pulak >.<
.
.
Okey, bila mekap sendiri ni, macam-macamlah masalahnya. Dengan cuaca yang agak panas dan berpeluh, mekap pun cair. Itu pasal kat tangan aku asyik ada fon. Dari refleksi fon tu, aku dok betulkan mana-mana part yang dah cair. Kihkihkih... pasni kena pakai makeup waterproof :P
.




.
My big family. Terima kasih semua yang sudi menjayakan majlis dan sanggup merentas beratus-ratus kilometer untuk menyambut majlis di Port Dickson. Dan tak lupa juga, terima kasih pada keluarga besar Incik Sopi yang sudi menerima baik kedatangan keluarga kami dari Terengganu dan terima kasih kerana menerima saya sebagai ahli keluarga baru :) hikhok
.
p/s: Giler arh... dah setahun baru nak ucap terima kasih >.<