Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, August 9, 2017

Cara-cara menangani bayi kolik (kembung perut)

.
Assalamualaikum n hai...
.
Aku dilahirkan dalam adik-beradik yang jarak umur yang agak rapat. Setiap seorang selang 2 tahun. Adik bongsu aku lahir masa aku 5 tahun. Umur 5 tahun apalah yang aku tahu pasal baby. Pasti bila aku dah besar, aku kekok dengan baby sebab tak pernah langsung uruskan atau jaga baby seumur hidup.
.
Masa Qayl lahir pun, aku takut-takut nak angkat dia sampaikan aku minta orang katil sebelah ajar aku cara pegang baby. Nurse pun bebel kat aku. Katanya aku kekok sebab tak pernah pegang anak sedara. Lol. Anak sedara apanya, dah abang aku pun baru kahwin sama macam aku. So senang cerita pengetahuan aku pasal baby adalah ZERO.
.
Dua minggu pertama uruskan Qayl cukup senang sebab Qayl cuma tidur. Bangun menyusu je. Tapi makin lama Qayl kerap berjaga dan setiap hari nangis. Aku buntu apa yang tak kena. Setiap kali cek perut, memang konfirm kembung.
.
Dulu masa belum kahwin aku rasa nak uruskan penyakit kembung baby ni senang. Kalau kembung sapu jela minyak telon. Urut-urut sampai dia kentut. Haha. Tapi rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Dah takdir dan rezeki aku, aku dikurniakan baby Qayl yang kuat kembung. Dia ni jenis kembung teruk, tak macam baby lain. Setiap hari nangis sebab kembung. Aku ulang lagi sekali "SETIAP HARI." Aku pun masa tu tengah dalam pantang, so aku memang agak stress sebab bila Qayl bangun je dia nangis dan susah untuk ditenangkan.
.
Husband aku sendiri cakap dalam banyak-banyak baby dia jaga (dia banyak jaga anak sedara sebelum ni), Qayl adalah baby paling mencabar dia pernah jaga. Huhu. So boleh bayangkan macam mana aku yang ZERO pasal baby ni nak handle sorang-sorang? So start dari situ aku banyak research pasal kembung.
.
Dah berbuih-buih mulut aku nak explain kat orang tentang anak aku. Antara soalan tipikal yang diterima: "Aku tak tuam ke?" "Tak pakaikan minyak telon ke?" "Pakai barut dan stokin tak?"
.
Weh, semua tu benda basic je. Kalau dah jenis baby cepat kembung, kau sapulah minyak telon dua botol sehari pun, tuamlah 24 jam pun, dia tetap akan kembung jugak. 
.
Aku rasa baby aku ni macam tak sihat sebab hari-hari kembung tapi bila tanya pada pakar, dia cakap benda ni normal. Baby aku kategori baby colic, jenis yang kembung teruk. Masalah ni akan berterusan sehingga 3 ke 6 bulan. Tak ada ubat sebab akan sembuh sendiri bila sistem penghadaman dia dah matang. Tapi macam mana cara aku nak atasi masalah ni sementara nak tunggu sampai 3-6 bulan tu?
.
.
See the gambar? First, aku tukarkan botol susu Qayl kepada botol susu anti-colic. So nanti bila baby menyusu kuranglah sikit jumlah angin yang disedut tu. Sebelum ni Qayl guna botol susu jenama Tommee Tippee jenis yang biasa.
.
Second, TERAMAT-AMATLAH penting untuk sendawakan baby lepas menyusu. Dulu sebab Qayl suka tidur lepas minum susu, aku malas nak sendawakan. Tapi sekarang memang setiap kali lepas menyusu, Qayl mengantuk ke tak, aku tetap paksa dia sendawa. Selagi tak sendawa, selagi tu aku gosok-gosok belakang dia.
.
.
Third, aku tukar susu formula Qayl yang biasa kepada susu yang dikhaskan untuk masalah colic a.k.a kembung. Jangan tanya kenapa aku bagi anak aku susu formula, boleh baca sendiri kat entry Kisah Susu Qayl kenapa aku tak breastfeed. Aku dah explain kat situ.
.
Ada orang cadangkan Novalac AC (anti colic) tapi aku tak nak sebab susu ni tak ada AA dan DHA. Klinik pakar suggestkan susu Enfalac Gentlease tapi aku guna sekejap je sebab najis Qayl warna hijau gelap dan dia sembelit. Sekarang aku guna Frisolac Comfort. 
.
Alhamdulillah, memang bagus sangat susu ni. Qayl dah jarang kembung tapi aku rasa kena tukar susu lagi untuk akan datang sebab sekarang ni syarikat Friso dah tukar bahan-bahan dalam susu Frisolac Comfort. Kat packaging baru dah tak ada tulis untuk colic, just untuk masalah regurgitasi (muak susu) aje. Tak paham aku kenapa nak kena tukar, padahal aku dah bercita-cita nak jadi pembeli tetap Frisolac Comfort lepas ni.
.
.
Seterusnya, tuam setiap kali mandi. Aku guna yang style bunjut ada rempah macam ni. Kalau tak ada, aku guna napkin biasa je tekap dengan seterika. Ni aku tak yah cerita panjang la. Mak-mak semua dah tahu.
.
.
Kelima, minyak telon atau minyak baby. Nampak tak berapa banyak jenis minyak telon aku beli untuk Qayl? Nampak tak? Nampak? Yang minyak Yuu Yee tu aku tak nak guna sebenarnya, sebab ragu-ragu dengan status halal dia. Tapi bila tengok iklan, katanya diyakini halal, aku belila sebotol nak tengok hasil dia macam mana.
.
.
Sixth, sediakan gripe water. Aku dah jarang pakai sebenarnya sebab tak berapa berkesan. Cuma kadang-kadang kalau Qayl kembung yang tak berapa teruk, aku guna jugak.
.
.
Lastlty, Dentinox Infant Colic Drop. Yang ni jauh lebih berkesan berbanding gripe water. Kalau lepas letak minyak telon Qayl masih nangis, aku campur sikit colic drop ni dalam susu. Nanti lepas beberapa minit Qayl terkentut-kentut dan berhenti nangis. Dulu aku bagi ubat ni sampai 6 kali sehari tapi sekarang sekali sehari je. Tu pun bukan hari-hari. Ubat ni tak mahal pun. Kat farmasi belas-belas ringgit je.
.
TIPS: Kalau baby nangis sebab kembung, tenangkan dia dulu. Jangan biar dia menangis lama sebab makin lama dia nangis, dia akan tarik angin dan makin kembung. Cara aku tenangkan Qayl, aku dukung dia dan letak atas bahu. Dengan cara tu perut dia akan tertekan dengan bahu, so kurang sikit rasa sakit dia. Jadi sementara dia tengah tak nangis tu, cepat-cepatlah bancuh susu dan letak colic drop atau gripe water dalam susu dia.
.
UPDATE:-
.
Memandangkan Qayl dah lebih 3 bulan, aku bertukar ke susu kambing R-Rayyan. Dengar kata susu ni pun bagus untuk masalah kembung dan sembelit. So far aku bagi Qayl minum, dia tak kembung, tapi belum berjaya mengatasi masalah sembelit.
.



.
Susu ni aku beli sekotak je. Tak jadi nak beli lagi sebab Qayl macam tak suka dan tak puas minum. Pengasuh pun ada cakap Qayl macam tolak-tolak dengan lidah dia bila minum susu ni. Yalah, walau mak suka, tak semestinya anak akan rasa benda yang sama. So aku bertukar ke Mamex Cherish.
.


.
Alhamdulillah, lepas bertukar ke Mamex Cherish, Qayl dah bebas dari masalah kembung dan sembelit. Aku tak pastilah Qayl dah tak kembung sebab usus dia dah matang atau sebab susu, tapi apa yang pasti, aku berpuas hati dengan Mamex Cherish sebab tak lagi buat anak aku meneran setiap kali nak berak. Huhu. Harap tak perlu tukar susu lagi pasni. Amin...

55 comments:

Anonymous said...

Good post. I'm dealing with somee off these ssues as well..

Anonymous said...

Do you have any video of that? I'd care to
find out more details.

Unknown said...

Frisolac comfort tu dah tak bantu utk kembung dan sembelit ke? Ingat nak try frisolac

Anonymous said...

After looking over a few of the blog posts on your website, I seriously like your way
of writing a blog. I saved it to my bookmark website
list and will be checking back soon. Please visit my website as well
and tell me your opinion.

Anonymous said...

I got this website from my friend who informed me concerning
this website and at the moment this time I am visiting this
web page and reading very informative articles at this place.

Anonymous said...

Keep this going please, great job!

Anonymous said...

What's up, just wanted to say, I liked this article.
It was helpful. Keep on posting!

Anonymous said...

Thanks , I have just been searching for information about this subject for ages and yours is the greatest I have came upon till now.
But, what concerning the bottom line? Are you sure about the supply?

Anonymous said...

First off I want to say awesome blog! I had a quick question which I'd like to ask if you don't mind.

I was curious to find out how you center yourself and clear your thoughts before writing.

I have had a tough time clearing my thoughts in getting my thoughts out.

I truly do enjoy writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes tend
to be wasted just trying to figure out how to begin. Any suggestions or tips?
Cheers!

Unknown said...

As Salamualaikum...nak tny...Masa awak campur s26 dgn lactogen tu...najis baby mcm Mana ea...sy punye prob sama mcm awak...susu bdn takde ..Dan baby baru 2 bulan...dah 3 susu dia try....
First Similac lepas tu susu habis kmai beli lactogen, sebulan lebih jugak pakai Mula Mula najis ok cantik lepas tu berubah jadi cair....Dan baby kembung...to tido 4-5 jam....
Kami tukar s26...kembung kurang Tpi blh tido lagi...najis Mula Mula cantik lembut...tapi dah 4 hri Ni...najis ye ketul ..sy nak cairkan susu...tpi baca Kat internet Tak boleh cairkan ...mcm Mana ea...apa cadangan awak

Unknown said...

Mana nk cari susu mamex ni ? Sbb x pernh jumpa bila beli brg baby

ema93 said...

bby 2 bln blh cmpur grip water dlm susu tk

Unknown said...

bagus. trima kasih. ank sy skrg slalu kembung mlm. mngis x henti. smpai sy jd stres. jd sy kne tukar susu utk dia

Unknown said...

Colic drop n gripe water tu sesuai untuk baby umur berapa? Baby saya baru sebulan asyik kembung jer

Unknown said...

Nk tnya xpa ke klu asyik tukar2 susu ja..xde kesan apa2 ke utk baby tu nt

Anonymous said...

Thanks for sharing.. Anak saya sekarang pon alami masalah yg sama. Bila malam je tak boleh tidur sampai lah subuh

Unknown said...

Salam akan botol susu tu sama ke dengan botol evant yg natural tu

puan suria mama 3 said...

hai..nice entry..byk infoo dpt ni..anak sy ade juge kdg kembung perut..tp sapu telon tu ok dh..hihi..tkla truk sgt..maybe susu dia sesuai kot..plus sy ma sih bf anak ... .btw..sy agen cuckoo kl..kalau ade mak mak berhajat nak pasang penapis air bersuhu tu..mehla pm sy bole tgok fb sy "suria usahawan" yer..jomla chat.. nak wsp 011-16930576..senang klau pakai tu tk penat sgt nak masak air slalu kan...

Mrs Pip said...

Anak Saya dulu pun kembung perut tahap kronik juga. Dan yes Saya pun guna friso tu. Dan menahan jelah telinga dengar org cakap mcm2 pasal baby kuat nangis Ni.

Unknown said...

Alhamdulillah ank sy pun dh bertukar ke Dumex Mamex Cherish.. Tiada lg kembung perut... Sekarang ni byk sendawa dn ketut... Terima kasih ats komen yg memberangsangkan dn membantu sy menyelesaikan mslh ank sy...

Unknown said...

Bole ke cmpr dlm susu ..

Unknown said...

minum susu frisolac nie kena guna puting lubang besar sikit ler..anak menyusu cam lambat habis n xpuas...susu pon xhabis...sy guna botol pigeon n puting saiz ss ...kena tukar saiz ker??

tym said...

hye nk tyr..u bg colic drop tu..mase baby bape bulan..

MIS said...

Utk susu Friscolac comfort tu...you pakai botol apa ye...sbb susu tu agak 'tebal"

Anonymous said...

Utk susu Friscolac Comfort tu...you pakai botol susu apa ye?

Anonymous said...

Baby umur sebulan lebih ble minum ke gripe water??

Anonymous said...

Hi sis..kisah sisi ni sama maxam dengan bby saya..cukup jam je nangis,susah nk di tenangkan..rasa nak cuba susu ni juga kat baby saya nanti..harap2 baby tak colic lagi mcm baby sis😊

Unknown said...

Hai, can i get your number?saya ada masalah yg sama. Baby saya setiap hari kembung, saya buntu jgklah

Unknown said...

Saya ade mslh bayi colic yg teruk. Hm smpai dh jadi angin pasang boleh tak tnglkn no ws atau mmne media sosial yg boleh sya contct

E-la Adiey said...

Sy pun tak brani nak cairkan susu. Jadi cara sy mmg aan tkar je susu jenama lain sampai jumpa yg sesuai. Skrg anak sy dh 5 tahun :)

E-la Adiey said...

Byk dkat speedmart

E-la Adiey said...

Boleh

E-la Adiey said...

Alhamdulillah anak sy sihat walafiat skrg dh de masalah. Umur dia dh 5 tahun

E-la Adiey said...

Sebulan pun dh boleh. Mmg kembung ni biasanya baby sebulan hingga 3 bulan

E-la Adiey said...

Moga puan jumpa susu yg sesuai. Amin

E-la Adiey said...

Puan cari yg tulis anti colic

E-la Adiey said...

Pernah org suh bg makan dia kata baby lapar. hotak dia 😂 sy tahan je. Hadap tangisan anak

E-la Adiey said...

Alhamdulillah...

E-la Adiey said...

Boleh

E-la Adiey said...

Aah sy tebuk sikit sbb susu tu tebal

E-la Adiey said...

Sebulan lebih

E-la Adiey said...

Botol avent tp puting dia sy tebuk sikit

E-la Adiey said...

Boleh

E-la Adiey said...

Avent

E-la Adiey said...

Boleh DM sy personal dkat IG @eladiey atau email nuraqilahsyuhaidah@gmail.com

E-la Adiey said...

Boleh cuba mamex. Insya Allah okay

E-la Adiey said...

Boleh DM sy di IG @eladiey atau email nuraqilahsyuhaidah@gmail.com

Unknown said...

Ank saya pon mnm frisolac..skrg dh 6bln..tp susu ni x de stok..mrata dah cari..pening pikir

Unknown said...

Assalammualaikum.. puan sye nk tnye,anak puan minum susu mamex ni berat badan nye mcm mne ya?? Bole naik berat badan x susu ni??

Unknown said...

Assalammualaikum.. sis susu mamex ni sia bg kt ank mnum,berat naik ok x??? Bole tmbh berat badan x susu ni???

Unknown said...

Baby Sy pun ada masalah ni,mula2 BG s26 sembelit, pastu novalac easinova ank TK nk minum, lactogen kerap berak,dupro ank TK nk minum, last2 bw klinik pakar baby n syor susu,frisolac AR ni,baru tau susu ni tebal, patutlah baby TK hbs minum, dahlah mahal, nanti dah hbs ni,nk try yg mamex.

Unknown said...

Assalamualikum sis....sy nak tanya sikit... Baby sy baru 2 bulan selalu muntah kan susu dia balik walaupun dah sendawa kan. Kadang2 tu dia main2 tiba2 muntah kadang2 dia menangis mcm nak muntah kan susu.baby sy jugak ada masalah sembelit kadang2 seminggu sekali je dia berak..dia selalu kentut tapi kadang2 dia akan nangis mcm perut dia x selesa skrng sy bagi susu badan dan formula sebab susu badan sy kurang.. Skrng sy pakai susu s26 perlu ke sy tukar kan susu lain..dan sis rasa baby sy pon ada masalah kolik ke?...maaf atas banyak pertanyaan sy first mom😊

E-la Adiey said...

Mungkin kolik atau alah susu lembu. Alah susu lembu pun boleh sakit perut. Umur2 mcm ni mmg susah nak dpt tune. Try tukar susu kambing atau susu soya

E-la Adiey said...

Ada baby memilih tak nak minum susu tebal susah nak sedut. Mcm anak sy, dia telan je smua jenis yg sy bg kecuali susu kambing mcm x berapa nak

E-la Adiey said...

Kat shopee byk puan