Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, September 21, 2014

Zikir Cinta 29

DANIEL menapak masuk ke dalam bangunan syarikat Brilliant Sdn. Bhd. bersama Adrian. Hari ini adalah hari pertamanya bekerja di syarikat milik keluarga Adrian itu. Alhamdulillah, dia berjaya melepasi temuduga kerja pada hari Sabtu yang lalu dengan usaha dan kebolehannya sendiri, bukan kerana Adrian.

Dia berkali-kali berpesan kepada Adrian agar jangan sesekali menolongnya kerana dia mahu mendapatkan jawatan itu dengan hasil usahanya sendiri. Dia juga ingin tahu sejauh mana dia layak untuk memegang jawatan marketing executive, satu jawatan yang boleh dikatakan agak tinggi dalam organisasi sesebuah syarikat.

“Brilliant Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak sepuluh tahun yang lalu. Dulu syarikat ni diterajui oleh rakan kongsi ayah aku, tapi lepas dia tahu aku dah graduate, dia tiba-tiba nak resign. Katanya, dia memang tunggu masa je untuk serahkan jawatan dia pada aku.” Adrian bercerita ketika mereka menaiki lif menuju ke pejabat.

Ada beberapa orang pekerja didalam lif yang sama, mengucapkan selamat pagi kepada Adrian. Adrian membalas seadanya.

Sekali lagi Daniel merasa kagum. Adrian benar-benar kelihatan seperti big boss disini. Eh silap, bukan seperti. Dia memang big boss pun! Daniel lihat Adrian mempunyai kreadibilitinya yang tersendiri. Semua staf menghormatinya. Tambahan pula gaya berpakaiannya yang hebat, menyerlahkan lagi gaya korporatnya.

Tiba sahaja di ruang pejabat, Adrian terus memanggil semua staf berkumpul. Dia memperkenalkan Daniel sebagai marketing executive syarikat yang baru.

Staf-staf perempuan tidak lekang dari memandang Daniel sambil berbisik-bisik antara satu sama lain. Daniel buat-buat pandang ke lain, tidak biasa diperhatikan sebegitu.

“Okeylah Daniel, lepas ni executive yang senior sikit dari kau akan tunjuk ruang pejabat kau dan briefing sikit tentang tugas kau. Kau tunggu sini, okey? Aku masuk ofis dulu,” ujar Adrian sambil menepuk-nepuk bahu Daniel.

Daniel tersenyum dan mengangguk sahaja. Dia pura-pura membelek jam tangannya apabila menyedari masih ada beberapa orang staf wanita yang merenungnya.

Haish, apasallah Adrian suruh aku tunggu kat sini? Tak boleh ke aku tunggu dalam ofis dia je? Daniel mengomel dalam hati.

Tapi kalau tunggu dalam ofis Adrian, apa pula staf lain cakap nanti. Dia tidak mahu title sebagai ‘kawan baik bos’ menjadikan dia boleh mendapat layanan istimewa. Dia mahu dilayan sama rata seperti staf-staf lain.

“Hai, nama apa ya?” Sapaan seorang staf wanita menyentaknya.

Daniel terpinga-pinga dan sedikit tersentak.

“Err… saya Daniel.”

“Oh, saya Jasmine, kerani kat sini. Asal mana ya? Fresh graduate?”

Daniel mula rasa serabut disoal bertalu-talu oleh gadis bernama Jasmine itu.

“Aah.” Itu sahaja jawapannya.

“Oh… dari universiti mana?”

“Australian National University, Canberra!”

“Wow, sesuailah dengan penampilan awak ya. Nampak sangat educated dan smart.”

Daniel hanya tersenyum nipis mendengar pujian itu.

“Satu kelas dengan bos ke? Bos pun study kat sana jugak.” Jasmine kelihatan berminat untuk mengorek kisah peribadi Daniel.

I say man… dia ni polis ke apa? Banyak soalanlah pulak, cetus Daniel mula rasa hendak melarikan diri dari situ.

“Oh, saya tahu! Ada kawan saya duduk kat sana, dia cakap waktu kat Canberra awal tiga jam dari Malaysia. Kadang-kadang dua jam. Kan? Kan? Kan?” Jasmine mempamerkan wajah yang cukup ceria.

Demi menjaga hati Jasmine, Daniel angguk saja.

“Umm… adakah ini bermakna umur awak lebih tua dua, tiga jam kat sana?”

Hampir ternganga Daniel mendengarnya. Reaksi muka cuba dikawal sehabis mungkin. Soalan bodoh apakah ini?

“En. Daniel.” Satu suara wanita membuatkan Daniel tertoleh-toleh mencari siapakah gerangan yang menyebut namanya itu. Dan yang pastinya, itu bukan suara Jasmine.

“Sila ikut saya, En. Daniel. Saya akan tunjukkan ruang pejabat encik,” ujar wanita yang kelihatan begitu elegan bertudung litup dan memakai sut pejabat dengan kasut tumit tinggi.

Kali ini Daniel benar-benar ternganga.

“Jess… Jessica?!” Patutlah ada bunyi-bunyi Indonesia sikit.

“Jess, awak…”

Jessica tersenyum sahaja. Membiarkan Daniel dengan rasa terkejutnya.

Jasmine yang turut berada disitu mengetap bibir. Tiba-tiba dia menjadi tunggul di situ. Daniel tak terbeliak mata pun melihat dirinya, tapi Daniel sampai tergamam melihat gadis Indonesia bernama Jessica itu. Musnah hasratnya mahu berkenalan dengan Daniel. Cepat-cepat dia meminggir dengan wajah yang masam mencuka.

Jessica terus melangkah, mengisyaratkan Daniel agar menurutinya. Mereka berdua terus berjalan hingga tiba disebuah bilik kosong, ruangan yang disediakan khas untuk Daniel selaku eksekutif pemasaran syarikat.

“Ini bilik encik. Segala hal-hal berkaitan tugas encik akan saya terangkan sebentar lagi. Make yourself comfortable, En. Daniel,” ujar Jessica dengan susunan ayat bahasa Malaysia, namun masih kedengaran loghat Indonesianya.

Daniel meletakkan begnya di atas meja yang kosong.

“Bilik ni untuk saya sorang?”

Jessica mengangguk.

“Adakah saya dapat bilik ni sebab saya kawan bos?”

Jessica tertawa mendengar andaian Daniel.

“Tidaklah. Kesemua executive, manager, director memiliki bilik mereka sendiri,” terangnya.

Daniel mengangguk-angguk. Seketika kemudian baru dia teringatkan kata-kata Adrian tempoh hari ketika dia menyedari dia belum memberitahu Jessica tentang isi hati Adrian.

“Kau akan ada banyak masa lepas ni untuk bagitahu.”

Oh, jadi inilah sebabnya. Jessica bekerja disini bersama Adrian. Dan tadi juga Adrian ada memberitahu, pegawai eksekutif yang senior sikit dari dirinya akan menunjukkan ruang pejabatnya. Baru sekarang dia faham maksud ‘senior sikit’ itu.

Daniel tergelak halus. Bijak betul Adrian berahsia dengannya. Berpakat dengan Jessica pulak tu.

Hmm… Adrian dan Jessica sudah sering bersama sejak dari zaman universiti lagi, tapi Adrian masih berat untuk meluahkan perasaannya sendiri. Main pakai orang tengah konon. Time berpakat macam ni tak nak cari orang tengah pulak.

“Dah berapa lama awak kerja dekat sini?”

Jessica melontarkan senyuman. Dia berpeluk tubuh dan duduk bertinggung di meja.

“Sejak Adrian menjadi CEO disini. Dia nawarin aku kerja saat aku susah sekali ke sana-sini mencari pekerjaan di Indonesia. Saingan di negara aku banyak sekali,” jawab Jessica, tidak lagi menggunakan bahasa formal.

“Justeru itu, aku nggak fikir panjang saat Adrian menawarkan aku kerja di Malaysia. Gaji permulaan aja udah RM2000. Hebat, kan? Kalau aku kerja di negara aku sih, belum tentu aku bisa mendapat gaji selumayan itu,” sambungnya lagi.

Daniel mengulum senyuman.

“Baguslah macam tu. Awak tinggal dekat mana? Menyewa rumah?”

Soalan Daniel itu tidak terus dijawabnya. Jessica tunduk seperti sedang memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian dia memandang Daniel sambil tersenyum.

“Kita ngobrol nanti aja. Masa untuk kerja!”

Jessica menunduk tanda pamit dan terus melangkah meninggalkan bilik pejabat itu. Soalan Daniel dibiarkan tergantung.

Daniel mengelip-ngelipkan mata dan hanya mampu hanya mengekori langkah Jessica lewat ekor matanya.
*************

“KENAPA kau tak beritahu aku yang Jessica kerja dengan kau?” Daniel menyoal ketika Adrian merehatkan tubuh di sofa ruang tamu malam itu.

            Adrian tersengih-sengih memandang sahabatnya yang sibuk menaip di komputer riba. Workaholic betul Daniel sorang ni. Baru hari pertama dipejabat, macam-macam kerja dia mahu buat.
            “Saja nak bikin gempak kat kau. Aku tau kau mesti terkejut punya,” jawab Adrian.

            “Sampai hati kau kan? Kau ajak dia kerja tiga bulan lepas, aku kau baru ajak.” Daniel buat-buat merajuk pula.

            “Don’t get me wrong. Aku tak bermaksud macam tu. Aku dah cuba nak dapatkan kekosongan jawatan untuk kau sejak dari mula-mula aku kerja lagi. Ada satu kekosongan marketing executive, aku tawarkan pada Jessica dulu sebab dia pernah kata nak kerja dekat Malaysia. Yalah, aku fikir kau top student, so mestilah senang nak dapat kerja kat mana-mana pun yang kau nak. Aku offer kau hari tu pun cuba nasib je, sebab ada satu lagi kekosongan marketing executive jugak.” Adrian memberi penjelasan.

            Daniel mencemik.

            “Senanglah sangat. Empat bulan aku jadi penganggur sejati tau!”

            “Apasal? Tak dapat langsung offer kerja ke?”

            “Ada tu ada, tapi semua jauh dengan rumah akulah. Kalau setakat area KL ni boleh lagi kot.”

            “Ya ke? Rumah kau kat mana ek?”

            “Kalau aku cerita pun bukan kau tahu!” sela Daniel.

Adrian hanya tertawa.

Sepi mengepung seketika. Adrian menumpukan perhatian pada TV, manakala Daniel sibuk menaip di komputer ribanya.

Beberapa minit kemudian, Adrian mengerling ke arah Daniel.

“Kau tak rindu dekat Cinta ke?” soalnya tiba-tiba.

Daniel tidak menjawab, pura-pura tekun dengan kerjanya.

“Kau dah tak contact Cinta, betul tak?” Adrian bertanya lagi.

Daniel hanya angkat bahu.

“Kau masih sukakan dia?”

Daniel masih diam.

“Hish, sembang dengan kau ni macam sembang dengan spender. Buatlah kerja tu puas-puas!” Adrian agak sebal apabila Daniel tidak mengendahkannya lalu bingkas bangun dari sofa menuju ke pejabat mininya pula.

Daniel memuncungkan bibir dan ketawa dalam hati melihat gelagat Adrian.

Cinta? Hmm… soal aku masih suka dia atau tak, itu bukan masalahnya. Soal siapa dia, kedudukan dia, itu yang lebih penting. Daniel bermonolog dalam hati.

Tiba-tiba rasa bersalah menghimpit hatinya apabila memori di Ainslie Mountain kembali menjengah memori untuk entah kali yang ke berapa.

Masih jelas diingatannya Cinta menangis saat dia memberitahu sudah tiada tempat lagi dihatinya buat gadis itu. Kemudian dia berlalu begitu sahaja meskipun menyedari air mata semakin laju membasahi pipi mulus Cinta.

Kejamkah aku?


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

7 comments:

eija said...

dh jgka mesti jessica kje ngn adrian.. adrian nape taknak bg tahu sdri pd jessica nk guna org tgh sguh tak macho..

intan razak said...

best best :)
dah nak habis dh..hmmm.. sedihnya
hope october cpt2 kuarkan cite ni

Syuhada Mat Isa said...

zikir cinta dah nak kluar. abg khai tomboi II bila?

E-la Adiey said...

eija - nantikan versi cetak. betul ke daniel yg tolong ckp? hehehe

intan razak - yes, i hope so. amin3

syuhada mat isa - entahlah yunk...masih menunggu juga. sdg mempertimbangkan adakah sy patut tarik balik manuskrip tu dan hantar pd publisher lain :/

Jessica Latisya said...

zikir cinta n abg khai tomboi ii
dua2 aku tak sabor nak baca endingnya
kau tarik balik jela dgn company tu ela
dia peram manuskrip

hannah said...

apa cerita la si Cinta tu agaknya.huhu..x sabar nak beli buku ni.klu jmpe kat kedai sure i grab...

Langkah Pertama said...

daniel3..apalah nasib kau