Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, September 10, 2014

Kutemui Cinta 5

SELEPAS solat berjemaah di masjid, Hafiz seperti biasa keluar minum bersama rakan-rakannya. Sepanjang berada di restoran, Hafiz lebih banyak mendengar daripada bercakap. Tidak seperti sebelum ini, mulutnya tidak henti-henti bercakap dan bercerita. Dan topik kebiasaannya, Nadya! Nadya! Nadya!

            Nadya. Ya, dia masih memikirkan tentang gadis itu. Dia tahu dia salah. Mana ada orang yang baru sekali bertemu terus diajak menjadi kekasih. Memang tak logik dan tak masuk dek akal. Pertama kali dia bertemu dengan Nadya pun atas nama kebetulan, bukannya dirancang.

            Tapi dia bukannya sengaja. Mulanya dia memang mahu mempelawa Nadya menjadi kawannya tapi apabila Nadya betul-betul berdiri dihadapannya, lidahnya kelu dan suaranya bagai tersekat di kerongkong.

            “Wei, Fiz! Macam mana kau dengan Nadya? Kau dah ajak dia jadi kawan kau?” Tiba-tiba meletus pertanyaan dari bibir Azhar. Pertanyaan itu sekaligus memancung ingatan Hafiz.

            “Err...”
            “Apasal? OK ke KO?”

            Hafiz kembali berusaha menguasai diri. Dia mengangkat cawan berisi teh panas itu dan menghirupnya perlahan-lahan. Ternyata minuman itu telah sejuk. Mungkin sudah agak lama dia termenung.

            “Jawablah! Macam mana?” Azhar inginkan kepastian. “Dia nak tak jadi kawan kau?”

            Hafiz mengeluh berat.
            “Hancur, beb. Betul-betul dah hancur!”
            Amir dan Azhar saling berbalas pandangan.

            “Aku ni memang bodoh. Rasa macam nak hempuk aje kepala aku ni kat tiang sejuta kali!” Hafiz mengutuk diri sendiri. Amir dan Azhar semakin tidak faham.

            “Apasal ni? Kau tak jawab lagi tadi. Nadya nak tak jadi kawan kau?” Azhar mengulangi soalannya.

            “Inilah yang hancurnya!”

            “Apa? Nadya dah hancur?” Amir berloyar buruk, sekadar untuk menceriakan Hafiz.

            “Tak, aku yang hancur!”

            “Ceritalah, kenapa? Dia tak nak kawan dengan kau?”

            “Aku dah lupa apa yang kita berlatih. Sepatutnya aku kena ajak Nadya jadi kawan. Aku memang konfiden giler aku boleh buat. Memang tahap overconfident! Tapi, bila dia betul-betul tercongak depan aku, suara aku ni pulak tak nak keluar. Aku panik, terus otak aku ‘blur’. Aku tersilap cakap...” cerita Hafiz dengan jari telunjuknya di tunjuk ke kepala.

            “Kau cakap apa?”Amir pantas bertanya.
            “Err... aku cakap... aku...” Hafiz teragak-agak untuk memberitahu.
            “Cepatlah. Cakap apa?” desak Azhar.
            “Macam mana,ya? Mmm...err...ca....kap...”

            “Cakap apa?!” sergah Azhar seraya mengetuk meja restoran dengan kuat.Beberapa orang pelanggan berdekatan memandang ke arah mereka.

            “Sudi tak awak jadi kekasih saya. Hah, macam tulah aku cakap!” Laju Hafiz berkata selepas disergah. Dia memang mudah terkejut. Tapi cepat-cepat dia menundukkan wajahnya.

            “Masya-Allah!” Amir tepuk dahi. “Aku rasa kau bukannya patut hempuk kepala kau kat tiang sejuta kali tapi sebilion kali dalam masa sesaat, tau tak?”

            Azhar menggeleng-geleng. “Apasal kau cakap macam tu? Kenapa tak ikut macam yang kita berlatih?”

            “Ala... aku memang dah nak cakap tapi bila aku pandang muka dia aja, lidah aku ni kelu. Dia tu cantik sangat sampai suara aku pun tak keluar! Entah macam mana, keluarlah ayat bodoh tu dari mulut aku!”

            “So sekarang macam mana?” soal Amir.

            “Macam mana apa? Nak tak nak terpaksalah aku teruskan apa yang dah aku buat.”

            “Maksudnya, kau nak bersemuka dengan dia semula dan tarik balik kata-kata kau?”

            “Benda tu dah jadi pun. Kalau aku nak tarik balik pun kata-kata aku, bukannya secara automatik Nadya terus lupa apa yang aku cakap!”

            “Habis tu nak teruskan macam mana?”

            “Apa-apa pun aku tak boleh putus asa. Aku akan cuba ikhtiarkan macam mana Nadya boleh terima aku.”

            Azhar ketawa terbahak-bahak.

            “Wei, fikirlah logik sikit! Kau baru jumpa dia sekali. Sekali tau tak? Dia tak kenal kau dan kau tak kenal dia.Apasal pulak tiba-tiba dia nak terima kau?”

            Hafiz tersenyum. Dia sudah agak itu reaksi daripada kawan-kawannya. Kalau bukan dari kedua-duanya pun, pasti salah seorang.

            “Kau orang tengok aja nanti. Kalau kitorang memang ada jodoh, datanglah ribut ke,taufan ke,akhirnya tetap akan bersatu. Tapi kalau memang tak ada jodoh, aku redha dengan ketentuan-Nya.”

            Hafiz yakin dengan kata-katanya.Yakin kerana dia tahu cinta kepada Nadya sudah mulai bercambah dalam hatinya. Dia tertarik dengan Nadya bukan kerana rupa paras semata. Tidak sama sekali! Tapi kerana Allah yang menanam rasa cinta dalam hatinya.
***************************

“ADAM, jom kita per...” Yusof tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Matanya terbeliak seperti melihat seekor lembaga yang menakutkan. Azriel juga begitu. Mereka seperti tidak percaya apa yang sedang mereka saksikan kini.Sesuatu yang tidak pernah disaksikan selama lebih sebelas tahun.

            Adam sembahyang! Sesuatu yang luar biasa tapi itulah kenyataannya. Adam sedang sembahyang! Berkali-kali Yusof menggosok matanya. Bermimpikah dia? Tangan kanannya mencubit tangan kiri tapi dia terasa sakit.

            Tadi selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid, mereka bercadang untuk mengajak Adam keluar minum di kedai mamak kebiasaan mereka. Mulanya mereka agak hairan kerana tiada siapa menyahut sewaktu mereka mengetuk pintu tapi apabila daun pintu yang tidak berkunci itu diselak, inilah yang sedang mereka saksikan sekarang.

            Selesai memberi salam ,Adam meraup muka. Dia menoleh dan tersenyum memandang Yusof dan Azriel yang pucat seperti melihat alien angkasa lepas.

            “Kenapa? Tak percaya?” Dia meletakkan songkok di atas meja dan duduk di birai katil.

            “Hei, apasal terlopong  je ni? Tutup sikit mulut tu, nanti masuk lalat. Meh la masuk,” kata Adam kemudian tergelak.

            Perlahan-lahan Yusof dan Azriel masuk dan duduk di atas katil Hafiz yang bertentangan dengan katil Adam.

            “Err.. .kau ni siapa sebenarnya? Kenapa muka kau sama macam adik aku?” tanya Yusof seperti orang kebingungan.

            Adam pula sudah tergelak mendengarnya.

            “Apasal kau ni? Akulah adik kau. Adam Dato’ Husin!”

            “Malam esok lepas kau orang pergi surau aku nak kau orang ajar aku mengaji. Yela... aku ni bukannya pernah sentuh Al-Quran pun. Tapi kalau setakat Alif, Ba, Ta tu aku tahula...” kata Adam lagi dan tersenyum lebar.

            Yusof dan Azriel terpana. Mereka kaku sebentar.

            “Wei, cakaplah! Kau orang nak ajar ke tak ni?” Adam sedikit marah apabila Yusof mahupun Azriel tidak memberi apa-apa komen mengenai hasrat yang dinyatakannya tadi.

            “Aku mimpi ke ni?”Azriel masih lagi tidak percaya apa yang didengarnya tadi. Kalau Adam ingin mereka mengajarnya jalan-jalan pengiraan mathematic engineering  mungkin mereka tidak terkejut sangat, tapi apabila Adam ingin belajar mengaji... sukar untuk mempercayainya!

            “Apa pulak mimpi? Sekarang baru pukul 9.00 lah. Tak ada masa nak mimpi-mimpi!,” bidas Adam. “Cepatlah, nak ajar ke tak?”

            “Adam, kau sihat ke tak? Kalau tak sihat, aku boleh teman kau pergi klinik.Dekat aja dari sini. Lagipun klinik depan sana tu ada diskaun harga untuk student.” Yusof risau dengan sikap adiknya malam ini.Dia juga tidak percaya ayat itu keluar dari mulut Adam.

            “Aku sihat walafiat lah. Tak ada apa-apa!”

            “Habis tu, malam ni... dah datang angin gila kau?” Kata-kata Yusof membuatkan Adam sedikit tersinggung. Namun dia tahu dia tidak boleh marah kerana cuma Yusof dan Azriellah harapannya sekarang.

            “Ala... janganlah main-main.Tak nampak ke muka aku serius giler ni?” Adam cuba berlembut.

            “Apasal tiba-tiba kau berubah?,” soal Azriel pula.

            “Well, petang tadi aku ada tanya Nadya apa ciri-ciri lelaki idaman dia.Dia cakap dia suka lelaki yang rajin sembahyang, pandai mengaji dan tak merokok. Oleh sebab aku dalam usaha nak jayakan rancangan aku sekarang ni, apa salahnya kalau aku berkorban sikit,” jawab Adam seraya mengenyit mata.

            “Jadi kau sembahyang tadi dan nak mengaji itu sebab Nadya?”soal Azriel lagi.

            “Tak, bukan sebab tu aja,”tangkis Adam. “Tadi aku sempat belek buku agama Hafiz. Kat dalam buku tu menerangkan apa maksud dosa dan apa seksaan yang bakal diterima oleh orang yang melakukan dosa-dosa besar. Selama ni aku jahil.Aku tak tahu... tapi aku rasa secara saintifiknya, aku tak patut disalahkan sebab selama ni tak ada orang bimbing aku. Kau orang sendiri pun tak pernah marah bila aku tak sembahyang.”

            Yusof dan Azriel sama-sama terdiam. Tidak dinafikan, mereka tidak pernah meninggalkan solat. Tapi tidak pernah sekali pun menegur Adam yang melakukan perbuatan terlarang dengan debat berapi-api. Mereka sedar ilmu agama mereka masih terlalu sedikit.

            Langsung tidak terfikir oleh mereka seperti sesetengah orang yang berfikir betapa hebatnya mereka tentang nilai agama dan cuba membentuk orang lain dengan nilai keinsafan sedangkan mereka sendiri pun belum tentu sempurna menunaikannya. Mereka yang suka berdebat berdegar-degar dengan orang lain sedangkan mereka sendiri pun baru mempelajari dan mengamalkannya.

Dan lagipun Yusof dan Azriel tahu kalau mereka berdebat dengan Adam sekalipun, mereka pasti akan kalah dengan Adam yang cukup pandai memutar belit. Dan rasanya ilmu agama mereka masih belum cukup kukuh untuk sampai ke tahap itu.

“Err... Adam, aku boleh ajar kau mengaji.”Azriel menawarkan bantuannya. “Tapi aku ada syarat,” sambungnya tersenyum.

            “Aik,nak suruh ajar mengaji pun kena letak syarat ke?” Dahi Adam berkerut.

            Azriel sekadar tersenyum sinis.

            “Okeylah! Okeylah! Whatever,cakap ajalah apa syaratnya?”

            “Aku nak kau belajar sembahyang dulu sebelum belajar mengaji.”

            “What?!”Adam terkejut.

            “Aku dah pandai sembahyanglah. Korang pun nampak tadi, kan?”

            “Memanglah kitorang nampak kau sembahyang tapi apa yang kau baca? Entah-entah baca surah Al-Fatihah pun tunggang-langgang!” ujar Azriel yang kemudiannya disusuli gelak ketawa Yusof.Geli betul hatinya.Betul juga kata Azriel, Adam sudah lama tidak solat. Apakah dia masih ingat dengan bacaan-bacaan dalam solat?

            Adam menjeling. Yusof  cepat-cepat berhenti ketawa dan berdehem.

            “Hei, kau cakap tu elok-eloklah sikit. Aku pandai sembahyanglah!”

            “Okay then, prove it to us,” cabar Azriel.

            Adam mengangguk. Dia menyahut cabaran Azriel. Tapi apa pun, dia berharap keputusan yang diambilnya ini adalah keputusan yang tepat untuk memulakan lembaran hidup baru sebagai seorang muslim sejati. 

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

siti nadzirah said...

seb baik dia x kawen dgn rafi,hero picisan je tu.hahah

hannah said...

kat mana boleh dapatkn ya?

zahra said...

novel ni best+sedih. bila baca abg khai tomboy,tetiba rasa pelik sbb novel tu kelakar.terpikir jugak,betul ke novelis yg sama?tp nama pena sama.haha

budak blur said...

crite ni sweet. walaupun memula tu adam cam annoying sikit. tapi dia sbnrnya yg paling baik

yuri said...

novel ni buat i rasa jiwang dan berangan.tangkap lentok. hahah