Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, July 29, 2014

Zikir Cinta 18

DALAM payah, Cinta cuba membuka mata. Wajahnya berkerut apabila bahang panas menerjah ke mukanya. Kepalanya pula terasa terlalu berat. Dia ingin tidur semula tetapi saat menyedari dirinya sedang berada di kamar yang sungguh asing, dia membuka mata luas-luas dan bersandar dikepala katil bujang itu.

            Kepalanya yang terasa berdenyut ditekan beberapa kali. Matanya liar memerhati ke segenap sudut bilik. Bilik yang terlalu asing baginya.

            Aku kat mana? bisik hatinya sendiri.

            Bilik itu bersih dan kemas tapi terlalu ringkas. Ditingkap yang terbuka ada sebuah meja tulis yang tersusun beberapa buah buku. Ada juga tempat penyidai sejadah. Di sebelah katil ada jam loceng dan senaskah al-Quran. Sah, ini memang bukan biliknya.

            Dia cuba mengingati bagaimana dia boleh sampai ke sini. Malam tadi dia ke Shooters Pub and Nightclub bersama rakan-rakannya untuk meraikan hari kebebasan mereka yang kini bukan lagi berstatus penuntut universiti.

Dia masih ingat, dia berbual-bual sebentar dengan Syafiq, kemudian berjalan keluar dari kelab itu dan terus tidak ingat apa-apa lagi. Kosong!

“Eh, kamu udah bangun ya?”

Cinta menoleh ke muka pintu. Jessica masuk sambil menatang sebuah dulang. Dulang itu diletakkan di atas meja di tepi katil. Dia yang masih ada wuduk kerana solat Subuh pagi tadi mengalih al-Quran di atas meja itu dan meletakkannya di atas meja belajar.

“Gimana keadaan kamu? Sudah membaik?” tanya Jessica sambil duduk di sisi katil.

“Aku kat mana?” Cinta menyoal.

Jessica tersenyum. “Kamu sekarang lagi di rumah Daniel. Ini juga kamar Daniel!”

Cinta tersentap. Tiba-tiba rasa cemburunya meledak. Apa Jessica buat di bilik Daniel?

“Mana Daniel?” Cinta menyoal lagi.

“Dia lagi di ruang tamu sama teman-temannya.”

Cinta menghela nafas. Kepalanya masih ditekan-tekan. Bagaimana dia boleh berada di sini? Adakah Daniel yang membawanya pulang? Kalau betul, apa yang Daniel buat di kelab itu? Bukankah Daniel seorang yang Islamik dan tidak suka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama?

“Kamu minum dulu teh hangat ini. Pasti tubuh kamu akan terasa lebih segar.”

Jessica menghulur cawan berisi teh panas kepada Cinta. Baran Cinta naik mendadak melihat gadis Indonesia yang rapat dengan bekas teman lelakinya itu. Tidak semena-mena cawan ditangan Jessica ditepis kasar. Bulat mata Jessica melihat cawan yang pecah berderai di atas lantai.

“Hoi, minah Indonesia! Kau buta ke? Aku ni belum gosok gigi lagi. Yang kau suruh aku minum kenapa?”

Jessica tenang sahaja mendengar herdikan Cinta. Dia tersenyum lantas mengutip serpihan-serpihan kaca di atas lantai itu.

“Kalau gitu kamu tunggu sebentar. Aku akan minta tuala bersih dari Daniel. Daniel juga udah beliin kamu baju dan sikat gigi yang baru. Selesai mandi, kamu sarapan di meja, ya?”

Cinta merenung Jessica dengan pandangan yang pelik. Dia sudah mengherdik gadis itu tadi, tapi gadis itu tetap melayannya dengan baik. Dia jadi malu sendiri.

Tidak lama kemudian, daun pintu ditolak dari luar. Daniel masuk bersama Adrian dan Jason Lee.

“Kenapa ni? Saya dengar bunyi kaca jatuh tadi.”

Jessica tersenyum mendengar pertanyaan Daniel.

“Nggak, tadi aku mau kasi teh hangat ke Cinta. Tapi tiba-tiba kaki aku tersadung. Aku hilang imbangan lalu cawan ini jatuh. Aku minta maaf, ya?”

Cinta mengerutkan dahi. Kenapa Jessica tidak menceritakan hal sebenar?

“Kaki tersadung? Awak nak bela Cinta ke? Dia yang buat kan?” soal Adrian bertalu-talu. Perasaan marahnya kepada Cinta masih belum surut.

Cinta diam. Jessica menggeleng beberapa kali.

“Benar, aku nggak bohong. Aku minta maaf atas kecuaian aku!”

“Tapi…” Adrian masih tidak puas hati. Tiba-tiba bahunya ditepuk Daniel.

“Sudahlah, buat apa asyik nak salahkan Cinta? Tak apalah, Jess. Awak bukannya sengaja.”

Adrian mendengus. Dalam saat-saat seperti ini Daniel masih mahu membela Cinta. Jessica mengangguk dan keluar dari kamar itu dengan membawa serpihan kaca tersebut.

“Awak macam mana? Okey?” tanya Daniel. Cinta mengangguk.

“Saya dah belikan awak baju dengan berus gigi. Kebetulan tubuh awak lebih kurang sama besar dengan Jessica je, jadi saya ambil saiz dia. Awak pergi mandi dulu. Nanti kita breakfast sama-sama,” kata Daniel lagi.

Cinta tidak memberi sebarang respons. Terasa sedikit terkejut dengan layanan baik yang diterimanya. Kenapa Daniel masih berbuat baik kepadanya setelah apa yang terjadi?

Adrian merengus geram dan terus keluar dengan hati yang membengkak. Dia tidak boleh berlama-lama dihadapan Cinta. Takut hilang pertimbangan kerana dia selalu tergerak hati mahu mencekik leher gadis itu sampai masuk ICU.

“Err… kitorang keluar dulu. Baju dengan berus gigi ada kat meja tu,” ujar Daniel seraya menghalakan jari telunjuknya ke arah meja belajar.

Cinta mengangguk lambat-lambat. Daniel tunduk tanda pamit dan terus meninggalkan kamar tersebut bersama Jason Lee.

Selesai mandi membersihkan diri, Cinta duduk menyertai Daniel, Jessica dan Jason Lee di meja makan. Adrian pula tidak kelihatan.

“Alhamdulillah nggak salah pilih. Baju ini cocok dengan kamu,” puji Jessica sambil merenung Cinta.

Daniel mencuri pandang ke arah Cinta yang duduk bertentangan dengannya. Walaupun hanya memakai T-shirt merah jambu dengan seluar slack, ditambah pula gaya ikatan rambut kuda ekor, kejelitaan gadis itu tetap terserlah.

Cepat-cepat dia tersedar. Tiba-tiba dia jadi geram kepada dirinya sendiri. Dia masih lagi seperti dulu. Mudah sangat lemah dengan Cinta.

Wake up, Danny. Wake up! You’re just the ‘anak penjual kuih’ and she is the millionaire’s daughter. An enormous wealth gap. What made you think that you deserve her?!

“Kamu makan roti bakar ini sama telur dadar. Adrian yang masak ini semua. Dia memang pintar masak.” Jessica sempat berceloteh sambil meletakkan roti di pinggan Cinta. Kemudian mengambil telur dadar lalu mengapitnya dengan roti tadi.

Cinta tidak mampu berkata apa-apa. Jessica melayannya seolah-olah dia seorang tetamu istimewa. Gadis Indonesia itu tidak lekang dengan senyuman walaupun Cinta bermasam muka dengannya.

“Adrian mana?” Cinta tiba-tiba bersuara.

Daniel dan Jason Lee saling berpandangan.

“Err… dia keluar sekejap. Ada hal!” Pantas Jason Lee memberi jawapan. Padahal hakikatnya Adrian tidak mahu duduk semeja dengan Cinta. Dia rela mendengar radio didalam kereta.

Cinta mengangguk lambat-lambat. Dia tahu Adrian sedang marah kepadanya. Mungkin juga Adrian tidak ikhlas menyediakan roti telur ini untuknya. Dia faham. Siapa yang tidak marah andai sahabat baik sendiri yang sudah dianggap seperti saudara disakiti?

Untuk seketika, hatinya tidak lagi menyalahkan Adrian kerana pernah naik tangan kepadanya tempoh hari.

“Cinta, makanlah.” Suara Daniel menyentaknya.

Cinta mengangguk dan mula menyuap roti itu ke dalam mulutnya. Namun dia tidak dapat menikmati roti itu. Dia terasa kebaikan tiga sahabat karib itu melayannya tidak dapat diterima. Dia merasa dia tidak layak duduk semeja dengan mereka. Dia tidak layak menerima layanan sebaik ini.

Wah, apa sudah jadi pada Cinta Aulia Dato’ Razak yang dulu? Bukankah dia gadis cantik yang sering memandang rendah terhadap orang lain? Dan hari ini, dia pula yang terasa rendah diri?

Sambil mengunyah roti, dia merenung Daniel. Kenapa lelaki itu masih melayannya dengan baik? Kenapa dia tidak marah? Melihat wajah pemuda itu, dia sedar betapa dia merindui lelaki itu selama ini.

“Macam mana awak semua boleh jumpa saya malam tadi?” Cinta memberanikan dirinya untuk bertanya.

“Dalam hal ni sepatutnya kita berterima kasih pada Jason,” kata Daniel.

Jason Lee tersenyum malu-malu kucing.

“Tak adalah. Kalau bukan sebab kau, plan kita takkan berjaya.”

“Plan?” Cinta terasa pelik.

“Syafiq… he’s just plain stupid. Sebenarnya dia nak balas dendam pada awak. Dia kata sebelum ni awak pernah humiliated dia depan Daniel. So dia buat plan nak rogol awak!” cerita Jason Lee sambil mengunyah rotinya.

Cinta membulatkan biji mata tanda tidak percaya.

“Tapi tahap kebodohan paling epiknya, ada ke buat evil plan lepas tu dia pergi cerita kat orang lain? Dia selalu cerita kat bestfriend dia. Bestfriend dia tu pulak kawan saya. Alah, si Eddie tu! Eddie risau kalau Syafiq buat sesuatu pada awak. Sebab tu dia beritahu saya. Yalah, memandangkan masa tu awak masih lagi girlfriend Daniel,” cerita Jason Lee lagi.

Cinta memandang Daniel. Daniel pura-pura tidak nampak dan memandang ke tempat lain.

“Sebelum Syafiq pergi kelab malam semalam pun, Eddie bagitahu saya yang Syafiq nak jumpa awak malam tadi untuk jalankan rancangan dia. Dia pasti awak kat sana sebab malam tadi bebudak kampus buat pesta kat sana. Dengar ceritalah. Eddie suruh saya beritahu Daniel. So the conclusion is, kita sepatutnya berterima kasih pada Eddie. Kalau dia tak beritahu, entah kat mana si Syafiq tu bawa awak sekarang ni!”
Jessica menjegilkan biji mata. Dia menampar perlahan bahu Jason Lee.

“Adoi, sakitlah. Apa ni?”

“Kamu nggak boleh ngomong seperti itu!” marah Jessica.

“Ngomong apa? Suka aja marah-marah sama aku!” Jason Lee sengaja meniru dialek Jessica.

Cinta tersenyum melihat gelagat Jessica dan Jason Lee. Sesuatu yang tidak pernah disaksikannya ketika berkawan dengan anak-anak orang kaya itu. Kebiasannya, kawan-kawannya akan terdiri daripada gadis-gadis fashionista yang perasan cantik dan kontrol cun.

Menurut Jason Lee lagi, selepas Eddie memberitahunya tentang rancangan jahat Syafiq, dia terus memaklumkan pula kepada Daniel. Daniel tidak berfikir panjang dan terus bersiap-siap untuk ke kelab yang dimaksudkan. Adrian tidak berminat mahu ikut serta dan yang menemani Daniel hanya Jason Lee. Mereka berdua menaiki kereta Jason Lee yang jarang digunakan untuk ke kelab tersebut.

Cinta terkejut saat Jason Lee memberitahunya bahawa Daniel menumbuk muka Syafiq sampai Syafiq pengsan. Jason Lee sendiri terkejut bagaimana lelaki berpewatakan lembut macam Daniel berani menghayunkan penumbuk ke wajah orang.

Dan selepas berjaya menyelamatkan Cinta daripada Syafiq, Daniel terus membawa gadis itu pulang ke rumahnya. Pada awalnya mereka ingin menghantar Cinta ke apartmentnya tetapi mereka tidak tahu dia tinggal dirumah nombor berapa. Dan pada pagi ini baru Daniel menelefon Jessica agar segera ke rumahnya untuk menguruskan Cinta. Malam tadi Daniel hanya tidur di ruang tamu.

Syafiq yang sedang pengsan pula dihantar pulang ke rumah sewanya oleh Jason Lee. Dia tidak mahu mencemarkan nama baik Syafiq memandangkan bapa Syafiq seorang yang agak berpengaruh di Malaysia. Dia masih ingin memberi peluang untuk Syafiq agar insaf dan sedar bahawa perbuatannya ingin berbuat jahat pada orang lain adalah salah. Kalau benar pun Cinta berbuat dosa kepadanya, biar Allah sahaja yang membalasnya.

Cinta memandang Daniel dengan perasaan yang bercampur baur. Hiba, terharu dan gembira menjadi satu. Dia tidak menyangka Daniel masih mahu menyelamatkannya walaupun hatinya telah disakiti.

Dan bukan itu sahaja, Daniel juga dihina oleh rakan-rakannya hanya kerana pemuda itu anak orang miskin. Daniel boleh membalas dendam kepadanya atau membiarkan sahaja perbuatan jahat Syafiq tapi Daniel tidak melakukannya. Kerana dia bukanlah jenis lelaki yang menyimpan perasaan dendam.

Daniel… Daniel… awak tak pernah berubah. Terlalu jujur dan naif! desis hati Cinta.

“Kalau awak nak balik lepas ni biar saya hantarkan,” kata Daniel kepada Cinta.

Cinta tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mengangguk. Sekarang dia pula yang jadi kaku dan tidak berani menentang anak mata Daniel. Kenapalah sebelum ini dia begitu buta untuk menilai kebaikan lelaki itu. Kenapa dia tergamak mempersendakan lelaki yang tulus mencintainya itu? Kenapa dia boleh berlagak selamba semasa rakan-rakannya menghina dan mencemuh Daniel?

Selepas sarapan, barulah Daniel menghantar Cinta pulang ke apartmentnya dengan menaiki kereta Jason Lee. Jason Lee sendiri jarang menggunakan kenderaannya kerana asyik naik kereta Adrian sahaja.

Sebaik tiba diapartment, Cinta terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Bayangan wajah Daniel menari-nari di ruang matanya. Lelaki itu tidak pernah cuba untuk membalas dendam atas perbuatannya selama ini, sebaliknya membalas dengan kebaikan. Adakah begini cara Daniel membalas perbuatan orang yang telah menyakiti hatinya?

“Eh Cinta, kau baru balik?”
Cinta menoleh. Hana berdiri di muka pintu.
“Kau tidur mana semalam?” soal Hana.

“Hotel. Aku mabuk semalam,” bohong Cinta. Tidak mungkin dia akan memberitahu bahawa Daniel menyelamatkannya dari dirogol Syafiq.

Hana sekadar mengangguk. Kemudian terus menghempaskan tubuhnya di atas katil Cinta. Kepalanya ditekan-tekan. Dia sendiri mabuk semalam.

“Kau pulak tidur mana semalam?” tanya Cinta pula.

“Sini je. Kevin ajak tidur hotel tapi aku tolak. Kepala aku berat sangat semalam. Sampai rumah terus tidur mati.”

“Yang lain-lain?” tanya Cinta lagi.

“Fatin tidur rumah mat saleh mana entah, aku tak kenal pun. Erma tidur hotel dengan David. Eh, bukan. Dengan Peter,” jawab Hana dengan mata terpejam.

Cinta berfikir-fikir sendiri. Tidur dengan mat saleh yang baru dikenali malam tadi? Cari nahas!

“Diorang dah balik ke belum?”

Hana membuka sedikit matanya. Dia cuba menggagahkan diri menjawab soalan Cinta.

“Entah, rasanya belum kot. Lantaklah diorang. Aku nak tidur ni. Jangan kacau aku sampai tengah hari esok.” Hana terus tidur mengerekot diatas katil Cinta.

“Weh, apahal tidur sini? Katil kau kat bilik sebelah!” Cinta menepuk-nepuk badan Hana. Tetapi Hana sudah tidur mati.

Cinta mengeluh sendiri. Melihat cara hidup dan sosial rakan-rakannya, dan membandingkannya dengan cara hidup Daniel, dia menyedari dia telah menyimpang dari cara hidup Muslim yang sebenarnya. Cara hidup dia dan Daniel macam langit dan bumi.

Biasanya kalau pagi-pagi begini dia sudah keluar merayau tak tentu hala. Tapi Daniel dan rakan-rakannya hanya duduk bersarapan dirumah.

Memang sejak dari zaman sekolah dia sudah liar. Tetapi semenjak bergaul dengan Erma, Fatin dan Hana, sedikit demi sedikit dia semakin berubah dan menjadi salah seorang daripada mereka sekarang. Menjadi lebih teruk daripada ketika zaman persekolahannya.
*************

“TAK, kau tak boleh berkawan dengan dia!” bantah Adrian keras. Daniel mengeluh sambil membasuh pinggan mangkuk di sinki.

            Jason Lee yang sedang mengelap meja makan hanya menjadi pendengar setia perbualan antara Daniel dan Adrian. Jessica juga sudah pulang kerumahnya selepas Daniel menghantar Cinta pulang ke apartment.

            Takut pula Jason Lee melihat Adrian tiba-tiba naik angin apabila Daniel bercadang ingin mendekati dan berkawan dengan Cinta.

            “Please Adrian, kau tengok sendiri macam mana sosialnya hidup Cinta. Malam tadi dia mabuk. Aku sekadar nak membantu dia. Bimbing dia ke jalan yang benar,” ujar Daniel dan mengelap tangan basahnya di seluar.

            Adrian tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar di pintu dapur.

            “Nak sedarkan dia? Kau ingat perempuan macam tu akan berubah ke? Bagilah ceramah agama seguni pun, ustaz yang turun dari langit pun, dia takkan berubah. Kau tak ingat apa yang dia dah buat kat kau? Dulu sebelum kau couple dengan dia, dia buat kau macam sampah.

Dan bila kau dah couple dengan dia pulak, dia suruh kau buat assignment dia, sedangkan dia syok-syok keluar dengan jantan lain. Waktu tu pun kau suruh beri dia peluang tapi apa akhirnya? Dia bukan aja bermesra dengan jantan lain, tapi sengaja pikat kau, pura-pura sayang kau sebab nak menang duit pertaruhan. Betapa murah nilai kau dimata dia. Kau dah lupa ke semua tu, Danny?”

Daniel mengetap bibir. Ya, dia masih ingat semua itu. Tidak mungkin dia akan melupakan walau sedetik pun apa yang telah Cinta lakukan. Tapi dia juga tahu dia harus berbuat sesuatu agar Cinta berubah. Seseorang harus membangunkan Cinta dari cara hidupnya yang selama ini menyimpang dari ajaran agama.

Walaupun cintanya dijadikan bahan gurauan dan dipijak-pijak bagai benda yang tidak berharga, dia tahu dia harus bangkit kerana dia sebenarnya masih mencintai gadis yang telah mempersendakan dirinya itu!

“Adrian, forgiveness is the best way to eliminate your enemies. Kejahatan tak semestinya dibalas dengan kejahatan. Aku ada cadangan yang lebih baik. Aku boleh buat dia menyesal atas perbuatan dia selama ni. Tapi tak semestinya aku perlu bertindak sama macam Syafiq.”

Adrian terdiam. Dia memandang Jason Lee. Jason Lee selamba mengangkat pinggan kotor ke dapur.

Dia merenung Daniel pula. Dia sendiri tidak pasti apa rancangan Daniel tapi jika Daniel boleh membuat Cinta menyesal, dia tidak mahu membantah. Kaedah ini lebih berbaloi. Bukan setakat menyesal, dia mahu memastikan Daniel akan membuat Cinta terseksa secara batin kerana telah mempermainkan sahabat baiknya.


What kind of medicine are you,
That I can’t give it up. Even without me knowing,
I keep yearning for you, and eventually look for you again.

Though I know you’re a bad girl,
I embrace you and love you again
Undoubtedly, clearly, I want to come towards you
Knowing all the pains of tomorrow,
I can’t turn around, I can’t decide


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

13 comments:

Unknown said...

Selamat hari raya maaf zahir&batin

siti nadzirah said...

loh pendeknya. x puas baca

budak blur said...

ni apahal ni?nak berbaik balik ke apa? arghh!!!!!

sehijau warna daun said...

hero kalau baik sgt pun susah jugak.hehe..apa2 pun, Selamat Hari Raya

Unknown said...

Ok lah...pendek pun pendek lah...will consider this as raya bonus n3....^O^

E-la Adiey said...

Baby mio - Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin (♡˙︶˙♡)

Siti nazirah - lol ;p

Budak blur - jeng3...tension pulak dh.haha

Sehijau warna daun - hehe..selamat hari raya ^_^V

Kak Nvel Addct - hoho o(^o^)o boleh la tu akak.x sempat nak taip panjang2 ;D

Yuri Kiko said...

walaupun pendek tp blehla dari tak ada langsung.hehe..

syah said...

haih..baiknya danny.ada ke lelaki mcm ni kat dunia nyata?

Nadya Roslan said...

quote akhir chapter mesti kena. hehe...daniel..adrian..jatuh hati dgn dua2.hahah

Unknown said...

makin menarik ceritanya..hehe

E-la Adiey said...

Yuri Kiko - haha..boleh la tu kan

syah - ada, yang lebih baik dari ni pun ada ;)

Nadya Roslan - haha..pompuan boleh kahwin satu je :P

Khairul Azwan Abdullah - terima kasih ^_^V

Eddayu said...

Blh tahan gak Danny nie..
Br blh nk komen kat blog e-ladiey nie.. Kat ofis blh bace je nk komen x blh buke.. :'(

E-la Adiey said...

Kak Eddayu - haha.. xpe kak, kali ni akak bagi komen 12 sekaligus. terkejut ambe baca. haha