Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, September 7, 2014

Zikir Cinta 27

DANIEL sedang mengopek kulit buah kelapa di pangkin belakang rumah semasa Puan Aisha tiba-tiba memanggilnya.

            Daniel cepat-cepat mengibas tangan yang kotor di seluar lalu berlari-lari anak mendapatkan Puan Aisha.

            “Ada apa, bu?”

            “Ni, posmen hantar surat tadi. Bukalah, tengok apa isi dalamnya.”

            Tersenyum melebar Daniel mendengar kata-kata ibunya. Bila dikira-kira, sudah empat bulan dia tinggal di kampung ini bersama Puan Aisha. Selain membantu Puan Aisha membuat kerja-kerja rumah dan kerja kampung, dia memang sedang menunggu tawaran temuduga. Dia telah memohon kerja di beberapa buah syarikat disekitar Bandaraya Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

            Sampul surat terus diambil dari tangan ibunya. Tidak sabar-sabar dia mahu membaca isinya.

Baru dua perenggan surat dibaca, wajahnya bertukar mendung.

“Kenapa Daniel?”

Daniel menghela nafas.

“Tak ada rezekilah, bu…”

“Kenapa?”

Daniel tidak menjawab. Dia menyerahkan surat itu kepada Puan Aisha. Puan Aisha membacanya, kemudian tersenyum memandang reaksi anaknya.

“Apa yang tak ada rezekinya? Kan syarikat ni panggil Daniel untuk temu duga.”

“Memanglah, tapi jauh sangat bu. Dekat Penang. Belah utara sana.”

“Habis tu apa masalahnya?” Puan Aisha bertanya pula.

“Daniel mohon dekat syarikat dia yang ada di JB. Tapi dia bagi yang cawangannya dekat Penang. Daniel tak mahu jauh-jauh dari ibu. Cukuplah tiga tahun di Australia tu tak dapat jumpa ibu.” Daniel memuncungkan bibir seperti anak kecil.

Puan Aisha menggeleng-geleng.

“Janganlah macam tu, nak. Takkan nak lepaskan macam tu aja peluang kerja ni.”

Daniel menghela nafasnya. Kemudian menggeleng.

“Tak apalah, bu. Daniel yakin rezeki ada di mana-mana. Daniel akan tunggu sampai dapat tawaran kerja yang lebih dekat.” Daniel sebulat suara menyatakan keputusannya.

Puan Aisha menurut sahaja. Tidak guna dia memaksa kalau anaknya memang tidak mahu. Akhirnya dia masuk semula ke dalam rumah menyiapkan makanan untuk tengah hari.

Daniel melangkah ke pangkin. Ingin menyambung kembali tugasnya mengopek buah kelapa, tapi tiba-tiba dia terasa moodnya sudah lari selepas membaca surat tawaran tadi.

Dia duduk termenung dan mengeluh. Hmm… ini adalah tawaran temuduga kali keempat yang ditolaknya, atas alasan jauh. Susahnya nak dapat tawaran kerja seperti yang kita mahu zaman sekarang. Jadi graduan lepasan ijazah luar negara pun tak menjamin apa-apa.

Itulah, dulu dapat tawaran kerja oleh pensyarah di Australia dengan gaji yang lebih tinggi pun dia tolak juga. Semuanya demi Puan Aisha. Dia mahu sentiasa berada dekat dengan ibu kesayangannya itu. Lainlah kalau Puan Aisha ingin mengikutnya keluar dari kampung ini. Tapi Puan Aisha pula sering menolak. Katanya, dia sudah berpuluh tahun tinggal di Mersing, jadi dia mahu menghabiskan sisa-sisa umurnya di Mersing juga.

Fikirannya tiba-tiba pula menerawang jauh teringatkan kawan-kawan di Australia; Adrian, Jason Lee dan Jessica. Apalah yang mereka sedang buat sekarang? Adakah masing-masing sudah bekerja sehingga langsung tidak menghubunginya?

Terkenangkan rakan-rakannya, dia turut memikirkan tentang Cinta. Hmm… apa khabar agaknya gadis itu sekarang? Sudah ada teman lelaki barukah? Kalau ada, baguslah. Moga-moga berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Dia yakin Cinta sudah berubah. Cinta tidak akan mempermainkan perasaan lelaki lagi.

Dia memejamkan mata. Tiba-tiba hatinya terasa sedih pula terkenangkan Cinta. Dia sedih membayangkan sekiranya benar Cinta sudah menemui pengganti.

Namun segera dia mengusir perasaan itu dari hatinya. Segera dia menyedarkan dirinya. Untuk apa dia bersedih? Bukankah dia sendiri yang menolak Cinta ketika di Ainslie Mountain? Bukankah dia sendiri yang bertegas bahawa Cinta sudah tiada lagi dihatinya?

“Ah, tak payah fikirlah. Hidup ni ada benda yang jauh lebih penting dari memikirkan benda-benda remeh tu. Cari kerja lagi bagus!”

Daniel menyedapkan hati sendiri lalu kembali meneruskan kerjanya.

**************

TERJUNGKIT kening Daniel memandang satu nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefon bimbitnya. Dia teragak-agak, namun panggilan dari nombor misteri itu tetap dijawab juga.

            “Hello… assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam… hah Danny, kau apa khabar sekarang?” Satu suara lelaki ramah di corong telefon.

            “Err… siapa ni?”

            “Aku? Aku peminat misteri kau.” Suara itu tergelak-gelak pula.

Daniel terkebil-kebil. Haish, makhluk mana main-main dengan aku ni?

“Gurau jelah. Aku ni, Adrian.”

Mendengarkan nama Adrian, Daniel terus tersenyum melebar.

“Adrian? Weh, nombor siapa kau pakai ni? Kau apa cerita sekarang? Dah empat bulan tak contact aku. Aku try call kau pun tak dapat.”

“Ni nombor baru akulah. Tukar nombor Malaysia pulak, sebab aku ada dekat Malaysia sekarang ni,” ujar Adrian.

Daniel mengangguk-angguk. Patutlah dia tak dapat hubungi Adrian. Dah tukar nombor rupanya. Kalau dia lainlah. Kebanyakan pelajar Malaysia disana menggunakan perkhidmatan Vodafone yang mempunyai hubungan dengan Celcom. Jadi bila pulang ke Malaysia, roamingnya automatik akan bertukar ke Celcom.

“Sorrylah, aku busy sikit sejak balik Auckland. Mummy aku baru meninggal dunia a month after kita graduated. Tahukan mummy aku memang tak berapa sihat sebelum tu? Lepas tu daddy aku suruh aku belajar selok-belok company. Anyway, he trusted me sebab before study kat Canberra pun aku pernah kerja kejap dengan dia. And now, akhirnya daddy aku beri kepercayaan pada aku untuk kerja kat anak syarikat dia kat Malaysia.”

Untuk sejenak, Daniel kagum mendengar cerita Adrian. Namun bersimpati dengan nasib Adrian yang baru kehilangan ibunya. Innalillahiwainnalillahirojiun…

“Syukur Alhamdulillah. Untunglah kau. Lepas graduate terus dapat kerja.”

“Kau macam mana? Dah dapat kerja?”

“Hmm… tak, belum. Masih mencari.”

“Haa… kalau macam tu aku ada good news untuk kau. Sebab ni jugak aku contact kau sebenarnya. Company aku akan adakan interview untuk jawatan marketing executive Sabtu ni. And if you’re interested, you can come to apply for the job. And I really hope that you will come. Aku teringin nak bekerja dengan kau. Kita sama-sama macam kat Canberra dulu.”

Daniel mengulumkan senyuman, walaupun dia tahu sahabatnya itu tidak akan dapat melihat senyumannya.

“Company kau tu dekat mana ya?”

“Umm… jap, let me see. Sorry aa… aku bukannya hafal nama-nama tempat kat sini.” Adrian masih sempat berceloteh.

Daniel tersengih.

“Okey dah dapat. Company aku dekat Shah Alam. Area KL jugak tu sebab aku nampak KLCC macam dekat je. Haha… I’ll text you the full address nanti. Oh ya, and one more thing, don’t forget to send me your full address. Aku akan suruh secretary aku prepare satu surat panggilan interview untuk kau Sabtu nanti.”

Daniel mengangguk-angguk.

“Okey… Insya-Allah, aku akan pergi sana nanti.”

“Oh lupa nak cakap, tentang tempat penginapan jangan risau. Semua aku tanggung. Kau stay kat rumah aku,” ujar Adrian dengan ceria.

“Eh, tak naklah aku. Kau dah offer job ni pun dah rasa syukur alhamdulillah. Aku tak nak menyusahkan kau lagi.” Daniel merendah diri.

“Alah, ko toksah nak malu-malu sangatlah dengan aku. Kita ni dah macam adik-beradik. Oh ya, sorry tak boleh sembang lama. Aku ada meeting dengan client lima minit lagi.”

Daniel tergelak.

“Yalah big boss. Anyway, thanks a lot buddy. Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam.”

Dan talian pun diputuskan. Daniel tidak henti-henti tersenyum. Syukur alhamdulillah, selepas lebih empat bulan menunggu, akhirnya dia dapat juga tawaran kerja. Shah Alam pun bolehlah, dekat sikit dengan Mersing kalau nak dibandingkan dengan Penang.

“Haish Daniel, apa sengih-sengih tu? Awek call ya?” sakat Puan Aisha yang baru keluar dari ruang dapur.

“Tak adalah. Kawan Daniel call. Daddy dia ada anak syarikat. Katanya Sabtu ni ada interview untuk jawatan eksekutif. Dia nak Daniel datang apply job tu,” cerita Daniel dengan penuh perasaan teruja.

“Ya ke? Dekat mana tu?”

“Shah Alam, bu. Daniel ingat nak pergi sana. At least dekat sikit daripada tawaran job hari tu,” ungkap Daniel.

Puan Aisha mengangguk lambat-lambat. Wajahnya yang ceria tadi tiba-tiba menjadi sugul.

“Kenapa, bu?”

“Tak, tak ada apa-apa. Ibu nak pergi masak dulu.”

Puan Aisha terus melangkah semula ke dapur. Daniel membuntuti ibunya dari belakang.

“Ibu.”

“Ya, nak?”

“Ibu sedih ya, Daniel nak kerja kat Shah Alam?”

“Eh, tak adalah. Ibu gembira sangat-sangat. Ibu bangga dengan Daniel.” Puan Aisha cuba tersenyum.

Daniel seakan memahami perasaan ibunya. Terus dia memeluk Puan Aisha dan mencium dahi ibunya itu bertalu-talu.

Puan Aisha tidak dapat mengawal perasaannya. Saat itu juga dia menangis teresak-esak didada anaknya.

“Bu, jangan nangis ibu. Daniel tak jadilah nak pergi kalau ibu nangis.”

Puan Aisha menggeleng. Pantas air matanya diseka.

“Ibu tak apa-apa, Daniel. Ibu cuma terlalu gembira. Ibu bangga dengan Daniel. Anak ibu dah dapat kerja. Nanti kerja sungguh-sungguh ya nak? Ibu teringin nak tengok Daniel berjaya.”

Daniel terharu. Dia memeluk Puan Aisha dengan lebih erat. Tiga tahun yang lalu ketika dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Australian National University (ANU), ibunya juga menangis seperti ini.

“Daniel janji akan jadi anak yang ibu boleh banggakan. Daniel akan kumpul duit. Daniel akan bahagiakan ibu sampai bila-bila.”

Puan Aisha mengangguk-angguk. Dia benar-benar bangga memiliki anak seperti Daniel. Benar, dia sedikit sedih kerana sekali lagi anaknya itu akan berada jauh darinya. Namun dia rela demi kejayaan hidup anaknya.

Doanya semoga Allah SWT akan murahkan rezeki anaknya. Dia tidak mahu anaknya itu hidup susah seperti sekarang. 



p/s: Ada kengkawan aku cakap, aku menulis dari Form 5 tapi sampai sekarang takde fanpage. Orang lain biasanya dah start buat fanpage bila jadi penulis. Haha... jadi atas permintaan rakan-rakan terdekat yang request nakkan official fanpage, maka aku pun menubuhkan fanpage dekat Facebook. Baru buat. Haha... silalah like kalau sudi. Aku akan update hal-hal tentang novel dekat page tu nanti. Klik SINI atau button kat bawah yek :D

8 comments:

siti nadzirah said...

tersentuh i...teringat mak kat kampung.huhuhuh

intan razak said...

melting tgk Adrian senyum. aumm...hensemnya!!!

Jessica Latisya said...

tak sabar nak tahu apa jadi between daniel dgn cinta. sambung lagi :)

padel said...

best. tapi nak scene Cinta please. hehe

lollipop kunyah said...

best!! cpt2 sambung

yuri said...

yeay ada pun fanpage.dah lama cari. huhuh... keep it up ela...... :D

Unknown said...

E-la... Sedihnya bab ni... Awal happy, tapi part peluk ibu tu...

E-la Adiey said...

Siti nadzirah - ceh masa2 camni baru nak ingat kampung :p

Intan razak - lalang! Haritu suka daniel,ni adrian pulak (¬_¬)

Jessica latisya - orite..next week. Haha

Padel - nantila. Lalala

Lollipop kunyah - terima kasih (⌒_⌒)

Yuri - haha. Silala like

Ct roxalynna - haha.. Homesick lettew.. Sabo jela.. Dh dpt degree nanti pelukla mak puas2 ;D