“Betullah.
Apa yang tak betulnya?” Rizal jawab endah tak endah.
Suri terdiam. Dia sendiri sebenarnya
terkejut dengan berita yang baru disampaikan angah
semalam. Menurut angah, atuk mereka yang mereka
sendiri tidak pernah kenal, ingin merebut hak penjagaan ke atas mereka daripada Rizal. Walaupun dia tidak ada kena-mengena dengan angah,
tapi dia sudah menganggap angah seperti adik
sendiri dan angah pula sering berkongsi setiap
masalah dengannya.
“Dato’ cakap saya tak layak jaga
cucu-cucunya sebab saya masih muda, belum kahwin dan cuma berpangkat seorang
inspektor polis. Dia rasa, dia lebih layak
sebab dia kaya, berpangkat dan berpengaruh. Kononnya dia lebih berpengalaman
mendidik budak-budak.” Geram hati Rizal semasa meluahkan kata-kata itu.
“Habis tu awak nak buat apa
sekarang?”
“Buat bodoh!” Rizal menguis-nguis air
di permukaan kolam ikan itu. Dia sebenarnya tidak berniat mahu menjawab tidak
sopan dan kasar seperti itu, tapi dia memang
memerlukan sesuatu untuk melepaskan rasa geram dan seseorang untuk mendengar
luahan hatinya.
Tergamam Suri mendengar jawapan
Rizal. Kemudian, dia tersenyum. “Cubalah
istighfar banyak-banyak, ingat pada Allah. Hati orang yang selalu ingat pada
Tuhannya, tak kira semasa senang mahupun
susah, akan sentiasa tenang.”
Rizal terdiam. Kemudian berdiri
menghadap Suri yang berdiri di belakangnya. “Saya minta maaf, Suri. Sekarang
saya tak dapat berfikir dengan betul. Awak tahu, peluang saya untuk menang, cuma 50-50. Dia orang berpangkat, banyak
pengaruh.”
“Tapi,
awak ada surat wasiat, kan? Dalam surat tu jelas-jelas dinyatakan yang awak
adalah penjaga budak-budak tu yang sah. Tambahan pulak, awak bukan orang lain.
Awak ayah saudara dia orang!” tekan Suri.
“Ya, tapi Dato’ tak tahu...”
“Kenapa
pulak?”
“Dia ingat saya cuma kawan Abang Razlan. Kawan yang paling dipercayai. Yang
dia tahu, Abang Razlan anak tunggal, tak ada adik-beradik lain.”
“Tapi,
awak boleh bagi tahu dia.”
Rizal merenung Suri. Lama.
Suri tidak selesa diperhatikan
sebegitu. Serta-merta dadanya dihempap debaran. Sedaya upaya dia cuba mengawal
rasa gemuruh di hati.
“Tak.” Rizal menggeleng tenang. “Saya
tak nak bagi tahu sekarang. Mungkin suatu
hari nanti rahsia tu akan berguna buat saya.”
Suri angkat kening.
Rizal cuma tersenyum. Senyuman yang
sukar ditafsirkan.
*******************************
*******************************
Amboi, cantik gila dia punya budi bahasa. Mak cik-mak cik kalau dengar pun mesti nak bermenantukan dia. Sejenak Rizal merenung sekeliling pejabat tu. Tiba-tiba dia rasa rendah diri pula. Pejabat itu, 4327 kali lebih besar dan cantik daripada balai tempat dia bertugas.
“Saya ada hal nak jumpa dia.”
“Encik ni dah buat appointment ke belum?”
“Belum, tapi awak cakapkan pada dia yang Rizal, penjaga sah kepada Ariana, Syafiqa dan Alisa nak jumpa,” tekan Rizal. Makin dia berlembut, makin naik lemak pula perempuan ini. Mana pergi budi bahasa dik oii...
Penyambut tetamu itu mengangkat malas gagang telefon. Didail nombor bilik Dato’ Rashid.
Tak ikhlasnya buat kerja. Kalaulah ini kompeni aku, dia adalah orang pertama yang aku nak pecat daripada kompeni ni. Baru kerja jadi penyambut tetamu, dah berlagak. Nasib baiklah kau tak kerja kat IBSYA Holdings, bentak hati kecil Rizal.
“Encik boleh naik sekarang. Dato’ nak jumpa,” beritahu penyambut tetamu itu selepas gagang telefon diletak.
Rizal merenung lama. “Lain kali, senang macam tu. Saya tak suka sangat berurusan dengan orang bawahan,” sindir Rizal tajam. Berubah sedikit wajah penyambut tetamu itu. Rizal sekadar tersenyum tepi dan terus mengatur langkah meninggalkan kaunter pertanyaan tersebut.
Beberapa ketika mencari, akhirnya Rizal menjumpai tempat yang dimaksudkan. Dia mengetuk pintu bilik berwarna coklat oak itu. Ada suara garau menyuruhnya masuk. Dalam fikirannya sudah ditegaskan pada diri sendiri, kena banyak bersabar. Dia tidak boleh cepat naik angin. Jangan cari gaduh dan jangan balas dengan tengkingan walaupun mulut Dato’ Rashid tak ada insurans. Kalau ada pun mungkin dia buat sendiri.
Dato’ Rashid cuma memandang Rizal sekilas. Rizal cuba tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Ada apa awak nak jumpa saya?” tanya Dato’ Rashid dengan membiarkan huluran tangan Rizal tidak bersambut.
Kurang asam punya orang tua. Dah okey aku nak salam, buat jual mahal pulak. Jemput aku duduk pun tidak. “Pasal kes tuntutan budak-budak tu. Dato’ tak boleh bertindak sesuka hati macam ni. Saya adalah penjaga dia orang yang sah.”
Dato’ Rashid tersenyum mengejek. “Ya, awak penjaga dia orang yang sah, tapi dapat ke awak jalankan tanggungjawab mendidik dia orang dengan baik?”
“Saya yakin saya boleh. Sehingga ke hari ni pun, saya tak ada masalah dengan dia orang.” Rizal membalas. Memang sekarang dia dah tak ada masalah dengan anak-anak saudaranya. Dia orang dah mula sayangkannya dan dia juga sayangkan dia orang. Along yang tak sukakannya sebelum ini pun sudah jadikan dirinya penasihat peribadi dalam apa jua segi.
“Awak tak layak sebenarnya. Siapa awak, hah? Awak tak ada kaitan dengan cucu-cucu saya. Malahan, awak langsung tak ada pertalian darah dengan dia orang. Awak fikir dengan hanya surat wasiat, awak boleh menang?”
Rizal rasa macam nak ketawa, tapi mengenangkan Dato’ Rashid ni sudah pangkat bapaknya, terpaksalah dia tahan rasa lucu dalam hati aje. Kelakar betullah Dato’ ni. Rambut dah botak, perut dah buncit, muka dah kedut-kedut, tapi cara bercakap macam budak tujuh tahun. Tak matang langsung. Dia tak tahu cara nak bezakan cara bercakap dengan orang sebaya atau lebih muda daripada dia.
“Sekurang-kurangnya sampai sekarang saya tetap jalankan tanggungjawab saya sebagai penjaga dia orang. Kalau betul saya adalah seperti yang Dato’ katakan, Dato’ pulak macam mana? Dato’ tak pernah nak mengakui kewujudan along, angah dan adik. Dato’ tak pernah nak ambil peduli hal dia orang. Sakit pening dia orang, saya yang rawat, bukan Dato’. Mana Dato’ waktu ibu dan abah dia orang meninggal?”
“Sekurang-kurangnya sampai sekarang saya tetap jalankan tanggungjawab saya sebagai penjaga dia orang. Kalau betul saya adalah seperti yang Dato’ katakan, Dato’ pulak macam mana? Dato’ tak pernah nak mengakui kewujudan along, angah dan adik. Dato’ tak pernah nak ambil peduli hal dia orang. Sakit pening dia orang, saya yang rawat, bukan Dato’. Mana Dato’ waktu ibu dan abah dia orang meninggal?”
Berubah wajah Dato’ Rashid mendengar hamburan kata-kata hikmat daripada Rizal. Itu baru intronya, belum sampai laser tahap dewa lagi.
“Awak jangan nak cabar saya. Saya lebih berhak sebab saya datuk mereka. Jangan nak berbangga sangat hanya dengan sekeping kertas. Awak tu sendiri pun masih budak, bujang lagi. Awak tak berpengalaman!”
Tersirap darah Rizal mendengar kata-kata Dato’ Rashid. Adakah orang bujang tak boleh pikul tanggungjawab?
“Saya tak nak berdebat di sini. Buang masa dan tenaga aje. Kita jumpa di mahkamah,” putus Dato’ Rashid, kemudian mengarahkan Rizal keluar.
Rizal rasa keputusan Dato’ Rashid takkan berubah. Berilah racun tikus ke, bom atom ke, sel kering ke, keputusan dia takkan berganjak. Rizal terus melangkah ke pintu uuntuk pergi. Makin lama dia di sini, risau pula kalau berlaku perkara yang tak diingini. Sampai di muka pintu, Rizal berpaling semula kepada Dato’ Rashid. “Kalau Dato’ upah peguam yang terhebat dan termahal yang ada kat planet ni sekalipun, Dato’ tetap takkan dapat pisahkan saya daripada budak-budak tu. Dia orang sekarang adalah anak-anak saya!”
Selepas menghabiskan ayat itu, Rizal terus keluar dari bilik Dato’ Rashid dengan hati yang puas. Puas sebab dia dah dapat luahkan apa yang terbuku di hatinya. Orang tua tu kata dia tak layak jaga anak-anak saudaranya atas sebab dia masih bujang. Tapi, macam mana kalau aku kahwin? Tentu persepsi orang tua tu terhadapnya akan berubah.
***************************************
***************************************
WAJAH Dato’ Rashid sudah pucat. Bibirnya diketap-ketap kerana geram yang teramat. Cepat dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya. “Zim, saya nak awak buat apa saja untuk menang kes ni. Apa sahaja!”
Walau apa pun, dia harus mendapatkan hak penjagaan ke atas cucu-cucunya. Budak-budak itu adalah tiket untuknya menguasai seluruh harta kekayaan besannya, Tan Sri Ibrahim dan IBSYA Holdings. Selepas dia mendapat semua yang dimahukannya, dia akan menghalau along, angah dan adik daripada hidupnya dan akan memastikan bahawa selepas ini budak-budak itu tidak akan mengganggu hidupnya lagi.
“Susah sikitlah, Dato’. Dia lebih berhak sebab dia ada surat wasiat arwah,” balas peguamnya.
“Saya peduli apa? Saya dah bayar awak untuk buat kerja ni. Saya dah melabur banyak dan saya nak hasilnya berbaloi. Gunakan apa saja cara. Rasuah, tipu helah… Saya tak peduli. Pasal duit, awak jangan risau. Berapa pun awak nak, saya boleh bagi.”
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
1 comment:
x sukala suri
rizal kawenla dgn khai...
Post a Comment