Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, June 20, 2014

Zikir Cinta 6

“NAK pergi mana petang ni?” tanya Adrian sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah bersama Daniel dan Jason Lee.

            “Jom pergi Cash Converters, usha-usha barang. Nak usha awek memang tak payah kot sebab tak pernah dapat,” ujar Jason Lee, mengajak rakan-rakannya meninjau ke tempat jualan barangan terpakai.

            Adrian tersengih.

            “Engkau mengorat memang tak pernah dapat. Tengok aku ni, malas je nak eksyen depan kau.” Adrian tersenyum bangga.

            “Ah, kau. Sembang lebat. Awek satu pun takde!” kecam Jason Lee.

            “Wah, tak sayang mulut nampak. Eh, aku takde awek sebab aku yang tak nak tau. Kalau nak, aku boleh petik jari je. Anytime!”

            Daniel hanya tersenyum melihat rakan-rakannya bertelagah. Biarlah, gaduh budak-budak. Tapi dalam masa yang sama dia mengakui kebenaran kata-kata Adrian. Walaupun Adrian menjadi idaman para siswi tetapi dari dulu sampai sekarang dia tidak pernah mempunyai teman wanita. Hobinya hanya mengusik para siswi atau minah saleh yang lalu-lalang.

            Kata Adrian, apabila dia sudah bercinta dengan seseorang, dia mahu melangkah ke alam perkahwinan bersama teman wanitanya. Dia tidak mahu bercinta sekadar untuk suka-suka. Hmm… untunglah siapa yang dapat Adrian. Ada rupa, anak orang kaya pula.

            “Daniel.”

            Senyuman dibibir Adrian dan Jason Lee mati mendadak. Tapi tidak Daniel. Dia menghadiahkan sebaris senyuman yang cukup manis kepada gadis dihadapannya itu.

            “Daniel, boleh temankan saya makan? Sambil tu awak boleh ajar saya subjek yang Professor Ronald ajar tadi,” kata Cinta.

            Jason Lee mencebik meluat. Sakit matanya melihat liuk lentuk tubuh gadis itu yang seperti dibuat-buat. Adrian membulatkan matanya kepada Daniel, mengingatkan Daniel tentang janji mereka untuk keluar bersama petang ini.

            “Err… Cinta, saya…”

            “Hah, awak pernah makan dekat Nando’s?” Cinta memotong.

            Daniel menggeleng sahaja.

            “Kenapa? Awak takut tak halal ke? Jangan risaulah. Nando’s halal. I already check it on the internet,” ujar Cinta seperti dapat membaca fikiran Daniel.

            “Kan Nando’s ada jual bacon…” Daniel bersuara agak perlahan. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya.

            “Nando’s memang served bacon, but they cook it on the flat top cooker. Not with the chicken griller. I’m sure they never use the chicken griller untuk serve bacon. Flat top cooker tu diorang guna just to cook the chicken breast for burgers. So we don’t have to order burgers lah. Kalau nak burger jugak, just let them know you want the burgers to be ‘halal’ so diorang boleh masak chicken breast tu dekat chicken griller. Simple right?” Panjang lebar sekali hujah Cinta cuba meyakinkan Daniel, seolah-olah Adrian dan Jason Lee tidak wujud disitu.

            Adrian yang mendengarnya sudah naik menyampah. Nak cakap style Manglish buat apa? Pening pulak nak faham. Kalau rasa nak cakap English, habiskanlah satu ayat tu. Tak payahlah nak campur aduk dengan Malay dalam satu ayat! Sempat lagi Adrian mengutuk dalam hati.

            Alah… sebenarnya dia pun bercakap style Manglish juga. Ayat Melayu campur-campur English, tapi oleh kerana dia tidak menyukai Cinta, jadi apa pun yang dilakukan gadis itu salah dimatanya. Entah-entah cara Cinta makan dan berjalan pun dia nak komplen.

            Daniel jadi serba-salah. Dengar Cinta bercakap panjang lebar, tak sampai hati pulak nak menolak. Tapi kalau dia tolak, tidak mungkin dia akan dapat peluang seperti ini lagi. Lagipun, inilah masanya untuk mengenali Cinta dengan lebih dekat.

            “Mmm… okey.” Jawapan Daniel menggembirakan Cinta, namun membuatkan wajah Adrian dan Jason Lee berubah kelat.

            “Adrian dengan Jason pun boleh ikut sama…”

            Adrian memanah tepat ke wajah Cinta. Dia tahu pelawaan itu hanyalah satu ejekan untuk dia dan Jason Lee.

            “Tak apalah, kitorang tak kebulur pun. Kitorang blah dulu. Have a nice meal, Danny.” Adrian menyindir sambil menjeling tajam ke arah Daniel dan terus menarik Jason Lee membuntutinya.

            Daniel serba-salah. Tergesa-gesa dia mengejar rakan-rakannya.

            “Korang, apasal tiba-tiba nak marah ni?”

            Adrian berpaling. Memandang Daniel sinis.

            “Oh, jadi kitorang tak patut marah bila kau tiba-tiba mungkir janji sedangkan kau dah janji nak keluar dengan aku dan Jason. Bertuah betul aku dapat kawan macam kau ni.” Aduh, pedasnya!
            Daniel mengeluh.

            “Look, I’m sorry. Okey, aku akan balik sebelum masuk waktu Zohor. Hari ni Zohor pukul 11.50 jadi aku akan balik pukul 11.30. Kita boleh keluar sama-sama lepas tu!”

            Adrian mengerutkan kening. Kemudian memandang Jason Lee yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.

            “Apasal kau nak keluar dengan dia? Kau dah lupa ke apa aku pesan?” Gaya Adrian serupa macam seorang ayah yang memarahi anaknya.

            “Err… keluar takde niat lain punlah. Kau janganlah risau. Aku just nak tolong dia tentang hal pelajaran,” terang Daniel sambil menggaru-garu belakang leher.

            Adrian tersenyum sinis dan menggeleng-geleng. Daniel… Daniel… kenapa senang sangat kena tipu? Tapi apalah pula haknya untuk menghalang. Dia bukannya ahli keluarga Daniel. Kalau halang takut terasa pulak.

            “Okey, aku pegang janji kau. Balik sebelum Zohor. Nanti mesej aku, inform Nando’s yang mana satu. Kang kena culik susah pulak aku.” Dia akhirnya mengalah, tapi sempat lagi membebel macam pak cik-pak cik.

            “Thanks, Adrian!”

            Daniel tersenyum melebar dan kembali mendapatkan Cinta yang setia menunggunya dari tadi.
            “Jom blah!” ajak Adrian sambil menumbuk perlahan bahu Jason Lee yang terkebil-kebil macam tengok drama swasta dari tadi.

 ***********************************************************
ADRIAN mendengus. Jam sudah menunjukkan pukul 12.45. Daniel sudah lewat lebih satu jam. Kata nak balik 11.30. Pelik, sepanjang mengenali Daniel, sahabatnya itu tidak pernah mungkir janji. Kenapa sekarang sudah berubah?

            Cinta Aulia. Adakah gadis itu penyebabnya? Adakah Daniel terlupa kerana leka menghabiskan masa dengan si gedik itu?

            Adrian menggigit bibir.

            “Jason, pakai jaket kau. Kita keluar sekarang,” arah Adrian yang sudah mengikat tali kasut di muka pintu.

            Jason Lee tidak banyak soal. Dia terus mengambil jaketnya yang tergantung di dinding dan mengekori langkah Adrian yang pantas.

            Sebaik sahaja Adrian memakirkan kereta di parking lot Canberra Centre, mereka terus masuk kedalam mall tersebut dan mencari restoran Nando’s. Tadi beberapa minit selepas Daniel pergi bersama Cinta, Daniel ada menghantar SMS memberitahu lokasinya.

            Mencari restoran tersebut tidaklah sesukar mana. Kawasan ground floor sahaja. Adrian terus melilau mencari Daniel.

            “Jumpa tak?” tanya Jason Lee yang hanya menjadi pak turut.

            “Itu!” tunjuk Adrian kepada pasangan yang duduk di meja paling hujung. Kedua-duanya kelihatan begitu rancak berbual tanpa menghiraukan manusia sekeliling.

            Tanpa berlengah lagi Adrian terus mendekati meja itu. Daniel dan Cinta kelihatan agak kaget dan saling berbalas pandangan.

            “Adrian, Jason, apa korang buat kat sini?” Daniel bertanya, kelihatan macam tak tahu apa-apa.

            Adrian tersenyum tepi. Sempat melirik pada buku Macroeconomics yang sudah diletakkan ditepi meja. Tengok dari gaya mereka, tak nampak macam berbincang hal pelajaran pun. Macam borak-borak kosong aja.

            “Sepatutnya aku yang tanya, kenapa kau masih di sini?”

            “Aku kan dah cakap aku balik pukul 11.30.”

            “Oh ya? Pukul 11.30 kat negara mana? Jepun?”

            Daniel terkebil-kebil dimarahi begitu. Dia terus melihat jam di pergelangan tangannya. Astaghfirullah… sudah pukul 1.30. Patutlah Adrian kelihatan marah.

            “Err… Adrian, aku…”

            “Adrian, Daniel ada cerita pasal you pada I. Dia cakap you dulu tinggal kat Malaysia tapi sekarang menetap di Auckland kat New Zealand, betul tak?” Cinta tiba-tiba mencelah, buat-buat tak faham melihat wajah Adrian yang membahang.

            “Eh, taklah. Auckland dekat Afrika!” tempelak Adrian menggerutu geram. Geram kerana memang dia tidak sukakan Cinta dan geram kerana Daniel tidak menepati janji kerana gadis itu.

            “Tak apalah. Sorry ganggu korang, Datinglah puas-puas, okey?” Seusai itu, Adrian terus meninggalkan restoran bersama Jason Lee yang menjadi pemerhati sahaja sedari tadi.

            Daniel diburu rasa bersalah. Dia bukannya berniat untuk mungkir janji, tetapi terlupa kerana terlalu leka berborak dengan Cinta. Maklumlah, peluang seperti ini tidak selalu datang. Selepas hampir tiga tahun, baru sekarang dia berpeluang berkawan dengan gadis itu.

            “Cinta, saya terpaksa…”

            “Tak apa, saya faham. Pergilah kejar diorang. Saya tahu diorang marah.”

            Daniel tersenyum. Lega kerana Cinta memahaminya. Dia terus mencapai beg sandang dan mengejar rakan-rakannya.

            Cinta yang duduk berseorangan, mengacau minuman Sprite dihadapannya dengan straw dan menyedutnya perlahan-lahan. Luarannya tampak bersahaja, namun hatinya tersenyum bahagia. Ini baru permulaan, selepas ini dia akan memastikan hubungan Daniel dan Adrian tidak akan seakrab ini lagi.

            “Adrian, Jason, tunggulah!”

            Kedua-duanya buat-buat pekak sahaja dan terus melangkah ke parking lot.

            Jason Lee sudah masuk ke dalam Toyota Harrier milik Adrian. Adrian pula yang baru membuka pintu dibahagian pemandu dihalang oleh Daniel. Adrian memandang dengan wajah tanpa emosi.

            “I’m sorry. Please, I’m terribly sorry!” Wajah Daniel benar-benar terlukis kekesalan.

            “I’m the one who should apologize. I should have known that I shouldn’t be here. Kalaulah aku tahu, aku keluar berdua je dengan Jason,” sambut Adrian dengan suara yang mendatar.

            “Adrian, come on. I didn’t do it on purpose. Takkanlah sebab aku terlupa kau nak marah sampai macam ni sekali?” Daniel melepaskan keluhan dihujung ayatnya.

            Adrian merenung wajah Daniel.

            “Aku tak marah sebab tu, Danny. Aku tahu kau bukan jenis yang suka-suka mungkir janji. Itu Daniel yang aku kenal sejak tiga tahun lepas. Dan hari ni, apa penyebab kau ‘termungkir janji’, Danny?”

            Daniel terdiam.

            “Sebab si gedik tu, kan?”

            “Jangan panggil dia macam tu, Adrian.” Nada suara Daniel lembut, namun tegas.

            Adrian tertawa sarkastik.

            “Oh, now you’re defending her? You’re defending someone you just knew a few days ago, rather than us that always stand by you and never leave you, no matter how hard the situation is. Cool, Danny. You know what? I’m really sick of listening to her name. I’m going home now!” Adrian tiba-tiba meradang pula. Dia ingin masuk ke dalam kereta, namun Daniel masih menegahnya.

            “Adrian, tolonglah. Just give her a chance. She’s not as evil as you think.” Daniel masih cuba berlembut.

            “Do you think that you know her really well, Danny?” Adrian mempamerkan senyuman sinis.

            “Aku tak nak gaduh sebab perempuan, Adrian. Okey, macam nilah. Give her a month. A month je. In that period, kau perhatikanlah dia. So kau boleh tengok sendiri dia dah berubah atau tak,” cadang Daniel.

            Ada masa pulak aku nak perhatikan si Cinta tu. Macam aku ni tak ada kerja lain, dengus Adrian dalam hati.

            “Yelah! Yelah! Tengoklah macam mana nanti. Aku nak balik. Kau nak ikut tak?”

            Daniel tersenyum sahaja dan mengangguk. Adrian… Adrian… walaupun sahabatnya itu agak garang, namun tiada siapa dapat menafikan Adrian mengambil berat tentang Daniel seperti adik-beradiknya sendiri. Daniel tahu Adrian akan mengalah. Dan Adrian memang selalu mengalah dalam apa jua hal yang melibatkan Daniel.

            “Malam ni kau masak apa?” tanya Daniel sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta bahagian penumpang belakang.

            “Tak nak masak. Boikot!” ujar Adrian yang masih memuncungkan bibirnya.

Daniel dan Jason Lee masing-masing hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Jason Lee macam biasa, setiap kali ada salah faham antara Daniel dan Adrian, dia lebih suka mendiamkan diri dan tidak memihak kepada sesiapa.



p/s: Disebabkan hari ni birthday aku, aku masuk entry baru. Diharap aku dpt wish birthday barang seketul dua dekat ruang komen. Hahahaha :P

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

14 comments:

siti nadzirah said...

haha.ok..adakah aku org pertama?ok,ZC best.sambung lg.n happy birthday utk kau.moga ZC terbit menjadi sebuah novel yg kebaboom xD

Unknown said...

ceritan yang semakin menarik.....Good Luck
HAPPY BESDAY......

Unknown said...

happy besday semoga panjang umur dan murah rezeki amin.

Eddayu said...

X menghampakan... best3x
HAPPY BIRTHDAY!!!

E-la Adiey said...

siti nazirah - haha..thanks. nnti aku hantar kat publisher

emyliana adlin - terima kasih ;D

baby mio - terima kasih jugok :')

kak eddayu - :3 hehe.. terima kasih akak

Yuri Kiko said...

happy bithday!!ok,jiwaku dah merana menunggu abang khai tomboi II.arghhh!!!!!!!!!!!

E-la Adiey said...

yuri kiko - hg sabar jelah.aku tunggu turn.aku ni penulis picisan aje. hahah

lollipop kunyah said...

tahniah! happy besday!! *letup bunga api

dira ramli said...

happy b'day
tp aku nak tanya.haha...dlam citer ni xde org jahat cam dlm abg khai tomboy dgn amar farish ke?

E-la Adiey said...

lollipop kunyah - haha. thanks

dira ramli - giler ar kau.mintak org jahat je keje. kau nak mafia mmg aku x leh bg ar. watak jahat ada dlm citer ni, tp bukan mafia.haha

Unknown said...

HAPPY BORNDAY...! (^o^)/
Tgu ur nxt n3 :D

E-la Adiey said...

Nvel Addct - Auk2...thanks akak :D haha

Unknown said...

Waiting 4 the next.... Heheheh... Pe² pom, happy belated befday......

E-la Adiey said...

Fakru Yoe - hehe :) terima kasih jugak kerana sudi menjengah blog ;)