Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, April 15, 2014

#NovelReview Kutemui Cinta

Assalamualaikum. Hye everyone :D Honestly aku tak tahu nak update apa sebenarnya. Tapi tangan rasa gatal nak menaip. Haha. So aku rasa mcm nak tulis review pasal novel sendiri pulak. Boleh ek macam tu? ;p
.
Mula-mula biarlah aku ceritakan secara ringkas. Novel pertama aku ni bertajuk Kutemui Cinta, diterbitkan pada tahun 2010. Masa tu aku baru Form 5. Haha. Ape pon, novel ni sebenarnya aku start karang masa Form 1 camtu. Just suka-suka, pastu stop sebab berangan nak jadi novelis mcm hangat-hangat tahi ayam. Huhu.
.
Sampailah aku Form 3, aku bukak balik cerita ni and baca dari awal. Pastu aku pun main cincai jelah taip je novel ni. Form 4 siap. Kebetulan lak ternampak dekat Majalah Remaja, Buku Prima offer sesiapa je untuk hantar manuskrip novel. So aku dengan tak malunya rembat kertas abah banyak-banyak, print and hantar ke Buku Prima. Hahaha.
.
Aku tak berharap sangat pun sebenarnya. Sebab aku rasa novel ni cam tak best je. Kalau kena reject pun aku takde hal. Novelis lain pun ada je manuskrip diorang direject.
.
Lama gaklah Buku Prima amik masa untuk nilai manuskrip aku. Ikut turn lah jugak. Dah lama sangat, aku pun lupa camtu je. Boleh lak terlupa novel sendiri. Sampailah aku masuk Form 5, pihak Buku Prima call aku sebab nak terbitkan novel ni.
.
Tajuk Kutemui Cinta ni pun Buku Prima yang pilihkan. Maybe sebab tajuk yang aku pilih tak cukup best kut. Haha. So tulah dia, aku tunggu lama gaklah sebab dia nak cetak bagai. Sampai je novel ni kat rumah aku, aku speechless.
.
.
Cover novel ni sangat comel sebab ada orang lidi kat depan. Haha. Masuk bakul angkat sendiri pulak. :PPP
Tapi serius aku cakap. Memang bukan tugas novelis pun untuk design kan cover novel. Thats why memula tgk tu agak rasa menariklah.
.
Honestly, ini novel pertama yang aku tulis tanpa bantuan Internet. Haha. Kalau sekarang, rasa nak cari info tentang sesuatu tempat, Google jelah. Masa tu aku tak kenal Internet.
.
Aku start buat akaun Facebook pun masa Form 5. Kuno tak kuno, zaman sekarang budak 6 tahun pun dah ada Facebook. Huahua. Tapi sebab aku tak kenal sangat Internet masa tu, so akaun Facebook tu pun aku layan tak layan je. Malas nak handle.
.
Masa tu memang tahap keminatan aku pada novel / cerpen tinggilah. Aku cari la kat Google, konon nak baca novel / cerpen online. Pastu termasuk website Penulisan2u. Baca novel-novel kat situ, aku tertarik nak hantar karya aku sendiri. Aku conteng-conteng je, karya pe ntah aku tulis. Maka terhasillah Abang Khai Tomboy? Hahahahaha!!!
.
Masa tu memang aku tak pandai nak baca-baca review novel pe semua nih. Sebab aku tak tahu benda tu semua wujud. Seriously. Sampailah salah seorang reader novel (yang add aku kat Fb) komen kat satu page novel. So keluar kat news feed aku.
.
Bosan-bosan, aku belek page tu. Alih-alih ternampak review pasal Kutemui Cinta. Tak silap aku masa tu dah 2011. Nampak tak? Novel dah setahun terbit, aku baru terkial-kial nak baca review. ;p
.
So kat sini aku ada lah printscreen some review. Bukannya nak menunjuk. Nak kata novel aku bagus ke apa. Aku simpan review-review ni semua sebab ia sangat membantu aku bila aku tengah down.
.
Bila ada orang kutuk karya aku, aku rasa down, putus asa untuk menulis, aku akan baca review-review ni semua. Ia akan menaikkan semangat aku balik sebab ia membuktikan masih ada yang sukakan karya aku, walaupun cara penulisan tahap amatur yang teramat.
.



.
Yang ni semua yang aku sempat baca and print screen la. Mesti ada yang kata, aku ni print screen komen yang elok-elok je. Huhu. Bukan begitu maksud aku. 
.
Aku perlukan review-review ni semua untuk menaikkan semangat aku balik, tu je. Kalau tak kerana komen-komen positif pembaca, entah-entah sekarang aku dah stop menulis pun.
.
And aku sangat terharu bila Kutemui Cinta ada dalam carta Top 5 terlaris masa tu :')
.




 .
Aku juga terima beberapa review dikalangan blogger. Hehe. Ada yang buat aku tersenyum sendiri, ada yang buat aku rasa sedikit down. Tapi down pun sekejap je. Sebab aku tahu, karya pertama memang banyak lack. Pertama kali menulis kan...
.



 .
And last but not list, keratan akhbar Berita Harian (9 Julai 2010). Sebulan lepas novel aku terbit kut. Terkejut gak aku sebab ada dalam senarai Top 5 carta MPH. Dengan penuh rasa excitednya aku pegi scan. Simpan sampai sekarang. Huhu.
.
.
Pape pun, review-review novel yang aku amik hanya SEBAHAGIAN KECIL sahaja. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku tak amiklah semua. Penuh pulak folder aku kang.
.
Seriously, aku tersangat-sangat berterima kasih dengan para pembaca semua. Bukan yang membaca Kutemui Cinta je, tapi jugak ada yang sampai buat koleksi semua novel aku. Serius, aku sangat-sangat terharu sampai tak tahu nak cakap apa :'D
.
Oklah, setakat ni je kut entry kali ni. Novel review akan dtg akan publish lain kali aaa... terima kasih kepada yang dah beli Kutemui Cinta. Sudi mensupport aku yang belum ada nama and masih bertatih-tatih dalam dunia penulisan nih. Hehe.
.
Bye2...

4 comments:

siti nadzirah said...

wah...tahniah. all the best utk novel2 yg seterusnya

Nadya Roslan said...

untunglah klu memang dah ada talent.conteng2 je pun dah jadi novel.huhuhu

Unknown said...

X rugi jenguk blog ni hari ni... Xpnh tau pun ada buku yg pnh terbit sblm Abg Khai Tomboy.... Awat la x khabaq siang2? Nk kene carik la plak :))

E-la Adiey said...

Kak Nvel Addct:

haha :D novel lama kak
x tahu la ada lagi ke tak dekat kedai
segan sebenarnya, sbb amatur sgt masa ni. hehe.. terima kasih akak :D