Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, July 9, 2014

Zikir Cinta 12

“LOCATION?” Adrian bertanya kepada seseorang di corong telefon.

            “Challis Street, Dickson!” Pantas Adrian mencatat alamat yang dinyatakan.

            “Okay, thanks a lot. I’ll call you back,” respons Adrian. Kemudian talian terus dimatikan.

            Adrian tersenyum membaca alamat yang tertera itu. Masuk hari ini, sudah hari kelapan dia bersabar.

            Haih… Cinta… Cinta… jauh pulak kau pergi kali ni. Keluar bandar ye? Takut kantoi ke? Kau tahulah nasib kau. Semuanya akan berakhir hari ni! detik hatinya.

            “What’s up?” tegur Jason Lee yang baru keluar dari biliknya.

            “Ikut aku. Kau akan tahu,” balas Adrian dan menuju ke bilik Daniel.

            “Danny! Danny!” Adrian mengetuk pintu bilik Daniel.

            Beberapa saat kemudian, pintu dibuka dari dalam. Daniel kelihatan kaget.

            “Aku tak ada masa nak explain sekarang. Bersiap, aku nak ajak kau keluar lepak.” Kata-kata Adrian lebih kepada berbentuk arahan.

            Daniel terpinga-pinga.

            “Tapi aku tengah buat assignment ni,” ujarnya sambil menggaru-garu kepala. Sememangnya menuntut di ANU takkan dapat lari daripada assignment. Disini mereka bertiga lebih suka menyebut ANU sebagai Assignment National University!

            Adrian menjungkitkan kening. “Tinggallah kejap!”

            “Kau… dah tak marah aku lagi ke?”

            Adrian tersenyum mendengar pertanyaan Daniel.

            “Aku akan lupakan kemarahan aku kalau kau ikut aku sekarang,” balas Adrian dan terus berlalu dari situ.

            Kening Daniel bertaut. Pelik pulak perangai Adrian hari ini. Dia mengerling jam yang menunjukkan pukul 7.20 malam.

            Selepas bersiap-siap, mereka menaiki kereta Adrian dan menjemput Jessica pula. Adrian memandu dengan tekun. Masing-masing tidak bersuara sampailah Toyota Harrier itu berhenti dihadapan Trinity Bar.

            “Kau tebiat ke ajak aku pergi bar? Kau tahukan aku tak jejak kaki kat tempat-tempat macam ni,” ujar Daniel mengerutkan dahi. Jason Lee disebelahnya juga tampak kebingungan.

            Adrian dan Jessica tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

            “Aku gak bisa masuk, aku tunggu disini aja ya?” Adrian mengangguk sahaja mendengar permintaan Jessica.

            “Danny, Jason, jom ikut aku!” arah Adrian.

            “Taknaklah!” ujar Daniel.

            “Kau nak jumpa Cinta tak?”

            Daniel sedikit kaget. “Cinta? Cinta ada kat sini ke?”

            Adrian mengangguk.

Daniel mengetap gigi gerahamnya. Petang tadi dia ada menghubungi Cinta dan Cinta mengatakan dia ingin berehat sahaja dirumah malam ini. Tanpa berkata apa-apa, dia terus keluar dari kereta.

“Mana kau tahu Cinta ada kat sini?” soal Jason Lee yang turut keluar.

Adrian angkat bahu. “Jom!”

Wajah Daniel kelihatan serius sekali. Dia tahu Cinta bebas dan sosial orangnya, tetapi dia tidak pula sampai terfikir Cinta akan pergi ke tempat-tempat seperti ini. Kerana merasa sangat ingin tahu, dia menguatkan diri dan mengekori langkah Adrian ke bar yang dicat warna oren itu.

Daniel menggenggam tangannya sekuat-kuat hati. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke bar. Dan dia sangat takut mendengar bunyi muzik yang terlalu bingit. Orang ramai tidak kira bangsa sedang asyik menari terkinja-kinja di ruang tarian seperti orang tidak waras.

Dia lihat ada beberapa orang DJ yang memakai headphones asyik memainkan lagu-lagu rancak sambil tangan mereka mengendalikan sound system, DJ mixer, DJ console dan beberapa lagi peralatan muzik moden.

“Cinta mana?” Jason Lee terpaksa meninggikan suaranya sedikit kerana bunyi muzik terlalu kuat. Dia kelihatan biasa-biasa sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa ke bar atau kelab malam bersama rakan-rakannya yang berbangsa Cina.

“Kita cari dulu!” ujar Adrian turut meninggikan suara.

Daniel mengerutkan dahi sambil menutup telinga. Dia tidak dapat menerima bunyi bising di bar itu. Kalau orang yang sudah biasa, mungkin mereka menganggap muzik sebegitu adalah satu keseronokan. Tetapi bagi dia, ia hanyalah bunyi bising yang membuatkan telinganya berdengung.

Daniel melangkah perlahan-lahan ke kaunter minuman sambil tangan menekup telinga. Matanya pula melilau melihat keadaan sekeliling sambil berdoa dalam hati agar dia menemui Cinta sekiranya benar kekasihnya itu ada disini.

Dan beberapa minit kemudian, matanya tertancap pada Cinta yang duduk disofa betul-betul disebelah kaunter minuman. Dan Cinta ketika itu sedang mesra dipeluk oleh Razif. Cinta melentok manja disebelah Razif yang selamba meneguk Scotch sambil berbual-bual dengan beberapa orang rakan berbangsa Inggeris.

Daniel terkaku. Terasa jantungnya seakan berhenti berdegup. Perlahan-lahan dia menurunkan tangan yang dari tadi menekup telinga. Bunyi bising itu tidak lagi menganggu telinganya. Terasa putaran masa seluruh alam saat ini sedang berhenti. Yang ada didepan matanya hanyalah Cinta yang sedang bermesraan dengan lelaki lain.

Adrian yang sekadar menjadi pemerhati dibelakang Daniel hanya memandang tanpa reaksi. Marah tidak, gembira pun tidak. Jason Lee sendiri agak terkejut. Dia menoleh memandang Adrian disebelahnya seakan meminta penjelasan.

Daniel hanya berdiri disitu. Sedikit pun matanya tidak lepas dari memandang Cinta yang belum menyedari kehadirannya disitu.

Saat Razif mengalihkan pandangannya ke arah kaunter minuman, dia nampak Daniel, Adrian dan Jason Lee berdiri disitu, memandang dia dan Cinta tanpa berkelip. Dia agak pelik dan terus mencuit Cinta disebelahnya.

“Baby, apasal diorang tengok kita? And by the way, Daniel memang selalu pergi bar ke apa?” soalnya. Yalah, dia sendiri merasa pelik kerana berjumpa dengan Daniel ditempat seperti ini. Bukankah Daniel seorang yang sopan dan agak Islamik orangnya?

Cinta yang mendengar kata-kata Razif terus memandang ke tempat yang ditunjuk oleh Razif.

“Daniel?!” Buntang matanya memandang kekasih keduanya yang berdiri disitu bersama dua orang sahabat baiknya.

Wajahnya sudah benar-benar pucat saat ini. Dia mulai tidak tentu arah. Sangkanya Daniel duduk dirumah mengulangkaji pelajaran.

Daniel tidak mampu untuk bersuara. Matanya sudah berpinar-pinar kerana tidak percaya dengan apa yang disaksikannya. Ringan sahaja kakinya membawa dirinya keluar dari bar tersebut. Dia sudah tidak sanggup berlama-lama disitu.

Cinta memandang wajah Adrian dan Jason Lee yang bersahaja. Kemudian kedua-duanya turut melangkah pergi.

Cinta ternganga. Spontan dia bangun meninggalkan Razif dan terus mengejar Daniel. Ketika Daniel hampir sampai ke kereta, Cinta terus menarik lengannya.

“Danny, kenapa awak ada kat sini?”

Daniel diam. Tanpa memandang Cinta, dia menarik lengannya dari pegangan gadis itu. Cinta cepat-cepat berdiri dihadapan Daniel demi menghalang lelaki itu pergi.

“Kau nak apa lagi Cinta? Daniel dah tahu semuanya. Kau ingat dia tunggul ke apa? Dia duduk rumah study siang malam, kau pergi clubbing. Wow, I am so impressed!” sindir Adrian dengan riak bersahaja.

Mata bundar Cinta melotot memanah anak mata Adrian. “You tak payah sibuk. Ni hal antara I dengan Daniel!”

Adrian tergelak sinis seraya mengangkat kedua-dua belah tangannya gaya seorang pesalah.

“Okay, I rest my case. Jason, chow!” Dia menyinggung lengan Jason Lee.

Kedua-duanya terus melangkah masuk ke dalam kereta membiarkan Daniel dan Cinta berbincang berdua. Tetapi dia yakin, tiada lagi peluang kedua untuk Cinta selepas ini. Tiga tahun mengenali Daniel, sahabatnya itu memang seorang yang lemah-lembut tetapi apabila sudah terluka, hatinya lebih keras dari batu.

“Danny, semua ni bukan macam yang awak fikir. Razif cuma kawan saya. Kitorang just have some fun, buat party. Open bottle je. That’s all!”

Tersentak Daniel mendengarnya. Dia beristighfar didalam hati. Tidak sedarkah Cinta apa yang dilakukannya saat ini? Dia pergi ke tempat maksiat, bersentuhan dan berpelukan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Itu baru yang dia nampak, entah-entah banyak lagi yang Cinta sudah lakukan bersama lelaki lain semasa sedang bersama dengannya!

Daniel memandang wajah Cinta dengan pandangan yang cukup tenang. Dia tidak mahu marah-marah atau mengamuk. Itu bukan dirinya. Bukan seorang Daniel.

“Saya dah silap tentang awak. Betul cakap Adrian. Awak memang tak pernah dan takkan berubah,” ungkapnya perlahan.

Cinta terkesima.

“Mungkin saya bijak dalam pelajaran tapi bodoh dalam bab cinta. Mata saya buta, telinga saya tuli, mulut saya bisu bila bersama awak. Semuanya kerana terlalu sayangkan awak,” kata Daniel lagi. Kalau boleh dia mahu meluahkan segala perasaannya saat ini kerana selepas ini dia tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan gadis itu.

Daniel tersenyum. Dia tergelak halus.

“Saya sepatutnya sedar siapa diri saya. Masakan Cinta Aulia nak berpacaran dengan lelaki miskin hina macam saya. Awak tak salah pun, Cinta. Tak salah apa-apa pun. Saya yang salah kerana memberi hati saya seratus peratus pada awak.”

Bergenang mutiara jernih di tubir mata Cinta mendengar kata-kata Daniel.

“Saya doakan awak bahagia. Maaf mengganggu korang. Saya takkan kacau awak lagi. Assalamualaikum, Cinta…”

Daniel menunduk dan melangkah pergi dengan hati yang cukup terluka. Hatinya benar-benar telah tersayat oleh perbuatan Cinta.

Cinta kaku. Dia hanya mampu memandang kereta Adrian yang membawa Daniel pergi dengan air mata yang bertakung sedari tadi. Dia tidak percaya Daniel telah meninggalkannya. Dan saat itu, hatinya benar-benar terasa sedih dan sakit. Dan dia tidak tahu kenapa dia merasa seperti itu.

Bukankah dia Cinta Aulia? Seorang gadis yang jelita, kaya dan menjadi buruan para lelaki? Kenapa dia harus menangis hanya kerana ditinggalkan oleh seorang lelaki yang tidak punya apa-apa?

Saat setitik air matanya ingin menitis, dia terasa lengannya direntap dengan kuat.

“Cinta, you couple dengan dia jugak ke?” soal Razif menyinga. Dia sudah mendengar perbualan Daniel dan Cinta dari jauh. Dan dia sendiri mendengar Cinta menafikan dirinya sebagai teman lelaki dihadapan Daniel.

Cinta diam, tidak sempat memikirkan kata-kata yang sesuai untuk membalas. Maklumlah, ini kali pertama dia diserang dua lelaki sekaligus.

“Just go to hell!” seranah Razif dan terus meninggalkan Cinta begitu sahaja.

Cinta terkebil-kebil. Tetapi dia tidak kisah tentang Razif. Persetan dengan lelaki itu. Sekarang dia hanya memikirkan tentang Daniel. Wajahnya diraupkan beberapa kali.
****************

“APA tujuan korang buat semua ni?” Suara Daniel memecahkan kesunyian.

Adrian yang tekun memandu sempat menjeling sebentar ke arah Daniel yang duduk dibelakang bersama Jason. Sejak tadi mereka semua langsung tidak bersuara. Tiada siapa yang berani untuk memulakan.

“Bukan apa yang kitorang buat, tapi apa yang kekasih kau dah buat.” Adrian membalas dengan wajah yang serius.

“Aku sama Adrian sebenarnya udah lama tahu soal ini, tapi kami nggak mau kasi tau kamu sampai kami dapat buktinya. Aku takut kamu menuduh aku dan Adrian mengada-ada cerita. Karena aku dan Adrian tahu kamu sangat sayang sama Cinta. Karena itu, kami sengaja nggak mahu menegur kamu untuk beberapa hari ini. Bukan karena marah tentang kejadian tempoh hari, tapi karena kami sedang menyiasat dan mengumpul bukti,” jelas Jessica.

Dia tidak tahu apa yang terjadi didalam bar tadi, tetapi melihat Cinta yang mengejar Daniel, dia dapat mengagak tembelang Cinta sudah bocor. Ini semua adalah pakatannya bersama Adrian. Jason Lee tidak tahu-menahu tentang hal ini.

“Dulu kau pernah tanya kitorang, kenapa kitorang tak pernah beri peluang untuk Cinta, kan?” tokok Adrian pula.

“Dari mula-mula kau couple dengan dia lagi, aku dah perhatikan dia. Aku upah seorang student untuk intip dia. Dan student tu pun setuju sebab dia perlu duit. Tapi semua tu berbaloi daripada aku biarkan kawan baik aku sendiri ditipu hidup-hidup oleh perempuan macam dia. Dan student yang aku upah tu beritahu aku Cinta selalu dating dengan lelaki yang berbeza. Tapi selain kau, dia banyak juga keluar dengan Razif. Sebab tu aku ajak kau keluar. Untuk buktikan sendiri pada kau, yang perempuan bernama Cinta Aulia tak pernah berubah!” sambungnya tegas.

Terketar-ketar bibir Daniel mendengar kata-kata Adrian. Dia seperti ingin mengungkapkan sesuatu, tapi tidak terkeluar dari mulutnya. Dia mungkin masih boleh menerimanya jika Cinta hanya keluar bersama Razif kerana dia sendiri tahu Cinta mempunyai ramai kawan lelaki.

Tetapi apabila dia menemui Cinta dalam keadaan terlentok manja didalam dakapan lelaki lain, jelaslah bahawa selama ini dia sudah terjerat dalam permainan Cinta. Cinta sudah menipunya sama seperti teman-teman lelakinya sebelum ini. Dia dijadikan sama seperti lelaki-lelaki lain yang pernah menjadi mangsa kepada cinta palsunya.

“Tolong berhentikan kereta sekarang,” arah Daniel.

Adrian mengerutkan kening dan menjeling Jessica yang turut memandangnya pelik.

“Kenapa nak berhenti tengah-tengah jalan ni?” soal Adrian.

“Berhenti jelah...”

Adrian mengikut seperti yang diarahkan. Kereta yang dipandu melewati Northbourne Avenue itu berhenti dibahu jalan.

“Weh, kau nak pergi mana ni?” Jason Lee menyoal apabila melihat Daniel sudah membuka pintu kereta.

Wajah Daniel tenang sahaja. Dia sempat menghadiahkan sekuntum senyuman kepada sahabat-sahabat yang senantiasa berada disisinya itu.

“Aku perlu tenangkan diri. Tak perlulah risau tentang aku. Nanti aku balik sendiri.”

Masing-masing tidak mampu bersuara dan hanya melihat Daniel yang terus berjalan pergi dari situ sambil memeluk tubuh meredah jalan raya yang sunyi.

“Kasihan dia...” Nada suara Jessica bertukar sayu seperti ingin menangis.

Adrian menghela nafasnya. Enjin kereta terus dihidupkan dengan rasa berat hati. Selama mengenali Daniel, dia tidak pernah melihat Daniel begitu kecewa sehingga mahu menyendiri seperti ini.

Doanya semoga Daniel selamat dan tabah. Dia menyayangi Daniel seperti saudara kandungnya sendiri dan kerana itu dia tidak mahu melihat Daniel ditipu oleh perempuan seperti itu.


Oh I don't care what anyone says
No matter who curse at me, I'll only look at you
If I am born again, it will still be only you
Even as time goes by

Oh when I tell you I love you thousands of time
Even if my heart is on fire and as my lips dry
If I am born again, it will still be only you
Even as time flies...

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

10 comments:

Unknown said...

Ouhhh... Sedih... Kesian Daniel..:'(
Quote yg last tu daebak... *thumbs up 4 e-la ^^

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - thank you so much, ct.komeng2 ct n pembaca lain adalah pembakar semangat utk ela terus menulis.haha.tunggu next chapter okeng ^^

Yuri Kiko said...

touching gila bab ni.aku pulak yg t'sntuh bila tgk danny sedih

Unknown said...

sedih pulak bab ni sian danny.

Eddayu said...

Akhirnye terbongkar juga tembelang Cinta.. Yezzzsss sukernye..
padan muka Cinta jgn lps nie nk pujuk rayu Danny plak..

Cian plak kat Danny, Uwaaaa :'(
hrp2 pasni jgn termakan dek pujuk rayu Cinta sudah..

hehehe.. next n3 plak.. suke dgn sikap setiakawan Adrian, Jessica & Jason.. sayang uollss ketat2 ;) also sayang juga kat cik writer ;)

E-la Adiey said...

Yuri kiko & baby mio - ahax...terima kasih korang. Tunggu next chapter okeng.ngeee

Kak eddayu - haha..terima kasih.akak salah seorg pembaca setia blog saya.rasa nak peluk ketat2.hahah..ingatkan syg adrian,jessica dgn jason je :p

Unknown said...

Yahuuuuh.. Dah nk smpai kemuncak k kisah nie... Ap² pom... Bessssttttt...♥♥♥♥♥

E-la Adiey said...

Fakru Yoe - haha.. terima kasih manyak2 :) kemuncak? errr... tak, ini baru beginning. Cerita jauh lagi

sehijau warna daun said...

touching woo..slalu baca pasal playboy jek.first time bce psl playgirl

intan razak said...

aku suka giler dgn watak adrian.dia cool giler!!