Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, September 24, 2014

Zikir Cinta 30

“AWAK perlukan apa-apa? Kopi? Teh?” tanya Jasmine ketika bertembung dengan Daniel di pantry.

            Daniel menggeleng-geleng.

            “Tak apalah, saya tak nak minum air manis. Nak air kosong aja.”

            “Oh, macam tu biar saya ambilkan!”

            “Eh, tak apa! Tak apa! Saya boleh ambil sendiri.”

            Daniel cepat-cepat menegah apabila Jasmine melangkah mendahuluinya ke rak bersusun mug.

            Dia agak serba-salah. Sejak bekerja di Brilliant Sdn. Bhd. sebulan yang lalu, gadis itu kelihatan sangat mengambil berat tentang dirinya. Kadang-kala kalau tidak bertembung pun, Jasmine sengaja datang ke biliknya dan bertanya sekiranya dia memerlukan apa-apa.

            Jujur, Daniel terasa janggal. Jasmine dah berlagak macam setiausaha tak bergaji pulak!

            “Eh, tak apalah. Biarlah saya tolong. Tolong-menolong kan amalan mulia.” Jasmine tersengih-sengih, lalu menuang air masak ke dalam mug dan memberikannya kepada Daniel.

            Daniel serba-salah. Lambat-lambat mug itu disambutnya.

            “Thanks…” Air masak itu diteguknya sedikit.

            “Kejap lagi kita lunch sama-sama nak tak?” Jasmine mempelawa membuatkan Daniel tersedak seketika.

            “Eh, awak tak apa-apa?” Jasmine kelihatan risau melihat Daniel yang sudah terbatuk-batuk. Tangannya ingin mengusap belakang badan Daniel, namun Daniel cepat-cepat mengelak.

            “Saya tak apa-apa,” ujarnya. “Err… maaf, saya rasa tak boleh. Sekejap lagi saya akan lunch diluar dengan client.”

            Jasmine hanya tersenyum.

            “Kalau macam tu tak apalah. Lain kali je, bila awak dah free.”

Daniel mengerutkan kening. Dia benar-benar skeptikal dengan niat Jasmine saat ini. Adakah Jasmine sedang cuba untuk memikat dirinya?

            Huh, tak mahu. Ibu, Daniel nak balik! Dia menjerit dalam hati.

            “Saya pergi sambung kerja dulu ya.” Daniel menunduk dan segera meminggir dari situ.

            Dia cepat-cepat keluar dari pantry dan berjalan pantas menuju ke ruang pejabatnya.

            Jujur, dia tidak senang dengan cara Jasmine. Dia akui, Jasmine seorang gadis yang cantik. Rambutnya bersanggul kemas. Skirt paras lututnya, dipadankan dengan stokin hitam dan kasut tumit tinggi menjadikan dirinya kelihatan begitu elegan walaupun dia sebenarnya cuma kerani. Kalah orang-orang korporat.

            Tapi Daniel tidak mahu. Dia tidak berkenan kerana setakat ini hatinya tidak terpaut pada mana-mana gadis pun kecuali Cinta.

            Kepalanya menggeleng-geleng, enggan memikirkan hal tersebut dan terus duduk di meja meneruskan kerjanya. Siap sahaja satu lampiran dokumen, dia terus meletakkannya didalam fail dan melangkah ke bilik Adrian.

             Pintu berwarna coklat oak itu dikuak apabila mendapat kebenaran daripada Adrian. Walau apa pun, dia tetap harus menghormati Adrian sebagai ketua. Diluar pejabat, Adrian adalah rakannya tapi dihadapan semua staf, Adrian adalah majikannya.

            “Ya, ya, okey. Tentang ZA Holdings tu jangan risau. Tengah hari ni saya akan berjumpa dengan CEO nya untuk perbincangan…” Adrian sedang bercakap di telefon ketika Daniel melangkah masuk.

            Adrian memberi isyarat, mempersilakan Daniel duduk.

            “Okey, Dato’. The contract has been prepared by our marketing executive. Tunggu nak sign je. Ya, Dato’… apa-apa nanti saya inform later. Okey… assalamualaikum…”

            Adrian terus meletakkan ganggang telefon.

            “Ya, Danny?”

            Daniel meletakkan fail di atas meja Adrian. Adrian terus mengambil dan membelek-beleknya.

            “Tahu kan kita ada meeting dengan CEO ZA Holdings sekejap lagi?” soal Adrian dengan mata yang masih memandang fail.

            Daniel mengangguk.

            “Syarikat yang nak lantik Brilliant Sdn. Bhd. sebagai pembekal utama bahan binaan tu, kan?” soal Daniel dan disambut dengan anggukan oleh Adrian.

            Daniel turut mengangguk. Sejak bekerja disini, sudah banyak perkara yang dipelajarinya. Dia sudah tahu bagaimana cara untuk deal dengan pelanggan, cara close a deal, bagaimana cara offer service pada client dan macam-macam lagi. Semuanya atas tunjuk ajar Adrian dan Jessica.

            “Aku harap kau bersedia untuk berjumpa dengan CEO ZA Holdings…” ujar Adrian perlahan.

            Daniel tergelak halus.

            “Janganlah risau. Aku tahulah macam mana nak deal dengan client!” Dia turut membahasakan ‘aku-kau’ jika tiada staf lain bersama mereka.

            Adrian mengulum senyuman. Memandang tepat ke wajah Daniel.

            “Kau akan tahu apa yang aku maksudkan nanti. Bersedia je dari sekarang.”

            Daniel menaikkan kening. Kenapa pula Adrian ni? Marketing memang tugasnya. Kalau tidak buat apa dia belajar hingga ke seberang laut? Alah, dia akan buktikan pada Adrian dia boleh!

            Namun senyumannya tidak lama tatkala tiba di sebuah restoran ekslusif. Seorang gadis berpakaian korporat, namun sopan bertudung setia menanti mereka.

            “Maaf, Cik Cinta. Tadi jalan jam sikit. Harap tak lama menunggu.” Adrian menyapa dengan bahasa formal.

            “Tak apa, En. Adrian. Saya pun baru sampai lima minit yang lalu,” ujar Cinta pula dan terus mempersilakan kedua-duanya duduk.

            Cinta berlagak biasa, seolah-olah tidak mengenali Daniel. Tangannya sibuk menyusun fail di atas meja.

            Daniel jadi kelu. Fikirannya kosong. Hampir pitam dia melihat gadis itu. Kalau boleh dia memang tidak mahu lagi berjumpa dengan Cinta. Namun apa yang ditakutinya sedang berlaku pada hari ini. Selepas lebih lima bulan tidak bertemu, takdir menemukan mereka kembali.

            Oh, jadi Cinta adalah CEO ZA Holdings. Patutlah Adrian suruh aku bersedia, getus Daniel dalam hati.

            Perbincangan dengan Cinta berlangsung selama dua jam setengah. Akhirnya Brilliant Sdn. Bhd. bersetuju dengan tawaran ZA Holdings.

            Adrian dan Cinta menandatangi kontrak, tanda termeterainya perjanjian antara kedua-dua syarikat itu.

            Daniel jadi blur. Dia yang selalunya outspoken apabila bertemu dengan client tiba-tiba jadi agak pendiam hari ini.

            Jaga kau, Adrian. Aku cekik kau balik nanti! Daniel menggerutu sendiri.

            “En. Daniel adalah eksekutif pemasaran di Brilliant, kan? Dah lama kerja dekat sana?” Soal Cinta tiba-tiba apabila perbincangan sudah selesai.

            Daniel sedikit tersentak.

            “Tak lama pun. Baru sebulan.”

            “Oh, pendiam juga En. Daniel ni, ya? Tak banyak bercakap!” ujar Cinta sambil ketawa.

            Daniel cuba untuk tersenyum. Alah Cinta ni, berlagak macam tak kenal pula. Padahal mereka bertiga satu universiti dulu, malahan satu kelas. Tapi sekarang bila masing-masing sudah bekerjaya, masing-masing mula berlagak formal. Memanggil dengan panggilan ‘cik’ dan ‘encik’.

            Daniel mengeluh. Berharap agar hari ini segera berakhir!
*************

“KAU tak puas hati apa dengan aku ni?” soal Adrian sambil tergelak-gelak melihat wajah Daniel. Daniel tak buat muka, tapi Adrian tahu bila masanya Daniel gembira, sedih, marah dan pelbagai lagi emosi Daniel walaupun sahabatnya itu hanya tahu buat muka stone.

            Yalah, sejak pulang dari lunch meeting bersama Cinta; CEO ZA Holdings itu, Daniel tidak bercakap langsung dengannya. Dah sampai rumah pun tak bercakap lagi.

            “Apa benda lagi yang kau rahsiakan dari aku ni?” Daniel memulangkan pertanyaan.

            “Umm… jap, biar aku fikir.” Adrian mengerutkan kening, berlagak seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia menjawab, “Hah, ada. Jessica tinggal dekat rumah Cinta sekarang. Cinta yang ajak sebab dia kata bosan tinggal berdua dengan papa dia je.”

            Daniel agak kaget mendengarnya. Dia menghela nafas.

            “Korang ni memang banyak rahsia, kan? Kau memang dah rancang nak adakan kerjasama dengan ZA Holdings sebab tu syarikat Cinta, kan?” Dia serkap jarang.

            “Hish, kau ni. Tapi itu salah satu sebablah. Lagipun ZA Holdings tu dah establish. Beroperasi sejak berpuluh tahun lalu. Aku naklah deal dengan syarikat yang dah banyak pengalaman. Aku letakkan kepercayaan aku 100% sebab yang mengetuainya adalah Cinta!” Adrian menyatakan pendiriannya.

            Daniel terus kehilangan kata-kata. Hmm… apa boleh buat. Dah deal pun. Lagipun dia bukannya ada hak untuk menentukan dengan siapa Adrian mahu bekerjasama. Akhirnya dia mengalihkan perhatian kepada skrin komputer riba.

Memang sejak bekerja, hampir setiap malam Daniel menghadap komputer. Kata Daniel, dia mahu bekerja sungguh-sungguh demi ibunya. Adrian juga memuji tahap prestasi kerja Daniel yang sangat baik.

Ketika dia ralit menaip di papan kekunci komputernya, wajah Cinta pula bagai menari-nari diruang mata.

Sumpah, Cinta nampak lebih comel sekarang berbanding dulu. Gadis itu bijak bergaya walaupun kini sudah bertudung litup. Siang hari tadi dia banyak berdiam diri pun kerana mata dan tubuhnya kaku merenung paras Cinta. Gadis yang sudah sedia comel itu tampak ayu dengan kulitnya yang putih gebu kemerah-merahan, mata hitam yang bulat bersinar dan alis mata yang lentik semulajadi.

Daniel menelan air liur. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Terasa berdosa kerana terbayangkan anak dara orang. Pertemuannya dengan Cinta siang tadi benar-benar sudah mengganggu konsentrasinya saat ini.

Tapi kalau benar dia sudah tidak menyimpan perasaan pada Cinta, kenapa dia memikirkan gadis itu?
************************

CINTA tersenyum sendiri mengimbas kembali pertemuannya dengan Daniel semasa makan tengah hari siang tadi. Dia sebenarnya sudah dimaklumkan oleh Adrian bahawa Daniel akan turut serta, tetapi apabila Daniel benar-benar ada didepan mata, tubuhnya terasa bagai diawang-awangan. Lebih lima bulan tidak bersua, Allah sahaja tahu betapa dia merindui lelaki itu.

            “Kamu kenapa? Kok senyum-senyum gitu.” Jessica menegur. Pelik dia melihat Cinta tersenyum sorang-sorang di ruang tamu sambil menghadap TV yang tidak dibuka.

            Cinta menggeleng sahaja. Dia menguak sedikit rambutnya yang terjuntai di dahi.

            “Gembira ya, bisa ketemu sama sang jejaka idaman?” usik Jessica.

            Wajah Cinta merona kemerahan.

            “Daniel ada memuji tentang tudung kamu? Atau ngobrol sama kamu?”

            “Tak ada…” Perlahan sahaja jawapan Cinta.

            Jessica menjungkitkan bahu. “Nggak apa-apalah. Mungkin dia masih malu. Kalian kan udah lama nggak ketemu.”

            Cinta hanya berjeda. Tidak respons dengan telahan Jessica.

            Malu? Mungkin juga. Daniel kelihatan sentiasa mengelak untuk membuat eye contact dengannya. Itu kategori malu atau tak sudi? Cinta tak pasti. Lelaki-lelaki yang dikenalinya sebelum ini bukan seperti Daniel, jadi dia tidak tahu apa maksudnya apabila Daniel sering mengelak daripada memandang dan berkomunikasi dengannya.

            “Cinta, nanti hujung minggu kita ke KLCC yuk? Aku mau beli tudung baru nih,” ujar Jessica, menyedarkan Cinta dari lamunan pendeknya.

            Cinta mengangguk sahaja.

            “Okey, kalau macam tu aku pun nak beli tudung barulah.”

            Jessica tersenyum melebar. Tidak lama kemudian mereka berdua membuat kerja masing-masing. Cinta membelek-belek majalah sementara Jessica pula sibuk menaip di telefon bimbitnya.

            “Cinta.” Jessica kembali bersuara.

            “Hmm…”

            “Bagaimana perasaan kamu sekarang setelah memakai jilbab? Apa kamu senang dengan perubahan kamu sekarang?”

            Cinta buat kening double-jerk.

            “Aik, aku dah dua bulan pakai tudung baru nak tanya?”

            “Alah… sebelum ini aku nggak nanya karena aku pikir kamu kan masih baru. Makanya sekarang aku nanya. Aku pingin tahu juga.”

            Cinta tersenyum sambil jari-jemarinya terus membelek helaian majalah.

            “Rasa tenang, dilindungi dan dihormati.” Pendek sahaja jawapannya.

            Jessica turut mengukir senyuman dan kembali menatap skrin telefon kerana tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.

            Bagi Cinta pula, dia tidak mahu menceritakan secara terperinci tentang hijabnya kerana tidak mahu timbul perasaan riak. Biarlah hanya Allah yang tahu.

            Namun apa yang pasti kini, dia merasakan hidupnya lebih bermakna berbanding dulu. Dia bersyukur meninggalkan zaman kegelapannya. Kalau dulu dia tidak tahu apa tujuannya dihidupkan di atas muka bumi ini. Setiap hari yang dilaluinya sama sahaja; bangun tengah hari, lepak dengan kawan-kawan, bertukar ganti teman lelaki setiap hari dan ke kelab malam. Benar-benar seperti tidak ada tujuan hidup. Tapi kini segalanya sudah berubah. Dia sudah meninggalkan semua itu. Dia sudah berazam untuk menjadi Cinta yang baru.

            Lima bulan kembali tinggal di Malaysia setelah tamat pengajian. Itu bukan satu jangka masa yang singkat. Dalam tempoh itu, dia sendiri tidak pernah cuba mencari Daniel. Dia sibuk menguruskan perniagaan papanya. Dan dalam masa yang sama mendalami ilmu agama. Terima kasih kepada Jessica yang senantiasa sudi membantunya. Melihat perubahan Cinta, Dato’ Razak terlalu bersyukur dan gembira. Kerana itu Dato’ Razak tidak kisah sekiranya Jessica tinggal di rumahnya. Sekurang-kurangnya Cinta ada guru di rumah yang boleh mengajarnya ilmu fardu ain.

            Hanya tiga bulan selepas itu, akhirnya dia membuat keputusan berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Jessica terharu. Dato’ Razak apatah lagi. Semua staf di pejabatnya juga turut terkejut dan hampir setiap hari memuji penampilan barunya.

            Namun Cinta tersenyum sahaja. Bukan pujian yang diinginkannya, tapi ketenangan yang diperolehinya. Tiada lagi mata-mata nakal lelaki yang cuba menjamah tubuhnya. Dan dia juga sudah tidak berminat lagi untuk menarik perhatian mana-mana lelaki.


ANNOUNCEMENT!!
Novel Zikir Cinta ditamatkan sampai bab 30 sahaja kerana akan diterbitkan.

Nak tahu apa yang akan terjadi selepas ni?
Apa akan jadi pada hubungan Daniel dan Cinta?
Macam mana hubungan Cinta dengan ayah kandung dia yang buat dia benci pada lelaki?
Apa rahsia Puan Aisha? Siapa ayah Daniel yang sebenarnya?
Jasmine yang cuba nak mengorat Daniel?
Dan lepas ni akan ada yang cuba memikat hati Cinta. Apa reaksi Daniel? Hehe…
And last but not least, macam mana agaknya Adrian nak confess perasaan dia pada Jessica? Berjaya ke hubungan diorang nanti?

Ahax… semua tu akan terjawab dalam novel Zikir Cinta. So belilah ya... ^_^ HAHA. Sudah berada di pasaran. Malas nak cari kat kedai, boleh beli dengan publisher October Love

p/s: Novel ni agak tebal sebenarnya dan jalan cerita ni jauh lagi. Semua sekali ada 70 bab (889 muka surat). Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua yang mengikuti siri novel ni dari awal hingga sekarang. Suka baca komeng2 dari korang kerana ia adalah pembakar semangat dan rangsangan untuk aku terus berkarya :) Tanpa korang, siapalah aku. Cewah… tata

9 comments:

hannah said...

cinta dah pakai tudung :))

Jessica Latisya said...

yuhuuu
byknya persoalan last skali tu
haha
sure aku beli!

Unknown said...

mesti beli.

Unknown said...

Lambat agi ke nop kluor??? Dop sabor nop beli ea.. Nop bce sambungan kisoh yer...
Ap² pom hasil pnulisan yg terbaik la...
Selamat maju jaya kawan.....

intan razak said...

yeahhhhhhhhh!!!!!!!! cerita yg ditunggu2

E-la Adiey said...

hannah - :)

Jessica Latisya - ye2.. belilah.. haha

baby mio - thanks. heee :)

Fakru Yoe - tak lama dah, bulan 10 ni keluar. hehe.. sekejap je tunggu. nanti sy announce kat FB eh. terima kasih. terharu baca. :')

intan razak - haha.. terima kasih

Unknown said...

laju2 beli bila October dah keluarkan.
Can't wait!! ^^

yuri said...

aiyooo..suspen2....nak beli cpt2!!

ain said...

oh sexynya adrian. haha <3