Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, June 18, 2014

Zikir Cinta 5

SEBAIK kelas tamat, Daniel keluar dari kelas mendahului yang lainnya. Sejak kejadian Cinta menarik lengannya tiga hari yang lalu, dia tidak berani lagi memandang Cinta. Semasa di dalam kelas pun dia hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran tanpa menoleh kiri kanan.

            Laju kakinya dihayun menuju ke Chiefly Library untuk meminjam buku Business Management edisi terhad.

            “Daniel!” Ada suara yang memanggilnya dari belakang semasa dia berdiri di luar pintu perpustakaan.
          
Jantung Daniel mula berdegup kencang. Itu suara Cinta, baik aku cabut! desisnya. Belum sempat dia membuka langkah seribu, Cinta sudah tercegat dihadapannya.

            “Daniel, kenapa lari dari saya?” soal Cinta tiba-tiba. Kali ini dia tidak akan melepaskan Daniel lagi. Pertaruhan dengan rakan-rakannya masih berjalan.

            Daniel menelan air liur. Debaran dihati cuba dikawal dengan menzahirkan satu senyuman nipis.

            “Err… tak, kenapa pula saya nak lari? Saya sibuk sikit je.” Gugup kedengaran jawapan Daniel.

            Cinta tersenyum dan meredupkan renungannya.

            Berkerut-kerut dahi Daniel melihatnya. Err… is she flirting with me? detiknya.

            “Err… Daniel, boleh tak awak jadi guru saya? Yalah, saya ni lemah sikit bab-bab pelajaran ni. Exam pun dah makin dekat. Saya boleh harapkan awak sorang je sebab awak best student,” tuturnya lancar.

            Daniel mengurut belakang leher. Cuba menenangkan diri. Lututnya terasa sedikit lembik. Inilah kelemahannya. Bila berdepan dengan Cinta, dia akan jadi serba tak kena.

            “Bolehlah, Daniel…” Cinta terlentok liuk seperti dibuat-buat.

            Dalam kepala Daniel, dia sudah merangka jawapan seperti, “Kenapa suruh saya ajar? Kawan-kawan awak kan ada,” atau, “Mana pergi kawan-kawan lelaki awak yang kaya tu? Takkan semuanya tak pandai?” tapi jawapan yang keluar adalah…

            “Boleh, tak ada masalah. Bila nak mula?” Dush! Daniel rasa macam nak tumbuk muka sendiri.

            “Macam mana kalau sekarang jugak?” cadang Cinta mempamerkan wajah ceria.

            Daniel mengeluh. Sebenarnya hari ini dia mahu mengulangkaji sendiri tapi sebaik memandang wajah Cinta, ringan sahaja kepalanya mengangguk.

            Aduh, kenapalah Adrian dan Jason Lee ponteng kelas hari ini. Mereka berdua sengaja mengelak kerana pensyarah awal-awal memaklumkan ingin mengadakan kuiz pada hari ini. Kuiz suka-suka, tak melibatkan carry mark pun. Kalaulah mereka datang, pasti mereka dapat membantunya menghindarkan diri daripada Cinta. Dengan hati yang berat, dia melangkah masuk ke Chifley Library bersama gadis itu.

            Dan sepanjang berada di dalam perpustakaan tersebut, Daniel yang mengajarkan semula subjek pagi tadi kepada Cinta. Topik yang nampak susah pagi tadi mudah sahaja dapat difahami apabila diajarkan oleh Daniel.

            Namun, satu kejanggalan apabila Daniel mengajar tanpa memandang langsung wajah Cinta. Matanya hanya tertumpu pada buku.

            “Awak cuba buat dulu. Fahamkan sendiri. Kalau tak boleh jugak baru tanya saya lagi,” kata Daniel sambil pura-pura membaca buku dihadapannya.

            Cinta tersenyum lucu. Adakah begini cara Daniel setiap kali berhadapan dengan perempuan? Tapi pada penglihatannya, Daniel kelihatan biasa-biasa sahaja apabila berkomunikasi dengan gadis Indonesia bernama Jessica itu.

            “Mmm… Daniel, macam mana awak boleh faham dengan mudah apa yang Professor Wilson tu cakap? Accent English dia lain macam.” Cinta cuba memulakan perbualan.

            Daniel tersenyum dan mengangkat sedikit wajahnya.

            “Takkanlah awak tak tahu? Accent bahasa Inggeris Australia kan lain sikit. Contohnya kalau seseorang itu bernama Charlie, kadang-kadang disebut Chaza di sini!”

            Cinta terangguk-angguk. Alah, bukannya dia tak tahu. Sekadar mencari modal untuk dijadikan bahan perbualan. Dia sedia maklum bahasa Inggeris Australia agak unik, berbeza dengan bahasa Inggeris di Amerika.

            Kata ganti kosa katanya juga berbeza. Sebagai contoh, di Australia perkataan friend bertukar menjadi ‘mate’, chicken menjadi ‘chook’, sweater menjadi ‘jumper’ dan pelbagai lagi.

            “Kenapa awak tak nak pandang saya? Ada yang tak kena ke pada muka saya?”

            Daniel hanya diam bila diajukan soalan begitu.

            “Awak tak selesa ke?” Cinta bertanya lagi.

            Kali ini Daniel tersenyum. Ada lesung pipit di kedua-dua belah pipi pemuda itu. Selepas tiga tahun baru Cinta menyedari betapa kacaknya lelaki itu apabila tersenyum. Mungkin jugak dia tidak perasan kerana Daniel memang jarang tersenyum. Mukanya stone setiap masa.

            “Cinta, sebenarnya kenapa awak tiba-tiba baik dengan saya? Awak nak apa sebenarnya?” Daniel menyoal dengan intonasi suara yang tenang. Dia sendiri sudah tidak sanggup berlama-lama berada dalam suasana kekok seperti ini.

            “Kenapa tanya macam tu? Awak tak suka ke?” Wajah Cinta sudah berubah. Tidak seceria tadi.

            “Tak, bukan macam tu. Saya cuma pelik. Sebelum ni kita tak pernah berbaik. Semester lepas kita digandingkan untuk project paper, perangai awak…”

            “Menyakitkan hati?” Cinta segera memotong ayat Daniel.

            “Bukan, perangai awak lain dari sekarang,” tingkah Daniel walaupun itulah sebenarnya yang mahu diluahkan.

            Cinta tersenyum simpul.

            “Daniel, tak lama lagi kita akan habis belajar. Saya tak naklah tamatkan pengajian tanpa minta maaf pada awak. Saya tahu saya yang salah. Saya tak bersama awak untuk project paper tu tapi itu cerita lama. Sekarang saya nak jadi kawan awak, walaupun saya tahu kita takkan rapat macam awak rapat dengan Jessica.”

            Kata-kata Cinta kali ini membuat Daniel tergamam. Dirasakan semua sarafnya paralyse. Central nervous system dirasakan tidak berfungsi. Motor neuron hanya diam. Tidak menghantar sebarang impulses ke effectors.

            Cinta ingin berkawan dengannya? Cinta menghulurkan salam persahabatan? Cinta yang hanya memandang status dan kekayaan ingin berkawan dengan lelaki miskin sepertinya? Mustahil!

            “Saya minta maaf atas semua kesalahan saya selama ni. Saya janji saya akan berubah,” pujuk Cinta. Dia yakin Daniel akan memaafkannya. Kalau perlu, dia akan merayu-rayu sehingga Daniel cair. Sebenarnya bukan dia mahu sangat, dia cuma ingin menang wang pertaruhan yang dijanjikan rakan-rakannya.

            Daniel masih lagi diam. Namun tidak lama kemudian dia tersenyum pula. Semakin lama semakin lebar!
*******************

“ASSALAMUALAIKUM.” Daniel memberi salam sebaik sahaja pulang. Dia menanggalkan kasut dan segera ke bilik Adrian apabila terdengar suara gelak ketawa rakan-rakannya.

            Itulah kerja mereka. Tuang kelas, duduk rumah bukan nak buat assignment. Asyik bergurau, bergosip dan bercerita tentang awek.

            “Eh, awal kau balik. Biasanya study sampai library nak tutup,” sapa Jason Lee apabila melihat Daniel muncul di muka pintu.

            Daniel tersenyum lantas melompat naik ke katil besi Adrian.

            “Woi, apa ni? Robohlah katil aku!” marah Adrian apabila katil buruknya bergoyang-goyang. Namun Daniel tidak peduli. Dia hanya tersenyum-senyum buat muka tak bersalah.

            “Kau ni apasal? Senyum sorang-sorang macam tak betul je. Minum air tuak ke?” ujar Jason Lee sinis. “Assignment dah siap ke belum? Kalau dah siap, bagilah aku copy sepam dua.”

            “Hek eleh, sedap je. Aku buat susah payah nak kopi o aku punya. Banyak cantik muka kau!” Daniel pura-pura marah.

            “Muka aku tak cantik, handsome je.” Jason Lee berloyar buruk.

            Adrian tersenyum sinis. Dia memandang Daniel yang berbaring disebelahnya dengan bibir yang masih mengukir senyuman.

            “Ini tak ada kena-mengena dengan air tuaklah. Hari ni aku jumpa Cinta. Guess what? Dia minta maaf dan nak jadi kawan aku,” cerita Daniel dengan wajah yang begitu bahagia.

            Adrian dan Jason Lee terlopong.

            “Betul ke apa aku dengar ni?” soal Adrian.

            Daniel mengangguk dengan bersungguh-sungguh.

            Adrian terus bangkit dari pembaringannya seraya menggeleng-geleng. Bagaimana mungkin seorang gadis yang terlalu berbangga dengan harta kekayaan orang tuanya boleh berubah mendadak? Setahunya, sejak dulu Cinta suka memandang rendah terhadap orang miskin.

            “That’s impossible,” sela Adrian dengan wajah yang sudah berubah tegang. “Mana mungkin dia berubah secara tiba-tiba. There must be something behind this.”

            Daniel hanya tersenyum mendengar serkap jarang Adrian. Padanya tuduhan itu hanyalah kerana Adrian tidak menyukai Cinta.

            “Kau percayalah cakap aku. Dia dah berubah. Katanya, dia tak nak tamatkan pengajian tanpa minta maaf pada aku. Please Adrian, just trust me okay?”

            Daniel menepuk perlahan bahu Adrian sebelum keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu berlama-lama di situ kerana tidak mahu mendengar apa-apa komen daripada Adrian mahupun Jason Lee kerana sudah tahu apa yang akan keluar dari mulut dua orang rakannya itu.

            Jason Lee tergamam. Dia sendiri terkejut mendengar apa yang baru keluar dari bibir Daniel. Kepalanya berkalih memandang Adrian. Gerun pula dia melihat wajah Adrian yang merah macam hendak meletup. Perlahan-lahan dia bangun dan turut keluar dari bilik itu tanpa berkata apa-apa.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

4 comments:

Unknown said...

best 3x.

Eddayu said...

blh x nk selam kn je Cinta dlm tasik tue, bg cuci sikit otak dia yg jahat tue..
ciannye kat Danny. makin meluap2 la marah Adrian kat Cinta..
nnti mula la Cinta menyesal x sudah dgn perbuatan dia tue

E-la Adiey said...

baby mio - terima kasih :D

kak eddayu - haha.. selam kak.. selam dalam kolah mandi :P

Jessica Latisya said...

hish,nak hempuk cinta