Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, January 16, 2017

Birth Story - Muhammad Qayl Sufi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okey macam biasalah, bila blog dah berhabuk baru aku sibuk nak update. Huehuehue... dah masuk tahun baru dah pun. Baru beberapa hari lepas habis pantang so aku rasa macam nak share la pengalaman aku bersalinkan budak tecik sorang ni. Haha.
.
Macam yang semua tahu, ibu mengandung biasanya akan membawa kandungannya selama 40 minggu iaitu 9 bulan 10 hari. Dan kalau dah overdue, biasanya doktor akan induce aje untuk keluarkan baby tersebut.
.
Tapi lain pula halnya dengan aku. Aku bersalin ketika kandungan aku berusia 37 minggu 2 hari. Tapi jangan ingat aku bersalin tak cukup bulan pulak. Yang tak cukup bulan tu 36 minggu ke bawah.
.
Ok macam ni, ceritanya masa aku tengah pregnant 36 minggu 5 hari, aku macam rasakan kelainan pada perut aku. Anak aku tak bergerak aktif macam selalu. Pendek cerita dari pagi la aku takde rasa gerakan langsung.
.
Tapi aku pikir positif je. Mungkin anak aku tengah tido kot. Huhu. Pastu aku masuk kerja shift pukul 3.00 petang hari yang sama. Aku sajalah buka topik pasal perut aku dekat Kak As (sales manager) niat aku nak bersembang je sebenarnya, tapi tiba-tiba Kak As panik bila aku cakap aku takde rasa gerakan. Dia cepat-cepat suruh aku pergi klinik. Siap carikan nombor telefon klinik lagi.
.
Lalu aku pun pergilah Klinik Othman kat Bandar Sunggala ditemani oleh sekuriti yang jadi driver aku dan jugak big boss, Encik Shakir. Kebetulan Encik Shakir ikut time tu sebab nak tanya pasal prosedur bersunat untuk anak perempuan dia yang baru lahir.
.
Sampai je klinik tu, doktor takde dan kakak penjaga kaunter tu pun macam boh-layan dengan kitorang. Siap main handphone lagi. Oi, kau duduk kat kaunter layan customer kot. Aku tak kata kau takleh main phone, tapi bila customer tanya tu jawab la betul-betul. Ni jawab sambil mata tengok phone, mentang-mentanglah doktor tengah takde.
.
So aku malas nak panjang cerita, aku pergi pulak Hospital Port Dickson. Bila aku bagitahu je pasal kandungan aku, nurse suruh aku tukar baju. Diorang kasi aku baju wad yang warna pink tu. Aku takde tanya apa terus salin je. Diorang pasangkan kat perut aku alat untuk dengar degupan jantung dan alhamdulillah degupan normal. Aku ingat bolehlah balik terus, sebab tu je yang aku nak tahu. Hahaha. Tapi aku silap, aku ditahan kat wad T.T
.
Encik Shakir dengan sekuriti pun balik, tinggallah keseorangan aku kat situ. Tak pasal-pasal orang lain dah kena ganti shift aku petang tu. Aku call Incik Sopi suruh datang hospital. Bila Incik Sopi datang je, doktor suruh masuk bilik pemeriksaan untuk scan perut.
.
Bila scan, aku nampak anak aku bergerak-gerak. Doktor pun pelik bila aku mengadu takde rasa gerakan. Aku cakap memang aku takde rasa anak aku bergerak dari pagi. Mungkin sebab aku busy sampai tak alert atau baby bergerak slow sangat. Dah kalau doktor nampak okey, aku pun naklah balik. Tak kuasa aku duduk hospital lama-lama. Tapi memang tak semudah tu, doktor tetap tahan aku kat wad sebab nak monitor pergerakan baby.
.
Keesokan harinya, ada doktor pakar pulak cek. Dia cakap kalau memang rasa gerakan slow lebih baik induce je kat Seremban. Itu yang dia cadangkan. Dia kata dah boleh bersalin dah sebab kandungan aku dah nak masuk 37 minggu pada keesokan harinya. Kalau aku setuju untuk induce, dia nak prepare ambulans untuk hantar ke Seremban. Tapi aku berbelah bahagi dan minta nak bincang dengan husband.
.
Aku bagitahu Incik Sopi dan mak mentua aku pasal ni. Mak mentua aku tak bagi aku bersalin dulu sebab baru 37 minggu. Kalau boleh nak cukupkan betul-betul 40 minggu. Incik Sopi pun kalau boleh dia nak kelahiran normal, bukannya kena paksa. Aku minta cadangan Kak As, Kak As cakap  bersalin induce lagi sakit dari bersalin normal. Itu lagi buat aku takut. Dan disebabkan dua orang terdekat dengan aku dah cakap macam tu, aku ikutkan jelah. Hari yang sama juga aku minta discharge dan sign dokumen menyatakan kalau apa-apa berlaku atas risiko sendiri.
.
Kebetulan keesokan harinya tarikh check-up kat Klinik Kesihatan (KK) Teluk Kemang. Aku pergi macam biasa untuk cek perut. Tapi kat buku rekod mengandung tu ada salinan surat menyatakan aku masuk hospital sebab mengadu slow movement.
.
Apa lagi, nurse yang jaga aku, Kak Wan terus gelabah. Dia tanya kenapa tak nak induce. Aku cakap induce sakit, lagipun baru 37 minggu. Kak Wan cakap kandungan dah cukup matang, memang baby dah boleh keluar. Boleh pulak dia tanya aku sampai bila nak simpan baby dalam perut. Hahaha.
.
Kak Wan rujuk doktor dan rakan setugas dia, akhirnya dia pun tak berani nak cakap apa-apa dan prepare surat untuk aku rujuk KK Pasir Panjang pulak. Aku balik rumah bagitahu Incik Sopi dan kitorang berdua pergi KK Pasir Panjang pulak.
.
Kat sana pulak cadangkan aku rujuk Hospital Seremban sebab diorang tak berani buat keputusan. Hospital Seremban ada pakar so mungkin diorang lebih tahu apa nak buat. Pulak dah. So bermulalah perjalanan aku dan Incik Sopi untuk ke Seremban pulak.
.
Sampai je hospital, sekali lagi perut aku dilekapkan dengan alat untuk monitor baby. Aku minta pendapat doktor pakar kat situ perlu induce atau tak. Dan doktor cakap terpulang pada si ibu sebab hanya ibu yang rasa macam mana pergerakan anak yang dia kandung. Kalau rasa lain dari kebiasaan pun hanya ibu yang rasa. Jadi doktor tu cadangkan untuk induce je daripada ambil risiko.
.
Dah pakar sendiri cakap macam tu, aku pun dah takleh kata apa. Terus aku setuju untuk induce. Huhu... nasib badan. Mak mentua pun pelik kenapa sekali lagi aku masuk wad. Aku cakapla doktor pakar cadangkan induce sebab KK Teluk Kemang dan KK Pasir Panjang tak berani buat keputusan.
.
Dan macam biasalah, bandar besar mestilah hospital pun sibuk. Oleh sebab Hospital Seremban ni terlalu ramai orang nak beranak, maka tak cukup katil. Aku tidur kat tepi koridor je satu hari tu. Haha. Malu tau orang lalu-lalang pandang.
.
Ni la katil aku tepi koridor. Haha.
.
Sememangnya teramatlah bosan duduk hospital. Haha. Yelah, suami pun takleh masuk teman. Pishang aku sorang-sorang. Nasib baik ada sekuriti pompuan baik bagi aku pinjam charger phone. Boleh gak aku lepak sambil tengok Facebook. Haha. Malam tu Incik Sopi datang bawakan KFC sebab aku lapar.
.
Keesokan harinya, awal pagi tu doktor masukkan ubat untuk paksa bukaan jalan. Nurse pesan suruh rehat kat katil jangan bergerak. Tapi aku degil dan pergi jugak tandas. Haha. So dari pagi tu sampai ke petang aku takde rasa sakit nak bersalin pun. Mungkin sebab ubat tu dah keluar masa aku buang air. Huahua.
.
Oleh sebab takde tanda nak bersalin, petang tu dalam pukul 3.00 petang doktor masukkan belon pulak untuk paksa bukaan jalan. Sakitnya tu ya Allah, Tuhan je yang tahu. Nak menjerit aku. Start tu baru aku merasakan kesakitan yang sebenar. Bayangkan selang 5 minit aku rasa contraction (perut mengeras). Dahlah duduk kat katil tepi koridor. Dengan orang lalu-lalang, memang bad mood terus aku.
.
Dalam pukul 6.00 petang macam tu aku dah tak tahan. Aku minta ubat tahan sakit. Doktor cakap dia takleh bagi sebarangan. Kena cek bukaan dulu. Lantaklah, aku dah tak tahan. Memang sakit yang teramat sangat. Betul kata Kak As. Kena induce ni memang pedih ooo
.
Tapi bila cek bukaan, baru 2 cm. Mak aih, aku makin tension sebab jalan baru buka sikit so doktor takleh bagi ubat tahan sakit.
.
Malam tu tak ingat pukul berapa, aku dapat katil kat wad Kelas 2. Alhamdulillah, aku pindah katil. Tak duduk tepi koridor dah. Wad ni ada aircond so selesa la sikit.
.
Dari semasa ke semasa nurse cuma pantau bunyi denyut jantung baby je tapi tak buat apa-apa kat aku yang tengah menahan sakit ni. Aku mengadu sakit kat Incik Sopi. Kesian husband aku, dia pun balik kerja penat terus bergerak ke Seremban untuk teman aku. Oleh sebab takleh teman dalam wad, Incik Sopi tidur dalam kereta. Dia nak bersedia la kot-kot aku bersalin malam tu.
.
Aku tertidur sambil tahan sakit. Tengah malam tu Kak As call aku tanya dah bersalin ke belum. Aku cakap belum dan aku tengah sakit gila sekarang ni. Kak As suruh aku doa banyak-banyak dan dia pesan setiap kali rasa contraction teran sekuat-kuat hati. Aku ikut apa yang dia pesan. Dalam masa yang sama aku jalan-jalan gak sekitar koridor untuk cepatkan bukaan jalan. Aku bukannya jalan lenggang kangkung senang hati tau. Aku berjalan dengan rasa sakit yang mencucuk bahagian pinggang dan perut. Ditambah pulak dengan darah yang menitik-nitik sampai kena baju dan lantai.
.
Dalam pukul 3.00 pagi macam tu, nurse kejutkan aku sebab nak cek bukaan jalan. Time dia seluk tu memang pedih sampai aku menjerit. Doktor dan nurse marah sebab aku menjerit. Haha. Nak buat macam mana memang sakit. Tapi alhamdulillah, masa cek tu jalan dah buka 7 cm so nurse suruh aku siap-siap untuk dia hantar ke labour room.
.
Aku tanya nurse, boleh tak aku nak call husband aku sebab nak suruh dia datang. Nurse tu pulak dengan nadanya tinggi cakap, "Takde-takde, takyah suruh husband awak datang. Dah 7 cm ni. Siap cepat."
.
Ok, aku agak sedih sebab takut Incik Sopi tak dapat nak teman aku dalam labor room. Aku pun diam jelah dan pergi semula ke bilik wad aku untuk simpan handphone dan segala barang kemas. Bila tengok aku diam, baru nurse tu cakap, "Call lah husband awak sekarang. Suruh dia tunggu kat kaunter pendaftaran, nanti kita panggil." Hahaha. Tahu takut aku sentap.
.
Siap je call Incik Sopi, aku dihantar ke labor room. Doktor kat labor room pulak macam tak percaya bukaan dah 7 cm sebab dia tengok perut aku macam tinggi lagi. Errkk... memanglah perut tinggi dah aku memang tinggi. Aku dengar doktor tu sembang sesama diorang. Diorang cakap kalau bukaan baru 4 cm diorang suruh hantar balik aku ke wad. Wei... janganlah main pas-pas macam ni. Aku tengah bertarung nyawa ni tau.
.
Bila doktor cek bukaan, memang dah 7 cm. Doktor pecahkan air ketuban. Dan dengan aircond yang agak kuat dalam labor room tu, aku menahan sakit sambil menahan sejuk. Bayangkan, kaki aku menggigil sebab dua benda yang berbeza. Huhu.
.
Dalam pukul 4.00 lebih camtu, Incik Sopi masuk dengan hanya pakai T-shirt, sweater dan selipar buruk. Haha. Sempoinya Hospital Seremban ni, takyah pakai baju khas pun untuk teman isteri bersalin. Tapi tak kesahlah, Incik Sopi ada kat tepi aku jadi aku lebih kuat untuk tahan sakit.
.
Aku dengar cakap doktor tu. Dia cakap bila rasa sakit teran je biar jalan buka. Sebenarnya aku duduk dalam labor room tu takdelah lama pun, tapi disebabkan sakit rasa macam lama pulak. Incik Sopi genggam tangan aku kuat-kuat dan cakap kalau aku nak ramas tangan dia sekuat hati pun dia bagi harini. Genggamlah tangan dia sekuat hati. Biar dia sakit sama. Hahaha.
.
Hai, saya lahir pukul 5.09 pagi
.
Beberapa lama aku berjuang, akhirnya seorang bayi lelaki selamatlah dilahirkan tepat jam 5.09 pagi pada 25 November 2016 hari Jumaat. Alhamdulillah aku bersalin normal. Haha. Aku takut czer sebenarnya sebab orang kata penjagaan dia lagi rumit. Yelah, belah perut kot. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusanku dalam melahirkan seorang lagi khalifah-Mu didunia ini. Huhu.
.
Muhammad Qayl Sufi
.
Nama baby aku dah fikir siap-siap sejak pregnant lagi. Muhammad Qayl Sufi. Qayl maksudnya Raja / Pemerintah dan Sufi maksudnya ahli tasawwuf.
.
Ibu doakan Qayl jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu bapa. Kami sayang Qayl 1000%!
.
p/s: Elak punya elak, akhirnya bersalin awal jugak. Tak kesahlah, yang penting anak aku keluar selamat dan sihat

3 comments:

Anonymous said...

comelnya dia

hannah said...

tahniah ela

Cik Roxa said...

Alhamdulillah, Tahniah E-la :)