Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, July 6, 2014

Zikir Cinta 11

SELEPAS kejadian yang berlaku tempoh hari, Jessica tidak mahu lagi bertegur sapa dengan Daniel. Berkali-kali Daniel mendekatinya untuk memohon maaf tapi Jessica kelihatan seperti sudah berjauh hati dan tidak mahu berkawan dengan Daniel lagi.

            Adrian dan Jason Lee juga sudah tidak mempedulikannya. Kalau dulu dia sering keluar lepak bersama Adrian dan Jason Lee selepas kuliah, kini dia bersendirian. Walaupun tinggal serumah, tiada lagi kemesraan antara mereka. Apabila Adrian dan Jason Lee berborak, Daniel cuba mencelah, namun rakan-rakannya itu tetap tidak mempedulikannya seolah-olah dia tidak wujud.

            Suatu hari semasa kuliah sudah selesai, Daniel melihat dari jauh Jessica yang sedang mengemas barang-barang dan dimasukkan ke dalam beg tangan. Dia cuba untuk mendekati tapi tiba-tiba dia lihat Adrian dan Jason Lee sudah mendapatkan Jessica terlebih dahulu. Mereka bercakap-cakap dan terus pergi.

            Daniel mengeluh. Sampai bila agaknya keadaan ini akan berlarutan. Dia sayang rakan-rakannya dan tidak mahu kehilangan mereka.

            “Hai, Daniel!”

            Daniel tersentak. Cinta memeluk bahunya dari belakang. Selepas beberapa hari berlalu, mood gadis itu lebih baik pada hari ini.

            “Cinta, janganlah macam ni…” Daniel mengalih lembut tangan Cinta, takut Cinta terasa hati.

Walaupun kini sudah lebih sebulan mereka menjadi pasangan kekasih, tapi Daniel masih belum dapat membiasakan diri dengan nilai-nilai kebaratan yang diajarkan Cinta kepadanya. Semua itu tidak melekat di jiwanya.

Cinta tarik muncung sedepa.

“What is wrong with you? I am your girlfriend!”

“Tapi tak manislah. Kan kita orang Melayu, orang Islam,” tutur Daniel lembut.

“Hmm… yalah tu.”

“Okeylah, saya balik dululah.”

“Nanti! Nanti!”

“Yup?”

“Petang ni nak keluar dengan saya tak?”

Daniel mengangguk. “Boleh, pergi mana?”

“Umm… nak ajak pergi Old Bus Depot Market tak bukak pulak. Weekend je. Kita pergi tengok wayanglah, boleh tak? Baru cek kat internet semalam, ada keluar movie baru,” ujar Cinta sambil mengenyit matanya.

Daniel tersenyum dan menurut sahaja. Memang lebih sebulan bersama dengan Cinta, dia lebih banyak menjadi pak turut. Apa pun yang Cinta mahu, semua dia ikut.

“Okey. Kalau macam tu, awak balik mandi dulu. Lepas tu awak datang rumah saya. Kita pergi sama-sama.”

“Alright then, see ya!” Daniel membuat thumbs up dan menghadiahkan sekuntum senyuman sebelum berlalu pergi.
****************

BERPINAR mata bundar Cinta memandang seorang lelaki yang berdiri di tingkat bawah apartmentnya. Lelaki itu melemparkan senyuman sambil tangannya memegang sejambak ros merah dan sekotak coklat.

            Sial! Dia nak apa lagi? Cinta menggerutu dalam hati.

            “Cinta, dah lama I tunggu you kat sini,” kata lelaki itu.

            “Kan I dah cakap jangan ganggu I lagi!” Wajah Cinta bertukar kemerah-merahan.

            “Tapi, kenapa you buat I macam ni? Apa salah I?”

            “Macam mana lagi I nak buat you paham? Dengar sini Mohd Syafiq bin Tan Sri Ramdan, selama ni bukan I yang cari you tau. You yang terhegeh-hegeh kat I!” ujar Cinta selamba.

            Lelaki yang bernama Syafiq itu terkejut mendengar hamburan kata-kata Cinta. Dia yang terhegeh-hegeh? Bukankah sebelum ini Cinta yang memulakan salam perkenalan?

            “Tapi you dah janji. You dah janji nak kahwin dengan I lepas habis study nanti!” balas Syafiq menyinga tiba-tiba.

            “Hei, you dengar sini. I tak teringin pun nak kahwin dengan you. Bukan aja dengan you, tapi dengan mana-mana lelaki pun I tak mahu. You yang kejar I. Dulu sampai sanggup tidur dalam kereta, kononnya sanggup tunggu I sampai bila-bila. I sikit pun tak heran, tau tak? Rasa menyampah lagi ada!” hambur Cinta tanpa sedikit pun mempedulikan perasaan Syafiq.

            Dia akui memang dia yang mendekati Syafiq, siswa Jurusan Seni Bina itu. Tapi dia hanya suka-suka. Sekadar nak test market. Tak sangka pula Syafiq yang melebih-lebih.

            “Sedarlah diri tu sikit. Muka pun macam balang biskut!”

            Syafiq telan air liur. Dia betul-betul rasa terhina dengan kata-kata Cinta.

            “Muka macam rantai basikal tukang kebun aku. Ada hati nak jadi laki aku!”

            Aibnya Syafiq ketika itu. Dia tidak terkata apa-apa. Lidahnya menjadi kelu. Kalau betul pun Cinta tidak mahukannya, tidak perlulah Cinta menghinanya seperti itu. Menghina rupa paras manusia sama seperti menghina ciptaan Allah SWT.

            “Cinta.”

            Cinta berpusing menoleh ke satu suara yang memanggil namanya. Wajah kacak Daniel tersenyum kepadanya. Hah, kalau nak dibandingkan muka Syafiq dengan Daniel, macam langit dengan bawah tanah!

            Memang Syafiq anak orang kaya tapi dia bukannya termasuk dalam kategori orang ada rupa. Sudahlah berkulit hitam, rambutnya pula kasar macam dawai dan berhidung penyet.

            Walaupun Daniel anak orang miskin, rupa parasnya boleh membuatkan sesiapa pun menggilainya. Kulitnya putih kuning, berlesung pipit, rambut yang hitam lurus serta bertubuh tinggi lampai persis model. Itu baru paras rupanya. Belum lihat tingkah lakunya yang berbudi bahasa dan bertutur dengan penuh kelembutan serta penyabar. Cukup sempurna fizikal dan peribadi Daniel dimata Cinta.

            “Cinta, ada apa ni?” Daniel bertanya apabila melihat wajah Cinta yang tegang dan wajah Syafiq yang merah menahan marah.

            “Tak tahulah, sayang. Dia ni tiba-tiba kacau saya. Dia kata saya pernah janji nak kahwin dengan dia. Eeii… tolonglah. Sikit pun saya tak pernah berjanji macam tu,” kata Cinta seraya memaut lengan Daniel. Seperti sengaja ingin menunjuk-nunjuk kepada Syafiq. Nasib baik Daniel memakai baju lengan panjang.

            “Kalau kau percaya cakap dia, jelaslah dia pun dah perbodohkan kau!” kata Syafiq kepada Daniel.

            “Hei, kau tu yang tak sedar diri! Masa tu aku cuma nak berkawan. Yang kau lebih-lebih kenapa?” bidas Cinta berani. Lebih kasar daripada tadi.

            “Err… rasanya ada salah faham dekat sini…” Daniel cuba menenangkan kedua-duanya yang kelihatan semakin tegang.

            “Dahlah Daniel. Jom kita pergi. Lemaslah duduk kat sini!”

            Tanpa memberi peluang kepada Daniel untuk bersuara, Cinta terus menarik tangan Daniel dan pergi dari situ.

            Daniel terkebil-kebil memandang Syafiq sambil kakinya menuruti langkah Cinta menuju ke kereta milik Cinta yang tersadai dipinggir jalan.

            Syafiq mengetap bibir.

            “Kau tengoklah, Cinta. You will pay for this!” tekadnya.

********************


CINTA kelihatan biasa-biasa sahaja mengunyah baki pop corn sambil berjalan keluar dari Hoyts Cinema. Lebih satu jam didalam panggung wayang tadi pun, Cinta kelihatan begitu menghayati filem yang ditayangkan. Siap boleh gelak-gelak lagi. Daniel terasa agak skeptikal. Adakah Cinta sedikit pun tidak merasa apa-apa tentang kejadian tadi?

            Daniel berjalan beriringan didalam mall Westfield Woden itu bersama buah hatinya, namun fikirannya melayang entah ke mana.

            “Daniel.” Cinta menyinggung lengannya.

            “Hmm…”

“Apasal awak diam je dari tadi? Movie tadi tu tak best ke? Tak nak pop corn?” Cinta menyuakan pop corn ditangannya.

Daniel sekadar tersenyum dan menggeleng.

“Kenapa ni? Awak sakit ke?”

“Siapa dia tu sebenarnya, Cinta?”

Cinta terkedu mendengar pertanyaan Daniel.

“Siapa?” Cinta buat-buat tak faham.

“Syafiq.”

“He’s just one of my friends dulu.” Mudah jawapan Cinta.

“I know you better, Cinta.”

Cinta mengerutkan dahi. Dia menghentikan langkahnya dan mula merenung wajah Daniel.

“Oh, jadi awak nak kata yang saya ni…”

“That’s not what I meant.” Segera Daniel memotong. “I mean, I know you before kita declare. Saya selalu nampak awak keluar dengan lelaki yang berlainan hampir setiap hari.”

Cinta mengeluh.

“Itu cerita lama, Danny. Sekarang saya dah berubah. Saya cuma sayangkan awak. You’re not the number one, but you’re the only one.”

“Awak tak rasa bersalah ke menghancurkan perasaan orang semudah tu?”

Cinta terdiam. Ya, dia memang suka bertukar-tukar pasangan dan sering juga meninggalkan pasangannya. Tapi itu tidak bererti dia gembira melakukannya. Dia juga tidak senang dengan perlakuannya tapi dia punya sebab sendiri. Sebab yang tiada siapa tahu dan tiada siapa mengerti.

“Macam mana kalau saya cakap diorang yang terhegeh-hegeh kat saya?”

“Diorang takkan terhegeh-hegeh kalau awak tak mulakan.”

“Enough Danny. Kita datang sini nak have fun, please don’t start a fight!”

Daniel terkesima.  “Okey… sorry.”

Cinta mengetap bibir. Rasa bersalah pula kerana tiba-tiba memarahi Daniel.

“Sorry, saya tak sengaja. So, how about you? Dah get along dengan kawan-kawan awak?”

Daniel lambat-lambat menggeleng.

“Sebenarnya saya pun rasa bersalah sangat. Saya tahu tindakan saya dah melampau. Saya tak patut buat diorang macam tu.”

Cinta tersenyum. “Saya faham, Danny. Tentu susah diorang nak maafkan saya. Yalah, diorang pun tahu saya ada reputasi buruk sebelum ni.”

“Tapi yang buat saya tak faham, kenapa diorang tak nak bagi peluang kat awak untuk berubah?”

“Bagi diorang masa. Suatu hari nanti diorang akan faham,” tutur Cinta lembut. Berlagak ala-ala gadis naif.

Daniel menzahirkan senyuman. Baginya, Cinta memang sudah jauh berubah dari yang dulu. Dia bukan lagi Cinta Aulia yang sering memandang rendah dan menghina orang miskin.

Namun yang tidak diketahuinya, Cinta sebenarnya sedang mentertawakannya dalam hati. Bodoh! Mudahnya Daniel percaya dengan lakonan aku. Dia memang betul-betul sayangkan aku sampai dia langsung tak nak dengar cakap kawan-kawan dia. Aku dah berjaya buat Daniel dan kawan-kawan dia bergaduh. Harap-harap keadaan ni akan berlanjutan! desis hatinya senang.

*******************

“ASSALAMUALAIKUM…” Daniel memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Adrian yang sedang menonton TV bersama Jason Lee menjawab salamnya, tetapi mata masing-masing masih khusyuk mengadap TV, seolah-olah Daniel tidak wujud.

            Daniel melangkah melintasi mereka untuk ke kamarnya, tapi mereka tetap buat-buat tak tahu.

Daniel serba-salah. Kalau sebelum ini setiap kali dia pulang pasti rakan-rakannya itu akan menyerbu ke arahnya dan bertanya makanan apa yang dibawa pulang. Tapi kejadian di tasik tempoh hari telah merenggangkan persahabatan mereka.

“Err… Adrian, Jason.” Daniel cuba menegur.

Tiada sebarang respons.

“Aku tak tahu berapa kali lagi aku perlu minta maaf pada korang, tapi aku nak korang tahu yang aku betul-betul menyesal. Aku tak patut mungkir janji dan berbohong,” kata Daniel walaupun rakan-rakannya itu tidak menoleh kepadanya.

“Aku dah minta maaf dengan Jessica tapi nampaknya dia pun tak nak maafkan aku. Tak apalah, aku faham. Bahagian aku dah lepas, terpulanglah pada korang nak maafkan aku atau tak,” ujar Daniel lagi.

Apabila tiba di muka pintu kamarnya, dia menoleh lagi.

“Korang tahu, kalau seseorang tu tak nak bertegur sapa selama tiga hari, dikira berdosa tau. Korang tak nak tegur aku dah masuk lapan hari, korang fikirlah sendiri.”

Kemudian pintu biliknya terus dikunci dari dalam.

Jason Lee meneguk liur dan dan menoleh kepada Adrian yang kelihatan bersahaja.

“Adrian, janganlah hukum dia lagi. Kesian aku tengok dia. Jomlah kita pergi minta maaf kat dia.”

Adrian hanya menggeleng sambil matanya terus melekat pada kaca TV.

“Belum tiba masanya…” Hanya itu yang keluar dari mulutnya.

 “Eeii… dari Khamis lepas kau cakap belum tiba masanya. Habis tu bila lagi? Dahlah, aku nak pergi minta maaf sekarang!”

Jason Lee ingin bangkit tapi segera belakang bajunya ditarik oleh Adrian. Dia terduduk semula di kerusi.

“Jason, I know what I’m doing. Trust me, okay?”

Jason Lee tak mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya merenung pintu bilik Daniel yang berkunci rapat. Dan dia sendiri bingung apa rancangan Adrian sebenarnya.

Jason Lee serba-salah. Maklumlah, dari kecil banyak berkawan dan duduk dalam komuniti Melayu. Dia pernah mendengar seorang rakannya di zaman sekolah dulu berkata, memutuskan tali silaturrahim merupakan satu dosa besar. Sedikit sebanyak dia terpengaruh juga.

“Kau ni… tak baik buat Daniel macam tu. Nanti Tuhan kau tak bagi masuk syurga. Kau nak masuk neraka? Pahala dah banyak sangat ke?” soal Jason Lee agak geram.

Namun Adrian hanya bersahaja mendengar Jason Lee yang berceramah macam mengalahkan orang Islam. Akhirnya dia hanya buat muka beruang panda.

Jason Lee merengus. Dia terus mengambil jaketnya dan keluar dari rumah. Keluar lepak dengan kawan-kawan lagi bagus. Duduk rumah pun nak gaduh sesama sendiri! dengusnya dalam hati.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

9 comments:

Jessica Latisya said...

sumpah aku benci dgn heroin cerita ni.arghhhh!!!!!!

Yuri Kiko said...

bila nak kantoi ni?kesian danny.aku x suka heroin

intan razak said...

si danny tu pun lurus sgt.geram lak aku.

Unknown said...

huhuhu.. tgh2 emosi geram kat Cinta... tergelak pulak baca part Adrian buat muka beruang panda tu... hahaha...lawak ar...
Btw, sape nama pelakon yg diilhamkan jadi Adrian tu ek, E-la?

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - haha.. terima kasih, ct. pelakon tu pelakon thai. nama dia nadech kugimiya. :) encem kan3? haha

zahra said...

hai kak e-la adiey. love your story so much. and one of the reason saya suka blog akak sbb muka2 pelakon yg akak ilhamkan tak terlalu melampau.hehe...maksud saya,muka tak macam mat saleh or korea gila2 macam penulis-penulis lain. still bukan pelakon malaysia, tp ada iras muka2 melayu yg dpt saya terima.so dptla saya baca sambil imagine muka pelakonnya. x mcm blog penulis lain,diorg letak muka mat saleh and korea, rasa canggung gila. mcm mana nak bygkan mat saleh dgn korea tu ckp melayu? haha...tp muka2 pelakon dlm blog akak dpt saya imagine dgn baik sekali.huhu... all the best akak. saya suka semua novel akak. dah kumpul sejak kutemui cinta lagi :)

E-la Adiey said...

zahra - wow, panjangnya. haha.. terima kasih, zahra. sama dgn nama heroin novel amar farish ;p tunggu kemunculan AKT II dan Zikir Cinta yek? :D

Unknown said...

E-la : wow... Handsome... sangat3... hahaha, selama ni knl MM je as pelakon hot Thai.

Zahra : hahaha, meh datang U saya, ada beberapa kenalan saya yg Korea&American yg fasih berbahasa Melayu...^^
Lebih kurang macam org Cina cakap Melayu je rasanya bila Korea spikang Melayu. Hihihi..

E-la Adiey said...

Ct roxalynna - heehee... Kan? Ceh...bulan puasa pun nak gatai2 :p pelakon ni kawan MM la.bleh cek klu x caye :p alang2 dekat U ct ramai pandai ckp cina,bleh ela derma cd cina nih.membazir je beli.haha