Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Thursday, July 24, 2014

Zikir Cinta 17

DANIEL tidak pernah terfikir jarak masa tempoh pengajiannya di Australian National University berakhir jua. Pejam celik pejam celik, dia kini sedang menghadapi peperiksaan akhir dan selepas ini, bermulalah kehidupan barunya sebagai lelaki dewasa. Sedikit masa lagi, kalau ada jodoh, boleh pula bergelar ketua keluarga.

            Ketua keluarga? Harta pun tak ada, dah berangan nak kahwin! Daniel mengejek diri sendiri dalam hati. Tapi segera dia menumpukan perhatian kepada kertas soalan peperiksaan akhir itu, kertas terakhir sebelum statusnya sebagai penuntut Australian National University berakhir.

            Alhamdulillah, penyakit asmanya sudah sembuh beberapa hari sebelum peperiksaan akhir. Terima kasih kepada Adrian dan Jason Lee yang sentiasa menjaganya dan memastikan dia mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan.

            Selepas ini mereka semua akan membawa hala tuju masing-masing. Dia akan pulang ke Malaysia dan meneruskan hidup bersama ibu tercintanya. Memang itu yang diharapkannya selama ini. Dia berharap masa akan berlalu dengan pantas supaya dia tidak perlu untuk bertemu dengan Cinta lagi.

            Kalau tidak bertemu dengan Cinta, pasti dia juga tidak akan bertemu dengan Adrian dan Jason Lee lagi. Adrian akan pulang ke New Zealand dan Jason Lee akan membantu perniagaan ayahnya. Lalu apa yang akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka?

            Kata Adrian, Daniel tidak perlu risau kerana tidak lama lagi dia juga akan ke Malaysia kerana bapanya turut mempunyai cawangan syarikat di sana. Dia akan memujuk ayahnya agar membenarkan dia bekerja di Malaysia.

            Daniel membelek-belek kertas peperiksaan akhir soalan matematik itu. Jam besar di dinding menunjukkan masa menjawab tinggal lagi kurang setengah jam. Daniel meletakkan pen dan menterbalikkan kertas jawapan tanda dia sudah berpuas hati dengan jawapannya. Kalau diikutkan sejak lima belas minit tadi dia sudah boleh keluar dari dewan peperiksaan itu, tapi dia lebih suka duduk didalam dewan itu sambil melihat penuntut-penuntut lain menjawab soalan di saat-saat akhir.

            Dia menoleh ke kanan. Tersenyum dia melihat Steve sedang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menjeling sedikit melihat kertas jawapan Steve. Kosong! Masih bersih tidak bertulis apa-apa.

            Daniel pandang ke kiri pula. Dia lihat Andrew menjawab dengan penuh yakin. Kertas jawapannya sudah penuh dengan jalan pengiraan. Kalau salah pun tak apa, janji tak tinggal kosong!

            Daniel memandang kehadapan. Adrian duduk selang sebaris daripadanya. Dia lihat Adrian sudah selesai menjawab.

            Dia menoleh pula melihat Jason Lee yang duduk disebelah kanan Steve. Jason Lee menoleh ke arahnya sambil mengenyit mata. Daniel tersenyum. Itu tandanya Jason Lee berjaya menjawab dengan cemerlang. Cuma masa yang akan menentukan sama ada mereka lulus ataupun tidak.

Kalau gagal, terpaksalah mengulang semula semester hadapan. Tapi para pensyarah sudah meramalkan Daniel sekali lagi akan menjadi salah seorang pelajar terbaik universiti. Dan Daniel tahu, dia harus mengekalkan rekod terbaiknya selama tiga tahun berturut-turut.

Dia berpaling memandang Jessica yang duduk selang beberapa kerusi dibelakangnya. Gadis itu dari tadi sudah selesai menjawab dan sedang enak tidur dengan meletakkan kepalanya di atas meja.

Daniel menggeleng-geleng dan tersenyum. Nama saja anak dara tapi tak senonoh! gumamnya sendiri. Mana tidaknya, Jessica tak malu langsung tidur dengan mulut terbuka dan dikelilingi orang ramai yang masih stress menjawab soalan peperiksaan. Nasib baik tak berdengkur!

Pandangannya beralih kepada Cinta yang duduk dihadapan dan hujung sekali. Cinta masih sedang tekun mengadap kertas soalannya. Daniel mengeluh. Dia tahu dia harus belajar melupakan gadis itu. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Cinta sudah curang dan mempermainkan dirinya, namun dia masih mencintai gadis itu. Hatinya sudah sering disakiti sejak sebelum dia bercinta dengan gadis itu lagi, tapi entah kenapa perasaan cinta itu tidak pernah sedikitpun berubah.

Aku tak layak mencintai dia. Dia cantik dan anak orang kaya. Sedarlah Daniel. Cerminlah diri kau tu sikit! bisik hatinya sendiri.

Tidak lama lagi dia akan pulang ke Malaysia. Kalau boleh dia tidak mahu lagi bertemu dengan Cinta. Bertembung pun dia tidak mahu.

“Time’s up! Put your pens down and stop writing.”

Daniel menarik nafas lega. Akhirnya masa yang dinanti-nanti telahpun tiba. Terdengar suara rungutan Steve. Daniel menoleh. Steve kelam-kabut menulis jawapan di kertas jawapannya.

Selepas pengawas peperiksaan datang memungut kertas jawapannya, Daniel tidak menunggu lama dan terus mengemas barang-barangnya untuk keluar dari dewan peperiksaan itu.

Belum sempat dia melangkah keluar, tiba-tiba dia terasa tangannya ditarik hingga tubuhnya terdorong ke belakang.

“Hei, kau nak pergi mana laju sangat?”

Daniel tersengih memandang Adrian, Jason Lee dan Jessica yang berdiri di belakangnya. Tiga orang sahabat yang senantiasa memberi sokongan dan menjadi dahan untuknya berpaut tidak kira semasa senang mahupun susah.

“Amacam exam tadi? Boleh buat?” tanya Daniel.

“Macam biasa, tapi kau tetap yang terbaik!” puji Adrian sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Daniel tersengih.

“Jom pergi makan. Aku tak breakfast pun pagi tadi.”

Ajakan Daniel dipersetujui oleh teman-temannya. Mereka berempat keluar makan di Flavours of India di Civic.

            “So apa plan kita lepas ni?” tanya Jason Lee sambil mengunyah Hariyali Kebab.

            “Kita kan dah plan nak pergi Gold Coast. Tapi kali ni aku tak nak pergi bertiga je. Jessica mesti ikut sekali!” kata Adrian tegas.

            Jessica membulatkan matanya.

            “Nggak maulah. Aku nggak mau mengganggu acara kalian. Semester-semester yang lalu kan kalian pergi bertiga. Jadi semester ini juga harus bertiga!”

            “Jess, awak ikutlah sekali. Tentu seronok kalau awak ada.” Adrian masih mengajak. Dan dia tidak mahu Jessica menolak.

            “Aku nggak punya teman. Masa cuma aku seorang cewek!”

            “Ajaklah kawan awak.”

            “Melancong itu butuh biaya, Adrian. Aku nggak punya wang!”

            “Kalau macam tu, perbelanjaan awak dan kawan awak saya yang tanggung!”

            Jessica mengerutkan kening mendengar cadangan yang dirasakannya tak masuk akal itu.

            Daniel dan Jason Lee turut terkejut. Adrian begitu berharap Jessica akan ikut serta hingga sanggup membiayai semua kos perbelanjaan Jessica sepanjang melancong. Kenapa pula tiba-tiba baik mengalahkan sultan?

            “Ehem… ehem… belanja adik Jessica je ke? Abang Jason bila pulak gilirannya?” perli Jason Lee sambil berpura-pura berdehem.

            Jessica tersenyum malu. Wajah Adrian berubah sedikit merah.

            “Banyak cantik muka kau. Kau tu anak orang kaya. Buat apa nak belanja kau lagi?” tempelak Adrian.

            “Semester ni aku nak buat amal sikit so aku rasa aku nak sponsor Jessica dengan Daniel!”

            Daniel terkedu. Terkelip-kelip tidak mengerti.

            “Sorry, kalau kau nak sponsor, aku tak nak ikut,” ujarnya.

            Adrian buat muka tak puas hati.

            “Danny, tak bolehlah macam tu. Inikan aktiviti wajib kita.”

            “Habis tu kalau aktiviti wajib, jadi wajibkan aku untuk bayar sendiri kos perbelanjaan aku. Macam semester-semester lepas,” tegas Daniel.

            “Aku juga nggak mau disponsor!” sampuk Jessica.

            “Guys, kenapa ni? Aku nak sponsor pun salah ke? Danny, setujulah. Kalau tak Jessica tak nak ikut,” pujuk Adrian.

            Daniel angkat kening. Apahalnya pulak mamat sekor ni? Gatal bebenor nak suruh Jessica ikut sekali!

            “Okey… okey…” Jessica meleraikan, enggan keadaan itu berlarutan. “Aku akan ikut. Aku akan ikut kalian tapi dengan syarat, biar aku membayar sendiri kos perbelanjaan aku.”

            Adrian tersenyum melebar sampai nampak gigi bongsu.

            “Okey, tapi kalau ada masalah dari segi perbelanjaan ke, beritahu saya terus tau. Jangan malu-malu.”
            “Siap bos!” Jessica mengangkat tangan gaya tabik seorang askar.

            Daniel dan Jason Lee saling berbalas pandangan dan sama-sama tersenyum. Hurm… Adrian… Adrian… orang buta pun tahulah…

***********************************************

CINTA meneguk vodka yang dipegangnya. Dia cuma duduk di kaunter minuman sambil melihat pemuda-pemudi pelbagai bangsa sedang menari terkinja-kinja di ruang tarian. Tangannya membelai gelas vodka tersebut. Fikirannya kini sudah berserabut. Mana tidaknya, minum sampai sembilan gelas.

            Dia lihat rakan-rakannya sedang menari terhuyung-hayang sambil berpeluk dengan beberapa orang lelaki berbangsa Inggeris dan Negro. Kata mereka hari ini mereka ingin berseronok sepuas-puasnya memandangkan kini mereka bukan lagi berstatus pelajar.

            Cinta tidak peduli. Lantaklah rakan-rakannya mahu buat apa sekalipun. Yang penting saat ini dia mahu bersendirian.

            Ramai juga bekas-bekas pelajar Australian National University yang datang ke Shooters Pub and Nightclub pada malam ini bagi meraikan ‘hari kebebasan’ mereka. Lelaki perempuan tidak kira bangsa dan agama bergaul bebas berpelukan dan bercumbuan sambil menari mengikut rentak muzik yang rancak.

            Masing-masing sudah tidak dapat berfikiran dengan waras kerana telah dipengaruhi dengan sirap alkohol. Cinta tahu sekarang dia sedang mabuk, tapi dia masih boleh berfikir.

            Takkanlah dia mahu menari sambil membiarkan lelaki berbangsa asing yang tidak dikenalinya menyentuh dan memeluk tubuhnya. Dia masih sayangkan diri sendiri dan mahu menjaga kehormatan keluarganya. Seteruk-teruk dia pun, dia cuma minum minuman keras dan memeluk bekas-bekas teman lelakinya. Tidaklah sampai berzina.

            “Cinta, dalam surah An-Nur ada menyebut: ‘Hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke paras dada dan jangan memperlihatkan perhiasannya.’ Jadi kalau boleh lepas ni awak janganlah pakai singlet atau baju ketat-ketat. Kita orang Islam, tak elok berpakaian macam ni. Boleh menarik nafsu syahwat lelaki. Lepas ni tukar kepada pakaian yang lebih longgar, okey?”

            Pesanan Daniel tentang aurat wanita tempoh hari masih diingatinya sampai sekarang. Daniel, lelaki yang cuba berlagak alim. Yang ingin merubah hidup orang lain mengikut kehendaknya. Cinta menggeleng. Tidak! Aku akan hidup dengan cara aku sendiri. Dunia kita berbeza. Ustaz tu tak layak untuk aku!

            “Hai, seronok jiwang sorang-sorang?” Kenangan ketika di Lake Ginninderra kembali terlayar di ruang ingatannya.

            Daniel cuma tersenyum sambil memetik gitar. Dia asyik menyanyikan lagu kegemarannya. Cinta angkat kening. Dia duduk menyertai Daniel yang bersila di atas rumput sambil menghadap tasik buatan manusia itu.

            “Pinjam gitar siapa ni?” Cinta bertanya.

            “Jason punya. Saya tak pinjam, saya main rembat je,” jawab Daniel dan menyambung semula lagu kegemarannya.

            “Awak nyanyi lagu apa ni?” tanya Cinta lagi.

            “Ketika Cinta Bertasbih. Melly Goeslaw dan Amee.”

            “Indonesia?”

            Daniel mengangguk. Cinta mencebik.

            “Hmm… buat apalah awak layan lagu tak berfaedah tu!”

            “Cinta, awak tak dengar lagu ni. Kalau awak dengar dan hayati, lagu ni best dan ada mesej,” tingkah Daniel.

            “Nyanyilah lagu lain. Boringlah awak ni!” cebik Cinta menarik muncung sedepa.

            Daniel tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “Yalah… awak nak lagu apa?”

            “Nyanyilah lagu Miley Cyrus, Wrecking Ball!”

            Daniel terkedu.

            “Mintalah lagu yang elok-elok sikit. Lagu  yang ada moral dan mesej.”

            Cinta menjeling dan mendengus tak puas hati.

            “Huh, apa-apalah. Nyanyi jelah lagu favourite awak tu.”

            “Betul ni?”

            “Nyanyi jelah.”

            Daniel tersenyum lagi. Jaringnya mula memetik gitar dan mendendangkan lagu kegemarannya.

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

            “Amacam, sedap tak?” tanya Daniel seusai lagu itu habis.

            “Hmm… bolehlah…” Cinta acuh tak acuh.

            “Awak tahu, saya dan Jessica berkongsi kegemaran yang sama. Kami minat makanan yang sama, hobi yang sama, cita-cita yang sama dan lagu yang sama. Jessica pun suka lagu ni!” cerita Daniel dengan suara yang sungguh ceria.

            Berderau darah Cinta naik ke muka. Jessica! Jessica! Jessica! Dalam waktu mereka berdua-duaan pun nama minah Indonesia itu terselit sama!

            “Mungkin sebab tu kitorang serasi dan saling memahami. Pendek kata, kitorang satu kepala,” kata Daniel lagi.

            Cinta mengetap bibir. Segelas lagi vodka yang terhidang dihadapannya terus diteguk. Memang dia amat merindui kenangan itu, tapi dia cukup benci setiap kali Daniel menyebut nama Jessica.

            “Dasar balak tak guna! Aku ni awek dia, apasal dia duk puji lebih-lebih minah Indon tu?” bebelnya seorang diri. Dia sendiri dalam keadaan sedar tak sedar saat ini kerana sedang mabuk.

            Daniel. Hatinya sakit setiap kali menyebut nama itu. Dia tahu dia sudah menyakiti hati Daniel, tapi kenapa pula sekarang dia yang sakit hati?

            “Why? What’s this?” Dia menyoal diri sendiri.

            “It’s called love, Cinta!”

            Cinta menoleh ke belakang. Pandangannya melekat pada Syafiq, lelaki yang pernah dihinanya dihadapan Daniel tempoh hari.

            “Excuse me, what are you doing here?”

            “Why? I tak boleh datang ke? This is a free country,” balas Syafiq dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Cinta.

            “Beer, please!” Syafiq memesan minuman. Pelayan di kaunter minuman menghidangkan beer; air kuning berbuih-buih kepada Syafiq.

            Cinta terus meneguk vodkanya tanya mempedulikan Syafiq.

            “I just can’t believe it. We finally made it after three years struggled for a Bachelor! Kita dah bebas dari segala masalah assignment.” Syafiq memulakan perbualan sambil meneguk minumannya.

            Cinta masih buat-buat tak dengar. Malas dia hendak mempedulikan Syafiq. Kepalanya terasa pening. Dia memicit kepalanya yang penuh dengan benang-benang masalah.

            “I know you’ll refuse to admit, or maybe you tak sedar ke… I’m not really sure, but I know you love him. Daniel, he is not like the other guys that you used to play around with. Correct me if I'm wrong!"

            Cinta tersentak. Dia menoleh memandang Syafiq yang membuat riak wajah selamba.

            “Love? You tahu ke apa itu cinta?” soalnya sinis.

            “I know, because I love you,” jawab Syafiq.

            Mata Cinta tidak berkelip memandang Syafiq. Kemudian dia tertawa. Syafiq tersenyum dan terus meneguk sisa-sisa minumannya yang telah habis.

            “Nonsense! Dia anak orang miskin. There’s no way I would fall for him,” nafi Cinta.

            “Cinta tak mengenal harta benda atau rupa paras. Bukan ke cinta tu buta? You ni nama je Cinta, tapi maksud sebenar cinta pun tak tahu.” Syafiq menyindir.

            “Stop talking rubbish! Urghh… I nak balik!”

            Cinta mendengus dan melangkah pergi dari kaunter minuman sambil terhuyung-hayang. Dia lihat teman-temannya sudah tidak ada di ruang tarian. Mungkin sudah pergi bersama teman-teman lelaki berbangsa Inggeris mereka atau menginap di hotel kerana tidak mampu untuk memandu akibat mabuk.

            Cinta pening dan hampir tersungkur di pintu masuk kelab itu, tapi segera disambut Syafiq yang mengekorinya dari belakang. Syafiq memapahnya hingga ke kawasan tempat letak kereta.

            “Fiq, you nak bawa I pergi mana ni?”

            Syafiq cuma tersenyum melihat Cinta yang sedang mamai.

            “You tengoklah apa nasib you malam ni, Cinta. You dah mempermainkan I dan I akan buat you menyesal seumur hidup!”

            Cinta cuba meronta-ronta tapi tubuhnya terlalu lemah, kesan daripada vodka dan beberapa jenis lagi minuman memabukkan yang diminumnya. Syafiq terus mencempung tubuh Cinta apabila melihat gadis itu sudah tidak bergerak lagi.

            Dulu memang dia mencintai Cinta tapi sejak kejadian Cinta mempermalukannya dihadapan Daniel, dia bertekad bahawa Cinta akan menerima pembalasannya.

            Belum sempat dia memasukkan Cinta ke dalam keretanya, tidak semena-mena dia terasa leher bajunya ditarik dari belakang.

            Sebaik dia menoleh, satu tumbukan kuat mengenai wajahnya. Kepalanya pening-pening lalat dan dia terus tidak sedarkan diri.


p/s: Bab 18 sambung lepas raya. Haha. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para readers yang rajin komeng dan juga silent readers!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

12 comments:

Anonymous said...

Best.Good job writer. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

-Dian

zahra said...

Main ramai sgt lelaki. kan dah kena.huhuhu... SELAMAT HARI RAYA CIK WRITER!

Anonymous said...

hai miss writer e-la adiey. love your story.tak sabar nak baca dlm bentuk hard copy.

I love you and Happy Eid Mubarak!

~Ain

Unknown said...

best,selamat hari raya maaf zahir dan batin semua.

E-la Adiey said...

Dian / Zahra/ Ain / Baby Mio - terima kasih semua ^^ <3 sayang awak. haha. Selamat Hari Raya

intan razak said...

Wishes of Happiness,health and prosperity. Happy Eid Mubarak

sehijau warna daun said...

Selamat Hari Raya Maaf Lahir Batin
waiting for your next entry :)

Unknown said...

good ...... teruskan

Unknown said...

Selamat hari raya e-la. :)

E-la Adiey said...

Intan Razak / Sehijau Warna Daun / Nurr Bayu / Ct Roxalynna...

terima kasih semua. Selamat Hari Raya!! stay tuned! :)

Unknown said...

Adrian yg sgt comel!

Eid Mubaraq!

E-la Adiey said...

Kak Nvel Addct - haha :P Happy Eid Mubarak akak!