Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Saturday, June 21, 2014

Cabaran sebagai penulis...

Assalamualaikum dan hai... hari ni rasa tak nak update novel. Cuma nak tulis luahan hati. Huhu... tak kesahlah siapa nak baca siapa tak nak baca. Tak paksa. Hew... hew... hew...

Petikan daripada Sinar Harian tahun 2010.
Masa ni umur 17 tahun. Nak acah-acah cute. Okey, korang boleh muntah sekarang

Apa perasaan aku sepanjang aku jadi novelis ni, aku jarang kongsi dengan orang. Yelah, siapa peduli apa aku rasa. Kuang... kuang... kuang... k, ni bukan ayat merajuk. Ni luahan hati yang entah apa-apa :P

Secara jujur daripada hati yang suci lagi murni (wekkk!!) aku sebenarnya merasa bangga dengan pencapaian diri sendiri kerana mula bergelar novelis pada usia 17 tahun. Bukan meninggi diri, cuma teringin nak jadi role model untuk adik-adik aku yang kecik2 lagi nih :P

Dan secara jujurnya jugak, aku tak pernah pergi bengkel penulisan. Sebab tu aku tak mampu bersastera macam penulis-penulis lain dan ayat aku agak straight forward. Kalau korang dah baca novel aku dari dulu, korang akan tahu corak penulisan aku macam mana. 

Cuma satu pintaku, janganlah membandingkan diriku dengan penulis-penulis lain. Aku ada corak aku sendiri, dan mereka ada cara mereka sendiri. Jadi diri sendiri, itu lebih baik. Kalau tak suka dengan corak penulisan aku, tak ada apa-apa yang mampu aku lakukan. Kuasa di tangan korang nak memilih nak baca karya siapa :)

Sebelum bergelar penulis, aku dah pun sedia ada dikutuk dan direndah-rendahkan hanya kerana aku menyimpan angan untuk bergelar penulis pada usia muda. Siapa dia? Tak perlu aku mention. Cuma katanya "Penulis mestilah seseorang yang ada degree, PHD luar negara, bukannya taraf SPM!"

Itu satu perang psikologi yang sangat melemahkan aku dan aku hampir-hampir putus asa. Mujur bila novel pertama aku terbit pada usia 17 tahun, kutukan yang keluar dari mulut dia selama ini hilang begitu sahaja :) 

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana ia adalah karya pertama aku, yang aku tulis dengan effort yang tak berbelah bahagi sejak Tingkatan Satu, dan Buku Prima setuju untuk menerbitkannya :')

Novel pertama aku (Kutemui Cinta) ditulis dalam keadaan cacar marba yang aku sendiri tak sanggup nak baca sekarang. Haha... malu pun ada. Kalau diberi peluang, aku teringin nak sunting balik bagi lagi cantik. Tapi apa boleh buat? Benda dah lepas. Hew... hew... hew...

Bila masuk novel ke-2 (Abang Khai Tomboi) corak penulisan still tak berubah. Still cacar-marba. Hahaha... cuma start dari sinilah aku dah dapat corak aku sendiri. Maaf, aku tak pandai berbahasa baku dan sastera. Aku mohon bacalah karya orang lain kalau anda sukakan karya sastera.

Mula-mula nak bertapak memang sangat mencabar okey. Aku tak payah ceritalah siapa, cuma cukup aku katakan mulut orang ni memang tak boleh nak tutup. Kerana usia aku yang terlalu muda pada hemat mereka (17-18 tahun masa tu), novel aku langsung diorang tak buka dan baca. Tengok kulit je, pastu terus cakap, "Tak best!" "Bosan" "Cerita budak-budak!"

Seriously guys? Anda judge karya saya berdasarkan umur saya? Saya tak tahu nak labelkan anda sebagai apa. Kalau korang dah buka, baca sampai habis dan masih tak sukakannya, itu hak koranglah sebab itu masing-masing punya taste. Aku tak mampu buat apa-apa. Tapi ni just tengok kulit, baca sinopsis sikit, dalam langsung tak dibeleknya, pastu nak kutuk macam-macam. What serong gurl????

Memang perang psikologi sangat menular dalam kepala hotak aku masa tu. Rasa macam nak stop menulis pun ada. Tapi sedikit sebanyak review dekat Internet meredakan hati aku yang gundah gulana. Cewah, tu sastera sikit je 

Dah masuk novel ke-3 (Amar Farish), terbit akhir tahun 2012, masa tu umur aku 19 tahun. Si dia yang selalu mengutuk dulu tu nak tengok novel aku. Tapi jawapan aku senang je "Pergi cari kat Kedai Buku Banggol!" Dulu aku pernah beri baca free, tapi tak baca. Mengutuk je kerja, sekarang aku takkan bagi tengok pun. Rasa nak tengok make some effort, okey bubbly boo?

Aku bukannya tak tahan kena kutuk. Seriously, dikutuk tu benda biasa yang aku lalui selama ni sejak bergelar penulis. Tapi pengkritik yang berilmu mesti tahu membezakan kritikan dan kutukan. Kalau kita mengatakan setiap benda ada seninya, mengkritik juga kenalah belajar seninya ^_^V

Jujur aku katakan, aku tak pandai menulis. Kalau nak tunggu pandai, sampai bila-bilalah aku takkan menulis novel aku sendiri. Aku menulis sambil belajar. Cuba improve dari semasa ke semasa. Jangan mengharapkan sesuatu yang kebaboom daripada penulis picisan macam aku. Ngee...

Tapi alhamdulillah, si dia yang aku ceritakan tadi dah pandai tutup mulut. Haha. Dah tak mengutuk sangat macam dulu. Aku pun tak nak amik kisah sangat pasal dia. Sebab aku tahu dekat blog aku ni, aku ada lagi ramai pembaca dan penyokong yang sentiasa menyokong aku tanpa mengambil kira berapa umur aku.

Akhir kata, aku doakan seorang rakan cerpenis serta novelis yang aku kenal dekat Facebook (Zarul) agar suatu hari nanti berjaya menerbitkan novelnya sendiri. Teringin nak baca dalam bentuk buku pulak. Haha... saya selalu doakan ok? Entry ni dedikasikan untuk anda sebenarnya. Jangan putus asa. Kebalkan telinga, tabahkan hati. Insya-Allah berjaya. Huhu...

p/s: Sedang menunggu giliran untuk menerbitkan novel ke-4. Janganlah marah saya sekiranya lambat, saya bukan publisher.

8 comments:

Jessica Latisya said...

honestly my dear,I love reading this entry.Tulus dari hati gitu..haha.. anyway,congrates dgn pencapaian.pedulikan mulut2 busuk yg x bwk benefit tu

Ct Roxalynna said...

mula2 kenal E-la Adiey dulu masa dia baru popular dgn Abang Khai Tomboy... Setia follow update cerita tu kat penulisan2u... Bila saya dah masuk matrik, baru dapat baca habis novel tu... Pada saya, it's okay n great for you... Bacaan yang santai dan tak ada lah kusut sangat kan bagi remaja macam saya yg tak berapa nak sastera sgt... Good job n great of you, Nuraqilah Syuhaida... Keep it up!!! Hwaiting n caiyokkk...! :)

E-la Adiey said...

Jessica - haha.. thanks. tp sesuka hati kau je ckp mulut org lain busuk. kau dh gosok gigi? :P

ct roxalynna - seriously dari abg khai tomboy? haha.. thank you so much. sy mmg target utk org yg x tau sastera sebenarnya. straight forward, x yah berbelit2. x pening. ape pun, good luck with your cerpen too, ct. I'm supporting you. always :)

intan razak said...

keep ur chin up,syg.i always love ur story. looking forward for your next entry. hehehe

Eddayu said...

anyway ok pe dgn novel2 e-la.. santai n x berat sgt utk bace..
well utk yg dh berumo 30-an cm akk nie blh terima je..
kalo jiwang n bersastera sgt lotih otak den nk mencerna nnti ;)
membaca novel nie utk rehatkn minda dr beban kerja so kene la bace novel yg santai2, x membebankn & have fun.. ngeee (pendapat akk la kn)
x semestinye nk ada degree, Phd bagai utk menulis novel.. as long as penulisan u diterima rmai teruskn je.. (wah..wah..wah.. panjang plak akk mengomen this time)
<3 <3

E-la Adiey said...

intan razak - haha.. ok2.. gua dh chin up nih

kak eddayu - haha.. terima kasih akak. memang saya tekankan utk bacaan santai, klu diorang nak sastera pegila baca karya A Samad Said. Saya mana reti nak buat T.T terima kasih akak, salah seorang yg menyokong sy dari dulu smpai skrg. I lap uuuu............ <3

Fakru Yoe said...

Lerrr... E-la Adiey nie org kuale teganu... Org kt umoh rpanya.... Hehehee... Pe² pom gud luck dlm bidang penulisan yer...

E-la Adiey said...

Fakru Joe - aah, org teganu je.. ganu gak ke? seram nih... sbb x kenal. haha :P terima kasih. ngee