Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, July 4, 2014

Zikir Cinta 10


- TUNGGU aku di tingkat bawah library besok!

            Daniel terasa pelik membaca SMS yang dihantar oleh Jessica. Kenapa pula Jessica menyuruh dia menunggu esok? Setahunya esok tiada sebarang kuliah. Segera dia menekan butang reply dan membalas SMS Jessica.

            - Tunggu? Kenapa? Kita ada janji nak pergi mana-mana ke?

            Tidak sampai seminit kemudian, telefon bimbitnya berdering. Lagu Surgamu nyanyian kumpulan Ungu dari Indonesia berbunyi nyaring.

            “Hello. Assalamualaikum?”

            “Waalaikumussalam. Danny, kamu kenapa bertanya kayak gitu?”

            “Pelik je. Kita ada janji ke? Atau awak tersalah send?”

            “Ya ampun, Danny! Masa kamu lupa lagi sih?” Jessica meninggikan intonasi suara.

            “Lupa apa?” Daniel masih tidak mengerti.

            “Besok kan nggak ada kuliah, jadi aku udah ngatur temu janji kita sama Professor Ronald!”

            Daniel terkedu. Aduh! Sekali lagi dia terlupa. Selepas dia membatalkan temu janji dengan Professor Ronald tempoh hari, Jessica sudah mengatur temu janji yang baru. Memang agak susah untuk bertemu dengan pensyarah yang memegang title professor itu sejak akhir-akhir ini kerana banyak program fakulti yang melibatkan pensyarah.

            Tapi macam mana? Apa perlu dia buat? Dia sudah berjanji mahu keluar berjalan-jalan dengan Cinta hari ini.

            “Err… sorry Jess. Boleh tak awak pergi sorang je? Saya ada hal lain…”

            Kedengaran Jessica mengeluh di hujung talian. Mana tidaknya, dia sudah bersusah payah mengatur temu janji dan sekarang dia terpaksa pergi seorang diri.

            “What is wrong with you, Danny? Sejak akhir-akhir ini kamu berubah benar. Kamu selalu banyak alasan. Kamu tahu kan final project ini sangat penting untuk carry mark kita?”

            Daniel mengurut kepala. Rasa bersalah dan marah dengan diri sendiri saling berantakan. Dia mahu pergi menyiapkan projek itu bersama Jessica, tetapi dalam masa yang sama ingin menghabiskan masa bersama kekasih hati.

            Ah… Cinta! Gadis cantik itu benar-benar membuat pemuda bernama Daniel gila bayang.

            “Maaf, Jess. Maaf sangat-sangat. Esok saya ada hal. Umm… kenal Yul? Budak sama course dengan kita, tapi lain kelas tu? Dia minta saya ajarkan dia subjek Math. Ni kali kedua dia failed. Boleh ya Jess? Saya betul-betul ada hal esok.” Suara Daniel meminta simpati.

            Jessica mengetap bibir.

            “Kamu benar-benar sudah berubah, Danny,” katanya dan terus memutuskan talian.

            Dia kini sudah seperti tidak mengenali Daniel. Dahulu, pelajaran berada dalam carta nombor satu. Tapi sekarang, entah nombor berapa. Yul? Kalau mahu mengajar pelajar lain pun, Daniel biasanya akan memastikan kerjanya beres terlebih dahulu.

            Jessica yakin sikap Daniel berubah sejak akhir-akhir ini kerana Cinta. Cinta yang merubah Daniel seperti ini.

            Sementara Daniel yang sedang terpinga-pinga, hanya mampu memandang skrin telefon dengan perasaan bersalah. Dia berjeda beberapa ketika.

            Baguslah, sekarang dia menipu lagi!
*****************


“KENAPA ajak kitorang keluar?” tanya Jason Lee.

            “Aku lagi bosan di rumah. Teman-temanku semua lagi ada kuliah. Setelah aku pulang dari ketemu Profesor Ronald tadi pagi, rumah aku sepi. Emang kenapa? Aku mengganggu kalian?”

            “Eh, tak. Mana ada. Kitorang free je hari ni!” sanggah Adrian dengan senyuman yang meleret.

            Jessica turut tersenyum, walaupun kelihatan tidak berapa ceria.

            Sesekali dia mengeluh melihat pemandangan di sekitar Lake Burley Griffin kawasan West Basin Loop itu, sebuah tasik yang mengelilingi Canberra.

            Tasik yang sememangnya cantik itu diceriakan lagi dengan ribuan pokok-pokok bunga pelbagai warna yang mekar. Setiap kali tiba musim bunga, Canberra kelihatan indah dihiasi dengan warna bunga-bungaan yang pelbagai.

            Adrian leka melihat beberapa orang warga Inggeris Australia yang berbasikal di laluan khas untuk mereka yang disediakan sepanjang 17 km. Antara banyak-banyak kawasan iaitu West Basin Loop, Basin Loop dan East Basin Loop, persekitaran West Basin Loop adalah yang paling cantik. Kerana itu ramai orang suka melakukan aktiviti riadah disitu.

            “Tadi pagi aku ketemu sama Professor Ronald. I supposed to meet him with Daniel. Tapi Daniel bilang dia sibuk. Katanya mau ngajarin Yul matapelajaran Matematika. Jadi aku pergi sendiri aja. Professor Ronald bertanyakan aku soal Daniel. Emangnya dia pergi ketemu sama Yul sejak tadi pagi?”

            Saat itu Adrian dan Jason Lee saling berpandangan. Pelik dengan kata-kata Jessica.

            “Eh, bukan pagi tadi memang dia pergi jumpa Professor Ronald dengan awak? Macam mana pulak awak boleh pergi sendiri?”

            Jessica terperanjat mendengar pertanyaan Adrian.

            “Yul? Setahu aku budak tu dah extend. Tak dapat teruskan pelajaran. Dia nak balik Malaysia,” sampuk Jason Lee dan disambut pula dengan anggukan oleh Adrian.

            Wajah Jessica berkerut-kerut.

            “Tapi malam kelmarin aku SMS dia. Dia bilang punya urusan sama Yul. Makanya, dia tidak bisa pergi sama aku!”

            Jason Lee menggumam bibir. “Hmm… siapa betul sebenarnya ni?”

            “Haish… si Danny ni mula cakap berbelit-belit!” Adrian menggaru kepala.

            “Apa jangan-jangan dia pergi sama Cinta?” tebak Jessica.

            Adrian mengangguk-angguk.

            “Ada kemungkinan jugak. Dulu pun dia pernah terlupa nak keluar dengan kitorang sebab leka lepak dengan minah tu.”

            “Terus bagaimana sekarang, Adrian?” tanya Jessica.

            “Bertenang dulu. Kita buat rilek je. Nanti Daniel balik, saya tanya dia,” ujar Adrian menenangkan Jessica yang kelihatan tidak puas hati.

            Jessica melepaskan keluhan. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya ditipu bulat-bulat oleh sahabat baik sendiri. Dulu Daniel tidak pernah seperti ini. Daniel seorang yang jujur, polis dan sentiasa menepati janji.

            Mereka bertiga terus berjalan menikmati pemandangan tasik. Warna rumput kelihatan begitu segar menghijau. Sangat cantik.

            Jessica memandang kosong tasik dihadapannya saat itu. Matanya sesekali singgah ke bangunan National Carillon (juga dikenali sebagai Bell Tower) yang tidak jauh dari situ. Namun bangunan tersebut tidak menarik perhatiannya.

Tidak lama selepas itu, dia terpandang sepasang kekasih yang duduk ditepi tasik sambil membaling batu-batu kecil ke tasik sambil tertawa.

            Jessica tersenyum. Bahagianya pasangan itu. Tetapi apabila semakin diamati lebih teliti, pasangan bahagia itu adalah…

            “Daniel! Cinta!” Senyuman Jessica mati mendadak.

            Adrian dan Jason Lee terkejut. Mereka berpaling memandang mata Jessica yang membulat memandang ke suatu tempat. Kemudian mereka memandang ke arah yang sama.

            Bulat biji mata Jason Lee memandangnya. Adrian apatah lagi. Hatinya panas tiba-tiba.

            Dia terus melangkah laju mendekati pasangan tersebut. Jason Lee dan Jessica yang menyedari Adrian akan meletuskan lavanya cuba menghalang, namun tidak berjaya kerana langkah Adrian yang terlalu laju. Akhirnya mereka hanya mampu mengejar dari belakang.

            “Danny, apa kau buat kat sini?” Adrian menjerkah.

            Serentak itu Daniel dan Cinta yang sedang ketawa keseronokan berpaling. Mereka turut terkejut. Tapi hanya wajah Daniel yang bertukar pucat, sementara Cinta masih kelihatan biasa-biasa.

            “Ini yang kau buat, ek? Pagi tadi cakap nak jumpa Professor Ronald.” Wajah Adrian bertukar merah. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Daniel yang memang tidak dijangka itu. Daniel bukan sahaja mungkir janji, tetapi juga sudah berbohong.

            Tergamak Daniel, hanya kerana ingin menghabiskan masa bersama Cinta!

            “Jadi ini urusan yang kamu bilang penting itu?” Jessica yang berdiri di belakang Adrian mula bersuara. Nadanya bergetar menahan rasa sedih dan kecewa.

            Mereka seolah-olah sudah tidak kenal siapa Daniel. Sikapnya sudah lain. Daniel yang dulu bukan begini.

            “Jess, saya… saya boleh explain…”

          “Tidak usah. Perbuatan kamu sudah menjelaskan segalanya. Kamu biarin aku ketemu sama Professor Ronald sendirian. Kamu biarin aku membuat project paper kita sendirian. Semua itu sudah cukup jelas buat aku. Tahniah Daniel. Kamu memang teman aku yang paling baik.” Jessica menyindir walaupun intonasi suaranya masih tenang.

            Daniel mengetap bibir. Jessica tidak meninggikan suara, namun kata-katanya cukup menghiris hati.

            Melihat Daniel tunduk tanpa membalas, Jessica menyambung lagi.

            “Dulu kamu tidak seperti ini, Danny. Dulu kamu selalu jujur, kamu selalu penuhi janji kamu. Dan sekarang, kamu membohongi aku. Membohongi teman-teman kamu karena perempuan itu!”

            “Jessica!”

            Jessica tergamam apabila Daniel tiba-tiba meninggikan suara.

            “What do you mean by ‘perempuan tu’?” soal Daniel dengan wajah yang merah.

            Amboi, sekarang jadi cepat naik angin kalau sesiapa menyebut tentang teman wanitanya.

            “Kamu marah sama aku? Marah aja. Kalau mahu pukul, pukul aja. Biar puas hati kamu itu,” cabar Jessica dengan wajah yang masih tenang.

            Daniel meneguk liur. Dia tiba-tiba merasa bersalah. Dia sendiri tidak menduga dia akan meninggikan suara kepada sahabat baiknya sendiri. Dia masih boleh bersabar jika perkara itu hanya melibatkan dirinya, tetapi dia cukup pantang jika melibatkan teman wanitanya. Cinta tidak bersalah. Dia yang bersalah kerana berbohong.

            Ya, Cinta gadis yang suci dan naif. Dialah yang jahat!

            “Mulai sekarang, kamu gak perlu muncul didepan aku lagi.”

            Kata-kata itu bagaikan gegaran yang menggegarkan segala sendi Daniel. Bagaikan petir yang memecah gegendang telinganya. Jessica mahu memutuskan persahabatan mereka!

            “Kamu gak usah khawatir. Aku gak akan bilang sama Professor Ronald kalau kamu nggak bersama-sama aku untuk project paper ini. Aku akan bilang, kamu yang paling banyak bertungkus-lumus untuk project ini.”

            Selepas menghabiskan kata-katanya, Jessica berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Adrian hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan turut membuntuti langkah Jessica. Jason Lee pula merenung kosong dan turut pergi dari situ. Dia sendiri berbelah bahagi mahu berpihak kepada siapa.

            Daniel mengetap bibir. Meraup wajahnya berkali-kali. Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan?

            Sementara Cinta yang sedari tadi menjadi pemerhati sahaja, tersenyum didalam hati. Bagus, biarkan pergaduhan ini berlarutan selama-lamanya!
************

“WEI Cinta, berapa lama lagi kau nak couple dengan si miskin tu?”

            Cinta yang tenang memandu Nissan Frontiernya sedikit tersentak mendengar suara Hana yang menjadi penumpang disebelah.

            “Aah lah, Cinta. Sedar tak sedar, rasanya dah dekat sebulan kau couple dengan dia. Kau tak geli ke, weh?” sampuk Fatin dibahagian penumpang belakang.

            Kening Cinta bertaut, namun rakan-rakannya tidak menyedarinya kerana dia memakai cermin mata hitam. Dalam hati dia membuat kira-kira. Hampir sebulan? Cepatnya masa berlalu!

            Cinta diam sahaja. Dia memandu melewati Commonwealth Avenue Bridge terus ke Northbourne Avenue.

            Hari ini hari minggu. Awalnya dia mengajak Daniel keluar, tetapi oleh kerana Daniel menolak pelawaannya dengan alasan mahu mengulangkaji pelajaran, terpaksalah dia keluar bersama rakan-rakannya. Dia bukannya nak sangat. Sekadar memenuhi permintaan Hana, Fatin dan Erma yang bersungut sejak akhir-akhir ini kerana Cinta jarang menghabiskan masa bersama mereka.

            Cinta menolak apabila rakan-rakannya mengajak dia melepak di pub seperti selalu. Entahlah, dia terasa malas mahu mendengar hiruk-pikuk bunyi muzik yang membingitkan. Dia mahu berada di satu tempat yang tenang untuk berfikir.

            “Eh, kau mengigau ke apa Cinta? Dah jadi sentimental ke sejak couple dengan budak miskin tu?” sela Erma.

            Berkerut-kerut dahinya keluar dari perut kereta apabila Cinta memakirkan Nissan Frontiernya di Lennox Gardens yang juga dikenali sebagai Nara Park. Taman itu terletak di sebelah selatan Lake Burley Griffin, berhampiran dengan Commonwealth Avenue Bridge dan Albert Hall yang juga termasuk dalam kawasan suburban Yarralumla.

            Mimpi apa Cinta ni? Tiga tahun tinggal di Canberra, mereka selalunya hanya menjejakkan kaki ke disko, pub, bar, shopping mall, ski, panggung wayang atau bowling. Taman-taman seperti ini hanya untuk mereka yang tidak tahu erti keseronokan, membosankan dan loser!

            “Kau pergilah buat apa-apa korang nak. Aku nak sendirian kejap,” ujar Cinta sambil menanggalkan cermin mata hitamnya lalu disimpan didalam tas tangan.

            “Cinta, apa ni? Kalau tak nak pergi kelab pun, janganlah bawak kitorang ke tempat membosankan macam ni!” sungut Hana mengerutkan dahi.

            Wajah Cinta bersahaja membalas pandangan rakan-rakannya yang tidak puas hati itu.

            “Korang nak aku bawak jalan, kan? So aku dah bawaklah ni. Nak kemana pun, itu hak aku. Kereta aku, aku yang drive. Kalau tak suka, just call the cab and ask them to fetch you here. I don’t mind anyway.”

            Terkejut mereka bertiga mendengar kata-kata Cinta. Hana terus bercekak pinggang, Erma memuncungkan bibir dan mulut Fatin terkumat-kamit membebel.

            Tanpa mempedulikan mereka, Cinta terus melangkah menyusuri laluan pejalan kaki taman lapang bersebelahan Lake Burley Griffin itu. Melihat mereka tidak dipedulikan, rakan-rakan Cinta terus berjalan ke arah lain; berborak-borak sesama mereka sambil menangkap gambar selfie untuk dimuatnaik ke Facebook dan Instagram.

            Taman ini biasa juga digunakan untuk pasangan mengadakan sesi photoshoot untuk majlis pertunangan atau perkahwinan dan juga antara tempat melangsungkan perkahwinan bagi yang mengimpikan perkahwinan tema garden.

            Cinta merasa tenang seketika. Dia terus mengambil tempat duduk dibangku bersebelahan pohon Tabebuia. Ketika dia tenang melayan fikiran, dia tertarik dengan bunyi burung berkicauan dan terus mendongak melihat burung Crimson Rosella yang hinggap didahan pohon bersebelahan bangku usang yang didudukinya.

            Kagum dia melihat kecantikan bulu burung yang berwarna merah biru berkilat itu. Crimson Rosella termasuk dalam kategori burung nuri. Dengan warna bulu yang begitu menarik, ia kelihatan seperti burung nuri yang terdapat pada kotak pensel warna Faber-Castell. Hampir tiga tahun menjalani hidup di Canberra, dia belum pernah melihat burung seperti itu dari dekat. Yalah, macam mana nak tengok kalau hanya tahu ke kelab malam dan shopping!

            Biasanya kalau di Malaysia, mana ada burung cantik-cantik seperti ini terbang bebas di udara. Kalaulah tak ada pengunjung lain di taman itu saat ini, pasti Cinta sudah membeli jaring, menangkap burung tersebut dan dibawa pulang ke Malaysia untuk dibela!

            Cinta tersenyum spontan dalam hati. Saat dia terpandang sepasang pengantin berbangsa Inggeris yang mengadakan sesi bergambar disebelah pohon Tabebuia yang lebat berbunga, dia teringat kepada Daniel.

            Diam tak diam, rancangannya sudah berjaya. Dia berjaya memancing Daniel, sekaligus memenangi wang pertaruhan rakan-rakannya. Rancangannya untuk memecahbelahkan Daniel dengan rakan-rakannya juga telah terlaksana dengan baik. Menurut Daniel, dia dan kawan-kawannya sudah empat hari tidak bertegur sapa. Tapi entah kenapa, hatinya masih terasa kosong.

            Kalau benar dia memang sekejam ini, kenapa hatinya tidak melonjak gembira? Seharusnya dia gembira dan boleh berbangga dengan pencapaiannya.

            Apa lagi yang tinggal? Erma, Hana dan Fatin sudah sibuk bertanya bila dia akan meninggalkan Daniel. Yalah, untuk apa lagi dia bersama dengan si miskin itu? Tujuan asal mereka hanya untuk melihat bagaimana Cinta mampu menundukkan anak penjual kuih itu.

            Tapi, entahlah… dia tidak pernah pula terfikir mahu memutuskan hubungan dengan Daniel. Hmm… pelik.

            “Saya nak awak cintai saya seadanya, bukan kerana apa yang awak mahu.” Dia masih ingat kata-kata yang dituturkan Daniel dua hari selepas Daniel bergaduh dengan Adrian, Jason Lee dan Jessica.

            Cinta terpempan. Dia tahu Daniel terasa hati dengannya ketika itu kerana dia terlepas cakap. Katanya, dia berharap Daniel anak orang kaya. Tak anak Dato’ pun, anak usahawan berjaya pun jadilah.

            Tersentap juga Daniel mendengarnya. Wajah Daniel mendung sahaja sepanjang mereka berjalan menyusuri Union Court selepas selesai kuliah. Cinta benar-benar merasa bersalah.

            Dia langsung tidak berniat mahu melukai hati Daniel. Cuma rasa sedikit tertekan kerana sehari sebelum itu Erma pernah berseloroh mengatakan darjatnya sebagai ‘gadis idaman kampus’ telah turun kerana menjadi kekasih kepada anak penjual kuih.

            Cinta tahu Erma hanya bergurau, tetapi dia seakan-akan tidak dapat menerimanya. Dia Cinta Aulia, gadis jelita buruan lelaki-lelaki kaya!

            “Danny…” Cinta terus menghentikan langkahnya. Memandang wajah Daniel yang sedikit  muram.

            “Saya minta maaf, bukan itu maksud saya. Saya bergurau aja,” ujarnya memujuk, walaupun dalam hati itulah yang dia mahu katakan sebenarnya.

            Daniel diam dan melemparkan pandangan pada deretan basikal bersebelahan Union Building. Agak lama dia begitu sehingga memaksa Cinta bersuara lagi.

            “Saya bergurau. Tak ada niat pun. Tak sangka awak terasa pulak.”

            Daniel menunduk. Mestilah dia terasa. Dia mengaku dia memang tidak berharta. Dan dia sedih kerana tidak dapat memberi apa yang gadis idamannya mahukan. Sepanjang bersama dengan Cinta, boleh kira dengan jari berapa kali sahaja dia mengeluarkan wang untuk Cinta. Itupun wang lebihan bekerja sambilan sebagai pelayan di Taj Agra Restaurant.

            Dan pernah juga beberapa kali Cinta bertanya kenapa dia tidak menjadi model sahaja? Dengan wajah kacak dan ketinggian yang dimilikinya, pasti peluangnya untuk berada di pentas peragaan terbentang luas. Bayarannya jauh lebih mahal daripada menjadi pelayan. Kenapa perlu bersusah payah mengelap meja dan membasuh pinggan mangkuk di restoran?

            Tapi jawapan Daniel satu sahaja; dia bermusafir di bumi Australia kerana mengejar ilmu, bukan mengejar glamour dan duit.

            “Awak menyesal ke?” Daniel bersuara setelah agak lama berdiam diri.

            “Tak…”

            “Kalau awak menyesal, masih ada banyak lagi masa. Kita masih muda. Awak masih boleh buat pilihan.”

            Cinta mengetap bibir mendengar kata-kata Daniel. Rasa bersalahnya kian menebal.

            “Saya dah cakap tadi… saya minta maaf. I made a tongue-in-cheek remark when I said that.” Dia memujuk manja.

            Daniel enggan memanjangkan hal tersebut. Akhirnya dia hanya mengulum senyuman dan cuba menyedapkan hatinya sendiri. Mungkin juga dia yang sensitif sangat.

            Cinta terus menutup ingatan tentang perkara tersebut. Saat ini dia sudah benar-benar buntu dan bingung dengan perasaannya sendiri. Hatinya semakin tidak keruan setiap kali memandang dan mengingati Daniel.

            Kalau dulu, Daniel itulah yang dihina dan dicaci makinya setiap kali berjumpa. Tapi sekarang, semakin dia mengenali pemuda itu, semakin dia merasakan lelaki itu polos. Terlalu lurus untuk disakiti.

            Sepanjang mengenali Daniel juga, Daniel selalu sahaja mempercayainya bulat-bulat walaupun kadang-kala alasannya tidak berapa logik. Sayangnya dia terhadap Cinta membuatkan dia tidak nampak benda-benda buruk tentang gadis itu. Cinta cukup sempurna dimatanya.

            Cinta tahu dia perlu kuat melawan hatinya. Dia tidak boleh tunduk kepada mana-mana lelaki pun. Tiada lelaki yang boleh mencairkan hatinya. Cuma lelaki yang akan tunduk dan patuh padanya!

            Dia terus mengeluarkan telefon bimbit. Nombor telefon Razif didail. Dia tidak menunggu lama. Sekejap sahaja panggilannya dijawab.

            “Hello, my love…” Ceria sekali suara Razif dihujung talian.

            “Hai… I miss you so much…” ungkap Cinta dengan suara yang menggoda.

            “I miss you to, sayang. You kat mana ni?”

            “I kat taman dengan kawan-kawan.”

            “Taman? You tak pergi kelab ke? Biasanya you redah je kelab tak kira siang malam,” sindir Razif sinis.

            Cinta mencemik. Wajahnya terus masam. “You perli-perli ni kenapa? I letak phonelah macam ni!”

            “Relaxlah, baby. Just joking.” Razif tertawa pula. “Umm… Cinta, I nak tanya somethinglah. Tapi jangan marah tau, I nak kepastian je.”

            “Anything. Tanyalah…”

            “I pernah nampak a few times you keluar dengan Daniel. And I ada juga dengar some of your classmates cakap you bercinta dengan dia. Is that true?”

            Cinta angkat kening mendengar soalan itu. Dia menerima Razif sebagai teman lelakinya beberapa hari selepas dia meluahkan perasaan kepada Daniel. Sekarang dia ada dua teman lelaki yang betul-betul rasmi; Daniel dan Razif. Yang lain-lain buat stok sparepart.

            Wajarlah kalau Razif bertanya. Sayang aweklah katakan…

            “It is just a rumor. You janganlah cepat sangat percaya. In fact, sebelum kita couple lagi you dah tahu yang I ada ramai kawan lelaki, kan? It’s not my fault kalau ada certain of them sukakan I,” jelasnya bersahaja.

            Razif tersenyum sahaja, walaupun dia tahu kekasih hatinya itu tidak dapat melihat senyumannya.

            “So Daniel tu suka you ke?”

            “Taklah, dia just tolong I tentang hal pelajaran. Dia kan budak pandai, one of the top scores dekat kampus. Oh ya, you tengah buat apa tu?” Cepat-cepat dia mengalih topik, rimas dengan soalan sebegitu.

            “Me? Just drinking a hot steaming cup of joe with a delicious cheese plate. Wanna join me?”

            “Kat mana?”

            “Me and Mrs. Jones. Jomlah, dekat je dengan La Rustica yang kita pergi haritu!”

            Cinta diam sebentar. Berfikir-fikir.

            “Or, do you wanna go somewhere else? Have some beers, perhaps?” Razif bersuara lagi apabila kekasihnya tidak menjawab.

            Cinta menggeleng. Dia tidak lalu mahu minum minuman keras disiang hari.          

“Tak naklah… Me and Mrs. Jones pun sounds great. Kebetulan I pun lepak dekat Lennox Garden je. You tunggu kat sana kejap, okey. I’m on my way,” ujar Cinta manja dan terus mematikan talian.

            Dia terus mengangkat punggung dan melilau mencari rakan-rakannya. Dia nampak mereka sibuk berselfie dengan telefon bimbit masing-masing bersama monopod. Kejap-kejap buat duckface, kejap-kejap herotkan muka, kejap-kejap kembungkan pipi.

            Gedik pulak Cinta tengok. Diorang bajet diorang fotogenik ke tangkap gambar macam tu? Fotogenik ke fotogedik? Cinta mendesis dalam hati.

            Alah, dia sendiri pun apa kurangnya? Menggedik-gedik bercakap dengan Razif.

            “Korang!” Cinta menjerit. Namun mereka bertiga masih leka dengan telefon bimbit masing-masing.

            Cinta mendengus dan terus melangkah ke kereta sambil menaip SMS.

            - Aku nak jumpa Razif. Kalau korang nak pergi bar, cepat aku hantarkan. Aku tunggu lima minit je. Tak datang balik jalan kaki. No compromise!

            Kemudian SMS itu diforwardkan kepada tiga orang rakannya itu. Dan tepat seperti yang dijangka, tak sampai lima minit pun Cinta lihat ketiga-tiga rakannya itu berlari-lari anak dan terus melompat masuk ke dalam kereta.

            “Amboi, lepak dengan second husband pulak ye.” Erma menjolok.

            Namun wajah Cinta bersahaja. Tiada apa pun yang mencuit hatinya.

            “Aku hantar korang pergi C Dine Bar, okey?”

            Erma, Fatin dan Hana bersetuju sahaja dengan gagasan Cinta.

            Dan sepanjang perjalanan, Cinta hanya mendiamkan diri sementara rakan-rakannya bersembang sesama mereka. Celoteh penyampai radio ArtSound juga tidak mampu menghiburkan hatinya.

            Dalam diam Cinta mengeluh. Entah kenapa moodnya seperti tidak menentu hari ini. Dia langsung tidak terasa mahu bergurau. Tadi pun dia menelefon Razif kerana mahu melupakan Daniel untuk sementara.

            Daniel dan Razif. Kedua-duanya memiliki perwatakan dan latarbelakang yang sangat berbeza. Daniel sopan, sangat menjaga batasan pergaulan dan patuh kepada ajaran agama. Tapi anak orang miskin.

            Razif pula anak orang kaya, tetapi kaki clubbing. Seorang yang suka berlagak macho, perasan handsome dan open minded. Sepanjang tinggal di Canberra, mana pernah dia ambil kira mana satu benda halal dan mana satu tidak. Semua diredahnya.

            Cinta bingung. Dia tahu dia perlu fokus. Daniel atau Razif, kedua-duanya tidak penting. Dan dia tidak perlu merasa kasihan kepada sesiapa. Yang dia tahu, dia adalah Cinta Aulia Dato’ Razak, hanya dia yang berhak menentukan bagaimana ‘permainan’ hidupnya berlangsung. Dia adalah pengarah kepada kehidupannya dan kehidupan orang lain!


p/s: Novel Zikir Cinta ni ada kaitan sikit dengan novel Kutemui Cinta. Kalau korang nak tahu apa kaitannya, silalah beli novel Kutemui Cinta dulu, baru baca Zikir Cinta. Haha. Boleh beli Kutemui Cinta kat sini

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

3 comments:

Jessica Latisya said...

apa kaitannya?nk beli!!

Anonymous said...

best!

intan razak said...

kadang2 cinta ni aku rasa mcm nak hempuk, tp kadang2 rasa dia ni baik jugak